Follow if you like

Jun 24, 2013

21.. 22.. 23.. Jun

Assalamualaikum
Kehadapan sahabat-sahabat ku sekalian.. Apa khabar kalian di sana, harapan ita semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik sahaja.. Sentiasa dalam lindungan Allah dan ceria memasak di dapur.

Alhamdulillah ita masih lagi Allah kurniakan kesihatan yang baik, mungkin berkat doa dari rakan-rakan sekalian yang tak putus-putus buat ita dan keluarga.. syukur kehadratNya..


Terlebih dahulu ita ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga, kepada semua rakan-rakan yang ita sayangi dan hormati, atas ucapan Selamat Ulang Tahun buat ita. Terharu sangat apabila membaca setiap doa yang di titipkan, dengan kata-kata semangat yang mengiringi setiap bai-bait ayat.. Tiada perkatan lain yang mampu ita zahirkan, hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga. Ita mengharapkan agar Allah SWB memakbulkan setiap doa kalian dan semoga malaikat mengaminkannya... Amin


Nampaknya hari-hari ita sekarang  semakin hari semakin sibuk. Rutin harian yang tak pernah berkesudahan, bertambah dengan undangan kelas dan juga pesana-pesanan yang minta ita sediakan. Alhamdulillah rezeki Allah, tiada siapa yang dapat untuk menentukan..
Ita juga ingin memohon maaf pada beberapa pihak majalah yang terpaksa ita tolak undangan, kerana jadual ita yang terlalu padat sekarang ini..


Ada juga yang dah mula berbunyi, kenapa lama kak ita tak berkongsi resepi.. ?
Oh, ya sebelum ita terlupa, ramai yang minta ita kongsikan resepi Lemon Cheese Cake yang ita buat kemarin. Ita dah pun kongsikan disini. Maaf ya atas kelewatan ita masukkan resepi tersebut. Ita ingat tak ada yang berminat.. rupanya ramai juga yang tertarik dengan resepi tersebut. Semoga dapat mencuba dan nikmati hasilnya. Sebenarnya ianya boleh di ubah suai mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak manggo boleh gantikan lemon dengan manggo,  kalau yang suka berries boleh letakkan berries. Kalau nak ianya dalam bentuk kek bolehlah buat kek, atau kalau nak mudah di makan, di hadiahkan kepada kawan-kawan atau pun ada yang berhajat untuk hantar ke masjid pada bulan puasa nanti bolehlah sediakan dalam bekas comel, mudah dan senang untuk di nikmati.


Berbalik kita pada persoalan yang di kemukakan, lamanya kak ita tak up date resepi... Bila nak masukkan resepi terbaru.
Selalu ita dah kongsikan resepi untuk semua, insyaallah jika ada resepi baru ita pasti akan kongsikan. Kini ita bagi peluang pula pada adik-adik atau rakan-rakan ita di luar sana yang sering minta ita kongsikan idea dekorasi kek dan puding. Katanya lagi kadang-kala kerana terlalu banyak menerima tempahan mereka ketandusan idea yang baru dan segar. Atas dasar perkongsian, maka kita sama-sama berkongsi demi kebaikan. Sekiranya ianya baik dan sesuai.. bolehlah jadikan ianya sebagai panduan untuk kalian menghasilkan dekorasi kek kalian pula.


Minggu ini ita banyak dapat permintaan untuk ita sediakan Rainbow cake, dan kebanyakkan pula untuk kanak-kanak yang berusia 1 tahun.. ala tomeii.. tomeiii.. bila lah ita nak ada baby lagi kan?.. lama dah tak kelek baby.. tapi kalau ita ada baby.. ita dah tak buat blog lagi dah.. pasti ita dah tak rasa sunyi lagi.. sebab dah ada toys baru.. hehe ^_^

Teruja sangat untuk ita kongsikan kek yang telah ita sediakan. Pasti ramai yang dah tak sabar nak tahu kaedah penyediaannya.. Jom sama-sama kita belajar


Kek pertama yang di minta oleh kak Naruljahnah untuk anak saudara beliau Monaco, comelkan namatu.. cute sangat!..
Akak Naruljahnah minta ita buatkan kek nombor satu dan kartun POCOYO adalah pilihan utamanya kerana anak saudara beliau peminat kartun biru yang comel ini. Terima kasih kak atas kepercayaan ini..

Kek ni sangat besar dan kek pertama yang besar yang pernah ita sediakan. Maklumlah oven ita kecil jadi tak muat nak masuk loyang yang besar. Sebenarnya ita nak buat kek yang kecil tapi loyang angka satu itu pulak besar, ita cari yang kecil tak ada lah pulak jual kat kedai. Ita cukup berdebar-debar nak beritahu kat kak Naruljahnah yang kek ni besar.. Alhamdulillah akak Naruljanah dapat menerimanya dan ama-amat memahami.. terima kasih sangat kak..


Kek ini berukuran 14 inc dan beratnya 4 kg ++. Memang berat.. Idea deco kek ini tercetus secara sepontan. Mula ita nak design lain.. tapi bila kek dah siap jadi design lain lah pulak.. tapi alhamdulillah kerana kek ini punyai ramai peminat sehingga mendapat 1276 likes dan 116 komen.. terima kasih ya kawan-kawan..

Untuk kek ini kak Naruljanah memilih rainbow cake, dan Lemon Cream Cheese Frosting. Ita hiaskan dengan deco yang cukup simple. Animasi Pocoyo ita sediakan dengan gumpaste. Huruf nama dan balon dari fondant. Tulisan 'Birthday' ita tulis dengan pen khas untuk tulis atas fondan yang boleh di makan dan tak berbahaya. Sebenarnya ia menggunakan ink dari pewarna makanan. Manik-manik kecil bawah kaki Pocoyo itu pula adalah manik dari coklat yang boleh di dapati di kedai jual bahan kek. Topping kek ita dari Cream Cheese Buttercream juga.


Kali ini ita memilih untuk melihatkan tona pelangi pada kek agar kek tampil lebih ceria. Ita salutkan dahulu kek dengan cream cheese dan kemudian ita potong keliling kek dengan pisau. Masalah juga kerana pisau ita tak cukup panjang intuk memotong kek yang satu ini. Ita harap kawan-kawan dah dapat sedikit ilham dan idea untuk doko kek kalian pula..


Untuk hari yang sama juga ita di minta untuk sediakan kek cawan untuk hantaran pertunangan oleh adik Halimatulsaadiah untuk sahabatnya. Kek dengan tema warna Peach dan Beige untuk hantaran pertunangan. Ita buat kek ni last minute sebab ita tak perasan message dari Halimatulsadiah. Maaf ya Halimatulsadiah.. bila last minute buat , inilah hasil yang mampu akak hasilkan, harap sangat adik dapat menerimanya dengan seadanya..


Ini lagi satu kek  yang dipesan oleh adik Halimatulsaadiah, menurutnya beliau ingikan satu kek untuk makan-makan bersama rakan-rakan. Beliau minta ita cadangkan kek yang sesuai. Ia memilih kek Devil's Food Chocolate Cake untuk beliau kerana ita cukup menyukai kek ini. Ita harap Halimatulsaadiah dan rakan-rakan juga sukakan rasanya..


Ini pula adalah persanan untuk hari Sabtu 22/6/2013. 150 biji cream puff dengan filling kastard dan krim kastard. Cream puff ni di pesan oleh jiran adik ita. Katanya nak di bawa ke Putra Jaya. Mungkin ada jamuan lah tu kot.. Terima kasih ya atas pesanan ini, dan minta maaf atas segala kekurangan dan kelemahan..


Sebagaimana yang ita katakan tadi, minggu ini ita banyak sangat terima permintaan untuk sediakan kek Rainbow dan ini juga adalah salah satu yang sempat ita sediakan. Kek ini agak unik kerana di pesan untuk hari ulang tahun bonda tersayang. Ayu pesan kek dengan tema warna hijau kerana bonda beliau sangat mengemari warna kegemaran Rasulullah s.a.w ini.

Bila kek Rainbow ita suka jika ianya di gandingkan dengan Lemon cream cheese frosting. Kek ini ita salutkan juga dengan cream cheese frosting yang ita warnakan hijau sebagaimana permintaan beliau. Deco kek yang pada ita cukup simple tapi amat bermakna buat seorang ibu. Figurine ita sediakan daripada gumpaste, begitu juga dengan bunga-bunganya. Tulisan masih lagi menggunakan pen khas untuk tulis atas fondant. Pen ni dari Wilton dan boleh didapati di kedai menjual bahan kek yang ada menjual barangan Wilton.


Menurut Ayu, kek ini akan di bawa ke Melaka. Ayu ni tinggal di Melaka, kebetulan beliau turun ke JB untuk majlis perkhawinan rakannya. Di kesempatan yang ada beliau meminta ita buatkan kek untuk birthday bonda tersayang.. Terima kasih Ayu, harap ayu berpuas hati dan maaf atas segala kekurangan dan kelemahan..


Ini pula kek untuk Wafiy, baby boy yang sambut ulang tahun. Happy Birthday Wafiy, be a good boy, jangan naughty-naughty tau!.. menjadi anak yang solleh, kebangaan mama dan papa ya.. ^_^

Kek ini juga adalah kek rainbow dengan Lemon Cream Cheese Frosting. Seperti kek yang lain juga ita salutkan kek dengan cream cheese frostinng juga, kerana ramai yang tidak suka kek yang di salut dengan buttercream atau fondant. Sebenarnya ita pun tak berapa sukakan kek dari buttercream, rasa macam kita makan butter aje kan.. Susah pulak bila nak cuci.. penuh berminya-minyak..


Seperti kek ita yang lain, tema simple adalah pilihan ita agar kek tidak sarat dam menyemakkan mata memandang. Warna ceria adalah pilihan ita untuk kanak-kanak selari dengan anak-anak yang sukakan warna yang ceria dan menarik. Kartun dari gula yang ita beli dari kedai bakery. Box dan tulisan huruf, bendera dan bintang dari fondant. Ita ikat bendera dengan benang dan ita ikatkan pada stick plastik yang ita beli di kedai jual bahan kek.

Ita berharap sangat Wafiy dan mamanya Ati sukakan rasa dan deconya. Terima kasih Ati..
Menurut ati kek ini akan di bawa ke Segamat, kerana beliau akan menyambut ulang tahun kelahiran anaknya yang pertama di rumah ibu mertua. Waa... berjalan sakan kek ita ^_^


Satu lagi kek yang ita sediakan untuk hari Sabtu. Kek Durian Delight yang dipesan oleh Marz. Menurut Marz kek ini di pesan oleh rakannya. Marz minta ita buatkan kerana kawanya takut ita tak nak buatkan kalau dia yang minta. heee ^_^

Terima kasih Marz dan juga rakannya.. semoga berpuas hati akan hasilnya..

Sebenarnya, resepi kek ini ita akan kongsikan dalam buku masakan ita yang akan keluar tidak lama lagi. Sebagai menghormati permintaan pihak MPH ita tidak dapat kongsikan di sini, walaupun sebenarnya banyak sangat permintaan untuk ita kongsikan di blog. Minta maaf banyak-banyak ya.. Insyaallah kalau tiada apa aral yang melintang buku ita akan menemui anda semua pada awal bulan July. Selain Durian Delight banyak lagi resepi menarik yang ita kongsikan dalam buku tersebut.. jangan lupa dapatkan di pasaran ya..


Pesanan terakhir pada hari Sabtu, puding hantaran dengan tema hijau yang di pesan oleh sahabat ita Ernie untuk adik kesayangan beliau yang bakal bertunang. Ernie adalah sahabat ita sewaktu bersekolah di Sek Rendah Kebangsaan Nong Chik. Lama terpisah akhirnya FB menjadi jejak kasih antara kami.


Terima kasih Ernie harap sangat Ernie berpuas hati dengan hasilnya. Seperti Kek Pocoyo, puding ini juga mendapat like yang tinggi di FB sebanyak 1115 likes dengan 122 komen, terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sangat-sangat memahami minat ita.

Resepi puding ini juga ita turut kongsikan dalam buku ita nanti. Jangan lupa dapatkan di pasaran pada bulan Julai nanti.


Ok, sekarang kita lihat pula apa kek yang ita sediakan pada hari Ahad pula.
Kek untuk Afif, happy Birthday Afif.. semoga Afif suka akan keknya ini begitu jugalah dengan mamanya. Terima kasih Izah, harap sangat izah berpuashati.

Kek ini juga adalah kek rainbow dengan lemon cream cheese frosting. Ita salutkan juga dengan cream cheese frosting untuk keseluruhan kek.


Teknik yang ita gunakan kali ini adalah butercream transfer untuk mini mouse. Deco yang simple ini juga ita dapat secara spontan, ketika ita ketandusan idea untuk mendeco. Kebiasannya bila ita tiada idea ita akan rujuk pada google untuk dapatkan idea hiasan kek. Bila kita lihat kek rakan-rakan lain sediakan masa tu baru kita dapat ilham bagaimana kita nak olahkan pula kek kita nanti.

Tepi kek ita hiaskan dengan note music yang ita buat menggunakan buttercream. Comelkan kek ni.. Suka pulak ita melihatnya nampak macam sejuk aje mata memandang.. Mungkin kombinasi warnanya yang buatkan ia nampak ceria..


Oh ya sebelum ita terlupa ada yang bertanya warna apa yang ita gunakan untuk semua warna yang ita gunakan dalam masakan dan decorasi kek. Untuk kek rainbow ita gunakan warna dari Star Brand, hijau untuk hijau apple, kuning untuk kuning telur, oren, biru dan merah. Untuk warna violet pula ita guna warna bluberry yang ni tak ada brand ita beli dalam botol yang di paking oleh tauke kedai. Untuk warna pada buttercream, atau fondant ita guna Ameri Colour. Ita sukan warnanya yang pelbagai dan untuk tone yang lembut ita campurkan sedikit warna putih juga dari Ameri Colour.

Macam mana? dah bersedia nak bermain dengan warna..?


Kek terakhir ita minggu lalu, Rusian Black and White Cake, di pesan oleh Mastura untuk hari ulang tahun bondanya.  Kali ini ita cuba pelbagai teknik yang di ajar oleh Chef Amer sewaktu ita berguru dengan beliau di kelas Coklat. Terima kasih ya Chef atas segala ilmu dan tunjuk ajar. Tapi banyak sangat kelemahan dan banyak lagi yang ita perlu perbaiki. Kena selalu praktis untuk dapatkan hasil yang lebih menarik.

Terima kasih kepada semua.. yang mempercayai bakat ini. alhamdulillah kepada yang sering mendoakan agar ita mendapat idea yang lebih baik untuk di kongsikan pada semua. Insyaallah ita akan terus berkongsi selagi ita mampu dan di izinkan.. Doa yang terbaik juga untuk anda semua, agar terus memasak dan berkarya dengan masakan. Air tangan ibu adalah yang terbaik untuk keluarga. Masaklah dengan hati yang tenang dan ceria.. pasti anda akan dapati hasilnya yang luar biasa..

Akhir kata selamat memasak dan Cook With Love Forever...

Salam Sayang,
Azlita







45 comments:

tonsulaiman said...

Salam kak ita..terima kasih atas perkongsian..semoga Allah merahmati, barulah faham kenapa jarang sudah berkongsi resipi..apapun no prblem at all..semestinya saya tak sabar nk dapatkan buku akak..all da best to you kak.. :much love: :)

husnul said...

Tak sabarnye nk tunggu buku k.ita..
Semoga semua berjalan lancar
Ameen..

husnul said...

Tak sabarnya nk tunggu buku k.ita
Semoga semua berjalan lancar!
Ameen!!

fromADDAdesk said...

Suka semuanya.....gorgeous dan cute miut

Yatie Fizzy said...

Assalam kak ita...hasil kerja tangan kak ita memang terbaik. walaupun simple je but nice really i mean it ^_^....in shaa allah semuga perlancaran buku resipi kak ita berjalan macam yang kak ita harapkan..in shaa allah =)

fazianbatrisyia said...

semuanya cantik & berseni. Kalau sy yg tempah lebih daripada puas hati.

Anim Daim said...

sedapnya nengok kek rainbow 2...
teruja sangat hehheheheh

zaImIslawayu said...

teruja sangt2 tgk kek2 akak..:)

mimie said...

i'm happy for you sist... ^_^

taty idris said...

K,ita... superbbbbbb!!! bonda wafiy sangat happy...... jgn serik utk amik order ati ye next time...

RamRamCute said...

semuanya cantik2 dan comel2 belaka..sayang nak makan...tengok aje boleh.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Subhanallah, besarnya bakat Kak Ita. Alhamdulillah, dalam pada mulanya kerana minat akhirnya menjadi punca rezeki yang tidak disangka-sangka, tahniah, Kak Ita. Lepas ni, tak payahlah lagi makan kek2 yang Kak Ita buat sebab dah ada orang lain yang jadik tukang makan, kan.. kan.. kan...

JaSSNaNi said...

semua cantek dan kemas.. teruja tengok deco2 tu.. semua comel..

Zaiton Rahman said...

Salam kak ita guna nozel brp utk deko star seluruh kek besday tu

Nur Islam said...

Semoga akak bahagia dn drahmati oleh allah swt...
Terima kasih share resipi lemon cheese cake..
Smakin mantap hasil tgn akak.. Kagum dn sronok bkunjung d blog akak dn jg facebook..
If dekat, dh lm order kek dr akak...

Zaiton Rahman said...

Akk guna nozel no brp utk buat star dkt seluruh kek besday tu???

Zaiton Rahman said...

Mcm mane nk buat teknik buttercream tranfer tu kak ita

cik hani said...

Semuanya menggoda selera..

Zaiton Rahman said...

Oder area ledang ambik x kak ita

Salmi Khairil said...

bestnya k.ita kreatif..mcm2 boleh

Scarlett O'Hara said...

Cantiknya kek!Idea kreatif dan original.

zuliey_zaa said...
This comment has been removed by the author.
zuliey_zaa said...

Assalam k.ita..! Wow..makin menjadi2 idea n kreativiti akak ekk..terbaik lah kak..so SUPERB!!! M spchless!

zuliey_zaa said...
This comment has been removed by the author.
Nur-nba said...

Sangat cantik kek Kak Ita.. Mama Wafiy tu kawan saya.. ;)

SYAHIDA said...

salam kak...suka sgt tgk kek2 akak..cntik2 dan nmpak sedap je...akak blh bg petua tak?sy bab baking ni mmg bermasalah skit..aritu try buat kek red velvet tp xmnjadi...kek jd warna koko and rsa pn xsedap...tp sy xuna resepi akak la...rsa cam ive up nk buat kek pn ade gak...tp geram nk buat kek dgn tgn sdri huhuuh

ibundo said...

salam ita. Memang ita seorang yang tersangat kreatif. Cantik cantik belaka hasil tangan ita.
Bundo guna resepi lemon cheese cake ita semalam. Sedap... Terima kasih ita.

misz hazel said...

akak, cantik sgt kek akak buat.akak dok area mane

Qaisara Masyah said...

mmg cantik2 kek akak buat..cam sayang klu nak mkn...hehe...

Bbwana adienia said...

hai..salam kak ita..

wah, saya sangat teruja tengok kek2 yang akak buat..suka la tengok hasil deko yang kemas dan cantik sangat tu..

Sufi Al-Arshadiy said...

Raya tahun ni turn balik kelantan tak kak? Teringin nye nak tempah kek dengan akak. Hehe...Nanges je tengok kek pocoyo tu. ape cantek sgt semua ni....adehhhh...

mochalicious said...

Salam...

tak sabaq nak tunggu buku akak...Good Luck & take a deep rest ye kak... ggrrrrr :)

gee nazri said...

Tahniah k.ita.. Xsabar mnunggu buku k.ita. Btw Frosting kek birthday k.ita guna cream cheese buttercream @cream cheese frosting? Keliru sbb rasanya resepi x sama kan... Love u k.ita

Kem Mirza said...

pocoyo always make me smile... love him

Ummi said...

Ita, salam ulangtahun perkahwinan...terlepas pandang kot akak ni... Apapun yg Ita usahakan dan paparkan, sentiasa memukau dan mengujakan...tahniah Ita!! Waaahh, x sabar nak dapatkan buku resepi Ita tu...Julai eh..Julai...Julaiiii...uish jgn sampai ketinggalan...dlm ingat2 nnt, jadi lupa jgk...hehe.. Tahniah sekali lg atas projek buku resepi Ita tu...tumpang bangga!! Dah boleh digelar Chef dah ni...hasil seni dan kebolehanmu dah hampir setanding dgn Chef2 yg berada di luar sana, yg memegang sijil2 pelbagai...alhamdulillah

fuza said...

salam kak ita...cantik2 kek. Kalau saya kat JB mmg nak order kek rainbow ni utk birthday anak saya. So saya kena buat sendiri lah..nak tanya ni resepi utk cream cheese frosting tu..nak warna guna pewarna biasa (star brand) boleh ke?

MyRainbowDreams said...

Salam kak ita, tolonglahhhhh buat watermark dekat gambar akak tu. Sy x suka betul kalau ada org jahat curi gambar akak :(

Saya sedihhhh sgt bila ada org yg sesuka hati ciplak hasil org lain, lagi-lagi hasil kak ita.

Salam sayang,
mira

keyti said...

as slm sis... sy sgt suka tgk deko kek yg sis buat tu... very cute and creative.. kalau la sy duk dekat dgn sis, sy mmg oder dgn sis aje la.. suka sgt!!!

keyti said...

as slm sis... sy sgt suka tgk deko kek yg sis buat tu, very cute and creative... kalau sy duk dekat mmg sy akan oder dgn sis lah!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Ita..
Tak sabar akak tak dapatkan buku resepi dari Ita.. nak tau sangat bagaimana teknik buat agar2 yang cantik tu.. & macamana nak letak bunga atas agar2 supaya ia tak gelongsor sekiranya tersenget dlm perjalanan... maklumlah kan kdg2 perjalanan jauh boleh rosakkan keadaan kuih yg kita buat jika tak handle betul2...

t.kasih Ita utk semua perkongsian idea.. sesungguhnya Allah mengurniakan bakat yang sangat besar buat Ita.. tahniah dari akak..

DiDie said...

Kalau rase tak keberatan silalah follow blog sye :) kak ita too :)

mrs. rahman said...

salam kak ita, boleh saya tak kak ita bagi tau camana cara kak ita letak fondant deco atas kek yang bersalut cream cheese tanpa fondant deco tu mencair? adakah jenis fondant yang digunakan or kak ita tak letak kek dalam peti ais langsung before and after deco?

harap kak ita dapat bagi tips.

Cik Eka said...

tringinnya nak makan kek devil tu.

nyum2.. hehehehehe


kalau dekat ni, dha lama dah tempah..

suka sangat tgok hasil2 akak, sebab akak pandai main dengan warna, kek semua nampak mewah. best best..
tak sabo nak beli buku akak

tulip glowing said...

salam kak.. selama ni ada sorang je local baker (malay) yg sangat saya kagumi kek2 yang beliau hasilkan, dari segi design, detail dan kekemasan.

http://www.fadrizals-cakes.com/

sekarang ni dh bertambah sorg lg, akak la.. hihi...

Subhanallah besarnya bakat yg Allah kurniakan... bukan calang-calang org blh buat.. kalau setakat ada minat je mcm saya ni, kalau tak gifted..nmpk sgt beza outputnya... tahniah.. keep it up.. you really inspired me

Hanim Wahab said...

salam ita..kek rainbow rectangle besar yg ada no. 1 tu ita guna loyang saiz berapa..akak plan nak buatkn kek size 20"x10" utk besday anak for next jan 2014 nnt..

Powered by Blogger.