Follow if you like

Oct 20, 2013

Ayam Masak Gulai Kawah 2


Assalamualaikum
Lama rasanya ita tak membebel dalam blog kesayangan ita ni..
Ialah sejak ita dah semakin sibuk ni.. masa seakan mencemburui perjalanan ita seharian..
Kadang kala ita terasa amat-amat rindu nak melakukan apa yang ita sukai dan minati..

Nak bersantai-santai macam dulu sambil membelek-belet kamera kesayangan seakan dah tak punya waktu.. Jadual ita kian padat dengan pelbagai aktiviti yang kadang kala ita rasa seakan tak mampu untuk ita laksanakan..

Banyak juga kerja ita yang tertangguh.. entah bila ita punya waktu untuk melaksanakan semuanya...

Ada masanya ita rasa seakan bosan dengan apa yang ita lakukan sekarang.. Ita seakan tidak punya masa untuk diri sendiri.. Ita sukakan dunia ita yang dahulu.. Dunia yang ita cipta untuk membahagia diri ita.. bukan orang lain..

Pejam celik-pejam celik.. kita dah hampir sampai ke penghujung tahun.. aduh.. cepatnya masa berlalu.. rasa baru semalam menyambut kedatangan tahun baru.. kini dah melambai-lambai pula diari tahun baru..

Penghujung tahun.. adalah masa yang cukup mendebarkan.. Minggu anak-anak mula sibuk dengan peperiksaan. Mana yang periksa UPSR pasti dah terasa lega.. cuma debaran menanti kala keputusan diumumkan kelak.. Anak-anak PMR dah mula bersiul riang.. dah terlepas beban yang tergalas.. tahun depan PMR dah tak ada lagi..  Teringat masa ita bersekolah dulu.. masa tu zaman SRP rindu dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu..  Lepas SRP ramai kawan-kawan yang berpindah ke sekolah berasrama penuh.. yang tinggal teruskan perjuangan yang belum berakhir..

Bulan depan anak-anak SPM akan berperang pula.. harap biarlah kejayaan mengiringi perjalanan anak-anak.. berkat usaha yang tak mengenal erti jemu dan doa yang tak putus-putus.. biarlan mereka tuai hasilnya setelah penat berhempas pulas..

Selamat berjuang anak bangsa ku.. semoga kejayaan dijualang.. insya Allah..

Lama ita tak kongsi resepi.
Hari ni ita masak lauk kesukaan ita Ayam Masak Gulai Kawah.
Resepi ni cukup mudah kerana ita guna rempah khas gulai kawah yang mak mertua ita kirimkan dari Kota Bahru . Sejak pertama kali makan lauk gulai kawah ita seakan jatuh cinta. Sekarang bila ada adik-adik yang balik ke Kota Bahru, ita tak akan lepaskan peluang untuk memesan rempah gulai kawah kesukaan ita ni. Kadang kala sampai berkilo-kilo ita minta belikan.. Pada yang ada kawan-kawan duk Kelantan bolehlah minta belikan rempah ni.. sedap..
Tapi ita masak ikut cara ita. Ita suka lebihkan bawang agar kuahnya terasa manis. Lebihkan rempah biar kuahnya terasa pekat dan beraroma bila dihirup.. Lebihkan cili biar berasap telinga bila menikmatinya.. 

Rempah ni dijual secara timbang. Ia dalam bentuk serbuk. Jadi tak kiralah berapa kilo kita nak beli dan berapa banyak kita nak masak nanti. Ia boleh di simpan dan tahan lama.

AYAM MASAK GULAI KAWAH

1 ekor ayam ~ potong, dan cuci bersih
Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian di goreng setengah masak
angkat dan toskan, ketepikan

3 sudu besar rempah gulai kawah ~ campurkan sedikit air untuk dapatkan pes
2 labu bawang besar hiris
3 ulas bawang putih kisar
6 tangkai cili kering kisar ( jika inginkan sedikit pedas)
1 inc halia ~ titik atau hiris nipis
2 keping asam keping
1 batang serai sititik
rempah tumis 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga)
Sedikit lada hitam di tumbuk halus ( dalam 1/2 sudu teh)
Minyak untuk menumis
1 kiub ayam knoor
garam dan gula secukup rasa

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskin rempah tumis 4 sekawan
Masukkan serai, bawang, bahan kisar dan halia. Masak hingga harum
Kemudian masukkan rempah gulai kawah, tumis hingga terbit minyak dan garing
tambahkan air jika kuah kering
Masukkan ayam, masak hingga ayam masak sempurna
Tambahkan kiub ayam dan lada hitam
Biarkan merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Sedia di hidangkan bersama nasi hangat.





8 comments:

Zamani Abe said...

klasik nyer gambar ni!

roha said...

Rempah ni kt jb, xde ye k.ita ?
nk try jugak :)

sheladaniel said...

Mane nk dpt rempah gulai kawah ni kak?

Faarihin said...

wahhhh.. tengok gambar-gambar makanan dalam blog ni memang buat saya lapar aje..

cantik gambarnya kak! sharp.

=)

Cik Ngah said...

selalu jugak kalau balik kg di kelantan,akan beli segala rempah2 yang memang ma guna tuk masak,warisi dari nenek dan ma,rempah kuzi,rempah kurma etc...

Nur Ellyana Abu said...

Asskm.cik...nak tanya..mane nak dptkan rempah kawah tu yer...kat tempat saya x der lah..

Nur Ellyana Abu said...

Asskm sis...nak tanya mana nak dptkan rempah kawah tu yer..sbb kat tempat saya x der rempah tu..

Gumby G. said...

"sauté 4 friends" sounds rather harsh.

Powered by Blogger.