Follow if you like

Oct 2, 2013

Terima kasih semua...

Lama ita tak singgah di sini..
Ada yang kata "Akak merajuk ke? lama tak update blog?"
Mungkin juga..

Terima kasih ita kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberikan ita sokongan. Maaf ya kiranya ada kiriman email atau pm di fb yang tak sempat ita balas. Ita cukup sibuk akhir-akhir ini. tapi ita tetap menghargai setiap kiriman dan insyaallah ita akan ingat semua kata-kata, ucapan, dorongan, galakkan dan doa yang tak putus-putus.. terima kasih sekali lagi ita ucapkan..


Dalam sedih dan kecewa, ita mampu lagi mengukir senyuman.. hanya Allah sahaja yang tahu.. betapa hati ita cukup berbunga ceria apabila ita menerima kiriman email dari idola pujaan ita. Terima kasih yang tak terhingga kepada Chef Asma yang menyuntik semangat baru untuk ita terus berkarya. Insyaallah ita akan sentiasa ingat segala pesanan, nasihat dan juga kata-kata dorongan yang Chef berikan. Ita juga doakan agar Chef terus berjaya, di berikan kesihatan yang baik,  sentiasa dilimpahi rezeki dan sentiasa ceria dan bahagia bersama keluarga tersayang..


Ita juga menerima perkhabaran gembira..
Syukur alhamdulillah apabila ita diberitahu buku masakan ita habis di pasaran dan di ulang cetak semula oleh pihak penerbit.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan kepada rakan-rakan ita yang sentiasa berikan ita sokongan.. tak kira ketika ita gembira dan bahagia atau dalam duka nestapa... terima kasih ya semua.. Hanya kepadaNya jua ita pohon agar setiap apa yang ita lakukan adalah dalam izinNya.. Semoga ianya memberikan kerberkatan kepada kita semua dan sama-sama kita mendapat kebaikan daripada ilmu yang Allah kurniakan..


Terima kasih ita juga kepada pihak My Resepi dan MPH Publishing yang memberikan ita peluang ini. Ianya umpama mimpi dalam mimpi..
Tak pernah sedikit pun ita terfikir akan mempunyai buku sendiri.. dan ita bersyukur atas kurnian Allah SWT..
Walaupun ita masih berhutang 2 buah buku lagi dgn pihak MPH, tapi ita telah di berikan peluang sekali lagi untuk membuat sebuah buku lagi. Kali ini ita di berikan sepenuhnya kebebasan untuk memilih.. Alhamdulillah.. terima kasih MPH dan My Resepi. syukur sangat...
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang sentiasa doakan ita.. dan sesungguhnya.. Allah mendengar doa hambanya..


Nampaknya semakin sibuklah ita nanti.. akan sunyi sepilah blog ita lagi..
Doakan ya kawan-kawan supaya ita diberikan kesihatan yang baik untuk ita meneruskan projek ita seterusnya ini.. Insyaallah ita cuba lakukan yang terbaik sebagai hadiah ita kepada semua yang sentiasa tak putus-putus memberikan ita sokongan..

Kadang-kadang ita tersenyum sendiri membaca setiap komen yang di berikan.. Alhamdulilah terima kasih ya Allah memberikan ita bakat ini.. sesungguhnya ita amat-amat menghargai dan bersyukur atas setiap apa yang Allah kurniakan..
Ita sedar semuanya hanyalah kurnian Allah dan anugerah darinya yang hanyalah bersifat sementara.. Sampai masa Ia ingin mengambilnya semula ita redoh dan pasrah..


Ramai adik-adik yang bertanya.. kat mana kak ita belajar buat semua ini..?
Sebenarnya ianya lahir dari minat yang mendalam.. Kata orang kalau dah minat.. makan minum pun tak ingat..
Ita memang cukup meminati kerja-kerja seni. Tak taulah bakat ini terlahir dari siapa? Mak dan bapa ita juga tidak tahu dari siapa gerangannya minat ita ni.. Mungkin ada sedikit dari emak dan sedikit dari bapa tapi mungkin minatnya tidak sama.. Mak ita cukup suka memasak. Semua masakan yang mak masak selalu mendapat pujian dari sanak saudara.. Setiap kali mak menjamu tetamu yang datang bertandang.. rata-rata semuanya akan meminta resepi dari mak.. Tapi macam biasa.. orang lama resepi campak-campak.. tiada sukatan yang tepat..


Bapa ita pula suka bertukang. Rumah yang kami menumpang berteduh pun bapa ita yang buat sendiri.. Walaupun mengambil masa bertahun-tahun nak menyipkannya namun ita cukup bangga kerana ianya hadiah dari bapa untuk keluarga tersayang. Walaupun tak seindah istana dan seteguh Taj Mahal.. namun cukup selesa untuk kami menumpang berteduh.


Masa ita kecil ita cukup suka melukis. Kata mak setiap kali mak menjahit baju, ita akan duduk di sisi mak dan melukis. Mula ita suka conteng kat dinding.. pas tu mak belikan papan hijau dan kapur untuk ita conteng.. Puaslah ita melukis sehari suntuk.. sampai tak ingat makan.. sambung mak lagi mengigatkan kenangan lama.

Mungkin bakat ita ada sedikit turun pada anak ita yang sulung Amirul.. suka pada kerja seni dan sedikit pada Dalili yang cukup suka membantu ita memasak di dapur.


Ita juga bersyukur kerana ita dikurniakan suami yang cukup memahami minat ita. Tak pernah bersungut atau mengeluh. Sentiasa meniupkan semangat dan sentiasa memimpin bila ita hampir rebah.. Ya Allah.. kau lindungilah dia.. dan berilah Jannah untuk nya di sana nanti...



39 comments:

rahel said...

Sama2 Ka Ita...
Cantik dan kemas...sangat menyenangkan...suka banget...

~ Cik Azz ~ said...

Cantik2nya kek Kak Ita...

Moga akak makin berjaya dan kuat... Amin..

sabar dubai said...

Rindu dgn n3 kak ita...bace sambil lap airmata gembira....goodluck kak ita...xsabar nk tgu next book....

Azie said...

As salam Ita,
Harap Ita bersabar dengan dugaan ini. Percayalah Allah ingin memberikan ganjaran yang lebih banyak kepada Ita.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terbuai2 saya dibuatnya dgn coretan Kak Ita.. kerana membuatkan saya terkenang sewaktu dulu...

ameris said...

tahniah kak ita...

Erani Zuhran Mohd Nor said...

As salam kak. Lama dah jadi silent reader di sini tapi bila baca luahan kak, rasa nak jugak sampaikan rasa hati. Moga akak terus sukses. Blog ini byk beri inspirasi.. walaupun tak semua resepi kak saya cuba tapi sekadar tengok keindahan ciptaan kek2 tu dah cukup rasa puas hati... Saya baru belajar tapi Insya Allah, suatu hari nanti saya juga boleh hasilkan kek secantik kek kak ni...
Dont stop.. keep going. We will back u up everytime... Insya Allah.

orcHid said...

Ya Allah... cantiknyer kak ita..jeles tengok.. nak tempah gak

waiem said...

Saya suka melihat gambar2 makanan yang cantik2 di sini.

Semoga kak ita terus dilimpahi rahmat dan berjaya dalam bidang yg diceburi.

Luaskan kuasamu...hehehe

fazianbatrisyia said...

rindu pd blog kak ita & dah tentu dgn tuannya. Teringat pesan kak long sy, bila ada yg terkurang sebenarnya Allah nak bagi lebih daripada itu. Ujian mmg byk selagi hayat dikandung badan. Sy tau kak ita kuat semangat.

Semua cantik & berseni kek tu...suka sangat.

Ummi said...

Assalamualaikum Ita...semua dugaan ada hikmahnya...percayalah, Allah sedang mengaturkan yang terbaik buat Ita sekeluarga... Teruskan perkongsian dan minat yang amat dikagumi ini Ita... SubhanAllah!

Roses_Leo09 aka Hanim said...

betul tu kak ita. kalau dh minat buat apa pun pasti menjadi, insyaallah. hanim harap kak ita akan terus mendeko dgn idea2 terbaru. Jgn sia2kan bakat kurniaan Allah swt pada kak ita.

all d best utk kak ita

Yatie Mokhtar said...

tersangat kagum ngan hasil tangan kak ita...kak ita idola sy..wlupun sy x pandai buat kek yang secantik kak ita...tp gambar2 kek kak ita jadi inspirasi sy..sy harap dapat buat kek secantik kek kak ita akan datang...

Yatie Mokhtar said...

tahniah kak ita..u are my idol...

Nadia said...

Macam mana buat bunga biru tu??? Cantik, detail sgt!!

nor hayati abdul halim said...

luv u la kak...rndu coretan akak kt blog dh terubt

Roslia Mohd yusof said...

Kagum! Terdiam seketika....... Sesungguhnya inilah bakat yg Allah beri..:-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ya Allah.. tak berkelip mata akak melihat hasil air tangan Ita yang sangat kreatif. ada2 saja idea terbaru dari Ita & yang pasti.. mesti customer Ita semua berpuas hati dengan kerjatangan Ita. Tahniah Ita.. moga sukses & sentiasa dlm peliharaanNYA sentiasa. amin..

Bbwana adienia said...

sukanya tengok semua kek kak ita..deko yang cantik dan superb!terbaek la kak..

fabulousnana said...

Alhamdulillah. Moga mereka itu terduduk diam lepas ini. Good luck akak. Barakallahu feekum...

ummiaisyah said...

smg Kak ita terus diberi kekuatan utk berkarya....great teacher inspire ..heheheh

Puteri Fiza said...

Assalamualaikum kak. Suke tgk decoration akak, cantik2. Akak fiza done follow akak. Klu sudi akak follow back. Tq :)

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Kami semua rakan2 blogger mendoakan yang terbaik buat Ita dan sememangnya Ita berhak mendapatnya..Kak Wan dan rakan-rakan akan sentiasa apa jua yang Ita lakukan.. all the best :)

Juhariah Johari said...

Salam,
Mama memang rasa teruja dgn hasil kerja !
Apa cerita CT? lama tak muncul di blog beliau? ada blog baru?atau...

Ibu Cergas said...

Mustilah amat bz sebab byk tempahan kan kak? hehehheheh

Mama Iman & Hannan
Ibu Cergas

T.Arifin said...

Tahniah

T.Arifin said...

Syabas kak

maria rajab said...

hasil karya akak yg membuat semua mata terpukau..ni kalau order kek xmau mkn..nak frame gantung letak dekat dinding..hehe..

goodluck akak!all the best!

RamRamCute said...

cantiknya cake buku tu.....semua pun cantik... kemas sangat kak ita!

Cyncia said...

i really love ur cake decorations.. a lots.. :)

Inspire Boutique ..SZI said...

cantiknya.. syg nk mkn..

Nor Hayatie said...

Teruskan bjuang dlm dunia masakan kak ita terbaikk

Nor Hayatie said...

Teruskan usaha dlm dunia masakan kak ita terbaikk

Nik Azidah said...

Salam kak ita...good luck n take care ye....teruskan berkarya dalam masakan :)

Hasniza Khairy said...

Salam kak ita... Sebagai wanita dan isteri dan ibu... Saya bangga dan dengan kejayaan akak...sy doakan yg terbaik utk akak

hapizah mohd yusof said...

Tak terkata!

hapizah mohd yusof said...

Tak terkata!

Inspire Boutique ..SZI said...

Suka tgk hasil kretiviti akak.. ohsem!

Mummy Hana said...

Cantiknya..rasa macam tak sggup nak makan...cantik sgt2...semoga kak ita teros sukses..

Powered by Blogger.