Follow if you like

Jul 28, 2013

Kek Bersalut Ganache


Kebiasannya ganache di curahkan di atas kek. Itu adalah kaedah penyediaan kek biasa yang kita lihat. Ada yang beranggapan kek yang bersalut ganache amat sukar di hias. Ialah bila kek dan penuh dengan lelehan coklat memang agak sukar untuk dapatkan deko yang menarik dan cantik.

Ada pula yang beranggapan kek yang di salut ganache tidak perlu di deko.. Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa kek yang bersalut ganache jika di tambahkan sedikit assesori menjadikan ianya nampak Wow!!

Choc Mascopone Lego Cake Deco

Sebilangan daripada kita menghadapi kesukaran untuk melicinkan kek yang menggunakan ganache. Ganache yang di curah pada kek pun amat sukar nak dapatkan permukaan yang licin.. inkan pula jika ianya di lempa pada kek.. pasti comot.. momot di buatnya kek itu nanti.

Choc Mascapone Animal Safari

Sebenarnya anda tak perlu risau.. bak kata orang nak seribu daya.. jika tak mahu.. bermacam-macam pula dalihnya.. Apa nak risau.. kita yang buat dia.. jadi tak ada istilah mustahil disini. Yang penting kita buat dengan penuh kasih sayang.. Ita percaya kek yang terhasil pasti akan tampak lebih menarik dan tertarik jika kita lakukan dengan ikhlas dan rasa kasih sayang yang mencurah-curah.. Teringat pesan mak.. bila buat kek kena berlapang dada.. senyum yang tak pernah lekang di bibir menjadikan kek kita manis semanis senyuman.. Doa yang tak putus-putus dibaca menjadikan kek lebih lazat dan nikmat tak terkata..


Hari ini ita nak kongsikan sedikit tips dan kaedah melempa ganache pada kek. Ini adalah cara ita.. mungkin ada sahabat-sahabat diluar sana yang mempunyai teknik yang berbeza..
Nak dapatkan kek yang cantik.. kita perlulah banyak bersabar.. teliti.. berhati-hati.. dan peka.
Seperti biasa kita mulakan dengan melapis kek satu persatu. Setiap lapisan tu terpulang lah kita nak lapiskan dengan buttercream, mousse, cream cheese frosting, jam atau apa-apa yang bersesuaian dengan citarasa.
Kemudia kita lepa atau salutkan keseluruhan kek kita dengan krim, mousse atau cream cheese frosting.


Ini adalah kek yang ita dah salutkan dengan choc cream cheese frosting. Bila dah salut dan dah rata keseluruhan kek kita simpan dalam peti ais paling kurang 4 jam supaya permukaan kek keras dan mudah di lempa.

Rusian Black and White Ferarri Cake

Sementara kita menunggu cream pada kek mengeras kita bolehlah sediakan ganache coklat.
Ganache coklat yang telah kita sediakan kita biarkan sejuk. Ganache yang hendak di lempa pada kek tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Jika ganache masih cair letak sebentar dalam peti ais supaya ia pekat sedikit. Jika ganache yang kita dah letak dalam peti ais tu terlalu pekat dan keras kita biarkan pada suhu bilik supaya ia lembut sedikit.


Biasa ita akan mula melempa kek dari permukaan atas. Setelah rata baru ita beralih pada tepi untuk meratakan keseluruhan kek.


Jangan risau jika permukaan kek tidak licin atau tidak rata kerana kita akan licinkan kemudian. Apa yang penting kita pastikan ketebalan lapisan itu seimbang pada keseluruhan kek.

Ada 3 kaedah yang boleh kita pilih untuk meratakan atau melicinkan kek

  1. Dengan menggunakan spatula besi dan di panaskan atas api sebentar kemudian kita lap dengan tuala basah dan kita ratakan pada permukaan kek. Kaedah ini dibuat berulang-ulang hingga dapat permukaan yang licin
  2. Sama juga seperti kaedah 1, cuma bezanya spatula di rendam di dalam air panas. Kepanasan pada spatula dapat mencairkan sedikit suhu ganache dan kemudian meratakan permukaannya. Apa yang penting kedua-dua kaedah ini.. kek perlu di keraskan sebentar di dalam peti ais.
  3. Kaedah ke 3 atau kaedah yang sering kali ita gunakan. Iaitu dengan mengunakan plastik mika. Atau plastik keras biasa di gunakan untuk binding.


Ita ratakan keseluruhan kek dengan plastik mika ini. Mulakan dari permukaan atas kek kemudian barulah pada tepi kek untuk mendapatkan keseluruhan kek yang nampak licin dan rata.


Inilah hasil selepas kek kita dilicinkan. Jika masih tak puas hati lagi dengan kelicinannya boleh lah ulang-ulang prosesnya hingga mendapat permukaan kek yang licin seperti yang di hajatkan.

Bila dah siap, simpan dalam peti ais semula hingga ganache mengeras sebelum kita mulakan proses mendeko.



Macam Mana? Dah bersedia untuk mendeco kek dengan ganache chocolat pula...
Selamat mencuba!





29 comments:

Yatie said...

Alhamdulillah, terima kasih Ita berkongsi petua...akan Yatie cuba nnti...tapi utk licinkan kek jelah..kalau nak wat kek cantik2 mcm Ita tak taulah bila...mmng kena kesabaran yg tinggi....

mochalicious said...

Subhanallah...teruja sungguh..! Betul kata kak ita..kita yg buat dia..tiada yg mustahil....p/s: projek kek ganache yg hebat laa...hehehe

ummu aisy said...

Thx k.ita...info yg dah lama sy nak tahu...k.ita nape sy xleh add friend fb k.ita ye?

ummu aisy said...

Thx k.ita...info yg dah lama sy nak tahu...k.ita nape sy xleh add friend fb k.ita ye?

Cik Honney said...

tq for the info kak ita

Aliza Kamal said...

comel kek akak.. kesabaran yg sgt tinggi ni! kreatif sungguh! tq for sharing

ibusya said...

akum k.ita nak tanya coklat ganache yang kena tuang atas kek tu sama tak dgn yang k.ita guna ni

ibusya said...

akum k.ita nak tanya coklat ganache yang kena tuang atas kek tu sama tak dgn yang k.ita guna ni

Sonia ~ Nasi Lemak Lover said...

Thanks for sharing! Your cake look super good!

Mas said...

Thanks for sharing kak ita....

Dyah Ayu said...

salam kenal kak ita saya endang dari dumai indonesia,saya menggunakan akun anak saya dyah ayu..terima kasih atas sharingnya ya kak,sangat bermanfaat,bsk saya akan coba mudah mudahan hasilnya bagus seperti punya kakak..

Cik Siti Abu Sujak said...

Terima kasih atas perkongsian tips tu.. Semoga mendapat lebih banyak idea deco nanti..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita.. pertama2 sekali SK nak beritahu yg SK dahpun mendapatkan Siri Blogger Masakan Kak Ita dan disebabkan SK terlalu meminati kek2 yg Kak Ita hasilkan maka pilihan SK adalah kek. Buku2 lain tu kena ikut giliranlah maklumlah nak2 raya nikan, hihihi..

SK harap suatu masa nanti SK akan mengikut jejak langkah Kak Ita, kalau dulu SK tak serius dan buat kek hanya untuk suka2, bila tengok apa yg Kak Ita hasilkan dan apa yg Kak Ita perolehi hari ini membuatkan SK begitu kagum dgn semangat Kak Ita. Besarnya kurniaan Allah SWT pd Kak Ita yang tidak dianugerahkan-Nya kepada semua insan dan Kak Ita adalah insan yang bertuah kerana terpilih menerima anugerah ini, tahniah, Kak Ita!!

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Ita..Alhamdulillah...mendapat satu lagi tunjuk ajar berguna untuk mendeco...sangat-sangat membantu ketika saya masih terkial-kial mencari skill mendeco....Minta izin CnP untuk my note...

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

salam...Ita, thanks kerana berkongsi tips mendeco...semoga Ita diberkati selalu...and FYI, i always waiting for your new creation.. :)

fazianbatrisyia said...

bertuahnya, dpt tips pulak. Semoga ada kebaikan dgn apa yg dikongsikan. Semoga sy lebih bersemangat nak ke dapur...puasa dah nak habis, satu apa tak buat lagi ni...

Azura Aziz said...

salam kenal azlita.. dh slalu jadi silent reader, hari ni baru berani tinggalkan komen.. sgt2 tertarik dgn design setiap masakan azlita.. slalu jadikan blog ni sbg rujukan memasak..

keep it up dear...

Ana^Liza said...

salam kak ita, nak tanye la. deco tepi kek tu tak sliding jatuh ke eh? fondant kan berat sket?

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

selamat hari raya..Nampak cantik semua kek yang kak ita buat dan tips cara buat ganache tu memang berguna..tq

DG said...

Selamat Hari Raya buat Ita & family :)

Unknown said...

Cmne nk order

Unknown said...

Cmne nk order kek sis

Yan|Aid said...

Aslm'kum kak ita... bestnye tengok kek2 akak yg kreatif ni... kalo dok kt kl dah order dah...sonok kalo dapat rse... :)

Ika Kma said...

Menarik boleh try ni..tq for the info ^^

Vitamin Terbaik said...

Mohon amik deco tu blh tak k.ita?

Juliana Moktar said...

Salam kak ita..boleh x tunjukkan dgn jelas ttg ratakan coklat ganache dgn plastik mika? X dpt nk bayangkan mcmana nk buat..plsss...

Nur syafinaz said...

salam sis bole share bgaimana nak gune plasik mika utk ratakan ganache tue :)

Nur syafinaz said...

salam sis bole share bagaimana nak gune plastik mika utk buat ganache tue :)

Mohd Suhkri Ismail said...

Salam Kak Ita, apakah tips untuk ganache tidak berpeluh?maksudnya selepas keluar dari peti ais ganache selalunya akan ada titisan air atasnya.

Powered by Blogger.