Follow if you like

Jun 3, 2013

Birthday cake untuk Iffah


Rainbow Checkered cake
Saiz : 9 inc
Berat : 2.5 kg +

Assalamualaikum
Lama juga tak bersiaran, maklumlah bila cuti sekolah yang panjang ni kesibukkan mengatasi segala-galanya. Hingga tak sempat nak melayan blog kesayangan ita ni.
Apa khabar rakan-rakan yang ita sayangi di luar sana?
Semoga sentiasa ceria dan semakin rajin memasak dan mencuba pelbagai resepi baru untuk keluarga. Lebih-lebih lagi bila musim cuti ni, pasti ingin sediakan hidangan yang terbaik untuk anak-anak kan..?
Pasti seronok anak-anak bila menikmati masakan sentuhan air tangan ibu tersayang.. bertambah-tambah keberkatan dan semakin erat hubungan kasih sayang hendaknya..


Ok, hari ini ita nak kongsikan kek yang di tempah oleh Qistina untuk anak comel kesayangannya Iffah.
Kek untuk baby girl berusia 18 bulan. hehe ni mak ke anak yang nak makan ni.. ^__^
Tak kisahlah kan.. apa yang ita ingin ucapkan.. selamat ulang tahun yang ke 18 bulan buat Iffah.. tomeii.. tomeii.. semoga menjadi anak yang soleha.. be a good girl..

Kek yang di minta adalah kek Checkered Rainbow Cake
Qistina inginkan kek yang bertopingkan cream cheese frosting. Deco yang simple tapi menarik untuk baby girl, pengarang jantung hatinya..


RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.




Ok kek macam biasa ita pernah kongsikan sebelum ini, ita masih lagi setia pada resepi yang sama. Cuma cream cheese frosting kali ini ita letakkan sedikit lemon untuk membangkitkan rasa dan aromanya.

LEMON CREAM CHEESE FROSTING

200 gm Krim keju
1 sudu teh pes lemon
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu
8 gm halal gelatin
30 gm air

Cairkan gelatin rujuk di SINI
Cairkan coklat masakan putih secara double boiler
satukan gelatin dalam coklat
Dalam bekas lain satukan krim keju dan pes lemon pukul hingga lembut
Tuangkan larutan coklat dan gelatin
kacau rata
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju

Deko yang simple ita gunakan teknik buttercream transfer. Sebenarnya ini adalah percubaan pertama ita mendeco kek menggunakan teknik ini. Ita belajar cara menbuatnya dari sini 


Untuk cara buat kek checkered boleh rujuk di SINI


BASIC BUTTERCREAM
By : Wilton

1 cawan butter
1 cawan krimwell
1 sudu besar sirap glukos/ corn syrup
1 sudu teh pes vanilla tanpa warna
4 cawan gula icing diayak
Pewarna

Pukul butter dan krim well hingga sebati
Tambah sirap glukos dan esen vanilla
Tambahkan gula sedikit-sedikit dan pukul hingga berkrim kental
Letakkan pewarna dan sedia du gunakan


Untuk belon tu ita buat dari coklat, beli siap jual kat supermarket. Ita cuma corakkan dengan coklat putih yang ita warnakan dengan pewarna yang berasaskan oil based.


Terima kasih Qistina dan minta halakan segala kekurangan. Sesungguhnya kebaikan itu datangnya darinya dan kekurangan itu datang dari kealpaan dan kesilapan diri ini




28 comments:

CT Delima said...

As'salam Azlita

Rindu juga nak mengupdate blog tapi kesibukkan tu yang terbatas hihihi

Hebat lah ita sekarang..dah bo?leh bukak kedai kek dah ni.. :-)

fromADDAdesk said...

Salam...sebiji ni kan akak charge berapa ye

Jazlinda Jaapar said...

Alahai....untungnya dpt tempah kek ngn kak ita...sy nk tempah tp dok jauh sgt...sedeynyeèee...telan air liur je la...

Jazlinda Jaapar said...
This comment has been removed by the author.
Jazlinda Jaapar said...
This comment has been removed by the author.
Chah said...

Akak....syomel sungguh kek tu...rasa tenang aje tengok...kalau saya jd mak baby tu...harus la 4 ari 4 mlm dok terkepot2 senyum sensorang dpt kek comel....kagum!

Mas said...

tak berkelip mata tengok kek kak ita ni...
cantikkk sangat

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

cantik ja kek dan comel dengan deko tu..

Ain Fajar said...

mmg sgt comel kak, sesuai sangat dgn bby 18bln..kreatifnya akk nie..

grafikwarna Photography said...

alamak shumell sungguh kek kak ita nie.....kite nak order juga la boleh??????? plz...untuk my son bulan 11 nanti waaa...sekarang dah mau ckp sama kak ita.......sbb mmg teringin nak kak ita yang buatkan kek kat my son .....boleh x sis???

ilani said...

good idea buat belon dr coklat tu...cantik sgt kek ni..

ilani said...

nak kongsi, buttercream transfer tu boleh juga ganti dengan coklat transfer
refer sini http://illeccalecca.blogspot.com/2013/02/diy-chocolate-transfer.html
thanks

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sentuhan ita sememangnya akan membuatkan akak sentiasa terpegun!

fazianbatrisyia said...

comel, cute, cantik (3C)....kalau sy dah puas hati dah ni...

AhliaSaleh said...

Salam kak ita..subhanallah..sekali tgk terus jatuh cinta.slps bc resepi..ummphh! Xthn tekak..rase nk ngapp jer.. (",)

mrs.smile said...

As'salam Kak Ita...alahai cantik sangat deco cake tu..kalau cake MS mesti rasa sayang bila nak potong

norhanim md zain said...

memang yang terbaikkkkk...........

faa.rosli said...

comellllll!!! kalo faa sayang nak potong ni...

shasharida said...

Saya suka sangat tengok buutercream transfer tu, tapi tak leh nak tengok video tu sebab tak dapat nak up date flash player...tak dapat tengok video tu...video tu blog mana yer?

Mazni Ahmad said...

assalamualaikum..cantik la kak, nak order pun jauh ..leh tgk je..minta izin akk nak share buat bithday kek ank boleh?

Masz Health Boutique said...

Salam...kagum saya, kak ita memang berbakat dan kreatif

rakan-rakan blogger sudi lah berkunjung ke blog saya untuk dapatkan tips kesihatan wanita :)

Lyle Jemay said...

awesome!!!!..........cantikkkkk sesggggtttt........kak ita mmg terbaikkkk la.......

dendanium said...

salam,
kak saya minta nak tempah kek dekat akak for my baby's 1st birthday, how can i contact you? ada katalog tak, and how a bout prices? hope you can email/whatsapp me . Linda 0123736570 norzlinda@yahoo.com

Dinnz Stanza said...

Salam...macam mn sy nk order kek yea

Eyna Zamilah said...

Saya sangt2 tertarik ngan setiap jenis masakan,juga aneka kek kakak.begitu kemas dan teliti.mohon share resepi ya.

Eyna Zamilah said...

Saya sangt2 tertarik ngan setiap jenis masakan,juga aneka kek kakak.begitu kemas dan teliti.mohon share resepi ya.

Eyna Zamilah said...

Saya sgt2 teruja bila melihat aneka kek kakak.sgt kemas dan teliti.mohon copy resepi ya.

miersa ayu said...

Da try resepi sis for my mon bday. Soooo awesome !! Cengginih 👍👍 . Dpt feedback yg sgt bahagia. Buttercake sgt moist. Smpai org nak order utk hantaran kawin. Tq so much sis!

Powered by Blogger.