iklan

iklan floral cake

iklan ada

Tuesday, June 18, 2013

LIDAH KUCING PELANGI


Lihatlah lidah kucing yang berwarna-warni ni.. comelkan..?
Warna pelangi yang indah dan menceriakan. Kalau lah lidah kucing benar-benar warna pelangi begini, aduh.. bagaimanlah kan.. tapi kalau Allah nak jadikan tak ada sesuatu yang mustahil..

Resepi lidah kucing ni sepertimana yang ita tahu berasal dari Indonesia. Ianya telah popular di sana beberapa tahun yang lalu. Kini barulah ianya di perkenalkan dan mula mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Keunikan warnanya yang ceria, memang menampan hati mereka yang memandangnya terutamanya kanak-kanak.

Biskut comel pelangi ini amat sesuai di hidangkan di hari lebaran yang bakal kita sambut nanti. Pada ita ianya juga sesuai di jadikan buah tangan untuk majlis khatam Al Quran, majlis berkhatan, potong jambul atau majlis hari ulang tahun. Warnanya yang ceria itu mengambarkan kecerian hati kanak-kanak..


Biskut ini, cara penyediaanya hendaklah menggunakan loyang khas untuk membuatnya. Loyang yang berlekuk ini sebenarnya mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Ada bentuk lonjong yang macam ita gunakan ni.. ada bentuk bulat dan juga bentuk hati. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara kita ingin ianya terhasil.

Loyang ini boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan kek atau kedai loyang. Setahu ita loyang ini di import juga dari Indonesia selaras kehadiran biskut ini  yang mula mendapat perhatian rakyat tempatan. Harga loyang berbeza-beza mengikut saiz.

Bagaimana pula rasanya?
Emmm... seakan-akan rasa biskut sempret. Rapuh dan rangup. Memang sedap dan enak untuk di nikmati

Jom kita intai-intai resepi yang ita ambil dari dapur Kak Wan


LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Yang ni pula lidah harimau selatan  luaskan kuasa mu..




43 comments:

NinaAz said...

Comel warnawarni tuuu

Nur Islam said...

Mcm tablet ubat jee... Best kn jika ada ubat colourful mcm ni... Lm x jenguk blog kk ita... Kanak2 sure suka bisikut nie... Thank u fr sharing recipe kak...

nur_eimi said...

menarik ni..blh try..

nur_eimi said...

menarik ni..blh try..

Jaja Ariff said...

Mane nk dpt loyang tu?

laskar pelangi said...

comelnyaaaaa...penat nak hias satu2 ni.nak kasi cukup satu balang..hihi

ayu yahya said...

comey sgt....

yUm said...

Kak ita, kat kl mana nak cari loyang tu ya. Habis round kl dah. Hehehe. 1 kedai pun tak de jual kak.

sitiezahim said...

eeeeeeeeee comelnyaaaa

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

cantik sangat lidah kucing pelangi tu..sekarang ni biskut ni dah mula femes..

sari said...

comellll...lame x buat biskut, ni yg rs nk buat nih..

Rose said...

Kat KL loyang mcm tu ada di jual di Bake with Yen..Lorong Hj Taib...

ZazaMyMoon said...

suka yg rainbow tu.. thanks share
boleh try ni ;)

Mas said...

tak pernah rasa dan buat sekut ni lagi...
cantikkkk la

Kniedaz said...

Adui...cantiknya...mesti rasa secantik rupa...

JunAina said...

Comel... Penyabar betul siapa yg buat lidah kucing ni.

mimie said...

cantik as always kak...
dan mimie suka kak ita tak sebut indon...tapi indonesia,
kitaorang tak berapa suka dgn sebutan indon tu kak... :(

Qasey Honey said...

slm kak Ita syg...moto JDT tu QH rasa amat sesuai ngn akak...luaskan kuasamu kak dlm dunia baking..hasilnya mnakjubkan..

akak beli loyang tu kt bakery tmn perling tu ker..kt sni xjmpa lg la...

AhliaSaleh said...

Salam kak ita...y rainbow tu mmg cute..pasti anak2 suke..

Najah Fareeha Abd Rashid said...

erm! sedapnya !

Aldrin Adeni said...

too much colourings, tak elok utk badan terutamanya utk kanak kanak!

Permata Arissa said...

sungguh cantik lah kak ita...ni semangat nk try...:)

fazianbatrisyia said...

cantiknyeee...

Chah said...

Tomey tertomey! Ooooooooooooooooooooo....pjgnya ooo sbbbaru tau. Ada nampak mould ni kt kedai bakeri. Kalau kt tempat saya kuih lidah kucing tu aka kuih tiram...tu yg pelik nape pakai acuan plak sbb setahu saya kuih tiram tu x yah pakai acuan....

Yatie Furenzhu Yatie said...

Nak try wat lah kak yg design lidah harimau selatan... musim bola nie... heheh...

Yatie Furenzhu Yatie said...

Nak try lah kak tapi design yg lidah harimau selatan... lg2 musim jdt skang nie... hheheh... luaskan kuasamu

Cik Sakura said...

kak ita.. sy pun teringin nak belaja buat kek la.. huhuhu..

OuR KosMo... said...

Salam kak ita...loyang tu mana nak cari ye?....

OuR KosMo... said...

Salam kak ita...mana nak cari loyang tu ye?...

akakbukanpenulis said...

COMELNYA!!!

Suhana Mahamud said...

salam kak..bleh tau kat mana kat JB leh dapat loyang ni?? satu KL da carik.. habes sudah.. huhu

Mohamad Farizi said...

salam...satu adunan ni blh dpt berapa biji ye

♥ hany ♥ said...

100ml telur putih tu nak kira berapa biji..?

saifash said...

Akak. Emplex tuh aper kak

saifash said...

Akak. Emplex tuh aper kak

Lily Erliyani said...

aifah- emplex tu boleh rujuk sini:
http://presto.my/index.php?dispatch=products.view&product_id=70776

yang baik Ishak said...

baru jumpa... mesti cuba hujung minggu ni..
terima kasih untuk resepinya..
:D

aina najwa said...

salam akak , nak tanye kalu gantikan mentega kepada margerin boleh x ?

aina najwa said...

salam akak , nak tanya kalau gantikan mentega kpd margerin boleh x?

shah_syaz_saff said...

Salam kak..brap hrga loyang tu..kt trngganu xde la..klu blh..sy nk order ngn akak..blh x?

Imran Zulkurnaini said...

Kalau pakai microwave boleh bakar tak ?

ahkak gojes said...

Wah..menarik la

Haneeza Mohamad said...

salam kak, tulisan JDT itu pakai apa?

please inform me back, I really want to know neeza1995@gmail.com