Follow if you like

Sep 5, 2013

Peralatan untuk membuat figurine

Assalamualaikum
Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua.
Akhir-akhir ini ita banyak dapat pertanyaan berkenaan peralatan yang diperlukan untuk membuat figurine karektor animasi yang ita gunakan.
Oleh kerana ita ni tak pernah pergi belajar di mana-mana kelas membuat figurine, ita hanya gunakan apa yang ita guna selalu. Jadi pada yang dah pergi kelas jangan lan senyum-senyum pulak ya.. bila apa bahan yang ita gunakan mungkin tidak sama dengan apa yang cikgu-cikgu awak ajar.. hehe... Akak guna mana yang ada depan mata aje.. dan hanya berguru dengan pak cik Youtube aje..


Ok lah ita akan tunjukkan apa bahan yang biasa ita gunakan untuk buat figurine.
bahan utama mestilah gumpaste. Untuk buat figurine kita tak boleh guna fondant sebab fondant ni dia terlalu lembut. Nanti bentuknya tak cantik. Gumpaste pula terlalu mahal hargannya. Jadi kenalah pandai berjimat cermat dalam pengunaannya.


Ini adalah gumpaste yang kerap ita gunakan Brand Wilton dan Satin Ice. Kedua-dua bahan ni ita beli di ICCA di Sunway Giza KL. Kalau kat JB tak banyak kedai yang jual. Harganya pula kena pejam mata masa beli ya.. sangat-sangat mahal pada ita laaa..

Ok, biasanya ita akan campurkan kedua-dua gumpaste untuk dapatkan kepekatan atau kelikatan yang ita inginkan iaitu tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembut.
Produk dari Wilton ni agak keras, dan bila dia kering dia akan retak-retak
Produk dari Satin Ice pula terlalu lembut, bila kita buat figurine nanti dia akan turun oleh tarikan graviti.. tu yang jadi gemok-gemok figurine kita tu..
Oleh itu kebiasannya ita akan campurkan kedua-dua bahan tersebut.
Sebelum kita uli doh kita, sapukan tangan sedikit dengan shortening, macam kita pakai losyen tangan. Ini untuk memudahkan kita menguli dan mengelakkan ia melekat-lekat kat tangan.
Kalau ia terlalu lembut letakkan pula sedikit tepung jagung untuk stabilkannya semula.
Kepada yang nak buat sendiri bolehlah rujuk video di bawah sebagai panduan untuk menyediakan Gumpaste


Sekarang kita lihat pula apa peralatan yang kita perlukan untuk membuat figurine






Ok ini adalah peralatan yang biasanya ita gunakan
1. Roller yang ni boleh dapatkan dari kedai jual bahan kek
2. Tools yang ni pun kita boleh dapatkan dari kedai jual bahan kek
3. Gunting kecil, lidi, pisau yang kecil dan cutter bahan ni boleh di dapati di Daiso
4. Nozel dan pencetak untuk buat mata, mulut atau apa-apa yang kita kehendaki
5. Yang ni ita tak tau namanya , bentuk bulat dan melengkung yang ita sangat perlukan bila nak buat kepala. Biasa kena letak kepala dalam ni supaya mudah bila ita nak buat bentuknya. Yang ni pun boleh cari di kedai jual bahan kek. Ok jangan suruh ita beli ya.. ita tak ada masa dah sekarang nak tolong belikan.. nanti tempahan orang tak siap pulak dikkk.. bila akak dok berjalan cari barang..
6. Lidi kecil atau galvanised steel wire ( wire yang tak berkarat ). Yang ni utk kekalkan bentuknya atau kata nama lain tulangnya. Kalau guna wire bolehlah bentuk-bentukkan pergerakkan dia supaya tak nampak kaku


Selain itu kita juga perlukan pewarna untuk nak warnakan gumpaste kita nanti. Gunakan hanya pewarna berasaskan minyak jika tak ada pewarna seperti yang ita gunakan.
Bila kita dah warnakan, jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara supaya gumpaste kita tak kering. Ingat ya jangan biarkan gumpaste kat udara sebab nanti dia akan keras dan kering.
 

Ita juga perlukan pen warna makanan ini dari Wilton yang boleh di makan ya tak berbahaya. Yang ni untuk buat kening, anak mata, atau apa-apa yang kita nak lukis atas gumpaste kita.


Akhir sekali kita perlukan gum CMC. Boleh di beli di kedai jual bahan kek. Ambil sedikit sahaja 1/2 sudu teh sahaja dan campurkan sedikit air panas suam kacau dan akan jadi gum. Simpan dalam bekas kecil dan boleh digunakan selalu. Kalau dia dah pekat tambah air lagi.
Kalau tak ada boleh guna air sahaja untuk lekatkannya.







32 comments:

cik cek said...

Terimakasih Ita kongsi ilmu...memang menarik dan sgt membantu..kagum sgt ngan Ita...sekalipun tak p kelas khusus utk belajar buat sume ni tapi hasilnya cukup superb....cantikkkk berseni sgtnya....kak cek cuma nak tanya...gumpaste tu kelihatan berkilat...semulajadinya cam tu @ Ita ada sapukan apa2 ke kat gumpaste tu...nampak hidup sume figuren yg Ita buat...kak cek lum penah sekali pun buat ...ntah bila sampai serunya nak mencuba....thanks again Ita....:)

SayangSal said...

ya allah....pandainya akak.....
thanks kak...:)

Azlita Aziz said...

Salam kak Cek
Terima kasih
ita tak ada sapu apa2 kat figurine tu.. mungkin masa ita buat tangan ita sapu shortening tu yang dia nampak berkilat bila dah siap

^__^

Gee® said...

Pandainya Ita... kagum sangat!

tata | bonitafood said...

Comelnya Kak Ita.... Tata ingin sekali bis cakap buat figure comel macam niiii ^^

Nor Izzati Ismail said...

Salam..k.ita,kalau kte gunakan fondant atau gumpaste untk letak ats kek boleh simpan dlm peti ais ke?

Ummi said...

Adeeeeiiii, lagi diterang lagi xmampu buat Ita...hahaha, akak mampu tengok je laaa... Jazakallah Ita! Hanya Allah membalas ilmu dan perkongsian yang Ita berikan wpun tanpa kelas, rasanya bagi yang berminat, mereka akan dapat apa yang Ita cuba sampaikan....insyaAllah. *akak jer karatzzz sikit otak...hehe

Azlita Aziz said...

salam Nor Izzati
Boleh tak ada masalah kalau guna gumpaste
Semua kek akak akak letak dalam peti ais bila dah siap sebelum customer ambil
Kalau kek yang fondant kena hati2 sikit sebab ada sesetengah fondant yang akan mencair bila kena wap udara sejuk

Azlita Aziz said...

Amin...
Terima kak kak Ummi

fazianbatrisyia said...

cantiknya..suka tengok. aritu br terlintas lum penah tgk kek kampung boy...kat masam manis ni da dpt tgk...cute sgt...

dah selalu buat figurine ni mesti lama2 jadi lebih minat & mahir.

Kek kak ita ni dah ada jenama ke? Kalau belum bubuhla as kak ita signature.

Nor Izzati Ismail said...

Cmner pula kalo kte cover kek kte dgn fondant...boleh ke letk dlm fridge atau biar sje di luar suhu bilik?sbb ari2 try letak dlm pti ais die jd melekit...k.ita kalo boleh wat la tutorial ckit cara2 wat coklat modelling,sbb sy pnh wat then doh die jd brminyak sgt :-( huhu..

Mat Gebu said...

Kak...lepas ni buat 'mat gebu' pulak yea...hehe...

ibh_sue said...

Kagum sangat tengok hasilnya.. Terbaik lah kak :)

Noraini E said...

Alhamdulillah, bakat yg amat2 ternilai anugerah dari Allah utk kak ita, pemiliknya pula tidak sedikit pun kedekut ilmu...kalaulah kak ita ni duduk d trg, alangkah beruntungnya peminat kak ita ni..kak ita meh la mari terengganu buat kelas..mesti ramai yg setuju ni..:)

Noraini E said...

kak ita, Alhamdulillah, Allah telah anugerahkan bakat yg amat2 berharga..kak ita pula tidak loket berkongsi bakat dan ilmu..kalau la kak ita ni org trg..!!! nor amat2 berbangga dan kak ita x mau ke dtg trg buat kelas, biar pun mahal nor sanggup dan rasenya mesti yg lain2 pun setuju..

Kak Nik Ja said...

tu lah KNJ pun perasan yg figurines Ita glossy nampaknya...cantik!
betul ke bleh makan??? mcm mane rase gamaknya...terjakun lak! :))

Ct Ishikaishah said...

Sis..kreatif..

mama ila said...

cantiklah sis =)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seronok tengok.. sy rasa sy tak punya kekuatan untuk mengadap dan membina figurine ni.. minat tu ada cuma kurang mendalam..

tQ, Kak Ita!!

ain samadi said...

Sungguh berbakat..

cute pink mixer said...

Kak ita sy nak tanya kat mana kak ita beli galvanized wire ye? Sy xtau nak cari kat kedai apa.. heheeh

cute pink mixer said...

Kak ita sy nak tanya kat mana kak ita beli galvanized wire ye? Sy xtau nak cari kat kedai apa.. heheeh

Venisri Senthan said...

Ultimate creativeness!!!! No words la kak...as usual speechless.

Terpegun tengok gambar2 tu...hehe

Ummi said...

Hahahhaha...Itaa, akak sokong cakap Mat tuuu...wat figurine Mat Gebu pulak yaa...jgn lupa jari2nya yg gebu dan mahal tu Ita, gigi jgn lupa...wat sebijik taauu....hahaha, **pitaaamm kang kena kejar dgn Mat...Mat ampuuunn...apapun ko tetap gebu dan montel, comeeeyy lgkk...!!

NOR AFIQAH ABD RAHIM said...

Ni first time bca blogger ni sbb tgh cari resepi cheesetart sekali bca Ya Allah ita dapat buat sume ni tanpa pergi kelas pon... mmg sgt2 berbakat dan terima kasih kerana sudi kongsi dan xlokek ilmu...

fafa said...

Thanks for sharing Kak Ita!

SHAMSUL KAMAR ABDULLAH said...

Cantik hasilnya...Tahniah

SHAMSUL KAMAR ABDULLAH said...

Cantiknye hasil kerja...Tahniah..Kalau buat kartun Boy boy boy mesti cantik ni!!

ema malini said...

Salam...kak ita..sya ingin bertanya..semua bahan2 food coloring,gumpaste,fondant wilton punya ni ada pengesahan halal ke?..tqvm atas perkongsian..

ema malini said...

Salam..kak ita..maaf saya ingin bertanya..smua produk bakeri wilton ni mmg ada pengesahan halal ye?...tqvm atas perkongsian ilmu

Nur Atiqah Baisuddin said...

Assalamualaikum kak, saya nak tanya. Akak kate fondant tak boleh masuk peti ice kan. So, if kite buat mousse cake ke, kite nk salut tu, guna gum paste boleh ke?

Nur Atiqah Baisuddin said...

Assalamualaikum kak, maaf. saya ingin bertanya. Kan akak ckp fondant tak boleh letak dalam peti kan. So, if kte nk salut mousse cake ke, boleh guna gam paste x?

Decoration seperti tulisan semua tu akak guna gum paste or fondant?

Powered by Blogger.