Follow if you like

Jul 14, 2013

KT PLACE Eat all you can!!


Assalamualaikum,
Alhamdulillah kita masih lagi berada di bulan Ramadhan.. bulan yang penuh mulia. Dah pun masuk hari ke 5 kita berpuasa.. alhamdulillah berjaya juga kita mengharungi kesabaran menahan lapar dan dahaga.

Selamat berhujung minggu buat semua pembaca..
Pasti hujung minggu anda di bulan puasa ini lebih sibuk. Mungkin ada yang dah mula buat persedian untuk menyambut Hari Raya. Cuti hujung minggu begini biasanya di habiskan untuk membeli keperluan Aidil Fitri nanti.. ialah takut terkejar-kejar pula. Terutamanya bagi yang nak pulang beraya di kampung. Persedian mestilah di buat lebih awal.. supaya semuanya berjalan dengan teratur seperti yang di rancangkan.


Bila dah sibuk dengan urusan dan anak-anak.. ita pasti sebahagian daripada kita tak sempat untuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Ialah terkejar-kejar kan.. mana lah ada masa.. nanti kata orang yang dikejar tak dapat yang di kendong pula berciciran..
Mungkin juga ada yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga berbuka puasa di luar pula.. Sesekali berbuka puasa di luar tak salah rasanya kan..

Bulan puasa juga banyak Hotel, restoran atau permis makanan yang menawarkan hidangan untuk berbuka puasa. Pelbagai promosi telah di rancang lebih awal untuk menarik pelanggan. Pelbagai jenis hidangan dari lauk pauk, kuih muih, manisan dan minuman di sajikan untuk santapan setiap pengunjung.


Ada yang inginkan kelainan?
Ok hari ini ita nak ceritakan tentang sebuah restoran makanan yang telah ita kunjungi baru-baru ini. Mungkin restoran ini agak istimewa kerana sajian berbuka puasanya yang mungkin agak berbeza daripada restoran makanan yang lain.


Anda peminat Steam Boat?
Steam bot tidak asing lagi bagi ita dan keluarga dan juga bagi sebahagian besar rakyat Johor khususnya. Restoran steam bot juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di JB sekarang ni.
Telah banyak restoran steam boat yang ita kunjungi.. Tapi kali ini restoran yang bakal ita kongsikan ada sedikit kelainan dan cukup istimewa.


KT Place menyediakan hidangan bufet steamboat & grill
Kami sekeluarga sukakan hasil masakan yang di persembahkan. Dan ita rasa ianya sangat bertepatan dengan citarasa kami sekeluarga. Hingga sekarang ita masih terasa-rasa keenakan sup tom yum nya yang sangat lazat. Daging dan ayamya di perap dengan cukup sempurna sekali dengan aroma yang cukup memikat dan rasa yang pergh!.. cukup lazat..


Dalili lah yang paling teruja.. seakan bermain masak-masak pula di restoran yang cukup bersih, dekorasi yang sangat simple, kemas dan tersusun rapi. Setiap kali lalu di hadapan restoran ini, mulutnya tak berhenti menyebut " bila kita nak makan kat situ lagi.. sedapnyaaa.. yum! yum! "
Apa yang menariknya di restoran ini terdapat surau atau ruang untuk bersolat yang cukup selesa


Kebetulan restoran ini terletak berdekatan dengan rumah dan laluan ita setiap hari menghantar Dalili kesekolah. Ianya terletak di kawasan perumahan yang baru di buka. Restoran ini juga baru sahaja beroperasi rasanya.. Tak sangka pula terdapat restoran makan steam boat yang enak dan lazat di kawan perumahan baru itu.. Mungkin kedudukan restoran ini yang sebaris dengan restoran makanan yang lain buatkan kami terlepas pandang.. lepas ni pasti restoran ini akan kerap kami kunjungi..


Jom kita intai-intai apakah menu istimewa di restoran ini.
KT Place menyediakan hidangan bufet steamboat & grill


Menu Utama:
Steamboat ~ Lebih 30 pilihan tofu, fucuk, wantan, pelbagai bebola dan dimsum
Daging perap ~ Black Pepper, Soy Garlic, Rempah Seri, Korean Bulgogi (NEW)
Ayam perap ~ Black Pepper, Soy Garlic, Rempah Seri
Makanan laut ~ Udang, Sotong, Kupang, Kerang dan Ikan
Sayur-sayuran, Telur, Mi Wantan, Mihun dan Mi Telur
Kuah Sup
Kuah Tomyam


Makanan Sampingan:
Nasi Putih
Sambal Belacan
Ulam-ulaman
Kimchi (NEW ~ Hidangan sampingan Korea disediakan oleh restoran)


*Nasi Goreng Kampung
*Mihun Goreng Singapore
*Kway Teow Seafood
*Spaghetti Aglio e Olio
*Makaroni Bakar
Sekurang-kurangnya dua menu bertanda * setiap hari

Buah-buahan dan Kurma disediakan.



Dessert dan kuih-muih (Sekurang-kurangnya dua jenis setiap hari):
Karipap
Popiah Otak-otak
Samosa
Puding Milo
Puding Keladi
Tako
Bubur Kacang
Bubur Pulut Hitam
Bubur Terigu dan Jagung Manis


Minuman
Minuman kordial.
Istimewa:
Air Kacang Soya KOBENA (segar dan disediakan setiap hari) atau Air Teh Bunga Krisanthemum (yang menyejukkan badan).
Minuman panas - Teh dan Nescafe


Minuman dalam tin disediakan, tidak termasuk bufet.
 

Restoran ini beroperasi dari pukul 5.00 petang hingga 12 malam setiap hari kecuali pada hari Isnin.
Jika bulan biasa restoran ini akan tutup pada setiap hari Isnin. Tapi pada bulan puasa ni ita rasa ia akan di buka setiap hari untuk meraikan mereka yang ingin merasa keenakan masakan yang di sajikan untuk berbuka puasa.

Masa operasi
5.00 petang ~ 12.00 malam
Tutup ~ Isnin

Pada bulan puasa juga mereka mengadakan bufet ramadan yang special dengan harga yang sangat berpatutan

Bufet Ramadhan
Dewasa ~ RM 23.00
Kanak-kanak ~ RM 12.00
Warga emas ~ RM 15.00

Promosi Ramadhan
4 orang ~ RM 85.00

Anda boleh makan apa sahaja makanan yang di sediakan di situ.. menarikkan??
Dimana pula lokasinya?


KT PLACE
No 57, Jalan Adda 3/1
Adda Heights
Johor Bahru

TEMPAHAN
Sila hubungi 011-2316 3357 (Nor) atau 014-2730 445 (Ariffin)
Facebook Page: https://www.facebook.com/ktplace.steamboat
Tel : 011 2316 3357 untuk tempahan atau book tempat 



11 comments:

norinaomar said...

Boleh try ni..ngidam pulak nak makan steamboat n grill, kat seoul garden mahal amat

liana talib said...

Salam Kak Ita, sejak menjadi surirumah sepenuh masa sekarang ni sejak akhir-akhir ini saya boleh dikatakan penggemar setia blog Kak Ita. Sampaikan anak-anak saya beri komen 'mama tu mesti xde keje lain la tu mesti baca blog Azlita masam manis'. Saya hanya mampu tersenyum. Gambar yg akak tunjukkan amat menarik sekali. Tahniah Kak Ita..

diana qamarudin said...

akak.. thanx, akak.. boleh pegi ni.. sornoknyaa.. selalunya ke MAlay Village & kat captain steambot tu je kak.. kite pun peminat setia steamboat ni.. org kata utk ubah selera kan.. :)

KT Place said...

Assalamualaikum Puan Azlita. Terima kasih kerana mengunjungi kami. Sampai jumpa lagi :)

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

myPreciousIrHarith said...

wah sedapnya..tp xnak la g time buka pose.tgu lps raya la br pegi.

Rozita said...

kak... nampak sedap... dan murah tu..saya dah beli buku akak dan ada promosi kat blog jugak.. tq kak.. ;)

honey beaute syahril said...

Menarik!!tapi kat johor..huhu

Dyah Ayu said...

assalamu'alaikum kak ita,perkenalkan nama saya endang sriwahyuni dari dumai riau indonesia,ini saya menggunakan account anak saya yg namanya Dyah Ayu...saya menemukan blog kak ita ni dari blognya hesti's kitchen..saya sangat senang dan berterima kasih sekali bisa jumpa blog masakan yg bagus seperti punya kak ita,kakak sangat membantu saya dalam mambuat aneka resep kue yg hasilnya Alhamdulillah sangat enak dan keren,saya doakan kak ita sekeluarga sehat selalu,diberikan rezeki yg berlimpah,lagi barokah..Aamiin..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, sy dah pegi.. pehhh!!! Teh bunga dia sedap betul... keseluruhan memang puas hati!!

Persatuan IbuBapa dan Guru said...

Assalam k.ita..ni yg buat x sabar nk balik tmn.daya niii..ekekekke....

Powered by Blogger.