Follow if you like

Dec 10, 2013

Pelajari cara membuat bunga Ros dari buttercream



Assalamualaikum
Minggu ni ita sempat menyiapkan 2 biji kek yang penuh dengan bunga. Satu kek adalah untuk majlis perkhawinan dan satu lagi untuk birthday abah.


Kek yang penuh bunga ni ada yang mengelarnya Arty Cake dan ada juga yang memanggilnya Vintage Cake.
Cake yang menggunakan buttercream sepenuhnya ini perlukan kesabaran yang tinggi untuk menyediakannya.
Selain kepakaran dalam menghasilkan kelopak-kelopak bunga, pengolahan warna juga merupakan satu lagi elemen penting supaya kek yang terhasil nampak cantik dengan kombinasi warna bunga-bunga yang segar.


Untuk menghasilkan sebiji kek bakul ini, ita perlukan masa yang agak panjang. Kerana setiap warna untuk bunga adalah tidak sama. Kita perlu adun warna untuk di serasikan dan di suaipadan supaya warnaya seakan-akan bunga hidup yang segar.

Untuk menjalin bakulnya juga mperlukan ketelitian dan kesabaran. Ini supaya kita dapat hasilkan jalinan bakul yang nampak kemas.


Hari ini ita akan tunjukkan kepada adik-adik kita yang baru nak berjinak-jinak nak buat bunga rose dari buttercream.
Ada 2 kaedah sebenarnya cara nak membuat bunga ros. Satu kaedah biasa yang sering kita lihat di mana bunga ros dengan kelopak kembang. Satu lagi bunga ros dengan kelopak kuncup. Cara nak mengolah kelopak pula ikut keselesaan masing-masing. Ada yang lebih selesa buat bunga dari luar ke dalam dan ada yang sebaliknya. 
Hari ini ita akan tunjukkan kedua-dua kaedah membuat bunga rose.


Mula kita perhatikan Nozel yang kita perlukan. Nozel yang di gunakan untuk kedua-dua kuntum bunga ros yang berlainan juga adalah berlainan saiz dan corak.

Untuk bunga ros biasa ( kembang) lihat nozel di sebelah kanan. Nozel yang biasa di gunakan ialah tips no 101, 102, 103 atau 104 mengikut saiz. Semakin besar bunga yang kita inginkan semakain besar saiz nozel yang kita perlukan. Tapi kebiasannya kita menggunakan tips no 104 untuk saiz bunga ros standard.

Untuk bunga ros kuncup pula, kita perhatikan nozel di sebelah kiri. Ia lebih melengkung seakan berbentuk bulan sabit. Tips nozelnya pula adalah 123 untuk nozel Wilton dan 2106 untuk nozel Tan See Fong.


Selain kita perlukan nozel. Kita juga perlukan nail seperti gambar di atas. 
Nail yang berbentuk seperti paku yang besar di perlukan juga kon biskut putih untuk membuat sekuntum bunga. 
Jika kita menggunakan nail bentuk paku payung pula kita tak perlukan kon biskut.
Nanti ita tunjukkan kaedah membuatnya.

Kaedah 1
Bunga Ros Kembang
Nozel Tips no 104


Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari dalam ke luar dan dalam putaran huruf n.
3. Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
4. Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari dalam ke luar dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
5. Kemudian dengan cara sama, tapi kedudukan nozel di sendengkan sedikit bentukkan 5 kelopak lain pula
Begitulah seterusnya untuk lapisan kelopak yang luar sebanyak 7 kelopak.
6. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek.

Macam mana? mudah aje kan?
Sekarang ita akan tunjukkan pula banagaimana kaedah atau cara nak buat bunga yang kuncup pula.
Dengan kaedah yang sama kita masih lagi menggunakan kon biskut.

Kaedah 2
Bunga Ros Kuncup
Nozel Tips no 123



Letakkan Kon biskut pada nail paku
Untuk melekatkan dan menstabilkan kedudukan kon paipkan sedikit cream pada nail paku dan baru letakkan kon biskut. Ini merupakan sebagai gum supaya kon tidak bergerak semasa proses membuat bunga di jalankan.
Letakkan nozel dalam piping bag.
Gunting hujungnya untuk mengeluarkan nozel.
Letakkan buttercream yang kita telah dibancuh dengan warna pilihan

1. Perhatikan kedudukan nozel. Permukaan yang tirus di sebelah atas dan permukaan lubang yang besar di sebelah bawah
2. Perhatikan kaedah atau cara kita membentuk bunga. Pergerakkan tangan dari luar ke dalam dan dalam putaran huruf n.
Bentukkan dahulu kudup bunga di sebelah dalam. Kita hanya perlu mengerakkan nail dengan jari sahaja. Kedudukan tangan yang memeggang nozel masih di kedudukan sama. Hanya Nail sahaja yang di putar dengan pergerakkan jari.
3.  Kemudian buat 3 kelopak dengan pergerakkan nozel dari luar ke dalam dan berbentuk n. Manakala kedudukan nail berputar sekali dengan pergerakkan nozel. Hanya jari sahaja yang mengerakkan nail.
4. Kemudian dengan kaedah yang sama buatlah 5 kelopak dan 7 kelopak jika inginkan kuntuman bunga yang sedikit besar.
 5. Untuk mengalihkan bunga ke permukaan kek, kaedahnya sama juga seperti kaedah di atas, kita hanya perlu menggunakan gunting kecil dan sepitkan pada kon dan alihkan ke atas kek. 

Macam mana ? mudah aje kan?
Sekarang kita perhatikan pula kaedah membuat bunga dengan nail paku payung. 
Kaedah ni sama untuk membuat bunga kembang atau kuncup. Kita tak perlukan kon biskut sebaliknya menggunakan buttercream sebagai kon atau tapaknya
Jom kita perhatikan kaedahnya pula.

Kaedah 3
Bunga Ros Kuncup / Kembang
Menggunakan nail Paku Payung


Untuk kaedah ini tak kisahlah kita nak buat bunga ros kembang atau kuncup. Tapi jika nak buat Ros kembang kena guna Nozel tips no 104 dan kalau nak bunga kuncup guna nozel tips no 123.
Cuma kaedahnya berbeza tidak menggunakan kon biskut, sebaliknya kita guna sepenuhnya buttercream.

1. Kita perlukan nail paku payung
2. Letakkan buttercream dalam piping bag, gunting hujungnya dan paipkan atas nail bentuk kon. Bahagian dasar lebih besar dan lebar dari bahagian atas yang tirus dan berbentuk kon.
3. Masukkan nozel dalam pipng bag yang lain, gunting hujungnya dan letakkan buttercream dengan warna pilihan. Paipkan kudup bunga dahulu atas kun yang telah kita bentuk.
4. Kemudian buat 3 kelopak untuk bunga ros
5. Kedudukan putaran adalah seperti cara yang dah ita katakan sebelumnya jika bunga kuncup putaran dari luar ke dalam dan untuk bunga kembang dari dalam ke luar dan masih bentuk n.
6. teruskan dengan kelopak yang 5 dan 7.

Kaedah mengalihkan bunga dari naik ke atas kek


1. Masih menggunakan gunting, sepitkan dasar bunga , kepitkan sedikit gunting tapi bukan sampai gunting tertutup habis ya.
2. Kemudian seret bunga dari nail untuk alihkan kedudukkan dari nail ke atas gunting.
3. Dengan perlahan letakkan bunga atas permukaan kek secara sendeng kedudukan gunting.
4. Alihkan atau lunsurkan dengan lidi bersih

Dah siap mudah aje kan.
Selamat mencuba!


71 comments:

Mat Gebu said...

Pengggsannnnnnnnnnnnn... >__<

Mrs.Leela said...

so beautiful....thank you for sharing....

Regards,
Leela

aidaskitchen said...

Sungguh mulia segala keikhlasan dari Azlita memberi tunjuk ajar..Kak Aida doakan segala rezeki,dipanjangkan umur serta beroleh kesihatan yang baik untuk Azlita sekeluarga..

anniesulaiman said...

kagum betullllllaaaa ngan kesungguhan akak buat bunga2.. sangat sayang nak makan kek tu kalau saya la..

Amie said...

Seronok & leka nak siapkan kuntuman ros sebenarnya ye Ita. Teringat dulu belajar dengan Chef Eugene... dari pagi sampai petang barulah dapat hasil kuntuman ros yang sempurna!

SuRie Cottage said...

sy sgt admire hasil kerja akak. its so beautiful..n sgt2 suka singgah blog ni melihat hasil gambar yg kak ita snap.
-emellia-

suhaila hasan said...

thanks for sharing..

maria said...

tq for sharing kak ita, tapi macam tak boleh nak buat ja sebab tangan keras

fazianbatrisyia said...

buat sekuntum pun belum lagi pulak sebakul...tekun sungguh kak ita. tahniah kak ita...kek tu cantik sangat.

Hijrah Aku Dan Dia said...

Kak Ita,

TQVM...boleh saya aplikasikan untuk decorate kek kawin adik saya tahun depan...TQ again Kak Ita..

mashelas said...

Wah, dh lama saye teringin belajar buat bunge cream tu. Alhamdulillah kak Ita sudi berkongsi ilmu. Terima kasih kak Ita, sayang kak Ita! :)

Noor Hafirdaus said...

Pengsan n koma sat....

Safinatunnajah Ahmadi said...

kagum dengan bakat kak ita. hebat! terima kasih atas perkongsian ilmu ni.

Irfa said...

haha..cikmat pengsan terus
sy jugak..pitam
akak ni mmg penyabar sungguh

Seri Suryati said...

Nk minta resepi butter cream utk bunga ros..boleh azlita?

Rosniena said...

nak pitam tengok..tak reti!!

Cheq Sue said...

Igt 1st time buat rose dulu...mcm nk meleleh ayaq liur rasanya...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

baru buat 3 kuntum pas tu pas kat Kak Ita mintak tolong habiskan, hehehe

lily ali said...

Assalamualaikum.... best la kak.... saya selalu buat bunga ni mesti tak jadi cantik n kemas macam akk nyer..kagum dengan hasil kerja akk.......

Shilla ShiFa said...

Tq so much kak ita..byk tnjuk ajar sgala mcm benda dlm dunia kek..shila byk blajar dr blog akk..siap mnjual gunakan kaedah n tips2 dr akk beri..semoga Allah murahkn rezeki akk sekeluarga ye... ^_^

Shilla ShiFa said...

Tq so much kak ita..byk tnjuk ajar sgala mcm benda dlm dunia kek..shila byk blajar dr blog akk..siap mnjual gunakan kaedah n tips2 dr akk beri..semoga Allah murahkn rezeki akk sekeluarga ye... ^_^

Qashmere said...

Bestnya...memang nak mencuba tapi tak berani. hahaha

Nik Zamzurina said...

Fuyoooo...cantik

ummiaisyah said...

lebiu kak Ita!!!

linas said...

Cantiknyer..pengsan kalau sy nak buat nie..

siti sauzira wani supi said...

Tq kak ita sudi tunjuk cara2 wat bunga ni... ;-)

mykitchen said...

suka baca tuk tambah ilmu tp Dan buat ya ampun xberani!!!!

hayati ismail said...

Cantik sgt2...

Salbiah Zakaria said...

Terima kasih ita atas tunjuk ajar. Bila agaknya ita dapat buka kelas.

Salbiah Zakaria said...

Cantik. Terima kasih atas tunjuk ajar.

A.B.M said...

Lawanya! suka tgk ros yg kuncup. Thanks for the sharing kak. :)

Nur-nba said...

Tak berkedip mata.. Kagum dengan ketelitian akak.. Cantik sangat bunga tu !... ♥

Bbwana adienia said...

cantik giler la kak..teringin juga satu hari nanti buat bunga macam ni..thanx kongsi ilmu kak..

PINATBATE said...

menangis tengok!!

sathiarani said...

simply awesome, you made look so simple...

lynn hamid said...

Subhanallah...inilah sedikit ilmu tuhan yg dberikn kpd azlita dan azlita x kedekut utk share dgn kami....tq vry much...smg rezeki ita bertambh dan mendpt redha dr Allah

Duki Aidah said...

10Q for sharing ita

kakakchomel said...

pengsan berjemaah namanya ni. haha dasyat la skill akak. kagum saya, tak kedekut ilmu. thank u so much kak, i learn a lot from your blog

Jamilah Mohd Noor said...

Cntiknya..nant bleh praktis cra ni.tq ye.

Jamilah Mohd Noor said...

Cntiknya..nant bleh praktis cra ni.tq ye.

Jamilah Mohd Noor said...

Cantik sgt.

Jamilah Mohd Noor said...

Cntiknya..nant bleh praktis cra ni.tq ye.

Intan Zairina said...

Mmg cantik sgt2 akak.... Tak berkelip mata memandang....

Intan Zairina said...

Mmg cantik sgt2 akak.... Tak berkelip mata memandang....

Intan Zairina said...

Mmg cantik sgt2 akak.... Tak berkelip mata memandang....

Lavender Lassie Roses said...

sangat cantek!! kalo nak try buat sendiri, mau berpuluh kali buat neh.. apepon sangat kagum dengan kekreatifan kak ita ngan bakatnye ... :)

tasty krafty said...

Kena try jugak satu hari nanti..
Kon dah beli..tapi belum berkesempatan nak mencuba..
Tq kak azlita for sharing.

Shamsiah Jam said...

Cantik....terima kasih sudi share semua nie...amat berguna buat saya yang baru berjinak2 dalam bidang ini.

syed harry said...

Wahhh...indahnyer kuntuman bunga seindah hati lak ita....so beautiful ....!!

syed harry said...
This comment has been removed by the author.
seri NIAN said...

saya berimpian nak buat kek..kuih seperti ini. Semoga dipermudahkan amiin

Soya buat anda kenyang berpanjangan, masukkan dalam kek juga best ni

mulan said...

betul la...nangis tgk..

Pijah Tomeii said...

Kagumnya....kak ita mmg kreatif....terbaik....satu hari nanti saya berharap dpt buat mcm kak ita....doakan utk saya ye....

Pijah Tomeii said...

Kagumnya....kak ita mmg kreatif....terbaik....satu hari nanti saya berharap dpt buat mcm kak ita....doakan utk saya ye....

nazyue said...

Tolong saya. Asap. Macam mana nak buat buttercream yg boleh buat roses? Buttecream sy lembik..x dpt tegakkan kelopak bunga pun..

nazyue said...

Tolong saya. Asap. Macam mana nak buat buttercream yg boleh buat roses? Buttecream sy lembik..x dpt tegakkan kelopak bunga pun..

Ninazaimi said...

Cantiknyaaaaaaaaaaa........tq ita for sharing

rohasmah ABAS said...

cantiknyerrr..memrlukan kesbran la nmpknya nk buat..hehe

siti hajar sahat said...

Fuhhh cantiknye...byk kali cube buat tp xjadi...skill xde...

Norliza Samsudin said...

Masyallah cantiknya bunga tp cantik lg hati Ita kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga bertambah luas dan murah rezeki mu Azlita.

Cik Putih said...

Mak aiiii... Baru tengok , blum buat lagi dah rasa tenat nk membuatnyer... Tp cantik sungguh.

Cik Putih said...

Tenat nk membuatnyer tu....hihihi...

nur7 said...

Setiapkl sy masuk page akak ni..sy mesti terharu gile2. Sbb akak x kedekut ilmu lsug. Stsa share ilmu yg ade.. x yah attend kelas ratus2 tu..byk da sy belaja dr akak kat blog ni.. sy da bole buat sugar cookies n cupcake fondant melalui akak la.. kan dah save byk duit tu.. skg ni nk belaja buttercrean rose pulak.. tq so much akak. Smbil baca blog akak ni..sy trus doa kat Allah..murahkanlah rezeki akak...

Liza Ismail said...

Ye doa kami untuk ita.. semoga Allah balas dengan rezeki yg mencurah2 dan tak putus2.. ilmu yg dimenafaat bakal menjadi penyelamat nanti .. amin..

hapizah mohd yusof said...

memang PenGSAnnnn....tiada kesabaranku...terbaik la k.ita

lin alin said...

Cantik sgttt......

MrBaker said...

Salam kak ita, boleh share resepi buttercream yg kak ita gunakan urk buat bunga2 tu tak? Stabil n kukuh. Mohon share kan sedikit tips n resepi buttercream utk bunga ye kak ita.

MaMa Chantique said...

MasyaAllah berpeluh kalau saya yang buat ni...kena practices ni..huhu >__<

Unknown said...

Meroyan tgk deco akak Ni....kagum Sgt bertuah kak Ita dikurniakan tgn yg kreatif.... Doakan saya... Semoga ilmu akak Ni..mendorong saya until gigih meneruskan perjuangan.... Halal kan ilmunya...ye kak Ita...syg akak.. Tq so much.... Kerana sudi berkongsi ilmu... 1 hari pasti akan bertemu utk pelajari ilmu... Butter cream..

Joan Gibbons said...

Absolutely perfectly beautiful. ..I love your work! !🌷😊

Joan Gibbons said...

Absolutely perfectly beautiful. ..I love your work! !🌷😊

Powered by Blogger.