Follow if you like

Nov 20, 2013

Misteri Villa Nabila


Tiba-tiba nama Villa Nabila menjadi cukup gah dan popular.
Misteri kehilangan adik Izzat merungkai satu persoalan yang masih sama-samar.
Aduh malas pulak nak ulas kes budak-budak yang cetek akal ni..
Ita petik kata Ketua Polis "Polis bayak lagi kerja lain nak buat.."

Benarkah wujudnya Villa yang diberi nama Villa Nabila di situ..

Teringat akan pertanyaan Dalili di suatu petang pada awal tahun..
" mak kawan kita kata ada satu rumah berhantu  depan Danga Bay "
"Nama rumah tu Villa Nabilla.."
" mak pernah dengar?" sambung Dalili lagi cuba melengkapkan jalan ceritanya..
" mak tau tak? kawan kita kata.. dulu rumah tu dihuni oleh sepasang suami isteri yang kaya.. dia ada anak tau mak.. perempuan namanya Nabila.. tu yang dia namakan rumah tu Villa Nabila" sambung Dalili lagi.. penuh semangat
Ita hanya mendengar.. biar dia terus bercerita..
" Mak tau tak? kawan kita kata.. mak dia dan ayah dia mati dalam kemalangan.. lepas tu dia telah di bunuh oleh orang gajinya yang inginkan harta bapanya yang banyak tu.. " sambung Dalili lagi dengan penuh lancar..
" Mayat Nabila kan mak.. katanya ditanam di dinding rumah tersebut.. Kesian dia kan mak"
Membugil matanya melengkapkan cerita dengan bersungguh-sungguh..
" Mak tak pernah dengar ke mak? mak kan duduk situ dulu.. " Pertanyaan Dalili buatkan ita tergelak..

"Mana lah ada Villa Nabila di situ.. mak tak pernah dengar pun nama Villa Nabila. Sejak mak kecil kawasan situ adalah kawasan permainan mak.. tau..! Ni mesti kawan Dalili nak takutkan Dalili.. Dah lah jangan percaya.. karut aje.." sambung ita cuba menenangkan Dalili yang dah mula percaya akan cerita dongeng itu..


Semalam Dalili berteriak sewaktu buletin TV3,
"kan mak kita kata betul.. ada Villa Nabila kat situ.. tu lah mak tak caya.."
Kata Dalili buatkan ita tergamam..
Terkebil-kebil biji mata melihat buletin yang di baca..
Budak hilang?
Villa Nabila?
uishhh.. macam mana ita boleh tak pernah tahu akan adanya Villa Nabila disitu..
Macam pelik ajeee...


Ita lahir pada tahun 1971 di bandarraya Johor Bahru di kaki Bukit Timbalan.
Dibesarkan di Kampung Mohd Amin di kaki bukit Straits View. Rumah atuk ita di situ begitu juga rumah mak cik ita yang lain..
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Nong Chik dan bersekolah agama di Bukit Zaharah.
Pada masa dahulu penduduk di Johor Bahru tidaklah sebegitu padat. Semangat kejiranan yang utuh membuatkan kami mengenali satu sama lain walaupun sepelaung jauhnya.. Rata-rata kawasan persekitaran adalah kawasan sepermainan kami adik beradik. Dari bandar JB, Jalan Ayer Molek, masuk ke Jalan Mahmoodiah.. Jalan Kolam Ayer , Jalan Petri , Jalan Abdul Samad, Jalan Sungai Chat, Jalan Nong Chik semuanya adalah laluan kami hari-hari. Ramai kawan-kawan ita juga tinggal di kawasan pesekitaran.

Bapa ita juga dibesarkan di situ, bersekolah di English College yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar. Bapa ita dahulu bersahabat baik dengan arwah Tok Mat atau lebih dikenali sebagai Allahraham Tan Sri Mohamed Rahmat. Mereka selalu keluar memancing di Pantai Lido bersama-sama. Tok Mat juga tinggal di situ bersama keluarga beliau.


Seingat ita kawasan Straits View adalah kawasan golongan elit. Di situ juga terdapat banyak rumah kerajaan. Rumah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan rumah Menteri Besar juga terletak di situ. 
Rumah di kawasan itu sangat cantik-cantik dan unik-unik. Rumahnya besar-besar.. maklumlah orang bangsawan.. Di situ juga banyak terdapat rumah yang penghuninya berbangsa Inggeris. Mungkin mereka adalah  kaum kerabat atau, saudara mara Sultan.. ita tak berapa pasti.. atau boleh jadi juga pembesar British yang masih berkhidmat dengan kerajaan Johor pada masa itu. Di situ juga letaknya Istana Bukit Serene, atau ita panggil Istana Hijau kerana bumbung Istana yang berwarna hijau.  Ita selalu juga merayap di kawasan itu, masa ita kecil dulu, kat situ banyak ditanam pokok buah mentega. Jadi kami adik beradik selalu lah dok rembat buah mentega yang ditanam di tepi jalan istana. 
Di situ juga lah terdapatnya sebuah hotel yang diberi nama Macinta. Hotel ini adalah antara hotel yang terawal di Bandaraya Johor Bahru. Tapi hotel ini bukanlah macam hotel sekarang. Kebanyakkan penghuni hotel tersebut adalah mat saleh dan minah-minah saleh.. kadang kala ternampak juga kelibat warga Jepun. 

  
Kenapa ita kata begitu..
Rumah mak cik ita betul-betul di bawah kaki bukit 
Setiap hari ramailah minah salleh dan mat-mat saleh yang lalu di tepi rumah mak cik ita untuk ke kedai Pak Habib yang terletak  betul-betul di sebelah rumah mak cik ita. 

Berbalik kita pada cerita Villa Nabila.
Yang mana satu yang dikatakan Villa Nabilla?
Ita sendiri kurang pasti

Ketiga-tiga rumah ini adalah berdekatan antara satu sama lain. Dan ketiga-tiganya tidak berpenghuni. Rumah yang telah usang dan telah ditinggalkan berpuluh-puluh tahun lamanya. 
Sayang, rumah yang tersergam indah dengan lokasi pemandangan menghadap Selat Tebrau yang indah ditinggalkan sunyi tanpa penghuni.
Siapa pemilik banglo mewah ini masih menjadi persoalan dan suatu misteri...

Apakah misteri di sebalik rumah-rumah ini.. masih belum terungkai...



Seingat ita rumah usang 4 tingkat ini adalah milik seorang Dato' berbangsa Cina. Dahulu rumah ini dikenali sebagai Christine Palace. Rumah ini betul-betul berhadapan dengan Pantai Lido atau kini lebih dikenali sebagai Danga Bay di kalangan pengunjung. Seingat ita rumah ini telah didirikan pada era 80an. Sewaktu itu laluan hadapan atau jalan Pantai Lido merupakan laluan ita sehari-hari dari rumah ita ke sekolah. 

Rumah yang berwarna putih biru ini dan berbumbung biru keunguan, cukup gah pada era itu kerana struktur bangunannya yang sangat unik. Rumahnya bertingkat-tingkat mengikut kaki bukit dimana ia didirikan. Ia juga kalau tak silap ita merupakan antara rumah yang terawal menyalut pagar dengan mozaik. Kalau dahulu pagar bersalut mozaik dah kira kaya betul lah orang tu kan..

Sewaktu tinjauan ita ke lokasi, ita telah berkenalan dengan seorang pak cik ni.. Alamak ita terlupa pula nak tanya siapa namanya.. kerana terlalu asyik mendengar beliau bercerita.



Menurut kata beliau, beliau pernah bekerja di sini. Pemilik rumah ini katanya adalah seorang Dato berbangsa Cina yang dikenali beliau sebagai Dato Yap Sing Hock. Katanya lagi, Dato Yap adalah pemilik Christine Palace sebuah pusat hiburan yang popular di Johor Bahru pada era itu. Tapi menurutnya lagi, rumah ini bukanlah Christine Palace sebagaimana yang ramai sangkakan. Ianya adalah rumah persinggahan Dato Yap dan keluarga. Katanya lagi, sewaktu dia menjaga rumah ini dahulu, rumah ini sangat cantik. Terdapat 2 bangunan, satu di sebelah hadapan dan satu lagi di sebelah belakang dan di atas bukit. Rumah ini juga terdapat 2 kolam ikan yang selalu dibersihkannya setiap hari iaitu satu di bahagian hadapan, dan satu lagi di bahagian bangunan belakang.














Menurutnya lagi, selepas Dato Yap menghilangkan diri, dia pun turut meninggalkan rumah ini kerana telah menmdapat pekerjaan lain. Selepas itu dia tidak pernah lagi singgah di sini sehinggalah mendengar berita kehilangan budak lelaki di Buletin TV 3 malam semalam. 
Seingat pak cik inilah sewaktu dia bekerja di rumah mewah ni, tiada pulak sebarang peristiwa paranormal yang berlaku di sini.. Rumah ni ok aje.. dan sering dikunjungi saudara mara dan kenalan Dato Yap.

Ya.. baru ita teringat pusat hiburan Christine Palace yang terletak berhadapan dengan Flat Bukit Cagar. Tempat itu merupakan pusat hiburan yang kerap dikunjungi oleh warga kota terutamanya pada malam minggu. 

Ita segera meninggalkan lokasi dan bergegas ke Bukit Cagar, nampaknya bagunan itu telah pun di robohkan dan di gantikan dengan bangunan Fella Design.



Rumah usang di belakang banglo Dato Yap juga cukup indah pada amatan mata ita..
Struktur bangunannya yang unik  dalam binaan era zaman British membuatkan ita terlalu asyik mengamati keindahan bangunan usang ini. Kenapa ita katakan begitu, kerana bangunannya sama seperti bangunan rumah-rumah kerajaan era Kolonial di Johor. Sekali pandang bangunannya ita rasa se usia bangunan sekolah Bukit Zahara, sekolah agama ita yang terletak di Jalan Ayer Molek.

Rumah ini tidak lah sebesar dan segah bangunan rumah Dato Yap. Tapi ita sukakan struktur bangunan lama ini.
Rumah ini terletak betul-betull di atas bukit. Mengadap Laut Selat Tebrau. Tapi dek kerana bangunan rumah Dato Yap yang tinggi dan pokok yang telah merimbun, ia terlindung dari pandangan.
Ita tak pasti siapa pemilik rumah usang ini. Adakan ini yang dikatakan Villa Nabilla, Wallahualam..

Ita yakin ini adalah rumah orang kenaamaan berpandukan lambang kebesaran yang ada pada salah satu dinding bangunan.








Petak-petak dan batu bentuk gelung-gelung ini juga menimbulkan persoalan.
Tapi anggapan ita, ini adalah kolam ikan milik tuan rumah..
Pasti suatu masa dahulu kelibat ikan berenang-renag di kolam ini pasti memberikan satu keindahan dan ketenangan pada pemilik bangunan usang ini.

Kewujudan pokok ini di sisi juga merungkai satu persoalan.. kalaulah kita berada di sini pada waktu malam.. apakah yang kita gambarkan..


Ada yang kata rumah ini adalah rumah Dato Onn bin Jaafar. 
Tapi ada pula yang menyatakan kediaman Dato Onn terletak di Jalan Petri.
Kedudukan rumah ini yang agak jauh dari jalan raya membuatkan kita tidak perasan akan kewujudan rumah ini jika kita melalui jalan belakang.
Padang rumput yang menghijau dan rimbunan pohon sena turut menyembunyikan rumah indah ini dari pandangan mata.


Seorang pemuda yang bertugas membersihkan kawasan sekeliling, memaklumkan beliau sendiri tidak perasan akan adanya rumah usang ni di sini.. walaupun telah lama bertugas membersih kawasan persekitaran. Pelik bila dia melihat kehadiran ramai orang berpusu-pusu masuk ke laluan ini yang membuatkan beliau turut terpanggil untuk mengetahuinya. 



Ita cuba bertanya adakah beliau mengetahui siapa penghuni rumah ini.. beliau terus mengeleng-gelengkan kepala. 
Menurutnya lagi pelbagai kejadian aneh berlaku sepanjang beliau bertugas di situ.. yang katanya agak pelik.. tapi beliau tidak mengindahkannya. Biasalah kawasan lama dan sunyi pastinya membuatkan kita bermain dengan perasaan dan terbawa-bawa dengan khayalan.. sambung anak muda ini lagi..

Adakah benar rumah usang ni Villa Nabilla yang di katakan mempunyai seribu misteri...?
Terimgat ita akan filem RAHSIA lakunan Noor Kumalasari dan Shukri Hasyim
Macam ada persamaan aje..
Hanya Dia yang lebih mengetahuinya..











59 comments:

Edith_TiTtiT said...

akak boleh share x?

Edith_TiTtiT said...

akak boleh share x?

Mat Gebu said...

Rumah2 lama org ada2 di Johor unik2...Sayangnya bila ditinggalkan mcm tu saja...

WID2 said...

sejak kes yg tuari christine place nie jadi tumpuan org ramai.. ^_^

joijoi80 said...

wah...macam misteri menyediakan adunan kek...saya la tu..asal buat x menjadi..xder skill

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita... cuba baca sini.. gambar yang last tu ada persamaan...

http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2013/09/untold-history-hantu-christine-palace.html

Cik Eka said...

Rumah lama2 ni cantik kan kak.

Unik

wickedwarhol said...

Menarik cerita ni.

mencari keindahan said...

Perceritaan yang balik..

Sukma Haron said...

picture yang diambil begitu jelas dan cantik....saya tak pernah sampai lagi kat sana walaupun dulu-dulu masa kecik pernah lepak di pantai puteri....

Ibu Cergas said...

Wah... akak ke sana semata2 nak ambik gambar? Hebat.. kalo saya x nak lah. takut!!!!


hehehehe

IbuCergas

Ku Asmarina said...

cite n gambar yg menarik..:) kat taiping pun byk rumah tinggal yg cantik2 mcm nie...kalau lalu selalu nampak keindahan rumah je...cantik..luas kawasannya..

fazianbatrisyia said...

macam siri penyiasatan...best pulak baca...

Ratu said...

akak pokok mentega tu sama macam pokok ini ke?http://tanamitumudahkan.blogspot.com/2013/10/mentega.html

:: Mrs.Eady :: said...

Sampai ralit membaca..

Nanie Khairani said...

Puas baca cerita akak. Jelas dan sebutir-sebutir.
Thanks akak :)

honey said...

As salam ita ..tak snagka rupanya kita sebelah2 kg je he2, su dkt jn abd Samad, tapi senior italah bandar jb tempat penuh nostalgia..all those days..rindu

silent reader
Suhaila

honey said...

As salam ita, tak sangka rupanya kita ni berjiran kg je he2 tapi senior ita lah..rindunya all those days. Nama je kg kan ita tapi kita ni duduk bandar he2

silent reader
suhaila

Fieda Redzuan said...

Wahh beraninya pegi ambik gambar kat sana.. Tapi gambar akak semua cantuk. Jalan cerita pon terususn senang kte yang tak tau cerita sangat ni nak faham.. hehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Macam best jer macam seram jer ita.... seronok akak baca ;)

sarah said...

gambar tu semua kak amik sendiri ke?

Husni Nazra AB said...

Salam akak, kisah yang menarik untuk dikongsi, boleh saya share tak? gambar yang akak ambil pun cantik2 semuanya...

Cik Siti Abu Sujak said...

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri... sebut ala2 misteri nusantara tu.. Hidup sungguh gambar2 Ita.. thumbs up!

diamondshaf said...

Best la akak ni.. dh cm inspector conan dh.. seronok sy mmbca nya

diamondshaf said...

Dh cm inspector conan dh akak ni.. best baca tq kak.. selalu sy tertanya psl crt ni

diamondshaf said...

Best la akak ni.. dh cm inspector conan dh.. seronok sy mmbca nya

ZalinZalina said...

Baru la puas hati baca misteri villa nabila kat blog kak ita ni...yang lain tu cuma copy paste aje..TQ kak ita :)

Fiza Nordin said...

"polis banyak lagi keje nak buat,"
klu boleh klik LIKE setiap sesaat sy nak klikkkkkk je

Khalid Kyle said...

nice entry, byk cerita baru yg terungkai melalui entry panjang lebar ni :)

Jom Terjah : Bunuh Filem Melayu!

~♥ OjaAmran ♥~ said...

thanks for d info kak ita. sayang nyer rumah usang dengan pemandangan cantik terbiar begitu ajer kan..ermmm

izieradziah said...

Lovely writing..

gee muin said...

Salam perkenalan,
Villa Nabila ni menemukan saya dengan blog akak, sgt menarik lah cerita akan ni ditambah dgn gambar2 yg eksklusif.
Villa ni usang tp mempunyai keunikan tersendiri kan.

www.bestshoppemania.blogspot.com

sharifah rosidah said...

Salam Ita,
A kak dulu duduk dekat kg wadi Hana, Pusat hiburan Christine palace tu betul2 terletak di jalan nak masuk ke kg wadihana,. Akak nak tergelak bila baca cerita pasal villa nabila tur, siapa lah yang pandai pandai tukar nama rumah tu, creative betul lah orang2 Sekarang ni. A kak pun pernah bersekolah di sekolah SETA dan pernah juga be kerja di Mados and bhd yang dipunyai oleh almarhum sultan johor dulu. Masa be kerja di Mados pada tahu. 1981-1986 kami staff2 Mados pernah di bawl tour is tanpa bukit serene, pada Waktu itu istana bukit serene sedans di renovate sebab almarhum hendak berpindah ke situ dari pada istana bukit islander di jalan gertak merah tu(Sekarang istana bukit iskandar dah dirobohkan Duma tinggal tapak Nya Sahara.
Untuk pengetahuan Ita akak bagitahu Hal ini bukan lah untuk nak menunjuk2 cuma nak menceritakan yang kawasan2 di sekitar istana bukit serene tu memang keras sikit sebab melalui cerita2 yang diceritakan oleh DYAM Tunku Puan Pahang , Tunku Zizi (Azizah ) disitu banyak orang bunian, bila Maghrib bau di sekitar istana terlalu harum sampai semua adik beradik dia takut nak keluar Waktu senja2. Tapi tak Ada lah perkara2 paranormal yang pernah terjadi disitu, sebab tu bila cerita2 segala madam Hantu tu terkeluar akak Malas nak ambit kesah, lagi pun akak pun Ada kawan2 yang duduk kat situ antara Nya rumah Dato rokiah atau orang panggil kak kiah, dia tokey kereta lace motor, dulu pernah juga Ada kedai rambut lace di KOMTAR dan berjiran dengan kedai arwah kakak akak. Rumah dia terser gam atas bukit tu, dalam Nya cantik sangat, rasanya dulu pernah masuk majalah NONA. Dia tak pernah pun cerita Kawasan tu berhantu cuma dia cakap sunyi je.
Untuk pengetahuan Ita juga Christine palace Ada satu lagi di jalan pasir pelangi berdekatan dengan sekolah teknik jalan yahya Aldatar tu. A lah yang Sekarang dah jadi jalan nak pergi ke singapura, tapi Sekarang tak tahu lah Ada lagi ke sebab akak bila nak pergi singapura Lupa Pulak nak nak perati, nanti Kailua Balik jb nak intai2 lah.

gee muin said...

Salam perkenalan,

Villa Nabila menumukan saya dengan blog akak, sgt menarik perkongsian akak tentang villa yg hots ni...
ditambah dengan gambar yang cantik.Byk yg menarik dlm blog kak ita ni.

http://bestshoppemania.blogspot.com/
http://soulmateshaklees.blogspot.com/

kakchik@ella said...

saya baca dari mula sampai habis. segalanya masih misteri, kan. tak da sapa yang boleh mengesahkan penghujung cerita. adakah ini Villa Nabila? Adakah betul ianya misteri seperti yang orang-orang katakan?

geraugebang said...

Assalam, rumah kerajaan yang no 2 tu bekas rumah mak cik akak...lama jugak la dia dudukk situ.

Dragon Inn Premium Hotel said...

Pakcik tu saya kenal,beliau rakan ayah saya semasa mereka jadi tukang kebun di Christinepalace tu

~ Cik Azz ~ said...

Danga Bay tu nama baru untuk Pantai Lido rupanya.. Baru tau.. Selama ni dok dengar orang kata Danga Bay dan tertanya2 kat mana la lokasi Danga Bay tu..

Unknown said...

thank kak ita.. terjawab sudah..

ratukissdaniella said...

salam k.ita n k.sharifah..mgknkah k.sharifah ada pencerahan untk smue villa2 ksg kt area bukit serene ni?? actually sy trgn nk tau tntg banglo seorang doktor yg katenye trletak dalam skit dari villa nabila n ramai yg kate banglo tu mistik bahaya n blm pnah di siasat lgi..mlihat pada k.sharifah bcerita ni mcm kak byk pgthuan tntg umah2 lagenda ni...n sy trgn nk tau da bpe pluh thun sbnarnye di tggalkn umah2 ni?? ada akhbar yg mytakn da 70th?! ada yg kate 50th?? 40th?? hmmmm???..k.ita tau??? k.ita kn duk brdekatan...

ratukissdaniella said...

k.ita....sy da byk bkk blog tntg villa2 ni.. tp gmbar plg awesome n ulasan yg mnarik adalah dri blog k.ita..x sgke blog masakan bleh hasilkn entry misteri se awesome ni!!!!! terrrrbaiikkkkkkk!!!!! k.ita x tau ke tntg banglo doktor yg lbeh misteri dari villa nabila tu????? hmmmmm?????? sme kte x tau?? plg plik x pnah di selidiki n bahaya??? mne lgi nk cri org j.b ni?? trgn nkg tp kite jauh..

Mummy Hana said...

Salam kak ita...dah lama sy jadi silent reader blog akak sbb sgt suka tgk pic kek akak yang cantik dan menyelerakan...n best baca cerita akak pasal villa nabila nih...gambar pon sgt cantik..berani akak g sana ek amek gambor..hehe

CS said...

Assalam Ita...
Penerangan yg sangat best, anytime Majallah 3 boleh kalah. Buah mentiga dan nama2 jalan yg Ita sebut tu membawa kenangan manis belaka. I duduk diJalan Petri tapi tanahnya dah diambik kerajaan, dijadikan hiway, sob2...

Naniey Jemiey said...

Salam kak..cerita yang menarik.. tapi hingga sekarang x dapat pastikan kesahihan kejadian yang sebenar tentang keluarga nie.. kat internet mcam2 version.. xtau y mana satu betul..hehe!!!

LilY"s BlOgs.. said...

salam perkenalan.....sy n silent reader blog kak ita..slalu ikuti cme x bksempatan komen..br je nak ade blog..:) tp cantiknye rumah2 n kalo dbgunkan semula...penuh misteri ye..:)

zwanz074 said...

Assalam... Klau d bgunkn semula rmh tukan... Agak2 la... Ader ke rakyat malaysia nk dok@tinggal kt rmh tuuu...

zwanz074 said...

Agak2nyer lah kn.... Org yg tggl drmh tu mesti bravesheart kan....kan..

zwanz074 said...

Kamera jnis aper yg kak ita gn.. Ingt nk bli gak sbb gmbaq dia mmg puas ati lah.. Line kliaaa.. eh silap.. Gambaq kilaaa.....

Roslia Mohd yusof said...

Akak,plis siasat lg ye. Nk tau lg dan lg...

Mama Adeeb said...

As salam, Ita. Akak solute Ita sbb berani ...dah mcm reporter pulak dan mmg layak pun. Melihat pd gambar2 yg clear dan cantik tu, akak percaya rumah tu masih kukuh. Pihak berkenaan x blh contact ke waris2 tuan rumah? Sayang melihat rmh cantik dan kukuh terbiar. Seperti yg org kata, rumah kalau tak berpenghuni, syaitan la yg menghuni.Sayang .......

mOkdear said...

salam .. kak, kalu ikut logik akal cuba tengok gambar yang akhir tu.. kenapa rumputnya seperti dipelihara aje, tak semak samun walhal dah bertahun takde orang yang menghuni tempat tu hinggakan pekerja yang bertanggungjawap menjaga persekitaran tempat tu pun tak sedar akan kewujudan rumah itu disitu.. mengikut pengalaman ayahanda saya sewaktu zaman kanak-kanaknya di kampungnya dulu, ada sepohon pokok yang amat tinggi dalam kebun arwah nenda saya dan biasalah bila kebun tak berjaga rumput dan lalang dan pohon-pohon renek penuh kat kebun tu, tapi yang misterinya dibawah pohon besar tu kelihatan rumputnya sangat terbela seperti ditrim selalu.. menurut cerita ayahanda saya keluarganya percaya ada makhluk halus (bunian) yang menghuni tempat tu.. sebab tu bersih.. kembali melihat foto akhir yang saya percaya Villa Nabila tu .. rasanya memang ada kewujudan makhluk halus disitu.. tapi syukurlah akak terpelihara dari gangguannya.. kalu yang lemah semangat tu toksah lah pergi ya.. sedangkan rumah kita 2 minggu tak berpenghuni pun akan hadirlah benda benda halus ni, ni kan pula dah namanya hutan kan.. wallahuallam

noorhayati harun said...

agree gan Kak Ita..dulu xd lak citer mcm nie..masa thn 1998-99,every weekend mesti jogging kat Lido,dari Cempaka trn teksi kat kaw rmh elit ni la...mmg ada rmh usang tu tapi xd la popular pon..mcm2 citer skerg nie..hhehe...

NOR HAYATI TALIB said...

tak pernah tahu pon pasal villa nabila nie...Hihihi

Jom singgah www.cahayakehidupan1991.blogspot.com

apiz10 said...

Gambar cantik2

Fahmi Fauzi said...

Teringin nk buat photoshoot at tempat macam nie..

Fahmi Fauzi said...

teringin nk photoshoot at tempat nie.

Nor Azlin Abd Rashid said...

saya ingat cerita 'rahsia' tu ialah kisah ada sorang budak mati kena tanam dalam dinding rumah dia..saya ingat masa tu saya kecik n tgk citer tu kat saluran RTM..kenangan.. tapi kenapa agaknya cerita2 lama tu mereka xtayangkan lagi..best tau...akak ita ingat tak cerita 'misteri rumah tua' huish..cerita tu pun seram. noorkumalasari siap beranak ikot mulut dlm gua lagi.. masa tu giler takot kak..umur dlm darjah 1 or 2 cmtu la..

Vila Amanda Vila Istana Bunga said...

sayang sekali bangunan ditinggalkan begitu saja... padahal bisa dimanfaatkan kembali...
Terimakasih Sudah berbagi...
http://vilaistanabunga.web.id

Siti Rambely said...

baru sekarang saya tau detail citer ni..:-)

Powered by Blogger.