Follow if you like

Oct 6, 2013

Nasi Beriani

Assalamualaikum Warga Johor sekalian.
Hari ni ada berita baik bagi pengemar-pengemar nasi beriani..
Kalau orang Johor mana boleh lepas dengan nasi beriani yang dah menjadi antara menu yang cukup popular di negeri selatan Malaysia ni..

Setiap kali hujung minggu pasti ramai yang mengadakan kenduri kendara.. menyambut tetamu atau meraikan kawan-kawan. Nasi beriani adalah antara menu wajib yang akan menjadi salah satu hidangan pada kawan dan taulan.

Gambar daripada koleksi album Chef Amer Hamzah
Biryani  atau biriani (beriani) adalah hidangan berupa nasi (biasanya dari beras basmati) yang dimasak bersama rempah-rempah, sayuran, atau daging. Di Indonesia dan Malaysia, hidangan ini disebut dengan tambahan kata nasi (nasi biryani, nasi briyani, nasi briani, atau nasi beriani). Nama hidangan ini berasal dari bahasa Parsi, beryā(n) (بریان) yang berarti goreng atau panggang. Pada zaman dulu, beras digoreng di dalam minyak samin sebelum direbus di dalam air bersama rempah-rempah hingga setengah masak.

Biryani dibuat dari beras yang sudah direbus terpisah di dalam periuk. Setelah beras setengah masak, beras dicampur dengan bahan-bahan lain, ditutup rapat di dalam periuk besar, dan dimasak hingga matang. Biryani berbeza dengan pullao (pilaf) dalam cara memasak. Sewaktu membuat nasi pilaf, beras digoreng bersama rempah-rempah di dalam minyak samin, dan langsung dimasak hingga matang.
Pelancong dan pedagang Parsi memperkenalkan cara memasak biryani kepada orang India dan Pakistan. Hidangan ini tidak hanya popular di India dan Pakistan, malahan juga di Irak, Iran, Afganistan, Bangladesh, dan kalangan penduduk muslim Sri Lanka.

Rempah-rempah yang dipakai sewaktu memasak biryani, termasuk di antaranya: minyak samin, kacang-kacangan, jintan, cengkeh, kapulaga, kayu manis, daun salam koja, ketumbar, daun mint, halia, bawang bombay, dan bawang putih. Nasi biryani yang asli memakai safron.
Nasi biryani non vegetarian menggunakan daging sapi, daging ayam, daging kambing, daging domba, atau udang. Hidangan sampingan pula berupa dahi chutney, korma, kari, sayur terung, atau telur rebus.

Rujukan : http://id.wikipedia.org/wiki/Biryani

Ramai yang suka makan.. tapi tak ramai yang mahir dalam penyediaanya. Kaedah penyediannya yang unik menjadikan ianya akan terasa asyik bila dinikmati.
Mungkin ada yang dah mula memikirkan untuk menyediakannya sendiri untuk keluarga tersayang..
Atau ada yang dah berkira-kira untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan..
Apa tunggu lagi.. Peluang anda terbuka luas sekarang dengan kehadiran Chef Amer ke Johor untuk mengajar kaedah penyedian Nasi Beriani Gum yang cukup Power!

Kelas yang pasti cukup hapening, dengan segala tip dan panduan yang cukup berguna dari seorang Chef yang cukup berpengalaman ini. Bakat yang di warisi dari kedua ibu bapa seawal usianya 10 tahun lagi..

Tempat yang sangat terhad.. Cepat sementara ada kekosongan...


5 comments:

Aya Zuki said...

sedapnyaa..rasa nak gigit laptop ni..belum makan lagi :(

Gee® said...

Boleh buat menu raya haji....

fazianbatrisyia said...

kegemaran sy & family ni...yg jadi sedap kalau rempah ratus cukup & terbaik...

roslan radzi said...

bolehkah sekiranya masam manis menulis mengenai sesuatu yang akan saya cadangkan kelak.

pinkpolkadotheart said...

cantiknye semua cake ni.. kalau nak tempah untuk kek kahwin leh tak?

Powered by Blogger.