Monday, August 26, 2013

UDANG GORENG BUTTER

Assalamualaikum
Selamat petang..
Dah petang pun kan.. kejap aje masa berlalu.. Oleh kerana itu kita hendaklah sentiasa menghargai masa. Bukankah masa itu emas..


Ita rasa semua telah pun kekenyangan setelah menikmati juadah tengahari tadi. Tak kiralah samaada makanan itu di masak sendiri atau di tapaw dari kedai mamak..
Bagi suri rumah tangga.. inilah masanya untuk beristirehat setelah seharian memasak dan mengemas rumah. Ada yang dah mula menyorongkan bantal.. nak lena lah tu.. tak pelah rehat-rehatlah dulu.. tegang-tegangkan urat.. pas ni banyak lagi kerja yang menanti..

Apa juadah istimewa tengahari tadi..?
Sebenarnya hari ni ita puasa. Tapi puasa-puasa pun ada yang tak puasa di rumah, jadi kenalah juga masak untuk mereka yang tak berpuasa.
Masak biasa-biasa aje..


Hari ini ita nak kongsikan resepi udang goreng butter yang menjadi menu kegemaran anak ita Dalili.
Ita tak boleh makan udang.. nanti tak boleh tidur malam.. habis gatal-gatal.. mulalah terkeruk sana terkeruk sini.. hihi

Walaupun tak boleh makan tapi ada insan yang kita sayang suka makan udang.. nak tak nak kenalah juga masakkan untuk mereka.


Resepi kali ini ita ambil dari dapur kak Azie
Menurut kak Azie beliau ambil dari dapur Spices Journey
Terima kasih kepada Cahaya Sheila dan kak Azie kerana kongsikan resepi yang sedap ni..
Ita tambah sedikit serbuk kari kerana suami ita sukakan udang yang sedikit berempah rasanya.
Ita punya sarang ni tak berapa menjadi sebenarnya.. tak halus sangat.. tak pe.. nanti boleh cuba lagi..
kalau nak lihat hasil yang cantik dan cara bagaimana nak buat sarang telur tu.. bolehlah lihat di blog Cahaya Shela dan kak Azie kita.

Sebelum ita terlupa.. ita nak minta rakan-rakan ita yang baik hati.. sama-sama kita doakan kesihatan kak Azie. Semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani rutin harian beliau seperti biasa bersama insan-insan yang beliau sayangi.
Kepada kak Azie.. jangan lupa makan ubat dan banyakkan beristirehat.


Udang Goreng Butter/Buttered Prawn 
Oleh: Spices Journey
Rujukan : Azie

Sarang Telur
2 biji kuning telur
1 senduk butter/margerin
1 cawan minyak masak

Pukul ringan kuning telur. 
Panaskan butter/margerin bersama minyak masak. Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan minyak dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya telur jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak berwarna keemasan.

Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan besi untuk toskan minyaknya. Langkah seterusnya kita siapkan pula udangnya. 


Udang
12 ekor udang 
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng 
3 ulas bawang putih - dicincang
6-8 tangkai cili padi - dihiris
5 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair/susu segar
Sedikit butter/margerin untuk menumis
Sedikit serbuk lada hitam/putih - jika suka
Garam secukup rasa
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah sehingga agak berubah warna dan masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantik dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.

Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cili padi dan daun kari hingga garing dan naik bau. 

Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang digoreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine sudah ada garam.
Setelah semua bahan masak dan mesra, bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan sarang telur/floss yang kita buat tadi. 




9 comments:

Shiela said...

Assalamualaikum.. Terus lapar nengok udang tu ita.. Maseh sudi mencuba.. :)

Mrs Ment said...

As salam kak Ita, kita baru makan udang goreng butter semalam. sedappp... anyway blogwalking. feel free to visit mine
http://bitesnpiece.wordpress.com

ummiaisyah said...

Sian k ita ..xleh mkn udang ye ..bior adik2 ni abiskn ye..hehe...kiter pon poser gak ..slmt berbuka ye k ita

ummiaisyah said...

Sian k ita ..xleh mkn udang ye ..bior adik2 ni abiskn ye..hehe...kiter pon poser gak ..slmt berbuka ye k ita

Syahidah Fadilah said...

best nye, leh cube wt utk berbuka puasa t :)

Azie said...

Terima kasih Ita. Terharu sgt membaca doa Ita utk saya hingga menitis airmata. Saya baru keluar dari OT pukul 6 tadi. Alhamdulillah. Namun masih pening mungkin kr GA semasa operation tadi. Saayang Ita.

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

kalau makan udang masak butter ni memang selera makan..sedap..favourite ni.

Norkhatilah Maricar said...

Terliur dah i tengok...Tip top!!

Norzuryati Mohamad Basir said...

Terliur tengok..mesti cuba ni..ringkas tapi menyelerakan!
Mohon share ye resepi ni ye admin..

Jemput ke blog saya :
http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)