Follow if you like

Dec 12, 2013

Sakura Merah


Assalamualaikum
Cuti sekolah ni ramailah yang melansungkan perkhawinan dan juga majlis pertunangan. Tak kurang juga yang mengambil peluang cuti sekolah untuk mengadakan majlis berkhatan.
Bagi para mempelai pasti saat ini adalah saat yang paling mendebarkan. Doa sentiasa teriring agar majlis berjalan dengan sempurna dan selamat semuanya.


Musim cuti dan musim majlis perkhawinan ni, ita juga terkena tempiasnya. Alhamdulillah tempahan untuk majlis pertunangan dan perkhawinan yang ita terima semuanya berjalan dengan sempurna. Ita berharap dapatlah ita siapkan semua tempahan walaupun keadaan kesihatan ita sebenarnya tak berapa mengizinkan.


Untuk bulan ini ita tak mengambil banyak tempahan, memandangkan cuti sekolah ni ita agak sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak. Bertambah pula ita kurang sihat jadi ita hanya ambil tempahan mana yang ita rasa ita mampu lakukannya.


Hari ini ita nak kongsikan tempahan kek untuk majlis pertunangan. Kek dengan tema bunga sakura dan warna merah ini di tempah sempena majlis pertunangan Su dan Mie.  Pasti kedua mempelai ini sukakan warna merah, kerana itu tema merah dan putih menjadi pilihan
Kek kali ni adalah kek Red Velvet dengan cream cheese frosting untuk layernya. Luarnya pula di salut buttercream dan di hiasi bunga sakura yang ita gubah dari gumpaste. 


Pada mulanya ita risau juga dengan tema pilihan ni. Bimbang dengan hasilnya nanti. Tapi bila dah jadi.. Wow! cantik juga kombinasi pilihan warna yang di pilih. Suami ita yang paling suka, katanya kek nampak simple tapi sangat eksklusif.. katanya laah kan.. hehe ita apalagi tersenyum lebarlah bila menerima pujian ikhlas dari suami. Sebenarnya ita pun suka.. ralit juga ita dok tenung kek ni.. emmm.. cantik jugak ek.. aduiii... perasanlah ita ni..

Jom lah intai-intai gambar kek yang ita dah snap ni.. Manalah tau kalau ada kawan-kawan yang nak jadikan ianya sebagai idea untuk dekorasi kek anda pula.. Tak salah kalau kita berkongsi idea kan..


12 comments:

asue said...

kak ita, cantik...merah pun my favourite colour

Nur-nba said...

Cantik..Merah memang menawan.♥♥

MamaFaMi said...

Salaam Ita...
Ingatkan Ita terbang ke Jepun cuti sekolah ni. Rupanya sakura 'tumbuh' atas kek yang Ita buat.. hehehe. And as usual... cantikkk banget...

hijau said...

K.ita... Tgk kek memang cantikkkk org skrng kata cantik gilerrrrr... Mohon izin link ke blog saya yer kak... Tq

Akma Khaieri said...

cantiknyerr!! love it!!

Norliza Abu Bakar said...

Assalam k.Ita memang creative tul.. mohon izin untuk copy resepi dlm blog k.ita ni. Mmg saya suka sgt2 . Baru nak cuba-cuba bljr buat kek... harap2 menjadi.. tq

Norliza Abu Bakar said...

Assalam k.Ita memang creative tul.. mohon izin untuk copy resepi dlm blog k.ita ni. Mmg saya suka sgt2 . Baru nak cuba-cuba bljr buat kek... harap2 menjadi.. tq

fazianbatrisyia said...

mmg cantik pun kek tu...
untung ada suami yg menyokong & faham apa yg kak ita minat...
tak sabar jek selalu nak tgk hasil kek kak ita...

Rina Audie said...

cantik bener kue ini kak Ita. Ini memang simple tapi keliatan eksklusif dan elegan.

aniza zakaria said...

Aduhaii ni yg bkobar2 nk blajar wat kek ni :)

kakakchomel said...

Subhanallah kak....perfect!

siti hajar sahat said...

Kak ita....cantiknye deco ni....eksklusif

Powered by Blogger.