Follow if you like

Sep 20, 2013

Luahan rasa saya seorang blogger masakan..

Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana. Semoga hari-hari anda semua sentiasa di sirami dengan kegembiraan dan subur dengan kebahagian.. hidup dilimpahi kasih sayang dan sentiasa berada dalam keredaan Allah.

Alhamdulillah ita sihat, dan masih meneruskan rutin seharian.. walaupun lewat akhir ini ita sedikit sibuk dengan tempahan. Oh ya lupa nak tanya.. macam mana bisnes buat rakan-rakan ita yang sibuk menerima tempahan.. Doa ita semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat dan keredaan Nya tak kiralah dalam apa bidang sekalipun yang kita minati.

Dalam perniagaan apa yang penting adalah kejujuran. Jika kita jujur insyaallah rezeki kita terbuka luas..
Setiap yang baik pasti ada buruknya.. dan yang gembira pasti ada sedihnya.. ianya adalah satu ujian dan pengalaman hidup yang semakin mematangkan.


Hari baik bulan baik.. rasanya tak elok nak memendam rasa. Tapi makin lama pendam semakin bernanah dan berdarah pula. Budaya mengambil hak orang lain tanpa kebenaran semakin hari semakin menjadi. Kalau dahulu ianya di buat oleh orang perseorangan dalam dunia blog maupun di laman sembang.. tapi nampaknya semakin didiamkan ianya semakin merebak dan besar kemungkinan menjadi virus yang tidak sihat untuk perkembangan dunia maya.

Mungkin ada yang berkata.. " ala.. hanya sekeping gambar.. itu pun nak bising-bising.." Tapi tahukah anda apa nilainya sekeping gambar?
Dari sekeping gambar itulah yang merosakkan dan membunuh semuanya..
Kita lihat contoh dikalangan artis.. bagaimana sekeping gambar boleh menjatuhkan karea dan masa depan mereka..
Dari sekeping gambar masakan yang dikatakan "hanya sekeping" itulah... yang menarik minat kita untuk mencuba dan merasa keenakkan dan kelazatannya..
Ibarat kata perpatah dari mata turun ke hati...

Mungkin nilai gambar masakan tiada erti bagi segelintir masyarakat.. tapi bagi mereka yang serius dalam bidang ini, ia mempunyai nilai yang cukup besar dalam carea mereka. Ianya adalah hasil usaha mereka yang berhempas pulas tidak kira siang maupun malam.. tidak kira panas terik atau hujan membasahi bumi..

Pernahkah anda bertanya pada juruphoto bagaimana penatnya rutin harian mereka?
Berapakah peruntukan dan masa yang mereka labur untuk menjadi seorang juru gambar yang dikenali?
Pernahkah anda bertanya pada tukang masak bagaimana renyahnya tugas mereka didapur?
Berapakah pula pelaburan mereka untuk sesuatu hasil masakan yang mereka hasilkan?
Bagaimana pula dengan tugas seorang editor.. di majalah ?
Bagaimana pula tugas seorang penulis?

Cuba pula anda bayangkan bagaimana penatnya tugas seorang blogger masakan?
Semua tugas dan profession di atas dirangkumi untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk pengunjung blog mereka..

Dialah si tukang masak
Dialah yang mencari bahan untuk setiap masakannya
Dialah yang merakamkan setiap gambar masakan berserta setiap inci cara penyediaannya
Dialah yang mengedit setiap gambar yang dirakam
Dialah penulis blog
Dan dialah juga yang mengeluarkan setiap perbelanjaan yang bukan sedikit nilainya.. untuk tontonan dan rujukan anda semua..
Tapi sangat sadis bila hasil usaha yang melibatkan masa dan wang ringgit di ragut dan dirompak tanpa belas kasihan.. semata-mata untuk kepentingan poket masing-masing..

Apakah kerana mereka hanyalah seorang suri rumah yang terperok didapur.. anda pandang hanya sebelah mata..
Tapi tahukan anda penat lelah merekalah yang anda gunakan untuk mengaut setiap inci keuntungan..
Sungguh biadap perbuatan anda mengambil hak orang tanpa meminta izin. Dimanakah nilai murni yang ditanam dalam diri.. Apakah kerana mengejar harta dunia.. anda perlu gadaikan saham akhirat.
Perpatah ada menyatakan " biar mati anak jangan mati adat.." sesungguhnya adat yang menyatupadukan umah dan pembangunan negara..


Ada yang sewenang-wenangnya menggunakan gambar blogger untuk menghasilakn buku masakan. Yang sedinya ianya digunakan tanpa kerelaan tuan empuya.. malahan tiada seorang pun dari pihak penerbitan yang menghubungi tuan empunya gambar untuk meminta keizinan.

Bila kita suarakan, kita pula yang dimarah.. hingga semua aib di canang.. Apakah itu  sikap anda yang berada di bidang profesional.. sungguh memalukan bidang kewartawanan.. inilah yang dikatakan " kerana nila setitik habis susu sebelanga"
Susah sangatkah nak minta izin.. ??

Ita rasa ramai yang tahu tentang gambar ita telah digunakan oleh sebuah pihak penerbitan untuk mengeluarkan buku masakan. Gambar ita digunakan tanpa seorang pun tanpil meminta kebenaran. Bila ita suarakan mereka katakan mereka berhak atas setiap gambar yang telah ita berikan untuk tujuan penyiaran di majalah mereka. Apa yang sangat ita kesalkan.. dalam buku tersebut tiada tercatit didalamnya siapa juruphoto untuk setiap gambar masakan yang mereka gunakan.


Bila ita lahirkan suara hati ita dan meminta mereka membuat pemohonan maaf secara terbuka.. mereka meletakkan syarat pula.. ita harus memberikan lagi resepi beserta gambar kepada mereka dan promotekan buku mereka dalam blog ita tanpa sebaran royalti atau bayaran.. adakah itu adil bagi pihak ita.. ini semua POYOOOO...

Mungkin anda nampak saya lembut.. mudah di pijak-pijak.. tapi.. air yang lembut pasti menjadi ombak yang besar.. tidak mustahil jika suatu hari ia menjadi sunami yang mengoncang dunia..

Tujuan saya menjadi blogger bukan untuk mengejar glamour atau populariti.. saya tak perlukan semua itu..
Saya hanya manusia biasa ciptaan Allah yang suka berkongsi.. Berkongsi ilmu yang baik untuk rujukan generasi akan datang..
Rujukan untuk anak-anak atau adik-adik yang baru mendirikan rumahtangga
Rujukan untuk ibu-ibu yang kekeringan idea memasak di dapur
Rujukan untuk anak-anak yang berada jauh nun di perantauan..
Rujukan untuk ibu-ibu yang ingin menambahkan pendapatn keluarga dan meringankan beban suami tercinta..
Rujukan untuk ibu-ibu tunggal untuk meneruskan kehidupan dan memberikan sesuap nasi kepada anak-anak mereka
Rujukan bagi para peniaga yang kekeringan idea
Hiburan bagi mereka yang sukakan keindahan masakkan dan kejadiannya..

Dunia blogger masakkan Malaysia tidaklah besar mana.. Ramai juga yang telah berkubur.. Ada yang dah suam-suam kuku.. Ada yang dah merajuk membawa diri..
Adakah anda juga ingin melihat blogger-blogger yang cukup komited dengan proffesion mereka seperti Dapur Tanpa Sempadan , Sinar Kehidupanku, Citarasa Wan dan beberapa blogger lagi menarik diri..

Jadi
Tolonglah mengerti...
Tolonglah fahami

Saya tidak marah jika anda ingin gunakan gambar saya sebagai rujukan. Saya faham ada yang tak punya kamera untuk merakamkan gambar.. ada yang perlukan gambar untuk membuat rujukan.. Tapi.. mintalah izin supaya tidak timbul salah faham dikemudian hari..


Tapi.. tolong jangan guna gambar saya untuk menipu pelanggan. Ia adalah perbuatan yang tidak jujur. Sedangkan kita ingin mencari keredaan Allah dan mendapat rezeki yang barakah untuk zuriat dan keturunan.


Susah sangat ke nak menghubungi saya minta keizinan..
Anda boleh dapatkan gambar saya di blog dan FB saya tapi amat sukar pula anda nak meminta kebenaran.

Ini amaran keras dari saya.
Jangan mengambil gambar saya tanpa kebenaran untuk tujuan meraut keuntungan dan menipu pelangan.  Ibarat kaduk naik junjung.. perbuatan tidak bermoral harus di tegah..
Tolong hormati hak orang jika ingin hak anda di hormati






 






125 comments:

ninazsyafinaz said...

As Salam kak ..baru nih saya jumpa buku nih kat rak buku di pasaraya maslee saya tgk juga kenapa rujukan takder sebut nama akak..saya berpikir mungkin akak mengetahui penerbitan buku ini..yg pasti saya jumpa buku resepi koleksi kek akak..!!! tinggal satu je ..cari di kedai buku besar tak jumpa di rak buku maslee yg tak disangka2 tuh saya jumpa..memang tak sangka langsung.
Perbuatan begini memang sgt biadap lah kak..saya sebagai pengguna tak akan beli buku mcm nih sbb :- Ciplak hasil org lain..kalau saya nak buat rujukan of cos kat blog pun ader juga..boleh je refer kat blog.
Saya rasa diaorg nih berani buat sbb takder undang2 yg khusus ttg menciplak dr blog nih ..mungkin belum bertemu buku dan ruas..

fatimah zaharah said...

Saman aje kak ita, orang malaysia memnag mesti diajar. Cakap lembut tak reti bahasa. Nak juga kena dimarah-marah.
What a shame.
Gunakan gamabr dari blog orang untuk masukkan dalam buku masakan dan promote kedai?
Sangat tak bertauliah perangai semacam ini.
Tolonglah ingat sikit kerja keras orang lain. Itu belum kira lagi yang mendownload softwares, lagu, drama, movie haram.
Nampak remeh, tapi sukakah kita kalau orang buat begitu pada kita?
Sebelum buat apa-apa, tanya diri sendiri dulu, suka tak kalau orang lain buat perangai sama macam tu dekat kita, kalau tak suka, jangan dibuat.
Common sense!
Isu piracy ni isu besar yang dipandang sebelah mata oleh rakyat malaysia!

Ludia simon T said...

Sabar kak.... kalau boleh ambil jak tindakan undang2... biar mereka tau diri... susah payah orang mereka nak bersenang lenang.... Kalau saya ambil gambar akak pun untuk simpanan or rujukan jak kak... tdk pernah sya publish kat page or blog saya.... ishh.... betul2 biadap la orang macm ne.....

cik ahcik said...

akak .. kena letak watermark pada setiap gambar untuk mengelakkan kejadian seperti ni berlaku . dan yang paling penting , soft copy original gambar mesti ada dalam simpanan akak. tu je la satu2 nya bahan bukti yg mengatakan itu gambar kita yang sebenar.

-ahcik-

aida said...

napelh manusia sebegitu rupa ye kak.sabar la kak,buat apa yg difikirkan betul untuk akak..

Sally Rashid said...

memang menyakitkan hati kan..
dah lah curi gambar kita..pas tu mcm2 syarat pulak dia letak kat kita..
profesional ker tuh..?

REEN KHAN said...

Salam ita
Setiap dugaan itu allah hadirkan dgn kemanisan..sabar la wahai kawan.. apa yg ita lalui ni reen juga alami. Dulu terasa sgt bila org x respek apa yg kita lahirkan.

✿.。M.C 。.✿ said...

su pun naik geram dgn org yg ske amik kesempatan atas usaha org lain ni.. even nk buat marketing utk kembangkan perniagaan sndr pun gunalah hasil tangan sndr..

sabar byk2 ye kak.. setuju sgt dgn kata2 akak.. ini semua poyooo!!

invisible human said...

Sy penah nampak di kedai kek letak nota brsama dengan gambar russian cake y kak ita buat dan nota tu u kelas baking..di area temerloh..kedai tu baru bukak..sy dah agak mesti dia ni nk tarik pelanggan dgn gambar2 cantik akak..mmg xpatut la ada peniaga y xjujur camtu..diorang mmg poyo..sabar ye kak..dunia selamat la nnti akhirat sendiri jawab..

Norhasniza Khalid said...

kenapa lah menagut untung dengan cara begini....

fabulousnana said...

Boleh take law action nih. Geram pulak sy. Sb akk ade real copies of pic. Dorang akan buat lg tanpa rs malu. Teruk btol. Ish. Geram...

rinduan citarasa said...

Kak...
Sayunyaaaa..
Sedih ssangat2 membaca luahan hati akak..

Geram teramat pada makhluk Allah yang tahu menipu utk diri sendiri..

Ayu doakan kak tabah... Selagi orang bt akak. Selagi tu semakin murah rezeki akak...

Ameen

Zamani Abe said...

sebagai peminat fotografi, Zam boleh faham bagaimana perasaan bila karya yang mengandungi banyak nilai estetika digunakan oleh org lain sesuka hati.. org seni ni sensitif, jd bila jd perkara mcm ni, mmg tak puas hati.. bkn nak kata kita ni berkira sgt, tp kenalah hargai penat lelah si jurufoto mghasilkan gambar yg menarik mcm ni..

jackie said...

salam kak,
saya pun blh menyelami perasaan akak sbb bukannya senang nak ambil photo,fikir idea decoration dan edit gambar bagai.Dan saya rasa memang xpatut diorang buat mcm ni kt akak,diorang ni mesti minta maaf dan mengaku kesilapan diorang.Kalau diorang terus ambil kesempatan macam ni maka rezeki diorang tidak halal.Saya rasa diorang ni semua pun belajar dari blog akak dan ambil kesempatan sbb blog akak memang menarik.

semoga akak terus tabah dan sabar dalam mengharungi kehidupan sebagai blogger masakan.saya salah seorang peminat blog akak.Terima kasih diatas blog akak yang banyak memberi inspirasi untuk saya lebih rajin memasak.

Suliana said...

Sy bukan blogger masakan. Tp klu dlm blog cite pasal anak je. Gmbr anak pun dicuri kak. Jadi model keropok keping lagi. Sabo je lah. Sy terus call pengedar tersebut. Dia kata cari dlm tenet dan rasa gmbr tu bersesuaian. Tp stakat minta maaf je lah kan.. Sabar lah kak. Klu akak ada kawan2 lawyer ke blh je saman diorg kak..beri pengajaran kpd mereka. Company besar tu. Xde etika ke buat mcm tu.

fazianbatrisyia said...

meremang bulu roma baca luahan hati kak ita. Kalau saya pun marah...promote bagai...siap bunting lagi...sy pengunjung setia blog kak ita...sy tau itu gambar hak kak ita...org lain guna sesuka hati...tak ada rasa malu ke...boleh ke mereka buat sebaik kak ita...mmg menipu & melampau. Kak ita dianiaya...Tapi jgn kerana ini kak ita patah semangat tau...sy syg kak ita...blog kak ita sumber rujukan sy...sy tak pandai masak, sy tak pandai buat kek...Semoga kak ita dlm lindungan Allah..

Ummi said...

Hanya kesabaran dapat mengatasi amarah dan kemelut yang melanda... Kejujuran sekarang semacam tidak perlu ada lg di barisan hadapan, hanya $$$ jadi taruhan mengisi perut sempit yang hasilnya adalah sampah/kumbahan... Kerana mereka tidak nampak zat yg bakal mengalir dalam darah dan roh, itu sebab mereka tidak berhati perut begitu...

Akak doakan semoga Ita tetap tabah harungi dugaan begini, semoga Allah tetap memberi rezeki dan pahala berganda atas setiap perkongsian yg Ita berikan hasil ilmu pinjaman Allah itu.

Hanya ini kata2 penawar buat Ita sayang..Berbahgialah wpun dirimu dalam duka...percayalah ada "nur di sana" nnt. Biar lah mereka lemas dalam lautan dosa2 yang mereka lakukan...sementara dirimu lolos mudah untuk ke syurga...Ameen.

Allene said...

melampau la dorang ni kak...

Unknown said...

Ita, luahkan dlm media perdana yg ramai org baca. Boleh jadi sensasi. Ciplak hak org lain sbb nak lakukan dagangan sendiri wpun hanya sekeping gambar. Tidak beretika sungguh.

Ibu Aina Iman said...

kalau saya jadi akak pn..akak sedih, marah...ambil jek tindakan yg perlu kak ita...

sue. said...

sabar ya kak Ita..

AdanyaKauUntukku said...

watermark is the best solution kak
tapi kadang-kdang kita malas nak letak watermark sbb kita ikhlas dalam pengkongsian ilmu kannn
cuma...
orang lain ni selalu amik kesempatan di atas keikhlasan kita....

so better kak...buat watermark....
at least.....kalau di tak kreditkan nama akak di situ....

akak tetap dapat kredit FREE kalau depa try 'corik' hasil kerja akak....watermark tu pasti jelas-jelas bagitau semua yang melihat itu adalah hasil akak!!..

all the best kak..!!

ummisara said...

Salam Kak Ita,

yang individu advertise guna gambor kek akak tuh saya boleh faham ler tderdesak tapi masih tidak patut dilakukan....tapi majalah penerbitan? itu sangat sangat salah dilakukan oleh pihak mereka. kaut untung atas kepayahan / usaha org lain.

akak, saman jer.

Maya said...

Kak..saya rasa better akak minta advice peguam utk kes akak ni..kalau dibiarkan makin menjadi nanti..

ibh_sue said...

Sedihnya..Makin menjadi- jadi dia org ni. Sabar ya kak.

Ain Eddihar said...

Assalamualaikum . akak mohon ain nak share :)

eszek said...

Salam k Ita. Sy silent reader blog ni. Mmg nampak sgt pihak majalah tu pandang blogger masakan sebelah mata. Mungkin mereka rasa blogger tak punya kuasa atau naif psl undang2 hakcipta. Cuba k Ita jadi pelopor dgn saman pihak majalah tu. Biar semua mata terbuka dan tidak berani lg utk copy paste hak blogger spt k Ita. Bkn duit yg nak dikejar cuma menegakkan hak yg pasti

Ijiyu said...

Hanya orang yang tak bermarua boleh melakukan perbuatan MENCURI secara terbuka seperti ini. CURI dan kaut keuntungan atas usaha orang lain, HALAL kah rezeki yang kalian dapat?

Kak ita, sabar kak. Teruskan berkarya...

noorliana zamri said...

terang-terang gambar akak yang ambil...sabar ye akak

Mon MonaLea said...

kak ita, saya pernah masuk blog jual kek. saya rasa gambar kak ita jugaklah yang dia guna.gambar kek pelangi tu..tapi tak ingat blog mana

Amanda Suria said...

macam2 hal sekarang kan...makin menjadi2 plak diorang ni...

Sarimah Ahmad said...

Salam ita,

benda macam gini memang banyak berlaku. lau tak silap akak, CMG pun pernah kena juga macam ita. banyak banyak bersabar, mudah mudahan nanti mereka hubungi ita untuk meminta maaf.

Rynna JSD said...

mereka semua memang x malu la..mencuri hak org..gerammm

YanaUjang said...

letak je watermark kt tgh2 gbr tu sis...dorg ni mmg eksyen..klu kita mrh dorg akn ckp, dorg cr kt gugel..dorg x pk kot mcm mana gbr tu boleh ada kt gugel..dh tentu la ada org yg upload..hehh~

Fariza Darwish said...

SAMANN JE PENERBIT BUKU TU...
MELAMPAUUU...
SEMUA MELAMPAU..

fadie said...

aduhhh sedih nyer baca article akak.. saya peminat setia dan dh mengikuti blog akak tersgt lama.. 2 tahun lebih.. blog akak byk saya jadikan rujukan.. kagum dan bangga dgn pencapaian blog masam manis sepanjang perjalanannya..

saya harap dan berdoa akak byk sabar dan tabah dlm dunia blogger dan masakan ni.. adalah lebih baik akak buat copyright bagi semua gambar..

saya tak tau mcmn nak buat setting right click.. fungsi utk tidak membolehkan mana2 gambar atau article dirompak.. mungkin akk boleh cari dlm mr google atau tanya pada sesiapa yang mahir.. nak direct print pon tak boleh lepas ni..

sabar yer kak.. semoga dugaan ni memberi kejayaan yang lebih bermakna utk akk..

zarina said...

editor saji pernah cakap, nak keluarkan resipi yang langkah demi langkah punyalah leceh dan bagi mereka amat membuang masa jadi memang respek bila akak buat semua kerja tu sendiri.

Tricasa tu rasanya penerbit baru dan dia keluarkan majalah berkonsep pengantin. Saya suka juga baca sebab terkini dan memang dia suka ambil dari blog2 tapi amatlah tidak profesional kalau menciplak sebegini.

ARNI HOME BAKERY said...

As salam Kak Ita. Mmg melampau mereka2 nie...nak berniaga tapi mempergunakan org lain...nak cari rezeki lebih tp x kena cara..

❤Kamsiah❤ said...

dulu mat gebu mengamuk sakan sbb kes mcm ni...mmg tak beretika..tau nak senang ja...penat lelah org tak amik kira..
pasni ita letak watermark besar2...

farhani said...

akak.. saya rasa maybe kedudukan watermark akak tu kena letak tengah-tengah gambar lah.. so bila depa copy mmg tak boleh edit dah..

My kids calls me Mama, sometimes I make them call me Princess said...

Kak Ita,

Kesian kat Akak. Derang kena bayar royalti kat Akak ni. Apapun cuba disable function untuk copy gambar Akak tu. Saya nak letak coding tu kat sini tak bolehlah pulak. Kalau letak watermark kat tengah-tengah gambar mungkin susah sikit untuk derang remove.

Apa-apa pun semoga Akak jangan putus asa dan terus memasak dan mengambil gambar yang cantik-cantik lagi.

adda siempre said...

salam kak ita, sabar yer...kak ita ada x buat disclaimer dalam blog kak ita? contohnya, jgn bagi org lain ambik gambar dlm blog kite? kalau dorang tekan right click, dorang tak kan boleh ambik gmbr dlm blog kite.

adda siempre said...

salam kak ita, sabar yer...kak ita ada x buat disclaimer dalam blog kak ita? contohnya, jgn bagi org lain ambik gambar dlm blog kite? kalau dorang tekan right click, dorang tak kan boleh ambik gmbr dlm blog kite.

Felis Domestica said...

saya pembaca dalam diam... he..he

mcm terpanggil nak komen..

looo... sampai benner n majalah... maybe dia google kot then ambik jer yang cantik...

yang paling melampau yang buat kek kat melaka tu, cer try mintak kek sebijik mcm tu... komfem tak leh buat... then, boleh sembur sikit...

key

nor laila saleh said...

Malaysia ada undang-undang..kak ita ambil saja tindakan undang-undang ke ats mereka itu.....supaya jadi pengajaran pada pihak-pihak yang lain.

Aini Hamid said...

Salam,

Kak Ita letak watermark kt bawah gmbr so depa bloeh crop..next time kn letak tgh2..so dah xleh depa nak edit

A.B.M said...

Ya Allah...
Sakit hati tuhan sahaja yang tahu.
Kita penat2 tonggang terbalik kat dapur, dyorng sewenangnya mengambil hak cipta kita. Kalau minta izin takpelah juga.

Semuga Allah bukakan pintu hati mereka untuk lebih peka dalam hal ni.

:(

z e r a n a i m said...

Salam, kak kenapa mereka kata mereka ada hak? Saya x paham..

X paham org suka main ambik hasil kerja org lain ni..lpas buat mcm x bersalah. Geram betul. Mereka patut bayar akak sbb mereka guna hasil kerja akak untuk mendapat untung..mkin ada undang2 hak cipta yg kita x tau..mmmm

Sbagai designer mkin saya nk bg cadangan..apabila nak upload gmbr akak di media sosial (internet) akak kena set gmbr akak ke resolusi yg rendah seperti 100dpi. Supaya xde sesiapa menggunakan gmbr untuk tujuan printing/publishing. Kalau saya x silap akak menggunakan kamera dslr yg menggunakan resolution yg tinggi iaitu 300 dpi untuk menghasilkan gmbr yg lebih cantik.Jd 300 dpi selalu digunakan untuk printing & publishing. Akak boleh guna software photoshop untuk merendah kan resolusi gmbr. Dan akak boleh meletakkn watermark.Harap dapat membantu...:)

sobrina ah said...

betul tu letak watermark di setiap gambar mmg xde sapa dpt amik

ckLah @xiiinam said...

Assalamualaikum. Saya setuju dengan cadangan di atas. Letak water mark macam Mat Gebu buat tu. Blog azlitamasamanis dan tiffinbiru adalah sumber inspirasi dapur saya. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan.

Cendana Kasih said...

salam ita..dlm kes ni rasanya boleh jer saman sbb gambar2 ita digunakan untk tujual komersial (mendatangkan keuntungan bagi pihak yang mengambil gambar tu)

sabar dan bertindak spt menarik rambut dlm tepung yer..

Sukma Haron said...

baru tahu dalam iklan mudah tu ada orang yg menggunakan pic yang cik Ita ambil....

adrianna syaz said...

Salam kak azlita..sya silent reader blog akak.. blog akak ni la yg bg sya inspirasi..sya suka masak kek dan semua2 desert..gmbar2 dlm blog akak pun cecntik..teringin sya amik gambar cmni...akak..bertabahla eh..kalau boleh boleh buat tndakan undang2..akk buat je kak.mana bleh suka2 je amik gambar yg sesusah akk tangkap..

Ezanie Najwa said...

As salam ita..sabar ye..akk pun geram gak..ambik tindakan yg sepatutnya..

fuzahidris said...

sedihnya bila penat lelah kita dicurik org...saya memahaminya kak... :(

eija said...

kejam btl prgai penerbit yg cm nie..nk utung pn agak2 lah.. krg kak ita mrajuk..abis kami smua..sy nie slh seorg pminat blog akak..dr xtaw buat kek..trs jd taw.. akak xkdkut ilmu.. detail akak beri tjuk ajar.. snag nk pham.. dr xtaw apa lgsg trs jd taw.. akak mmg terbaik..thx taw kak sbb sgup bkogsi ilmu..

akak wat repot kat bhgian hak pengguna.. akak ada bukti apa..lg senang.. saman jer dorg..

shaty said...

as salam .. saya TAK SETUJU puan diam dan bersabar je. SABAR ada hadnya. Orang-orang ni jenis tak reti bahasa dan biadap. Melainkan dia orang MINTA MAAF secara bertulis atau lisan, bolehle kita bersabar dan maafkan. Kalau tidak, baik cari peguam to show that u are SERIOUS. Kot ada antara peminat puan yg kenal peguam yang boleh urus hal ini, boleh le hulurkan bantuan nasihat. Atau mungkin ada peminat puan dalam kalangan peguam, lagi mudah. Saya meamng BENGANG betoi dengan orang-orang yang kononnya PROFESIONAL ni ... tambahan pula orang ISLAM.Tak ada iman tu berperangai macam tu ...

Azie said...

Mereka tu perompak zaman moden yg tidak peduli dosa dari perbuatan keji mereka

cikNor said...

simpati dgn kak ita...yer la susah kot nk amik photo cam tu tapi senang2 jer org amik xmintak izin...setakat ni Nor ada beli majalah tapi yg nyatakan resepi tu drp akak sbb kompem klu akak yg kasi mmg menjadi.

Miss N said...

mashaAllah.. tergamak diorg buat mcm ni.. akak bertabah ye.. lps ni edit letak watermark tgh2 terus.

jgn patah smgt utk akak terus update blog... banyak sgt ilmu bermanfaat yg akak kongsikan dlm ni..sy sering jadikn blog akak sebagai rujukan utk sediakn mknan utk keluarga. minta halalkn segala ilmu dlm ni ye. :)

Sue said...

Ia ita...sue them if they don't pay you. Jgn kasi muka...

Zara Balqis said...

Ramai yang buta hati bila bab copyright. Selalunya diorang tak terfikir pun yang menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran atau setidak2nya mengcredit kepada yang empunya satu kesalahan. "It is in the public view, what's the big deal?" Tangkap muat je. Sapi punya susu lembu dapat nama. Tak terfikir pun penat lelah orang. Setiap kali saya tengok gambar kak Ita, setiap kali itu saya kagum dengan ketelitian dan keseniannya. Mesti banyak masa,tenaga,otak,bahan2, pengorbanan apatah lagi accessory dan equipment yang deperlukan. Bukan calang2 orang yang boleh buat macam kak Ita. Bukan calang2 orang yang secara ikhlas hati menempatkan nya di khalayak untuk dikongsi - tanpa mengharapkan balasan. Sebaliknya ini pulak cara mereka berterimakasih. I feel you kak. Memang tak berkat rezeki diorang tu kalau tiada keizinan. Moga kak Ita terus tabah.

indahhouse said...

Salam mesra kak Ita,
Sedihnya saya baca, kesian kak Ita... Allah, sabar ya kak.

Ttg penerbitan di majalah tanpa kebenaran, seingat saya Chef Hanieliza juga pernah hadapi perkara ni, siap mereka ambil resipi bergambar lagi. Masa tu kak Liza blogger popular di fotopages. Cubalah tanyakan pada kak Liza, kak, bagaimana utk mnghadapi perkara ni.

P/S: Mmg terkejut tengok banner tu. Tetapi mmg susah nak elak orang copypaste. Payah nak juga kalu berhadapn dgn org yg tak mnjaga sensitiviti oranglain...

~busana kreatif~ said...

kak...sy tgk dorng ambil gmbr akk tnpa kebenarn pun bt saye letih memandngnye...sbb sy selalu tgk n bace blog akk...sy ingt n kenal gmbr2 akk...semg mereka dpt hukuman yg setimpal...hukum Allah itu pasti...rezki Allah itu pasti...smg rezki akk bertmbh n melimpah ruah lg...:).

buatwanita said...

tak patut betul. ciplak gambar org lain pastu buat buku, bunting. sabo aje la.

Jom Exchange Blog List @ buatwanita.blogspot.com

Eyriqazz said...

Publishkan aja nama buku tersebut..then bloggers kita viralkan...

Suzy Effendi said...

alangkan saya yg bukan siapa2 blogger ni pun rakan sndiri khianat ambil resepi kata resepi dia sndiri or ambik international blog . konon sbb dia dh byk pelanggan, apatah lg kak Ita yang serba femos ini :P

sabarlah ya kak ita. saya tetap admire kak ita dulu kini dan akan dtg

Widad Dessert said...

Assalamualaikum kak ita...sabar ye kak...dan ambil langkah undang2 yg sepatutnya...sebab sue tau keikhlasan akak dlm setiap resepi dan pic yg akak kongsikan...ada kes terbaru lagi ke? Ari tu akak dah luahkan dlm fb kan? Kepada yg berkenaan, hormatilah titik peluh merwka yg teraniaya ini

ana said...

Salam ita
Kesian kat ita. Penah lelah awk org curi mcm tu je. Pas tu sombong pulak tu. Sabar ita ye. Mmg ni selalu blaku. CMG, Ayu singapore dn lain2 rakn2 bloggers dh tkena byk kali. Balasan tetap akn diterima. Yg pasti di akhirat nti. Kat dunia ni bole la tunjuk lagak bole la mkn rezeki dr sumber yg tak halal. Akn jd darah daging. Sumber asal pun dah mencuri dn tk halal. Tunggu kat sana nti ya. Masa tu bole ke nk bg syarat2???
Ita fikir la tindakan yg tbaek yg bole awk ambil. Kami insyaallah sokong dn doakan awk bjaya dlm apa jua tindakan yg diambil demi kebenaran dan hak.
Sesungguhnya ini antara dugaan besar kpd ita. Semoga Allah mberi ketabahan dan kekuatan kpd awk.

Smiley said...

mmg tak patut..gambar saya dan artikel berkenaan pengurusan kewangan saya pon pernah dicuri sebijik2 masuk dlm blog pencuri itu..
mmg geram amat!
saya pon tatau nak wat apa..

fAtrinA said...

Ishh dasatnya yg buku tu siap ada syarat. Xp kak Allah tu maha adil. Xberkat pon dia buat camtu. Dulu sy ada komenkan bitau yg ada org guna gambar akak..promosi durian crepe kot..lupa dah.

Enjaafiqah said...

As salam saya pembaca blog ita dlm diam, manusia hilang pertimbangan klu nak cari rm dgn mudah usaha lebih malas jangan dibiarkan, mintak nasihat peguam, sabar semoga bertambah sukses dlm bidang ini jgn putus asa, klu x siapa la nak bagi kita idea-idea yang bernas ini, siapa la yg nak bagi ilham kat kita nak masak mcm ita dsbnya. Sabar ya

Juhariah Johari said...

Ada dua buku masak terbaru daripd Ita, tu dlm pengethuan ita ke?

Han soo said...

salam kak..saya selama ni silent reader je blog akak..saya follow nk dekat 2 tahun la jugak dan sgt kagum dengan hasil gambar2 yg akak produce kerana saya peminat fotografi.. but your most recent post buat saya terpanggil untuk komen.

Saya nasihatkan akak amik legal action against these people, especially pihak penerbitan majalah tu, since diorang menggunakan gambar tanpa hak cipta dengan tujuan mendapatkan untung.

saya nak share dengan akak link:

http://youthoughtwewouldntnotice.com/blog3

blog ni mungkin dpt menguatkan lagi semangat akak untuk menyaman insan2 x bertanggungjawab ni, because what the people inside that blog faced sangat kesian, sampai design sendiri dijual menjadi tshirt oleh company lain etc. Plus the blog will tell you more about copyright infringement.

semoga akak tabah & moga insan2 yg tak bertanggungjawab mendapat balasan yg setimpal.

Eeta Neet said...

Salam Kak Ita...
Lama tak komen di sini. Melihat Kak Ita berjaya langkah demi langkah sangat mengujakan. Bermula dengan hidangan biasa sehingga hidangan ala santapan di raja... semuanya terkesan di hati saya.
Mereka yang mengambil jln singkat adalah mereka yang tak mengerti keperitan org lain.
Mungkin kali ini mereka tersenyum lebar kerana berjaya 'menghancurkan' hati seorang karyawan. Tapi mereka lupa... ada balasan di sana.
Teruskan usaha Kak Ita... Doa saya semoga Kak Ita berjaya. Insya Allah.

cikjoi said...

Adik...nasihat saya lantik la seorang peguam yg mahir dalam bidang Intelektual Property untuk monitor dan ambil tindakan terhadap pihak2 yang ambil hasil penerbitan adik tanpa kebenaran tu.

Dia yang akan beri amaran kepada mereka dan dapatkan gantirugi / bayaran (jika perlu) bagi pihak adik.

Good luck

Rohana Amin said...

mmg geram betul pelaku mcm tu.. tp nak wat camner itulah lumrah kehidupan..sye ni pn ambk resipi mtk izin ngan kak ita kann..sabarlah kak.. kdg2 niat dia org tu mmg nak senang tapi dia xtaw ke kekuasaan Allah melebihi segala2nya..

Kina said...

salam kak ita... watermark bukanlah masalah besar untuk dibuang, hanya guna software aje. reposition kat mana pun, pencurik² still boleh buang, tak perlu crop gambar pun... Ini soal etika & kejujuran individu tersebut.. apa yg kak ita buat (sharing & announce dkt u'r blog) dah buat diorang tak senang duduk kak! u'r blog ada ramai reader... they really admire u & will not approve this. u can sue them if u think they deserve that. sabar ye kak ita.. :)

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

salam ita

saya faham sgt lah perasaan ita yg telah bersusah payah dan berkongsi semuanya dgn kami peminat ita..tiba2 diciplak dan digunakan tanpa kebenaran gambar2 ita..mereka ini seolah2 tiada maruah, ini sikap kebanyakkan org malaysia yg malas..sebab tu bangs akita mudah dipijak2 :( apa2 pun harap ita sabar dan serahkan kepada allah..tak kemana mereka tu dan mereka akan tahu hasil perbuatan mereka tu. letakkan watermark dlm setiap gambar ita post di blog..saya doakan ita terus berjaya dan mendpt keredhaan allah insyallah...ilmu yg ita kongsikan menjadi sedekah jariah yg manfaat kpd semua kami peminat ita...thanks ita blog ita dan mat gebu sentiasa menjadi sumber inspirasi saya... salam sayang sari saya..muah2x

Tilah Maricar said...

Salam Kak Ita,

I am so appalled at the dishonesty of some parties!! It is really disgusting the way they conduct themselves shamelessly and selfishly.

I suggest that you seek legal advice on this.

I pun ada blog sendiri. Walaupun ambik gambar pakai handphone jek and taklah setaraf dengan gambar yang Kak Ita ambil tapi tetap makan masa. Nak meng-edit gambar sampai tidur lewat malam. Sampai kadang-kadang terpaksa biar baby I nangis lama sikit sebab nak ambik gambar step by step waktu memasak. Tapi pasal dah hobby, I happy.

I tak boleh bayangkan kalau orang lain gunakan gambar i yang walaupun tak secantik mana tu dan kemudian katakan itu hak diorang atau diorang yang ambik. Biadap sunggh! This is totally unacceptable and unethical! Disgusting!

I am sure there is a channel or somewhere that you can go to bring this to the rightful authorities' attention.

You dah discuss dengan Kak Fauziah Samad?

fizaah said...

salam k.ita, saya simpati pada apa yg berlaku pd akak. Let us all - supporters n readers of this blog - boikot produk2 yg di highlight oleh bloggers as menciplak tanpa kebenaran. Also let's do our part in informing tauke kedai about produk2 tipu ni supaya mereka fikir 2x utk jual di kedai mereka. Saya pernah memberitahu tauke kedai (seorang india) tentang majalah solusi ciplak yg terjual di kedai nya. Alhamdulillah, selepas itu terus takde majalah tu di rak kedainye.

Tilah Maricar said...

One more thing Kak Ita, you can stop people from copying the page of any part of your blog by simply placing some html script in your template or something like that. Cuba you try google.

That's what I did for my blog so others cannot right click and copy and paste any part of your blog.

I don't know if they can still copy your stuff after that but I think it is worth a shot. I tak ingat cammaner I buat tapi I remembering googling about it. Once I did what was instructed, I simply cannot right-click and copy the materials on my blog.

ibuaries said...

apa la punye orang...nak senang je cari untung. x kira penat lelah orang yang buat. Nyampah betul tengok perangai camni.

Saya memang x beli buku2 resipi yang keluar bukan atas nama owner sendiri. Saya suka lagi rujuk blog.

myzun said...

saya tau bagaimana anda rasa...saya pun pernah terkena..tapi ini bukan sekadar gambar malah resepi turun-temurun keluarga saya diceduk oleh seorang chef "tersohor" lagi..siap ambil resepi tu masukkan dalam bukua resepi "Nasi" tanpa meminta kebenaran atau sekurang2nya sebut la nama kita...ini tidak 1 biji buku pun tak sampai ke tangan..siap buat bodo lagi bila saya tanya...memang kurang asam..orang yang menangguk di air keruh ni....

Tilah Maricar said...

Hmmm, boleh mula pakai Bismillah plak tu...lepas tu informasi diberi hasil mencuri. Patutlah bukunya tu buku yang lain dari yang lain, rupanya buku dari si pembohong dan penipu dibantu si penyangak dan penciplak! Dah kenalah dah tu sumer...tak habis betul geram saya Kak Ita! Rintangan kebabai dia...curi senang-lenang rintangan apa yang melanda nak hasilkan buku ciplak tu!

Saya ni dok terkedut kening baca tulisan dari buku penyamun melalui gambar yang Kak Ita post tu...maklumlah dalam opis! Sambil selam minum air...bila ada can, I sambung baca mana yang terlepas!

Ajeleena said...

Ya Allah jahatnye publisher tu...gerammmm.. !!

maklang azie said...

bbp tahun dulu pernah berlaku kat maklang, kak hanieliza dan bbp bloggers yg lain...
ada watermark pun tak guna sbb dorang print je janji boleh wat duit..terang2 gambar tu dr sapa.....harapkan royalti abuk pun tadak..1 sen pun kami tak dapat...
kak hanieliza siap kol maklang bagitau pasal gambar dikidnap tu tp apakan daya kami, gambar kami takde tertulis Hak terpelihara pun jadi mereka sewenang2nya kidnap...emmm

maklang azie said...

kes yg pernah berlaku pd maklang dan kak hanieliza dan juga bloggers lain bila gambar dikidnap utk mengaut keuntungan....masa tu kami di fotopages lagi, ada watermark pun dorang peduli apa, siap print lagi nyata watermark tertera...heheh...tak silapnya buku resepi biskut...masa tu nak raya, tu yg buku resepi biskut keluar oleh penyangak ni...satu sen pun kami tak dapat apa tambahan pulak gambar tu bukan hak cipta terpelihara...kak hanieliza siap kol maklang bagitau pasal kes tu...boleh tgk buku kidnap tu kat fotopages kak liza...

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

saya setuju dgn tilah maricar, cuba ita google atau tanya expert...boleh set kan supaya org x boleh right click apa2 dr blog kita...tp sy sedih lah nnti sbb sy ada gak copy gmbr dan resepi ita utk simpanan saya...suka tgk sebagai kenangan kan...tp x sangka pula ada plak yg copy and guna sebagai penipuan utk promotion biz dia...sungguh x bermaruah & as u said tilah it is disgusting...

Abchory Kb said...

Salam. blog kak ita merupakan inspirasi sy dlm masakan.. blog ni jadi rujukan utk memasak dan idea bg isteri yg x pandai nak masak mcm sy..sy sgt kagum dgn hasil dekorasi masakan dan fotografi kak ita sampai kadang2 tertunggu2 hasil tangan kak ita di blog kak ita.

Bila kak ita post mengenai gambar blog kak ita di rompak dgn rakus, terasa sgt sedih dan simpati kepada kak ita.. Usaha dan penat lelahnya sewenangnya di gunakan utk mengaut keuntungan tanpa meminta izin dr tuan empunya. Mereka harus di ambil tindakan. Plagiarism adalah satu kesalahan yg besar. pada pendapat sy kak ita boleh menggunakan undang2 utk memberi pengajaran kepada mereka dan org lain. Mencuri dan mengambil hak org tanpa kebenaran adalah satu kesalahan yg besar. Isu ini harus di ketengahkan ke pihak pengadilan..

Utk Kak ita teruskan berjuang sebagai blogger masakan..

Greenlava said...

Boleh cuba kod dalam tutorial ini untuk disable right click:
Disable right click only on images

easybites-cakes said...

kak ita....letak watermark....biar kak ita sorng je yg ada...isk3...siap wat banner....

waiem said...

As salam

Kadang saya tak faham dengan orang Islam yang menjana duit / rezeki dengan cara begini.

Duit / keuntungan yang di dapati cara begini tak kemana.

Akan jadi darah daging, tak takut ke.

Tak kesian ke kat anak-anak yang akan jadi mangsa makan rezeki macam ni.

Insof la wahai ummah.

Betul lah kata Ita, susah no ke nak mintak izin?

Susah kot sebab halal.

yatt said...

takziah to u ita :-)
it hapenned to me too. mula2 sekeping gambar kek batik yang masih sampai skrg pun sesekali terjumpa org guna buat iklan biz, iklan kelas, gambar resepi dlm portal masakan.
paling parah 2 album facebook loads of my cakes digunakan utk tujuan promosi biz. identiti saya, tagline saya pun ditiru bulat2.
saya hampir ambil tindakan saman. dah ambil borang pun. saya approach perbadanan harta intelek malaysia (kpdnkk.gov.my)& tanya apa yg saya boleh buat dlm kes mcm ni. masa tu saya rasa sangat2 dikhianati. sgt2 terkilan sbb yg membuat kerja tu saya kenal & anggap kawan. dan saya yg disalahkan pula sbb share that issue dlm facebook saya. mengaibkan mereka katanya.
tapi dlm masa saya timbang2 utk proceed tindakan atau tidak...suami saya cakap... u may proceed dgn apa yg u fikir betul sbg mempertahankan hak u tapi cuba u fikir semula di mana tahap mentaliti org yg mencuri ni. bayangkan muka mereka... berbaloi atau tidak stress yg u dpt dlm perjuangan mempertahankan hak u tu. viewers kenal itu gambar2 hasil kerja u. so be it... biar public yg buat judgement bagaimana peribadi & taraf pemikiran mereka. maka saya buat conclusion..ia tidak lebih tinggi dan mulia dari tapak kaki saya.
and surprisingly..slps tu saya rasa saya xmau proceed dgn ambil tindakan. saya biarkan. dan skrg...kalau saya jumpa mana2 gambar saya yg digunakan tanpa izin...tak segan silu lagi saya publish dlm facebook biz saya supaya semua org nampak
*watermark wont do any good. senang aja org nk remove. tapi in your case..kurang hajar betul bila dibukukan

yatt said...

watermark org boleh remove
disablekan right click org boleh capture screen
it's all about adab & etika

Amie said...

Saya rasa / harap satu hari nanti ada akta hakcipta yang benar2 dapat dikuatkuasakan untuk melindungi hak milik kita sebagai blogger masakan!

Tilah Maricar said...

yatt, what you said is correct but when they capture the screen, the pixels will be reduced thus affecting the photo quality! So disabling right click is still a better choice than nothing! Kak Ita you should just try the code suggested by Greenlava.

We should not give unethical and impolite people the opportunity to commit their disrespectful acts.

Norhaizan Wan Abdul Rahman said...

Saya tak faham dengan bangsa kita sendiri..nak buku terlaris jual..nak untung...tapi ..ambil dari hasil titik peluh orang dah la satu hal...tak minta izin lak tu...tak diajar dengan adat ka mereka ni..setahu saya Melayu penuh dengan adat dan sopan....please...wake up...Malays...jangan penting diri....bangunkan bangsa sendiri dengan penuh hormat dan bangga dengan bangsa Mlayu...

babylola2u said...

kesian kak ita, tak sudah2 orang nak pergunakan akak. akak tak boleh disable kan right click? sediah saya baca. penat kak ita curah ide, senang2 org nak curik untuk perniagaan mereka tanpa izin akak. letih la macam ni ye kak..semoga Allah SWT membalas perbuatan mereka dan melimpahkan rezekibuat akak dengan berlipat kali ganda. amin.

anniesulaiman said...

Kak ita.. saya setuju dengan cik achik. letak WATERMARK sebesar2 atau sepenuh2 gambar.. cuma akak je ada original photo.

yatt said...

saya rasa ramai yang tak jelas bila ada yang sebut boleh remove watermark. bukan masalah watermark kecik atau besar atau penuhkan keseluruhan page tapi sekarang ada banyak software utk edit gambar..termasuk membuang watermark dari atas gambar.

ni salah satu contoh software tu http://www.theinpaint.com/

personally, bagi saya x perlu dicacatkan & disemakkan gambar semata2 kerana kita terlalu skeptikal dgn perangai biadab mereka tu. mereka ni perlu disekolahkan ttg etika bukan kita yg jadi kena jadi terlebih2 protective

apa yg saya dpt belajar dari kpdnkk gambar mmg milik mutlak si tukang foto. so ita...go for ur rights. buat lah apa yg u rasa patut. saya sokong awak 200%

Azlynna Noordynn said...

Mungkin sudah sampai masanya Kak Ita dan others Blogger yang gambar2 di ambil tanpa kebenaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orng2 yang tak bertanggungjawap ni. BERANI kerana Benar Takut Kerana SALAH.

Cik Siti Abu Sujak said...

Ada cara utk elak orang right click n copy paste gambar dgn mudahnya.. Tapi saya pun tak tau teknik dan namanya. Cth blog bisous a toi (Rima).. Mungkin lepas ni Ita boleh apply kat blog ni..

geroboknora said...

I really adore your creativity!

ain samadi said...

Terbarunya akak ada tulis untuk ibu2 tunggal meneruskan hidup utk menyara anak2.. Itu sayalah. Semoga Allah SWT menganjari usaha akak selama ini dan semoga karya akak dilindungi Allah SWT selalu, mereka yang menzalimi akak pasti tidak tenang

Siti Habsah said...

Assalam..Azlita salam perkenalan dari kak ..kak suka tengok hasil kerja azlita n ilmu2 yg U berikan dlm blog ..Alhamdulillah kak tengok U benar2 ikhlas memberikan tunjuk ajar atau tip2 dgn apa yg U tahu..bnyk ilmu yg kami (spt kak yg masih terkial2 ni)dpt..kak doakan semoga apa yg U curHKAN ini dibalas dgn kemurahan rezki yg akan diberi olehNya. Jangan risaulh Azlita.. JANJI TUHAN itu benar bahwa insan2 yg sabar akan mendpt balasan yg setimpal..ini semua ujian utk U ..kuatkan iman..bnyk bersabar..n buat apa2 pun buat dgn rasional kerana silap langkah manusia2 yg KEJI ni akan mencari kesempatan..teringin nk jumpa U secara dekat..maaf dan mohon halalkan dgn resepi yg kak amik utk kegunaan kak sekeluarga sebagai panduan...btw dont' give up...

noor ellina Jaafar said...

Kurang ajar pihak penerbitan tue...dah le rompak hasil karya org then siap kna ka syarat lagi...dulu cmg kna...jahat ler diaorg nie...kesian akak....

mommychic said...

Sudah tiba masanya org2 yg tak bertanggung jwb mcm ni paid the price!!!, pada hemat saya blogger makanan dan peminat2 patut bersatu,buat petition, and ambik tindakan undang2, INI BUKAN SEBAB MENGADA2!!!Jauh sekali. Hanya sekadar utk MENGAJAR mereka and to PUT A STOP to this UNLAWFUL practice. Kalau tak, sedap je!!!Really insulting dan rasa DITIPU bila membaca/menatap/TERBELI HASIL ROMPAKAN mcm ni. Saya doakan berkat keikhlasan,kegigihan,perkongsian Kak Ita, Allah melimpahkan rasa ketenangan ,rahmat , barokah da bahagia hingga ke syurga utk Kak Ita sekeluarga. For the time being, izinkan saya berkongsi zikir ini,YA ALLAH, Ya HAKIM,Ya KHABIIR " Wahai Allah yg MAHA BIJAKSANA,MAHA WASPADA,MAHA MENGETAHUI SEGALA2NYA yg Zahir dan Yg Ghaib" zikir ini sgt membantu terutama semasa diuji/dianiaya. Allah megetahui segala tingkah laku makhlukNya, yg menyimpang dari jalanNya mahupun yg lurus. As Sabak ayat 1-2 " Segala puji bagi Allahyg memiliki segala apa dilangitdan segala apa dibumi dan bagiNya pula segala puji di akhirat.Da Dialah Yag Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yg masukke dlm bumi,apa yg keluar drpdnya,apa yg turun dr langit da apa yg naik kpdNya." Semoga Allah permudahkan segala urusan Kak Ita, dunia dan akhirat.Amin.

Anis Nadeem said...

Assalam kak ita..saya pengunjung blog akak yg diam2..hehe..saya mula suka nak mendalami pasal kek ni semenjak masuk blog akak..hargai sangat2..sabar ye kak semoga akk terus sukses..

Hanny Rose said...

Puan saya always keep ur receipe as my referent and also ur pic but that all for my copy not to public and bukan juga untk di jual.mohon halal iya puan

Hanny Rose said...

Puan mohon halal kan resepi and petua yg puan share.sy always keep puan nye resepi as my referent not for public

shilawali said...

Saya juga silent reader blog Kak Ita. Semoga Kak Ita bersabar dgn dugaan ini, disamping tu selidik juga cara2 agar ianya tidak berulang lagi. Kak Ita letak watermark tu betul2 atas gambar juadah tu, biar susah org nak crop.

sumazai said...

salam kak ita...
sy merupakan silent reader blog akak. sabar la kak... sy phm perasaan akk. kesian sy tgok akk. doa org yg teraniaya ni sntiasa dimakbulkan allah.. apepun sy minta halal segala resepi akk. akk mmg seorg yg penuh dgn keikhlasan.

Adinda Wawa said...

YA ALLAH...TERGAMAKNYA MEREKA NI TIPU PELANGGAN SATU HAL...AMBIK GAMBAR ORG TANPA IZIN SATU HAL... SEMOGA MEREKA DI BERI PETUNJUK DAN HIDAYAH... KASIHAN KAK ITA...SABAR YE KAK... PASTI ADA HIKMAHNYA.. SEMOGA AKK BOLEH TERUS BERKARYA DGN CARA AKK...DN TERIMA KASIH BANYAK2 SBB SUDI BERKONGSI ILMU DGN KAMI... KRN ILMU DAN BAKAT ITU HANYA PINJAMAN...TERNYATA AKK DH MEMANFAATNYA DGN CARA YG SGT MULIA.. SHARING IS CARRING..SEMOGA AKK DAN KELUARGA DIRAHMATI-NYA SENTIASA...AMIN

Norhafiza Baharuddin said...

Assalam. Sabarlah wahai hati. Tabahlah wahai jiwa.. Moga allah memberi ganjaran yang jauh lebih baik. Sebaik-baik manusia ialah ilmu yang disampaikannya dengan penuh ikhlas dan diamalkan org lain. Ita berada di tahap itu. Take care.

Ibu Cergas said...

Sedih baca entry akak ni. Sabar ya kak. dont worry. saya beli buku2 akak tau.. buatnya entah bila la tapi. hehehe

Mama Iman & Hannan
Ibu Cergas

farihan said...

Sedih baca entry nie, biasa sgt org amek dan gunakan gambar kita..sekarang semua watermark letak atas figure dlm gambar, kalo letak kat bawah still lagi orang boleh crop n do what ever they want

Nonie My said...

Saya ucapkan terima kasih pada puan kerana berkongsi tips dan resepi dengan kami semua. Saya selalurujuk blog nie mencuba resepi yang best. buku di MPH pun x sempat beli kerana dah abis. kena beli on9 lah. Tapi perbuatan mereka tidak boleh dibiarkan sahaja. perlu diambil tindakan undang2 kerana isu Intellectual property.

pelangi said...

salam, saya nasihatkan kak Ita agr letak watermark betul2 ditengah2 masakan akak..jgn letak tepi2 sbb dorang leh crop... copyright mmg satu isu sgt sgt2 besar. kite dimalaysia kurang sgt kesedaran pasal hak cipta ni. akak kena buat sesuatu utk pengajaran kepada dorang sebelum ramai lg menjadi mangsa. kak Ita mmg kene aniaya.. semoga Allah permudahkan jalan untuk kak Ita

Irfa said...

sis..sy baru je draft satu en3 sbb suka sgt dgn kek cantik dr blog sis
tp kat situ sy letak link blog sis
mcm tu di kira salah ke?

tenku butang said...

ish.. teruknya diorang buat macam tu?? amboiii.. nak letak gambo lawa2 tapi amik had orang lain tanpa kebenaran, xde credit ke tuan empunya lak tu.. kesian akak.. macam ni bole saman je kak.. bagi pengajaran sikit.. suka2 jea amik gamba hak org lain

Faarihin said...

kerja nak senang aje dia orang ni.

hasymizan said...

Faham perasaan anda. Jgn runsing, Allah ada bersama pihak yang benar. Kan dah byk contoh, hasil dari sesuatu yang tidak jujur bakal hilang sekelip mata. Easy come, easy go. Life is just! Stand firm, no give up. ( Pesanan utk diri sendiri juga).

Jay said...

Tumpang simpati dgn apa yg berlaku
Harap2 perkara ini tk berlaku lagi.Lagi satu Cuba Ita letakkan nama atau tanda nama kat gambar2 tu tentu selamat sikit.

tiga lalat said...

Salam. Hee watermark dalam gambar2 kita itu amat penting. Saya pernah merasakannya. Sungguh bengang saja.

Powered by Blogger.