Follow if you like

Aug 20, 2013

Spiderman Cake

Assalamualaikum
Salam Shawal kepada semua rakan-rakan yang ita kasihi..
Semoga hari-hari anda semakin bahagia dan ceria-ceria selalu..
Masih lagi dalam mood beraya?

Hari ini ita nak kongsikan kek yang di tempah oleh seorang rakan FB. Kek superhero Spiderman yang menjadi kegilaan anak-anak ita suatu masa dahulu.. Tapi maaf lah kan.. kek superhero ita ni agak seksi.. dan amat seksa melihatnya.. aduyaiii.. harap jangan lah tenung lama-lama.. takut ketumbit pulak mata tu.. ^__^


Kalau kita cerita gelagat anak-anak memang tak akan habis kan.. kenangan sewaktu mereka di alam kanak-kanak sememangnya sangat lucu dan cukup menghiburkan hati..

Anak ita Azrul dan Amirul memang sangat akrab dari kecil. Memandangkan usia mereka yang hampir sebaya dan pada masa yang sama mereka hanya berdua.. jadi keakraban mereka memang sangat -sangat ketara. Kemana sahaja pasti berdua.. hinggalah mereka dewasa.. ini
Harapan ita biarlah mereka terus akrab hingga ke akhir hayat..


Dulu .. kalau ada cerita superhero di tayangkan di pawagam.. pasti mereklah yang akan merengek meminta dibawakan untuk menonton. Ita dan suami sebenarnya tak berapa suka tengok wayang. Kalau dibilang berapa kerab lah sangat ita jejakkan kaki ke panggung wayang.. Tapi bila anak-anak dah mula merengek.. kita sebagai ibu bapa pasti tak mahu hampakan mereka... kan?

Bila menonton cerita kegemaran.. mereka cukup khusuk.. Pas tu bila keluar dari wayang pelbagai aksi lah yang akan dapat kita lihat. Sambil berjalan tu.. karang dia panjat sana.. panjat sini.. dia lekat kat dinding sana.. pas tu melekat kat dinding sini.. semua apa yang spiderman tu buat semuanya di tiru.. bulat-bulat..  aduyaiii.. naik segan kita dibuatnya.. kelakar pun ada..lucu pun ia jugak! hehe tapi itulah kenangan yang cukup indah bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa..


Pengaruh cerita-cerita animasi ni memang cukup kuat dalam diri kanak-kanak.. Oleh itu sebagai ibu bapa kita kena sentiasa mengigati dan menerangkan setiap apa yang dilihat oleh mereka supaya mereka boleh berfikir dengan bijak!

Kita terus sahaja pada kek tempahan.
Kek ini adalah rainbow cake. Di dalamnya ita tak buat warna rainbow biasa tapi ita guna hanya 3 warna asas untuk cerita superhero tersebut iaitu, merah , biru dan kuning. Dalamnya ita buat corak checkered.
Kek masih lagi dilapisi cream cheese frosting. Oleh kerana tuannya tidak mahu kek di lapisi fondant atau buttercream, ita melempa kek dengan ganache coklat untuk memudahkan ita meletakkan figurine superhero tersebut.


Ada yang bertanya, kalau ita letak gumpaste atau fondant tak cairkah jika diletakkan terus atas kek tanpa kek di saluti fondant.
Ok, kita lihat dahulu apa bahan dalam gumpaste dan fondant.
Bahan asasnya adalah gula.. oleh itu gula sifatnya tak boleh ada air.. Bila ada kandungan air ia akan melarut.. betul tak?
Jadi pastikan bila kita nak letak figurine dari gumpaste atau fondant, lapisan asas mestilah dari bahan yang tidak ada kandungan air. Contoh kita boleh letak atas buttercream atau ganache coklat.
Sebab ramai dari kalangan yang minta ita buatkan kek tidak mengemari kek yang di saluti fondant dan buttercream yang dikatakan memuakkan.. tetapi mereka inginkan hiasan kek yang tampil cantik dan menarik! ita rasa ganache coklat adalah penyelamat situasi tersebut.

Hari ini ita kongsikan teknik ita membuat tulisan atas kek. Kebiasannya ita gunakan acuan khas untuk huruf yang boleh didapati di kedai jual bahan kek. Tapi kali ini ita gunakan tulisan dari cerita tersebut supaya lagi terserlah karektor superhero itu nanti


Mula-mula ita dapatkan tulisan superhero tersebut dari internet. Google aje.. pas tu print lah tulisan itu.

  • Kemudian kita potong huruf yang kita nak mengikut abjad nama kanak-kanak tersebut
  • Canaikan fondant tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis
  • Dengan pisau yang tajam, kita tekap dan potong mengikut abjad yang kita tekap tadi
  • Buat pula kaedah yang sama pada fondant yang berlainan warna pula untuk dapatkan efek bayang pada belakang abjad nama. 
  • Kemudian lekatkan kedua-duanya dengan air atau boleh guna gum khas untuk lekatkan fondant
  • Biarkan ia kering sebentar dan melekat antara satu sama lain
  • Bila dah kering lekatkan atas kek kemas

Tadaaaaa... dah siap mudah aje kan?





17 comments:

Rozita said...

ya Allah rajinnya akak... saya ingatkkan akak ada mesin print edible image tadi... moga terus berjaya ye kak..

Delima Zamrud said...

Cantik nyer cake nie sayang rasa nk makan nyer :)

Gee® said...

Gorgeous..!!

Ein said...

cantik sgt kek ni ngan spiderman terkangkang tu. hihihi... malu...

Liza said...

terbaik la kak ita...semoga akk terus sukses...

Qashmere said...

Cantiknya kek. Tangan berseni betoi!

Qashmere said...

Cantiknya kek. Tangan berseni betoi!

Hesti HH. said...

Salam kak Ita,
Lama tak mampir, kemarin istirahat dulu bloggingnya. Selamat lebaran ya kak, maafkan lahir batin. Kereeeen banget cake spidermannya, memang air tangan Kak Ita tak ada duanya...

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

cantik dan menarik hasil keja kak ita..saya sentiasa kagum dengan hasil kek yang akak buat..tahniah..

rachel said...

wah~ kak cake ini sangat cantik
saya suka!
:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

suka tengok hiasan kek Kak Ita yg kemas.. nasib baik namanya 4 huruf jer, kalau 5 6 huruf penat jugak tu menekap.. tapi di tangan Kak Ita semuanya mesti jadik mudahkan..

✿ pink velvet ✿ said...

ooo.. camtu erk caranya nak buat nama kat atas kek? ok2.. thanks!

Jumria Alimuddin said...

Xpernah terfikir plak buat tulisan mcm tu...slalu pkai cookies cutter jak...hehehe..

fazianbatrisyia said...

kalau dah biasa semuanya mudah...kak ita mmg dah keluar dari zon selesa...teruskan minat ka ita ni ye...cantik sgt...

nor laila saleh said...

wah-wah...kreatifnya kak ita... I like...

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

waaahhh...cantik nya kek ni ita...tahniah...! u have a gifted hands from Allah...so creative

norasikin samad said...

so beautiful...thanks ita sbb selalu kongsi ilmu...moga murah rezeki ita..saya nak tanya ita..klu guan fresh cream tuk melepa kek bleh ke letak figurine atasnya..

Powered by Blogger.