Follow if you like

Sep 6, 2013

PORORO


Ok hari ini ita nak tunjukkan bagaimana ita membuat figurine Pororo.
Jom kita belajar sama-sama








Mula-mula sediakan 2 warna gumpaste, satu biru dan 1 lagi warna putih
Ambil sedikit warna biru dan bulatkan sebesar guli
Ita masukkan dalam mangkuk putih tu untuk mudahkan ita membentuk mukannya nanti
Ketepikan


Sekarang  kita canai pula doh yang berwarna putih nipis
Dengan acuan bentuk love, terap, potong hujungnya sedikit dan lekatkan pada kepala kita tadi untuk membentuk bahagian mukanya
Ketepikan


Selepas itu kita ambil pula doh berwarna oren
Terap dengan apa-apa acuan bulat untuk membuat cermin matanya
Ita gunakan nozel untuk bahagian luar dan yang dalam tu ita guna tutup pen yang ita dah potong sebagai acuan.
Ambil pula doh hitam untuk mata
Buatlah mata dari doh hitam mengikut karektor macam mana kita inginkan
Biarkan ia keras sekejap sebelum kita lekatkan pada mukannya


Kemudian kita tambahlah lagi apa-apa asesori yang terdapat pada muka Pororo itu


Ambil sedikit doh oren, canai memanjang bentuk selinder
Potong bahagian hujungnya untuk membentuk paruh atau mulutnya





Mulutnya ni terpulang pada karektor, kita nak suruh dia buka mulut atau nak suruh dia tutup aje..
Ketepikan


Ambil sebahagian lagi doh biru dan buat bentuk guli tapi kali ini lonjongkan sedikit seperti bentuk air mata
Canai doh putih, potong dan bentukkan bentuk air mata juga seperti dalam gambar
Lekatkan pada tengah doh biru untuk membentuk badan atau perutnya


Ambil sedikit lagi doh canai bentuk selinder
Potong bahagian hujung kedua-dua selinder untuk membentuk tangannya
Kemudian tekan-tekan leper
Lekatkan pada badannya
Ambil sedikit doh oren canai dan terap dengan acuan bentuk love yang kecil sebagai tapak kaki
Lorekkan atau toreh sedikit untuk membentukkan kakinya
Lekatkan pada badannya





Letakkan lidi di tengah-tengah badannya untuk kita lekatkan kepalanya nanti


Ambil pula sedikit warna coklat lembut, canai seperti bentuk di atas untuk membuat topinya pula
Hiaskan dengan asesori yang lain
Lekatkan di kepalanya dengan gum atau air


Tadaaaaa... dah siap




27 comments:

zue_ra said...

Comeynye...gumpaste tu leh dpt kt ner ye

EvisuKyme said...

Assalamualaikum....terima kasih byk² kat ita sbb sudi share figurine dr step 1..suka sy tgk,since kemarin sy dah rasa mcm nk buat je figurin tu :) ...apapun terima kasih byk²..mudahan akak akan lebih dpt byk ilmu dlm bidang ni...

hidayah said...

Semoga kak ita diberikan baraqah dri ALLAH atas kesudian berkongsi ilmu di alam maya ini.... saya doakan akak berjaya di pentas seni masakan dan ukiran inshaALLAH... :)

hidayah said...

Semoga kak ita diberikan baraqah dri ALLAH atas kesudian berkongsi ilmu di alam maya ini.... saya doakan akak berjaya di pentas seni masakan dan ukiran inshaALLAH... :)

Nana Salleh said...

comellll giler...lama da mngikuti perkembangan blog akak....minat sgt ngan hasil seni akak..... thanks for sharing cs.... :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita... tak sangka.. macam tu caranya membuat figurine pororo tu ya. Saya mati2 ingat yg Kak Ita gentel danb uat panjang2 bingkai cermin mata tu lepas tu bentukkan utk jadi bentuk cermin mata... hihihi. Bila Kak Ita tunjuk step by step macam tu rasa macam mudah pulak. Tentu teknik2 mcm ni yg Kak Ita gunakan utk buat fiogurine yg lain pulakkan. Terima kasih atas ilmu yg Kak Ita sumbangkan ini. hanya Allah Swt yg akan mmbalasnya kak.

Nana Salleh said...

Thanks for sharing kak Ita...slalu mngikuti aktiviti blog k.Ita... byk ilmu yg bole dipelajari...cantik hasil seni k.Ita.. suke sangat...!!

strawberi said...

ewahh...cam senang sgt nmpk kak ita buat...tq sbb share...sambil buat figurine..sambil amik gambar step by step...tq kk,ita

Leen Pingu said...

Gigih betul Ita buat figurine2 ni.... masak2 pun terer... respek ah... akak ada jugak cuba2 buat resepi yg Ita bg kat sini.... alhamdulillah takat ni menjadi & mmg sedap... congrats Azlita... :D

Leen Pingu said...

Gigih betul Ita buat figurine2 ni.... masak2 pun terer... respek ah... akak ada jugak cuba2 buat resepi yg Ita bg kat sini.... alhamdulillah takat ni menjadi & mmg sedap... congrats Azlita... :D

fazianbatrisyia said...

Comelnya Pororo. Sy tahu karton tu pun masa cuti bersalin dulu. anak sy suka benor tgk pororo the little pinguin...nanti buat sekali best friend dia crog

Umiazah Mz said...

Assalam:
Tmakasih berkongsi idea bt figurine ni.,cantik dan kemas, berseni lagi,. Moga sentiasa diberi kebaikan oleh Allah dlm berkongsi ilmu..

cik cek said...

Tq Ita atas prkongsian...menarik...tq sesgtnya..:)

salwa ya said...

Sgt berbakat..apakata akak plak yg jd pmbekal barang2 buat kek..boleh beli dgn akak trus.hihi apa yg akak syorkan itulah yg kami beli

syapex said...

cute...

Ummi said...

MasyaAllah, hanya Allah jua lah yang dapat membalas budi baik dan usaha keras Ita dalam perkongsian yang begitu unik, yang mungkin payah nak dapat di mana2 secara detail begini...semoga hidupmu sentiasa dibayangi kemuliaan dan rahmat Allah selalu hendaknya Ita cayang...Ameeen... *wpun akak hanya mampu memandang, nak buat? owhh tidaaakkk terbuat rasanya...hehe

Bbwana adienia said...

salam kak..

comelnya pororo..

Kak Nik Ja said...

sgt chantik!!..KNj sama mcm kak Ummi..buat..tak mo..makan bleh! :)

rahel said...

Sentiasa cantik dan menarik....terbaik la Kak Ita.

CarnationR8 said...

Semoga Allah balaa jasa Puan. Tidak ramai yg ingin berkongsi ilmu seperti Puan. Semoga semangat ini diteruskan dn dpt sikongsi pd insan2 yg tak berkemampuan utk mengikuti kelas2 baking dn sebagainya.
Barakallahu Feek Azlita

Nor Rimah said...

Comelnya. Kreatif tol la kak ita ni, halus berseni hasil tangan kak ita ni. Kalau tiru konpem x menjadi ni hehehe

Princess of Sun said...

terbaik la kak ita....

shera haifa said...

wahhh comel sngt. tngok cara2 cm senang tapi kalau jari keras xjadi jgk pororo nie

Fila Mociko said...

Akak duk jb area mana? Ade kedai ke? Sy duk jb gak ni. Mmg peminat kek tp xpndai buat. Suka sgt2 tgk kek2 yg akak wat siap ngan deco yg tersgt la comel. Geram.

Fila Mociko said...

Akak duk jb area mana? Sy pun duk jb gak. Akak ade kedai ke? Sy ni peminat kek tp xpndai wat pun. Geram tgk kek aka sume kuit2.

Kamariah Mohd said...

Kak ita u should conduct a class...plssssssssss

Kamariah Mohd said...

U should conduct a class kak....plssssssss

Powered by Blogger.