Follow if you like

Sep 10, 2013

FONDANT



Apa itu Fondant?
Fondant atau Rolled Fondant sering juga disebut dengan plastik icing atau sugar paste.
Fondant adalah bahan untuk dekorasi kek yang elastik yang mudah untuk dibentuk sesuai dengan keinginan dan dekorasi sesuatu kek untuk tampil lebih kemas dan menarik.
Kebiasannya fondant digunakan untuk menutupi atau meng-cover kek atau membuat hiasan renda, riben, bunga atau pun untuk meletakkan abjad  pada kek.


Fondant yang di campurkan sedikit gum khas CMC atau Gum Tax menjadi lebih kenyal dan di gunakan bagi membentuk onamen-onamen, bunga hiasan atau figurine.
Fondant di buat dari campuran gula icing, sirap glucos, glycerin dan shortening. Peratus terbesar dalam penyediaan fondant adalah gula yang membuatkan rasanya manis.


Cara penyediaan fondant yang sedikit rumit membuatkan adalah lebih mudah untuk mendapatkan fondant Ready Made atau siap digunakan di kedai-kedai menjual bahan kek yang berhampiran.
Fondant yang ready made pula datang dalam jenis yang berbeza iaitu rolled fondant, sculpted fondant dan poured fondant. 




Untuk meng-cover kek, kebiasannya kita menggunakan Rolled Fondant, yang menjadikan permukaan kek lebih licin dan rata. Fondant yang ready made biasanya akan tercatat ‘Ready to Roll’ or ‘RTR’. Kadang kala fondant ready made datang dalam pelbagai perisa dan warna.


Fondant ready made, kebiasannya terlihat seperti plasterstin, play dough atau tanah liat mainan kana-kanak. Ia lebih lembut berbanding gumpaste yang lebih keras dan kenyal. Saat baru dilekuarkan dari plastik bag, fondant agak lembut teksturnya yang memerlukan ianya diuli dengan sedikit tepung jagung untuk menjadikan ianya lebih mudah di bentuk.


Untuk memudahkan cara pengendalian fondan ketika menguli, supaya ia tak melekat-lekat di tangan. Tangan haruslah di sapukan sedikit lemak sayuran shortening, kaedahnya seperti kita menyapukan losyen pada tangan. Permukaan papan canai pula haruslah ditaburkan sedikit tepung jagung untuk memudahkan pengedaliannya nanti.


Untuk mendapatkan fondant yang berwarna, fondant haruslah di campurkan sedikit pewarna makanan tak kiralah dari kelompok oil base atau water base. Tapi seeloknya pewarna dari kelompok gel dari Wilton atau Ameri Colour yang harganya jauh lebih mahal berbanding pewarna tempatan. Tapi hasil warnanya yang pelbagai menjadikan fondan kita tampil dengan kombinasi warna yang cukup indah.


Kaedah penyimpanan fondant yang belum digunakan juga haruslah dititik beratkan. Fondant haruslah dibungkus dalam plastik bag dengan kemas, kekeluarkan segala angin atau udara dalam beg plastik supaya fondant tahan lebih lama dan tidak mengeras. Fondant haruslah diletakkan pada tempat yang kering dan dingin sekitar suhu 20 C. Jangan sesekali menyimpan fondant dalam peti ais baik dalam ruang dingin maupun dalam ruang sejuk beku. Fondant yang disimpan dalam peti ais akan mengeras dan sebaik dikeluarkan di suhu bilik ianya akan berpeluh dan melekit-lekit yang menjadikan ianya rosak.


10 kaedah penting yang anda perlu ambil tahu dalam penyediaan fondant.

1. Fondant amat cepat kering dan mengeras bila dibiarkan tanpa ditutup. Oleh itu anda haruslah melakukannya dengan pantas bagi mengelakkan fondant koyak, pecah  atau rertak-retak saat diletakkan di atas kek.

2. Lebihan fondant yang tidak digunakan haruslah segera di simpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan ianya kering dan mengeras.




3. Jika anda mempunyai tangan yang mudah panas, anda akan menghadapi masalah saat menguli fondant kerana ia mudah melekit-lekit pada tangan. Oleh itu sejukkan tangan terlebih dahulu dengan membasahkan tangan pada air mengalir, lap kering, sapukan sedikit shortening dan juga tepung jagung untuk memudahkan fondant diuli.

4. Harus diingat, fondant cukup sensitif pada suhu. Suhu yang terlalu sejuk membuatkan fondant mengeras dan beku. Suhu yang panas membuatkan ia melekit-lekit dan susah dikendalikan. Suhu negara kita yang panas dan lembab juga mempengaruhi kaedah pengendalian fondant dengan lebih baik.

5. Jangan sesekali menyimpan kek anda yang telah dibaluti fondant dalam ruang sejuk atau sejuk beku dalam peti ais. Fondant akan berpeluh bila di simpan dalam peti ais. Sebaiknya selepas kek dibalut fondant, ia simpan pada ruang suhu 20C dalam bilik berhawa dingin.

6. Fondant harus di simpan dalam bekas kedap udara. Harus sentiasa baca setiap arahan pada bekas pembalut fondant yang anda beli untuk kaedah dan cara-cara pengendalian fondant.

7. Jika anda hendak menguli fondant, jangan dalam jumlah yang besar atau banyak, kerana anda akan menghadapi masalah untuk mengulinya. Haruslah sentiasa uli dalam jumlah yang sedikit yang mudah anda kendalikan. Tempat menguli fondan juga jangan terlalu tinggi dan menyukarkan anda untuk memberikan tekanan pada dough tersebut. Biasa bekerja menguli haruslah tempatnya paras pinggang untuk memudahkan anda menguli dengan kadar tekanan yang sesuai.

8. Jangan sesekali terus membalut kek yang baru anda keluarkan dari peti ais dengan fondant. Anda harus menstabilkan dahulu suhu kek pada suhu bilik. Kek yang terus dibalut dengan fondant sebaik ia dikeluarkan dari petia ais akan menjadikan fondant melekit-lekit dan berpeluh.

9. Jangan menggunakan fondant yang terlalu keras atau anda teruli ianya terkeras. Kerana anda akan mendapati sudut atau penjuru kek akan retak, koyak atau pecah.

10. Sekiranya anda ingin mendapatkan fondant dalam warna yang gelap seperti hitam, anda haruslah meletakkan warna pada fondant dan mengulinya dan ianya harus disimpan 1 hari sebelum anda ingin menggunakna untuk mendapatkan warna yang kental yang anda inginkan.








 
           
       
           

36 comments:

Angel said...

Thank you for sharing good one

Rozita said...

terima kasih atas info yang sangat berguna ni kak.. tak tertahan rasa nak cuba..

Ita Rossi said...

salam. bersemangat rasa nak cuba buat sbb ita dah byk bg tips2 d cara buat figurine tu. nak tanya utk muka ben 10 dan doktor tu guna warna apa? (peach, dark brown?)

Azlita Aziz said...

utk kulit ben 10 akak guna IVORY dari Ameri Colour
kalau utk Dr tu akak campur Ivory dgn sedikit choc colour dari ameri colour juga

Asyifa Mustaffa said...

info yg sngt berguna ~ thx K.Ita.
suka tgk hasil kerja tngan akak...mmg sntiasa menjadi...:)

aDisH.sHidA said...

terima kasih akak share info tentang fondant...

hasil tangan akak memang menarik dan mengagumkan,...

Aine Ainun said...

Kak ita sumber inspirasi syツ
tgk kek kak ita berangan ja nk buat kek birthday ank sendiri...
Berangan ja nih ♡♡♡♡

fazianbatrisyia said...

semuanya cantik & berseni. sy suka. Semoga usaha kak ita ini mengembirakan hati semua org yg berurusan dgn kak ita. Thanks for sharing the info

Nur Nasyrah said...

akak mcm mne klau topping kek tu choc ganache and hiasan fondant boleh simpan dlm peti ais x?mcm mne cara penyimpanan kek?

Fariza Darwish said...

berseni nya lah k,ita ni..
hebat !!

totally works of arts..
suka tengok je..cuci mata!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pernah sekali bekerja dengan fondant.. seronok menguli tapi tak banyak masa senggang untuk menguli, hehe

lilieyz said...

thanks for sharing dan info sangat detail :)

womenworld said...

Thanx kak Ita for such a very good info. Saya lebih memahami ttg fondant..

womenworld said...

Thanx for such a very good info..patutla saya buat ia melekat2 kat tgn sebab x sapu shortening rupanya

ainlaily ramly said...

salam kak, kalau nak tempeh kek dengan akak mcm mn ye? cod d mana? harga macam mana? maaf bertanya :)
ainlaily@gmail.com

womenworld said...

Untuk buat abjek kena guna gum paste la kak ita ya. Adi jual yg siap dah ke kat kedai alatan kek?

Kem Mirza said...

bila tengok hiasan tu, rasa sayang pula nak makan.

Cik Siti Abu Sujak said...

Good Info.. Thank you for sharing. Semoga semakin kreatif dan murah rezeki.. :)

rinduan citarasa said...

Super duperrr terbaikk

Kakkk.. Thanksss so much

rinduan citarasa said...

Super duperrr terbaikk

Kakkk.. Thanksss so much

Sue Sue said...

Thanks for sharing and i am imoressed with all your cakes creation. Just lovely!

Sue Sue said...

Thanks for sharing. Very impressed with your creativity. Just lovely!

Miracle Vitamins said...

Cantik k.ita..I.loike

Musya said...

Thx for sharing Kak.tapi nk tanya, sblm cover kek dengan fondant, apa topping terbaik utk digunakan selain ganache.pernah pakai buttercream tapi mcm lembek jer lps letak fondant ;(

CarnationR8 said...

Yr handywork nvr fail to amazed me. Thank you for sharing. Puan, no more tutoral? ��
Love the pororro tutoral. Thanks a zillion.
Barakallahu Feek

~NoRaLiza Effendy~ said...

sangat menarik untuk dicuba tapi x tahu bila nak cuba..

www.kedaishakleeannur.blogspot.com

bahulusp said...

fondant abjad dan huruf dah ada acuan dia yer

Hafizah said...

Salam kak ita, saya nak tanya kenapa fondant yg di letakkan ats kek cream cheese ia cair... fondant tu cair?

Cahaya Petunjuk said...

Salam kak ita, nak tanya..saya gna snow ice punya fondant, tapi bila bentuk macam tak jadi lembik. saya buat bentuk cendawan. tapi asek jatuh aje cendawannya. mcamana ekh? ada solution tak kak?

mizz miza said...

cnteknye..kreatif.. suke tgk.. :D

Hieda Zack said...

adore sgt ngn hasil2 air tangan kak ita... jadi sumber inspirasi sy n kalau sy amik n buat akk nyer resepi da petua bole ye kak ita... :)

DiELa ShAziLa said...

Salam... k.ita nak tanya lah.. knapa kalau guna gampaste hias atas cheese tart ianya akan cair?

Dan nak kepastian, se elok-eloknya hias guna gumpaste atau fondant lebh sesuai untuk di hias di atas cheese tart..

harap sangat k.ita bleh bantu...

Rietha BBlood said...

Hai ita. Ameri color tu ade jual online tak?

mR.KhAi said...

Assalam kak ita

nak mohon pencerahan sikit..
tadi masa baca kat entri akak 'salut kek dengan fondant' ada sebut salut kek dengan fondant lepas kek kuar dari peti ais, tapi dalam tips ni kena tunggu kek sampai suhu bilik baru salut.. yang mana satu ekk.. terima kasih atas banyak perkongsian yang bermanfaat daripada akak.

~busana kreatif~ said...

salam kak ita...nak tnya...utk fondant lebih kenyal..dan xlembek bila di uli...atau buat sesuatu dr fondnt...contoh mcm bunga atau bentuk yg nipis2 supaya fontnd tu nmpk keras...n x jatuh layu...pakai cmc @ gum tex tu ke?..harganye dlm linkugn berapa?.t.ksh..

cikgu rozi said...

info berguna. tqvm

Powered by Blogger.