Follow if you like

Jun 4, 2013

Terima kasih..


Assalamualaikum

Hari ni ita akan kongsikan beberapa kek yang di minta oleh kawan-kawan ita untuk ita buatkan. Sebenarnya ita bukanlah ambil tempahan, ita sekadar suka-suka tolong buatkan. Ramai sangat yang selalu kata terliur aje tengok kek yang ita buat, kesian pulak kadang bila ita mendengarnya. Dulu kalau ita buat kadang bila ada yang tanya ita bagi jugak lah mana yang dekat-dekat dengan rumah ita untuk merasa. Ita tak berani ambil tempahan sebab ita ni sebenarnya takut sangat nak pikul amanah orang.

Ialah bila kita dah menyatakan kesetujuan untuk membuat, kita haruslah memikul amanah yang pada ita amat besar. Ita amat bimbang jika tak mampu nak melaksanakannya dengan sebaiknya sebagaimana yang tuan empunya diri harapkan. Oleh itu ita hanya bersedia bila ita rasa ita free.

Terlebih dahulu ita ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang mempercayai bakat ita, alhamdulillah semoga Allah murahkan lagi rezeki dan memberikan ita ilham untuk terus berkarya bersama kek dan butter ^__^

Ombre Purple
Saiz : 9 inc
Berat : 2.5 kg +

Ita mulakan dengan kek purple ni, kek Ombre Purple. Resepi ita pernah kongsikan sebelum ini. Dah banyak kali juga ita buat dan di minta buatkan kek yang penuh dengan bunga ros yang mekar ini. Ita gunakan Lemon Cream Cheese Frosting untuk layer dalam dan luarnya menggunakan buttercream.


Yang ni pula adalah kek Turkish Indulgence. Ita diminta buatkan oleh rakan FB untuk hari ulang tahun perkhawinan mereka yang ke 8 tahun. Dikesempatan ini juga ita ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkhawinan buat pasangan bahagian ini, dan semoga bahtera perkhawinan yang di bina berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya..

Turkish Indulgence
Saiz : 9 inc
Berat : 1.8 kg

Yang ni baru keluar peti ais.. atasnya basah sikit, dah nak hantar pun sempat lagi ambil gambar.. hehe
Butterfly tu ita buat dari coklat, rasanya kaedah membuat butterfly tu ita dah pernah kongsikan dalam blog sebelum ini.


 Masih lagi dengan rama-rama, tapi kali ini kek yang berbeza, kek Rusian Black and White. Kalau sebelum ini adik Afiqah minta buatkan yang empat segi, kali ini beliau minta yang bulat pula. Terima kasih sekali lagi Afiqah semoga berpuas hati dengan hasilnya..

Sekiranya ada sebarang kekurangan, ita dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf, halalkan segalanya.. Sesungguhnya setiap kebaikan datang dariNya jua dan kesilapan itu atas kealpaan dan kekurangan diri ini

Terima kasih semua..

Rusian Black and White
Saiz : 9 inc
Berat : 2.8 kg +

40 comments:

Chah said...

Apa ni kak! Asik buat kek cantik2 je...akak suker eh tengok saya fengsannn tiap2 ari? Taip ni pun sambil pengsan kak! Heeee

Kalau k.ita x keberatan nk share, boleh tak bgtau color purpleutk bunga ros tu model apa? Itu wilton ke kak or brand lain? * nipun tulis sambil pengsan lagik!

Azie said...

Ita,
Cantik cantik cantik berseni. Sungguh cantik

Mas said...

sangat cantikkk...

PertMuffin said...

tahniah kak.. patutnya dari dulu kak ita dah buat bisnes tau (^_^)

Gee® said...

Aaaaarghh... rase nk fengsan....

Anne Yusnizah said...

Ita, I really love to c ur ombre purple kek .......the roses & colour combination sangat cantik..

Anne Yusnizah said...

Ita, I really love to c ur ombre purple kek .......the roses & colour combination sangat cantik..

adda syuhada said...

Aslmkum akak...
istimewanya kek nih..

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

semua kek yang kak ita buat cantik2 kejadiannya..

Yatie said...

cantiknya kek2 yg Ita buat ni..kalau Yatie nak suruh buatkan, boleh tak...he3..kita kan kwn...kan..kan..

Masz Health Boutique said...

Masyaallah...cantiknya...saya suka tengok Turkish Indulgence tu..

rakan-rakan yang dirahmati sudikanlah melawat blog saya ye..saya sharing tentang tips kesihatan wanita

chantekdress said...

Kak ita.. really really really fantastic! Oh kak ita please jual nak beli.. In love.. :D
Saya sangat kagum dengan hasil kerja kak ita.. Bakat kak ita mmg marveles.. Cantik sangat this cake.. :)

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Cuma bisa bilang wow...wow dan wow gorgeous!

muhaini said...

MasyaAllah Ita ... Marvellous sangat2!!! Tengok dari jauh ajelah ... Huhu

Phong Hong said...

Tabik! Kek tu semua cantik-cantik belaka!

fazianbatrisyia said...

bertuah dpt tempah kek dgn kak ita yg tentunya lain dr yg lain. Semoga terus diberi ilham & maju.

salamirz said...

salam kak ita, cantik & berseni sungguh hasil tangan akak ni..sentiasa kreatif mcm mn nk jadi mcm tu..hehe

Sashy said...

Salama Kak Ita,

Cake yang purple itu cantik sekali, saya kagum liatnya.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya masih musykil.. Kak Ita tak ambil tempahan.. jadi kek2 ni?? Kak Ita tolong buatkan??? Aiiii, makin musykil.. macam tu buatkan kita satu, boleh? Kita pun selalu terliur nak rasa air tangan Kak Ita ni, hehe.. kita kawankannnn...

hana said...

cantikkk! pengsan doploh kali!

Amie said...

Daku terpaku dan terpegun memandangnya!

strawberi said...

kak..kalo ade masa..bleh tk tlg ajarkan strp by step..utk buat ombre cake...camne nak ratakan tepi cake..dengan 2-3 tone color...tq kak

azinuj said...

terliur dgn kek kak ita semua..hadoi...turkish indulgence tu ada resepi ke? boleh tempah ke dkt kak ita...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

my favourite colour - purple .........

cunnya kek tu ....

MrsYusofhussain said...

nak berguru dgn kak ita buleh? hehe

xerox said...

tq banyak kak saya dah ikut resepi akak untuk choc. n banana muffin superb terbaik mmg menjadi n dah buat kursus pun guna akak punya resepi...tq very much...kerana hasil yg menjadi...tq kak..minta izin sy guna nak ajar student lak ek...hihihi tq sangat

mamaAna said...

Salam perkenalan ita, MA terpegun melihat kecantikkan kek yang ita buat....kalau senang nanti jemput le ke blog MA....
MA juga minat untuk deco mendeco kek nie...Tapi MA tak le sepandai ita...

Nur-nba said...

Sangat cantik dan memikat hati.. Tentu saya pengsan kalau Kak Ita bagi saya kek2 yg sangat cantik ni.. ;) Sememangnya Kak Ita begitu teliti dan kreatif.. Bak kata Kak Sari.. memang teringin nak rasa air tangan Kak Ita..

Ummi said...

Ita, you're still the one...terbaiiikk!! Alhamdulillah, dgn perkongsian yg dibuat... Next time, akak pulak nk request, boleh gitu...adeeii tiba2 rasa nk fengsan tenung lama2 kek ni la Ita...hehee, cantik dan teliti sangat..! ^___^

Yong Is My Name said...

SubhanAllah KakAzie!
Awesome!
Creative..
Yong pitam sat tengok kek purple nie

ps: Yong buat kek pisang pun comot..hehee

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

tangan kreatif dan berseni...

cantik2..

hijabsufi said...

Kreatif sgt kak ita..

Tumpang iklan disini ea
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.519264974796143.1073741828.311481818907794&type=1

Chrissa Blogaki said...

nice cake

elecshop

salwa ya said...

Turkish indulg tu bila akak nk share resepi.hihi

Azlita Aziz said...

Resepi akak dah kongsikan dlm buku masakan akak Siri Blogger Masakan KEK
boleh dapatkan di MPH atau kedai buku berhampiran

mahfuzah said...

suka tegok hasil kerja kak ita...cantik2 semuanya...

Benang Putih said...

tersangat canteq..infinity like..akak takdew ke resepi turkish ni

norizwani ayu said...

kak resepi Turkish indulgence ada x kak?

uMi iTa said...

Kak, nk mintak resepi turkish indulgence blh tak kak... dok meleleh je air liuh ne kak :-(

uMi iTa said...

Kak, nk mintak resepi turkish indulgence blh x kak??? Air liuh ne dok meleleh je tgk kek turkish indulgence akk tu :-(

Powered by Blogger.