Follow if you like

Jun 10, 2013

Figurines gumpaste dan fondant kek

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan ita sekalian. Harap kalian sihat dan sentiasa ceria-ceria selalu. Hari ini ita nak kongsikan pengalaman ita buat kek menggunakan fondant. Kek ini sebenarnya di tempah oleh sahabat ita yati. Kami sama kelas dan bersekolah di sekolah menengah yang sama.


Bila Yati minta buatkan kek perang, ita dok terfikir apalah yang Yati maksudkan dengan kek perang. Yati ingin menghadiahkan dan membuat kejutan pada sahabat baiknya. Kek ini pula katanya akan di bawa ke Melaka,kerana sahabatnya tinggal di Melaka.

Pada mulanya ita ingin buatkan kek menggunakan krim, tapi bila Yati kata dia tak mau krim banyak dan kek ini pula akan di bawa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Melaka yang mengambil masa lebih kurang 4 jam.. Ita terus mengambil keputusan untuk menyediakan kek fondant. Pada ita kek fondant lebih tahan panas dan lama di luar. Walaupun sebenarnya ini merupakan kali pertama ita menyalut kek dengan fondant, tapi ita harus berani mencuba. Kata orang tak cuba tak tau.. dan pasti kita tidak akan tahu selamanya jika takut mencuba.


Pengalaman menyalut kek dengan foundant.. tak pernah rasanya
Ita pernah sekali membuat kek dengan fondant, kek Barbie Doll untuk birthday Dalili. Itu pun sudah terasa amat sukar untuk menyiapkannya. Ini pula ita harus menyalut keseluruhan kek dengan foundant yang bercorak celoreng. Apakah ita mampu menghasilkan kek yang terbaik? persoalan itu yang bermain-main di benak fikiran ita.

Memulakan tugas dengan lafaz Bismillah.. dan kata puji-pujian agar kek yang bakal ita hasilkan menepati citarasa sahabat ita. Semoga kek ini juga menjadi dengan hasil yang sempurna. Jika tak perfect pun sekadar sedap mata memandang pun pada ita dah cukup membuatkan ita panjatkan rasa kesyukuran..


Yati inginkan kek Rainbow dengan krim cheese frosting. Resepi macam biasa ita masih dengan resepi yang sama.
Ita mulakan dengan membuat figurine askar. Sebenarnya ita buat 3 askar ni, tapi yang satu yang berdiri tu ita tak dapat nak letak atas kek sebab dia tak nak berdiri.. asyik jatuh aje.. hihi tak pandai lagi lah tu.. mungkin ianya terlalu tinggi dan berat tu yg dia asyik tumbang. Ita takut pula kalau ia jatuh dan merosakkan kek, kerana itu ita lupakan hasrat untuk letak askar yg berdiri tu.

Kaedah membuat figurine dari kepala hingga kaki  ita rujuk daripada internet.

Untu badan rujuk sini :


Untuk menyalut kek dengan fondant juga ita belajar dari youtube


Terima kasih Yati

19 comments:

Cendana Kasih said...

alahai, sedih plak tgk askar tu..tak sampai ati nk makan :(

nZaOdonut said...

terbaeekkkk Kak Azlita :)
comel sgttt...!

Akma Khaieri said...

cantik sangat..comel figure tu..dengan siap video tutorial lagi..thanks kak ita....

Ain Fajar said...

walaupun 1st ttp nampak sempurna..akk mesti berjaya sbb tangan akk sgt kreatif.

faa.rosli said...

kek apa ni?

fazianbatrisyia said...

sy pun teringin nak cuba buat 1 hari nanti. jika diberi kesempatan masa, kesihatan dll.

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

ita...sy amat minat mengikuti setiap posting awak...dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih serta mohon halalkan ilmu awak ya...kerana saya sebenarnya buat biz kek kecil2an dan kadang tu ketandusan idea...saya ambil idea ita...sorry ya ita dan harap dihalalkan tau...semoga murah rezeki ita dan dirahmatiNya selalu...amin

Gee® said...

Tak sanggup rasanya nk makan kek tu... tragis...

Ann Ishak said...

kagum sungguh, walaupun percubaan kali pertama tapi tetap cantik dan menjadi orang2 askar tu

siti sabri said...

Terbaik

Corporate to Kitchen said...

Thats a lovely figurine & love the way you have made it.

Shiela said...

Cantek sgt ni ita.. Perfecto!

zeera lily said...

suke la bab deco2 ni..
teringin nk g kelas.. try buat tp..
tgn ni mcm x kratif sgt je... uhukk

hapizah mohd yusof said...

tabik springgggg

Rose said...

Saya pun buat bznz door gift banyak belajar dr YouTube dan Blog K Ita...Thanks pada K Ita juga perkenalkan pada PicMonkey dapat buat presentation gambar yang cantik untuk blog & FB

hapizah mohd yusof said...

tabik springgg

Sidratul Muntaha said...

terbaeklah kak
sp far kami pun bru 2 3 kali jugak buat cake fondant ni
bab figurine
mgm buat mana yg reti and shape yg simple2 je
nk buat orang ni
adeh2..
surrender..

rosmawati abdullah said...

akak buat sendiri ke fondanttu?

Qasey Honey said...

sentuhan yg terbaek..spjg QH bkeje ngn Mindef ni xpenah skali pon tfikir nk buat deco yg sbegitu..hihi..tabik la kt akak

Powered by Blogger.