Follow if you like

Aug 26, 2013

Dora The Explorer

Assalamualaikum


Selangkah lagi kita di minggu baru.. Dengan harapan baru dan semangat baru..
Alhamdulillah kita masih berada di bumi Allah.. Semoga hari-hari yang kita lalui semakin hari semakin indah dan dilimpahi dengan kasih sayang..

Apa khabar semua rakan-rakan yang ita kasihi.. Doa sentiasa mengiringi.. agar kalian dilimpahi rahmat dan sentiasa dilindungi dari sebarang musibah.. Sama-sama kita berdoa agar kehidupan kita sentiasa di berkati dan diredoi..

Minggu lalu adalah minggu yang amat mencabar dan mendebarkan.
Alhamdulillah berkat doa kalian akhirnya dapat juga ita siapkan beberapa tempahan kek dari kawan-kawan..
Kebanyakkannya adalah kek selamat ulang tahun untuk anak-anak.
Seronok sungguh ita bermain dengan gumpaste.
Pelbagai kek yang ditempah dan semakin hari semakin mencabar minda dan kesabaran..


Hari ini ita ingin kongsikan kek yang telah ita sediakan untuk pasangan adik beradik ini.
Kek Dora The Explorer bersama rakan-rakannya. Kek untuk hari ulang tahun adik Intan dan Izzareef yang comel..
Selamat ulang tahun Intan..
Selamat ulang tahun Izzareef..
Semoga kedua-dua anak-anak ini gembira mendapat kek ulang tahun yang dihajatinya.. Membesar menjadi anak yang solleh dan soleha.. serta taat kepada kedua ibu dan bapanya.

Kek ini telah di pesan oleh abang Shah.
Ini merupakan kali ke 2 abang Shah menempah kek dengan ita. Terima kasih abang Shah kerana mempercayai bakat ita. Kek pertama adalah untuk ulang tahun perkhawinan beliau. Ita tak dapat lagi masukkan gambar kek ulang tahun perkhawinan tu.. disebabkan komputer ita bermasalah.. banyak gambar dalam komputer ita tak boleh buka.. sebab tu lah lama ita menyepi.. Harap sangat gambar2 kek yang ita dah buat tu tak hilang.. doa-doakan lah ya kawan-kawan..

Mama intan dan Izzareef cukup meminati kek Animal Safari yang pernah ita buat untuk beberapa orang kawan. Cuma kali ini Mama intan dan Izzareef inginkan penambahan karektor Dora, Boots dan Diego pada kek kerana cerita tersebut menjadi kesukaan anak-anak beliau.

Waa.. nampaknya kek Animal Safari cukup mendapat sambutan
Terima kasih ita kepada Suzaina yang mencetuskan ilham terhadap kek yang cukup menarik minat kanak-kanak ini.
Minggu ini Su juga telah menempah sebiji lagi kek yang ita rasa juga akan mendapat sambutan dari rakan-rakan.. Su ni banyak idea yang menarik tau! dan kek yang menjadi pilihannya pasti akan mendapat sambutan
Membuat kek sebegini menuntut banyak masa dan kesabaran. Setiap objek perlukan penelitian yang cukup rapi.
Dalamnya adalah rainbow cake yang dilapisi cream cheese frosting. Luarnya pula ita salutkan dengan ganache coklat .


Ita harap sangat Intan dan Izzareef happy dengan kek ulang tahunnya. Sebarang kekurangan dan kelemahan ita menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf. Setiap yang baik datangnya dari yang maha Esa dan kelemahan itu atas kecuaian dan kealpaan diri ini

Wasalam..








11 comments:

fazianbatrisyia said...

subhanaAllah cantiknya. Sy tgk je pun puas hati...Bukan senang nak puaskan hati semua org...kak ita dah buat yg terbaik dah tu...

Aimi Laili said...

OMG cantiknyaaa ! sayangnya nak makan kalau kita yang dapat cake ni.

SYAHIDA said...

cantik sgt....setandig ngn "cake boss" punye...

azreen said...

Kalau tempah dr selangor boleh ke?



azreen said...

kalau order dari selangor boleh ke?

A Place For Lovely and Finest Doorgift said...

Ita..tak nak buat kelas figurine ke...saya dari selangor nak gi belajar...

ratu adzza said...

'figurine' sangat cantik...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kagum sy dgn figurine yg dihasilkan kak Ita, menjadi sungguh!!

nor laila saleh said...

Kak ita..kita nak tempeh gak kek cam tuh boleh tak.....hee.heee...

Unknown said...

mcm mana Ita buat mata Dora?berapa lama Ita ambil masa utk menyiapkan semua detail tu? teramat teliti kerja Ita,keep it up.

Nur Fariza Alyas said...

salam...kak camna nk tempah yea..hehe..saya dok penang..

Powered by Blogger.