Follow if you like

Aug 21, 2013

Little Mermaid untuk Aaliayah


Nampaknya cahaya terang benderang dengan Sang Mentari bersinar cerah setelah mendung berarak kelabu semalam..
Harap biarlah panas hingga ke petang..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca..
Terima kasih kerana masih tak jemu-jemu mengunjungi blog Masam Manis
Semoga Masam Manis dapat menceriakan hari-hari anda semua


Hari ini sekali lagi ita kongsikan kek yang ita buat untuk rakan FB. Kali ini untuk Birthday Girl pula berusia 5 tahun.
Ini merupakan kali ke 2 ita menyediakan kek Little Mermaid setelah percubaan yang pertama ita sediakan bulan lalu.
Cuma bezanya kali ini tuan empunya kek tak mau kek fondant. Beliau lebih sukakan kek coklat. Pada mula timbul kerisauan dalam diri ita.. Ialah setiap kali ita google di internet semua contoh kek Mermaid disalut fondant untuk mengambarkan suasana dasar laut. Khuatir ita tidak dapat memenuhi kehendak si comel.


Mula ita bercadang untuk tukarkan ganache Dark choc kepada White choc supaya ita boleh warnakan ianya dengan warna biru. Ita dah pun kemukakan cadangan ita kepada tuan empunya dan beliau bersetuju.. Tapi akhirnya ita menukar ke Dark choc semula kerana ita risau mungkin kalau orang tak biasa makan ganache putih akan berasa pelik pulak akan rasanya... nanti.

Kek yang di minta adalah kek Absolute Choc Cake
Kek choc moist yang dilapisi mousse choc dan taburan hirisan coklat di dalamnya.

Cara penyediaan kek macam biasa yang pernah ita kongsikan sebelum ini.
Tapi kali ini ita kena lebih peka pada setiap karektor animasi kerana kanak-kanak ni kan mereka lebih peka dan tau aje apa kesilapan yang kita lakukan.
Maklumlah ita dah lama tak tengok kartun. Anak ita Dalili pun dah besar dan dia ni pelik sikit sebab suka tonton drama hehe ikut sapa lah tu...





Kebiasannya ita sediakan figurine ita ni lewat malam. Dalili pun dah tidur..
Bila dah siap dan ita tunjukkan padanya keesokan hari.. ada sahaja kesilapan yang dia akan tegur.. ini tak betul itu tak betul.. warna tak sama.. baju tak sama.. dari situ ita tau bahawa kanak-kanak ni.. dia kalau nak sesuatu mesti benda tu tepat dan tak boleh ada kesilapan pun.. hehe
Lepas ni ita kena lebih berhati-hati dalam penyediaan figurine ita.. mungkin ita kena tonton animasi tersebut terlebih dahulu sebelum ita mulakan projek tersebut.. hihi


Ramai yang tanya, kat mana ita belajar buat figurine?
Sebenarnya ita tak pernah pergi belajar buat figurine ni.. Ita cuma rujuk pada internet aje.. ada sesetengahnya pula ita tengok gambar dan cuba buat ikut gambar tersebut. Oleh kerana setiap karektor tu adalah kartun ianya tak semestinya tepat.. janji ada iras2 oklah tu kot.. hihi

Mungkin ianya kerana minat. Kata orang kalau dah minat semunya menjadi..
Ita kalau dah buat memang tekun.. hihi tak ingat makan minum.. Sampai anak-anak ita selalu tegur.. 'mak ni.. makanlah dulu nanti mak sakit.."
Selagi tak siap.. tidur ita tak lena.. mandi tak basah dan makan pun tak terasa kenyang dibuatnya..


Pada adik-adik yang sering bertanya apakah bahan yang ita gunakan untuk buat figurine.. Ita kebiasannya mengunakan gumpaste.
Gumpaste lebih mudah di bentuk dan mudah keras bila dibiarkan.. berbanding fondant yang lebih lembut. Fondant kalau kita biarkan pun dia tak keras. Biasanya fondant ita guna untuk salut pada kek. Kalau gumpaste untuk ita buat karektor animasi atau bunga.
Gumpaste yang ita guna ita beli yang ready made. Tapi di JB ni tak ada jual. Untuk dapatkan gumpaste ita terpaksa beli di ICCA di KL.


Kalau guna fondant kita kena campurkan dengan gum khas yang namanya CMC boleh beli kat kedai jual bahan kek.. tapi itu pun kita payah nak dapat kelikatan seperti gumpaste yang dah ready made.
Harga gumpaste juga sangat mahal 1 peket yang beratnya 453 gm sahaja berharga RM 49.90 dan untuk 1 biji kek di atas ita perlukan 1 peket gumpaste tersebut.
Untuk fondant pula ita beli yang macam dalam tong tu Satin Ice. Yang ni pun ita beli di KL.


Kadang-kadang bila ada yang minta ita kurangkan harga.. ita dah tak taulagi nak kurangkan kat mana.. Ita bukannya menjual.. ita cuma tolong buatkan aje.. upah pun ita tak kira.. Ita tau yang minta ita buat mereka yang nak rasa kek ita dan nak tengok sendiri apa yang ita hasilkan.. Sebab tu apa yang ita buat dari bahan asas kek seperti butter, tepung, coklat semuanya ita guna apa yang memang ita gunakan untuk ita sediakan kek untuk keluarga.


Bahan-bahan asa kek sekarang memang sangat mahal.. Kadang-kadang ita pun tak tau nak letak berapa harga kek tersebut. Suami ita selalu kata.. penat aje ita buat sebab tak setimpal dengan penat ita dan wang ringgit yang ita labur untuk kek tersebut. Tapi ita kata ita ikhlas buat kerana Allah.. ita hanya nak sukakan hati kanak-kanak yang menyambut ulang tahun itu sahaja.. 


 Happy Birthday buat Aaliyah...






23 comments:

roslindawati razali said...

betul la cakap akak tu..saya pun kadang2 ambik tempahan kek, tapi tak tau nak letak harga berapa..takut mahal sangat nnt orang kata cekik darah..padahal harga bahan mentah pun dah berapa.. tapi saya respect akak..keikhlasan akak dalam buat sesuatu tempahan tu memang tergambar pada kek tu.. walaupun saya tak kenal akak..tapi rasa sayang... =)

Junaidah Azley said...

akak dok area mana eh?? rasa nak order kek dgn akak jer on my doter besday...pls reply yer kak ita..

Junaidah Azley said...

Assalam.... kak ita, terasa ingin nak order kek akak... duduk area mana yer?? please reply yer kak... your admire...

Pecal dan Spaghetti said...

Subhanallah, cantiknya hasil tangan Kak Ita. Semoga terus kreatif. Betul, brg kek semua mahal. Pegi sendiri kat kedai jual bahan kek tu & nilaikan sendiri la. Itu belum masuk, nilai masa & kreativiti yang di"laburkan" untuk menghasilkan satu hasil seni yang cantik. Buat yang selalu dok komen pasal harga mahal segala tu, fikir2kanlah. Yang cantik dan sedap selalunya datang datang dengan premium cost.

Azlita Aziz said...

Terima kasih semua
Buat Junaidah akak tinggal di JB

Arina said...

Salam kak ita,

Saya nak tanya macam mana akk lekatkan figurine tu kat ganache?

meris jack said...

Terharunya saya baca apa yang kak ita tulis kat atas. Terima kasih kak. Aaliyah happy sangat..bersinar2 matanya. Sebelum tidur dia sempat lg jenguk kat peti sejuk. Tanya dia buat apa, dia kata nak cium kek Aaliyah.

meris jack said...

Terharunya saya baca apa yang kak ita tulis kat atas. Terima kasih kak. Aaliyah happy sangat..bersinar2 matanya. Sebelum tidur dia sempat lg jenguk kat peti sejuk. Tanya dia buat apa, dia kata nak cium kek Aaliyah.

kakakchomel said...

Assalamualaikum

MasyaAllah bertuah sungguh kak ita ni dikurniakan akal kreatif. cantik sangattttt :)

Roses_Leo09 aka Hanim said...

hanim suka suka suka hasil tangan kak ita.
betul kata kak ita kalau dah minat apa saja sanggup buat kan.

teruskan dgn idea2 kak ita yg marvellous ...............

rachel said...

wah~ sangat cantik kek ini。
mesti guna banyak masa buat ini。

Saya banyak suka :)

Suliana said...

mmg cantik.. sape nak rasa kek kak ita kenalah byr sekali dgn kekreatifan seni nya.. sian kak ita, penat berfikir letaklah harga tinggi sikit :-)

rachel said...

wah~
sangat cantik kek ini.
Kak mesti guna banyak masa buat kek ini.
Saya banyak suka :)

Ita Rossi said...

setuju dengan pendapat ita d pandangan husb. tu. Harga barang2, masa dan kreativiti kita kdg2 org tak ambil kira. nak yg sedap, cantik dan murah. Dulu k ita pun mcm tu tp skrg bila k ita dah letak harga nak terima, terima. Tak nak tak pe. Kepala kita pun x pening. Keikhlasan kita mmg kerana Allah tp sesama manusia kdg2 org buat2 lupa. Dia lupa mcmana dia terima kek itu dgn mata yang bersinar, muka yg berseri sebab cantik dan sedap. Yg penting win, win situation. (maaf zahir batin kalau bahasa terkasar. slmt hr raya).

Bbwana adienia said...

alahai..comelnya little mermaid & frens tu kak..

~♥ OjaAmran ♥~ said...

cantik kek akak! insyaallah one fine day boleh order utk Little Z (^_^)

nor laila saleh said...

alamak cantiknya kak ita..kek ini..nak makanpun sayang...heee..hee.

Jehanne said...

kak ita turun la Singapore, kat sini gumpaste lagi murah kot..tinggal campur air je ( tak sampai 8 dollar 1 tub) Wilton brand..alang2 boleh jemput kak ita minum kopi sekali :-)

fazianbatrisyia said...

See...ramai org sayang kak ita tau walau tak kenal secara peribadi. Sy pun tak tau cam ne dah termimpi kak ita 2x sejak raya aritu...

kak ita mmg tekun buat apa pun cantik...itu yg sy sayang tu..

Norkhatilah Maricar said...

Saya sangat mengkagumi Cik Ita di atas kebolehan dan kesabaran dalam fotografi dan membuat berbagai jenis makanan. Tambahan lagi Cik Ita tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan. Saya tabik kepada Cik Ita sebab Cik Ita memang istimewa.

Ajeleena said...

sedih saya baca entry ni..semoga Allah akan balas keikhlasan dan kebaikan kak ita dengan ganjaran yg tersembunyi dan berlipat kali ganda dari yg kak ita berikan. saya juga doakan kak ita diberikan kesihatan yang baik..supaya hasil kerja kak ita akan terus dapat ditatap oleh semua peminat kak ita.

teruskan sebar kebaikan kak..;)

Mel said...

Saya amat mengkagumi kek2 yg it's buat Dan keikhlasan hati ita bila saya baca entry ita diatas.. Semoga segala usaha yg ita lakukan akan mendapat rahmat Dan dimurahkan rezeki oleh Allah...

Mel said...

Salam Ita, saya adalah peminat blog ita. Saya amat kagum dengan Kek hasil kerja tangan ita yg cantik2 Dan kreative..
Saya amat tersentuh dgn entry ita diatas.. Semoga segala segala usaha Dan jasa baik ita Akan diberikan rahmat Dan dimurahkan rezeki...amiiin..

Powered by Blogger.