Follow if you like

Jun 12, 2013

Bukan Sekadar Resepi 'terima kasih'

Assalamualaikum

Dah malam baru ita dapat mengadap blog ni. Sekarang ita semakin sibuk, kadang kala rasa macam dah tak punya masa lagi nak mengupdate blog. Banyak sangat n3 ita yang dah tertunggak. Sementara ita tunggu kek ita masak dalam oven dapatlah ita meregang-regangkan otot dan merehatkan minda dengan mengadap blog kesayangan ita ni.

Sebenarnya malam ni tiada resepi masakan yang akan ita kongsikan, tapi ianya lebih daripada istimewa kerana ita mendapat hadiah pemberian rakan Fb kak Zabidah Ali yang mengirimkan hadiah yang pada ita cukup berharga.


Dua naskah buku Bukan Sekadar Resepi karya Roza Roslan yang sememangnya dah lama ita cuba dapatkan dari pasaran. Susah sebenarnya nak dapatkan buku ini, biasa bila ita cari di kedai buku jarang ita nampak kelibat buku ini. Hingga ita baru bercadang nak mencarinya bila ita bertandang ke Kuala Lumpur kelak.

Rupa-rupanya dia tak kasi ita beli lagi..  kerana ada seseorang  yang akan hadiahkan ianya kepada ita.. sukur Alhamdulillah

Terima kasih kak Zabidah di atas pemberian ilmu yang cukup bermaanfaat ini. Insyaallah ita akan cuba beberapa resepi dalam buku ini untuk di kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Agar ianya menjadi ilmu yang bermaanfaat kepada semua...






7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

oh, saya ingat ini buku motivasi, (rencah ratus hidup).. memang buku resepi ya??

:: Mrs.Eady :: said...

wahh...

Sidratul Muntaha said...

benda paling best klu dpt buku masakan n buku fotografi..
so far..
org bg pd kami buku masakan jelah..

Gee® said...

Buku Bukan sekadar resepi memang best! resepi dan kisah2 realiti yg sgt menyentuh perasaan...

Erani Zuhran Mohd Nor said...

sedang mencari jugak... Kak roza tu isterinya prof kamil, kan... seronok jugak membaca blog kehidupan di madinah

Ummi said...

Assalam Ita, alhamdulillah ada rakan yang prihatin. Akak pun mendapat kiriman buku Bukan Sekadar Resepi semasa sibuk2 mencari buku tersebut di awal2 balik dr Haji dulu. Tiba2 seorang rakan FB yang sekali sahaja menyapa terus mengatakan "jangan cari kak, tunggu sahaja di meja ofis tu". Terkejut...beliau meminta alamat dan terus mengirimkannya. Allahu Akbar, hebatnya ukhwah alam maya.

Ita mungkin kenal bahawa buku2 tulisan Puan Raudzah (Roza) Roslan ini yang laris di pasaran spt 3 buah siri buku Travelog Kehidupan yang penuh ilmiah, santai tp signifikan dgn kehidupan seharian. Terbaru dilancarkan Aroma Antara Benua Pn Roza tersebut bersama buku Anekdot Madinah: Benar DIA Maha Mendengar tulisan suaminya Prof Muhd Kamil Ibrahim (Professor Perakaunan di Universiti Taibah) yang terkenal dgn bukunya Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok dan 50 Tips Motivasi Haji/Umrah. Travelog Haji adalah Best Seller sehingga beberakali diulang cetak sejak dijual. Bersyukur Saat Diuji juga adalah terbaik sebagaimana Anekdot Madinah. Prof terkenal dan sentiasa ingin ditemui oleh ramai jemaah haji dan umrah untuk mendengar tazkirahnya bila berada di Madinah.

Membaca buku kedua2 suami isteri ini mmg memberikan keinsafan dan pengajaran betapa kerdilnya kita, betapa kita perlu meminta2 dan merayu kpdNya. Penulisan keduanya adalah santai dan tidak berat. Menyelak helaian2 demi helaian buatkan buku2 tersebut sekejap sahaja di"hadam", tidak jemu. Sejak dulu, akak dan suami pengikut setia entry2 Prof di blog Universiti MKI dan Rumah Kecil Di Jabal Uhud...kisah kehidupan dan kiriman gambar2 dari Madinah dan Mekah melalui blog tersebut, mengubat rindu selain FB mereka.

Alhamdulillah, 2 hari tiba di Madinah, suami terjumpa Prof di dalam Masjid Nabawi semasa saprah berbuka puasa dibentang. MasyaAllah, Tabarakallah..! Prof sendiri melakar pelan menjemput untuk kami mendengar tazkirah Prof untuk jemaah2 haji KT 20 (kami KT 39) di Hotel Movenpick pada haji lalu. Tazkirah beliau menjurus kpd bagaimana mengekalkan haji mabrur selain teori masuk Raudhah dan Hijr Ismail serta tips, amalan dan doa2 ketika di sana..sempat bergambar dgn mereka juga.

Mereka akan balik ke Malaysia beberapa hari lagi. Jika berkesempatan boleh mendengar siri tazkirah dr Madinah yg telah diatur di beberapa negeri dan media elektronik. (Rujuk dlm blog Diari mereka)..

Semoga kita mendapat ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan yang singkat ini. InsyaAllah.. ^__^

cikLah said...

salam.. suka jugak kak.. best.. baru beli time pesta buku shah alam hari tu.. balik trg last week nmpak plak aroma antra benua.. hehehe... insyaAllah menyusul lpas ni..
suka baca sebab sgt best bila sntiasa memuji Allah.. benda y xdtg dlm pikiran pon mase masak2.. tp bila baca.. "aah laa.. Allahuakbar.. ilmu itu mmg ilham dari dia"..
analogi n cerita bergabung.. sgt suka sbb bila baca, bacaan tu menyentuh jiwa ^^

Powered by Blogger.