iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, December 5, 2013

Rusian Black and White Decoration Ideas

Rusian Black and White adalah kek yang paling laris dan paling banyak mendapat permintaan di kalangan para peminat kek. Keunikkan hasil kejadiannya, keenakan dan kelazatan rasa kek yang kaya dengan coklat dan cheese moca membuatkan pengemar kek coklat dan cheese tak boleh lena di buatnya.


Satu kek yang agak berat dan padat. Cara pembuatannya juga agak rumit, membuatkan ramai yang berfikir 2 kali untuk melempiaskan hajat membuat kek yang cukup istimewa ini. Pasti penciptanya tersenyum puas dan berlapang dada bila hasil kreativiti beliau menjadi satu fenomena di kalangan peminat-peminat kek tanahair.


Harganya pasti tidak menjadi soalan disini, kerana bahan yang digunakan untuk membuatnya juga bukan calang-calang harganya. Jika ingin menikmati potongan kek yang enak, pastilah kualiti bahan yang harus di utamakan. Dari bahan asanya, seperti telur mestilah dalam kondesi yang baik dan segar. Coklatnya pula sudah tentulah di datangkan khas dari ladang koko yang bermutu tinggi. Cheesenya pula sudah semestinya di terbangkan dari ladang tenusu yang terbaik di dunia. Haruman vanilla yang segar dan kegebuan kek yang lembut adunan dari serbuk koko terpilih dan gandum bermutu tinggi, pasti menjadikan resepi kek anda yang terbaik dan terlazat.

Bagaimana pula cara membuatnya?
Kesabaran dan ketelitian yang tinggi haruslah di berikan bagi mendapatkan satu kek yang bukan sahaja lazat tapi cantik dan menarik di pandang.
WOW! itulah kata yang terlahir bila anda mendapat sebuku kek idaman hati.


Kek ini di datangkan dalam 2 design yang berbeza. Satu dalam bentuk bulat dan satu lagi dalam bentuk empat segi sama.
Keunikan kek berbentuk empat segi sama kerana ianya selari dengan nama kek Rusian Black and White itu sendiri. Potongan kek yang kemas dengan corak hitam dan putih membuatkan mata tak berkelip memandang.

Bulat pula memberi satu kejutan buat sesiapa yang mendapatkannya. Hati pasti berbunga ceria bila kek di potong. Coraknya hitam putih pasti membuatkan semua mata tertumpu pada potongan yang akan di tarik keluar dari kek. Wow!! itulah reaksi pertama setiap kali kek di potong atau di hidangkan.

Kek yang telah tersedia unik ni tidak perlulah di hiasan sarat. Kata orang ' it's simple until you make it complicated'

Pasti ada yang teringin menjadikan kek ini sebagai kek ulang tahun kelahiran. Tak salah jika nak menghias kek istimewa ini supaya ia tampil lebih istimewa di hari yang cukup istimewa bagi anda dan keluarga.



Kali ini ita tanpilkan beberapa idea dan desing kek Rusian Black and White untuk birthday decoration. Mana tau ianya mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan sedikit idea bagi menyediakan kek ulang tahun untuk buah hati tersayang.
' Cook with love and bake with heart '

عن ‏ ‏عبد الله بن عمرو ‏ ‏قال ‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الأرضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ الرَّحِمُ شِجْنَةٌ مِنْ الرَّحْمَنِ فَمَن وصَلَها وصَلهُ اللهُ ومَن قطَعَها قطعَهُ اللهُ


Maksudnya:

Daripada Abdullah bin 'Amr, Rasulullah s.a.w bersabda:

Orang yang mengasihi, akan dikasihi oleh Allah. Kasihilah mereka yang ada di dunia, nescaya kalian akan dikasihi oleh mereka yang ada di langit. Sifat belas itu salah satu cabang daripada ar-Rahman. Siapa yang menyambungnya, Allah akan menyambung rahmatNya kepadanya, siapa yang memutuskannya, Allah akan memutuskan rahmatNya kepadanya pula.

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi. Katanya ia hadith Hasan Sahih.




Thank you ^__^


Anda boleh dapatkan resepi dan kaedah penyediaannya di SINI





12 comments:

Ibu Cergas said...

Salam kak,

saya dah pernah buat. memangg sedap. cume ia memang tak tahan suhu luar kan? kerana keju yang menjadi inti tu mudah cair kan kak?

Just nak clarify. sbb akak buat kek hantaran guna kek ni. x cair ke kak?

Mama Iman & Hannan
Set Bersalin Shaklee
Dapur IbuCergas

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

deco love tu sesuai dibuat oleh orang yg tak pandai deco2 cam kita, hihi...

Ayumieka said...

bestnya kalau pandai buat kek mcam ni...

ummi said...

Aa ayumieka akak pun teringin.bilala nk pandai

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

cantik n comel... klu sy mst sy nk potong 2.. hehehe

azwaani said...

cantiknya kak, minat sangat saya melihatnya..hrp satu hari dpt buat kek yg mcmni.. :)
http://akudanshaklee.blogspot.com/

nor hayati abdul halim said...

memang cantik dan sedap n dh penah try tapi xla mnjadi secantik akak buat.tq 4 sharing

izatishop.blogspot.com

Khalid Kyle said...

Kalau saya dptlah kek ni kan.. sy x mkn, saya framekan terus haha sayang nak mkn cantik sgt :D

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

blog-tips-kurus said...

indahnya!
mesti lazat.. :-)

tasty krafty said...

Cantik bangat!! Teringin nak buat.

www.facebook.com/TastyKrafty.

atilzan said...

Dah try buat kek ni,,memang sedap sgt2,,,,:-)

atilzan said...

Kek ni memang sedap sgt2,,,rugi x try