Follow if you like

Jul 1, 2013

Birthday Cake Kek Coklat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua teman-teman ita tak kira lah di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah pejam celik.. pejam celik kita dah pun menghampiri bulan Ramadan. Pasti semuanya dah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi bulan yang amat di tunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Bulan yang penuh barakah dan di bulan inilah kita nak mengumpulkan seberapa banyak amalan untuk di bawa di sana kelak.

Bersempena menghampiri bulan yang mulia ini, ita juga mengambil kesempatan untuk memohon beribu-ribu keampunan, manalah tau sepanjang kita bersahabat di alam maya ni.. ada antara tutur kata dan bicara yang menguris perasaan.. Mungkin ada tingkah laku atau perbuatan yang kurang di senangi.. mungkin ada emosi yang di luar kawalan.. harap sangat dapat keampunan dari kalian semua.. Semoga kedatangan Ramadan kali ini lebih memberikan kebaikan kepada kita semua..

Lama ita menyepi dari blog ini. Terasa rindu dengan semua rakan-rakan ini. Maaf andai lama ita tak menulis catatan di blog kesayangan ini ni. Kesibukan yang tiada nokhtanya ini membuatkan ita terpaksa membuat pilihan..

Kadang kala pernah terlintas di benak fikiran.. entah sampai bila blog ita ini akan terus mewarnai dunia maya ini.. Akur dengan kekurangan diri yang naif ini, memang ita tidak mampu untuk melakukan semuanya.. Kadang kala kehendak melebihi kemampuan dan kudrat yang Allah kurniakan.. Akhirnya ita pasrah dengan kekurangan diri.

Rusian Black and White

Memulakan minggu baru, ita harus berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan. Ada yang menyambut ulang tahun hari ini? Selamat ulang tahun ita ucapkan kepada semua tak kiralah yang menyambutnya pada bulan Jun atau akan menyambut pada bulan July ini nanti. Di kesempatan ini juga ita merakamkan ucapan selamat ulang tahun buat sahabat ita Aida. Kek ni ita sediakan untuk Aida, kebetulan kami menyambut ulang tahun selang sehari, itu lebih memudahkan kami untuk ingat-mengigati tarikh lahir sesama kami. Kek Rusian Black and White menjadi pilihan ita untuk birthday sahabat ita ni, ita pasti Aida mengemari kek coklat. Ita juga berharap Aida sukakan rasanya, sebagaimana ita yang cukup gemarkan keenakkan rasa kek yang satu ini.


Hiasan kek cukup simple ita hiasakan dengan coklat yang ita buat menggunakan acuan coklat karangan laut. Acuan coklat ni boleh di dapati di kedai menjual bahan kek.  Ita letakkan buah-buahan untuk sedikit warna agar kek tampil lebih mempesona.


Rusian Black and White

Anda juga peminat kek coklat?

Sebenarnya banyak lagi hiasan yang boleh kita hiasakan pada kek coklat yang bersalut ganache. Boleh hiaskan dengan buah-buahan atau sedikit bunga kecil untuk menambahkan sedikit kelembutan. Siapa yang tak terliur melihat lelehan ganache kan.. lebih tertawan bila kek di berikan sedikit sentuhan.. mungkin boleh juga taburkan bunga kecil dari gumpaste.. Hitam-hitam si tapok mangis walaupun hitam di pandang manis..

Devil's Food Chocolate Cake

Bagi mereka yang menerima tempahan, pasti pening kepala juga jika nak menghias kek coklat. Tak tau apakah bahan yang sesuai untuk di jadikan hiasan. Jika pandai bermain dengan coklat pasti pelbagai hiasan lagi yang boleh di letakkan pada kek untuk tampil lebih menarik. Apa yang penting sentiasa pastikan kek tampil lebih kemas.

Absolute Chocolate Cake

Seeloknya hiasan yang seminima mungkin adalah yang terbaik supaya kek tidak terlalu sarat dan nampak semak di mata. Untuk kek yang satu ini ita gunakan kaedah chocolate transfer.
Kek coklat dah terbukti kesedapannya..



25 comments:

haraz haziq said...

cantik sungguh kejadian kek2 nih....hehee

nabillah athirah said...

awesome sungguh

roziahojijie said...

Amboi kak Ita .. Spanar sape lah tu dipinjamnye buat interprem dlm gmbr ye .. :)

fromADDAdesk said...

Cantik2 belaka kak

cheq da said...

Suks tgk air tgn kak ita,moga terus suksess

Gee® said...

Sentuhan Ita memang menakjubkan...!!!

Bbwana adienia said...

salam kak..

saya memang sentiasa teruja melihat hasil kek yang kak ita buat..cantik sangat dan kreatif.

rahel said...

Memang terbaik la Kak Ita...deco yang simple tapi Nampak sangat menawan....suka banget...

Farah Shena Ahmad Rahin said...

Subhanallah cantik sungguh cake k.ita..klau k.ita dok KL..rasanye tiap2 minggu nk order cake k.ita

Cik Eka said...

semua cantik2. kalaulah kak ita dekat dah lama menempah.

farah sheena said...

Subhanallah cantik sungguh cake2 k.ita..klaulah k.ita dok KL..rasanye tiap2 minggu sy nak order cake ngan k.ita

linalyn mohd said...

hasil dari air tangan kak ita begitu mengujakan....

Soalan: untuk bekas aluminium yang kek coklat itu, boleh terus masuk dalam oven ke?

Azlita Aziz said...

ya boleh terus di bakar atau di kukus linalyn

fazianbatrisyia said...

emmm...sedapnya cokelat! semoga terus maju...nak business card 1 boleh kak ita?

CT Delima said...

Assalamualaikum Ita

Alhamdulillah.. Selamat hari lahir Azlita. mungkin CT orang yang terlewat untuk mengucapkan nya tapi masih belum terlambat rasanya. doa CT moga Ita sentiasa didalam rahmat Allah dan sentiasa didalam keadaan yang sihat sejahtera selalu.. Aamiin

Tahniah Ita bangga dengan pencapaian Ita sekarang ini.. miss you XOXO

maklang azie said...

better late than never...Hepi besday ita, semoga umur diberkati...aminnn

Nurulatiki Ibrahim said...

salam kak ita..happy belated birthday, kak ita..
kak ita,sy nak tanya kak biasa guna resepi mana utk buat kek coklat?
terlalu banyak resepi kek coklat sampai sy dah x tau nak guna yg mana utk berniaga n yg sedap..sy pernah guna lbh dari 5 resepi kek coklat..

zuraida said...

Terima kasih Ita kerana sudi menghantar "surprise cake" untuk Aida.

Kek tu sedap sangat. sampai skrg ada lagi sikit. simpan sbb sayang nak nak makan. Husband aida pun asyik mengulang makan je. Siap potongkan kecil2 sikit, supaya lambat habis. hehehe

hapizah mohd yusof said...

tak terkata...kagum dgn ur passion

hapizah mohd yusof said...

kagum dgn akak!

hapizah mohd yusof said...

kagum dgn kerja tangan akak!

Maryam Balqis said...

Assalam Kak Ita,

Happy belated birthday......
Semoga kak ita ceira selalu.
Lepas baca cerita kak ita tentang JDT dan TRM ni barulah saya faham story yang pernah saya dengar. Sy pun rasa lucu,rupanya puncanya bola. memang ada dengar, kalau boleh elak, elakkan pasangan JDT dan TRW, ingatkan kenapalah.......rupa2nya hal tu.

Siti NurFaizah Abdullah said...

salam kak ita... kalu boleh biarlah blog masam manis terus berada di alam maya, xkisahlah walau sekarang k.ita kurang update atleast ilmu k.ita sentiasa ada utk buat rujukan seperti kami.

lagipun x salah kalu k,ita terus lakukan seperti sekarang, tu namanya rezki... setelah sekiaan lama akhirnya k,ita boleh zahirkan dan mengembirakan hati mereka ygingin mendapat khidmat air tgn k.ita. apa2 pun semoga akak terus maju jaya.

safina ramli said...

kak ita jangan lah berhenti berbloging...saya minat nak buat blog masakan pun sebab tertarik dgn blog akak...banyak resipi yang saya cuba dari blog akak...harap akak terus berblog dan curah ilmu pada kami..GO kak ita GO...Hidup masam manis

zaza alis said...

Sgt comey,, kalau dpt kat zaza comot jadiknyeee

Powered by Blogger.