Follow if you like

May 16, 2013

Terima Kasih Cikgu..


Tanggal 16 Mei merupakan tarikh yang tak dapat dilupakan oleh setiap pelajar dan warga pendidik. Tarikh keramat inilah merupakan hari dimana setiap murid menghargai jasa dan pengorbanan guru yang selama ini bersusah payah mencurahkan ilmu kepadanya.

Setiap kali tiba tarikh keramat ini ita pasti teringat kenangan di bangku sekolah. Wajah guru sentiasa berlegar-legar silih berganti. Siapa yang tak ingat kenangan di bangku sekolah kan..? Setiap hari berhadapan dengan guru-guru yang adakala kita suka kehadirannya.. dan ada kala jika dia tak muncul hati berbunga ceria.. itulah kenangan di waktu sekolah dulu..


Pada ita setiap hari adalah hari untuk belajar dan.. belajar. Walaupun telah lama meninggalkan bangku sekolah tapi ita masih lagi belajar dan akan terus belajar.. Segala pesanan dan nasihat guru sentiasa ita ingat dan masih tersemat di lubuk hati..

Di kesempatan ini, ita ingin merebut peluang untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang telah banyak berjasa pada diri ini. Yang telah mengajar ita mengenal dunia.. dari anak hingusan yang tidak tau apa.. diajar menulis.. membaca dan mengira.. Terima kasih cikgu, semoga cikgu sentiasa di berikan kesejahteraan, dikurniakan kebahgiaan, kesihatan yang baik dan sentiasa didalam rahmatnya..

Khas buat semua guru
Sekolah Kebangsaan Nong Chik Johor Bahru
Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah
Sekolah Menengah Aminuddin Baki
Sekolah Agama Bukit Zaharah Johor Bahru
Sekolah Agama Tambatan Kg Mohd Amin Johor bahru
Sekolah Agama Kg Pasir Johor Bahru.


Juga tidak lupa ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik anak-anak ita, Segala pengorbanan guru akan saya sekeluarga kenang selagi hayat dikandung badan..

Khas buat semua guru
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Nam Heng
Sek Kebangsaan  Taman Rinting 2 Masai
Sekolah Agama Taman Rinting
Sekolah Agama Johor Jaya
Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2
MRSM Muazaam Shah, Pahang
MRSM Tun Ghazali Shafee, Kuala Lipis Pahang
Sekolah Sultan Alam Shah, Putra Jaya


Dan teristimewa buat Cikgu Halifah, Cikgu Selvi, Cikgu Suhadah, Miss Yeo, Cikgu Yong, Cikgu Syed, Cikgu Rashid, Cikgu Zul, Cikgu Almi, Cikgu Syed Putra, Ustaz Zaini , Puan Chea, Cikgu Nureen, Chef Amer, Ustazah Wan habsah dan lain-lain lagi yang pernah membimbing ita dan anak-anak ...



Terima kasih Cikgu


Resepi Kek boleh tengok di sini : Devil's Food Chocolate Cake




16 comments:

Cik Ess said...
This comment has been removed by the author.
Cik Ess said...

seriously..
terliur sy tgk..
cntik kak!..hihi
rasa dia mst agi sdp... ;)

Cik Ess said...

nak resepi???
hihi

fromADDAdesk said...

Selamat hari guru juga buat kak ita...u're teacher for me...segala jasa baik kak ita curahkan idea dan resepi step by step from alam maya sgt sya hargai....walau kita tak pernah bersua..seakan2 kak ita berada didepan saya bila tiap kali saya bake a cake....tq so much..may Allah bless u till jannah

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

sya sangat tertarik dengan kek yang kak ita buat tu..sangat comel dalam bekas yang kecil tu..

Aimi Laili said...

kita pun rujuk blog akak untuk masak2, maka happy teacher's day to u too. :) sekolah kita samaa haha kita dedulu pun sekolah seta & sek agama tambatan tinggi :) sekarang ni nong chik tu dah berubah betul hehe

NinaAz said...

Kek tu mesti utk cikgu anak2 akak kan. Heheh

faa.rosli said...

selamat hari guru untuk kak ita jugak! sebab sedikit sebanyak faa ada belajar dari blog kak ita so secara tak langsung kak ita guru faa kan? hehehe

雷切儿 said...

wa~cantiknya。

Mariyam Nabella Ishak said...

salam kak ita,

bole sy tau x kat mne akk dpt beks tu skali ngn penutup..sy tggl kt kl.kedai kek yg sy pergi bkas tu xde pnutup

Salam perkenalan,
Nana
http://mummysoffya.blogspot.com/

Raradazzle said...

Salam Ita,

Kalau tak keberatan, boleh beitahu mana you beli berkas yang ada tutup tu? Very useful and environment friendly guna foil. Terima kasih. Semoga Allah sentiasa berkati you seleluarga.

Raradazzle said...

Salam Ita,

Kalau tak keberatan boleh tak beritahu kat mana nak dapatkan berkas yang ada penutup tu? Thank you and semoga Allah sentiasa berkati you sekeluarga. Aameen.

JunAina said...

Suwittnya kak. Kreatif sangat.

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

as salam k ita.. nak juga bertanya.. yg dlm resipi kak ita tu kek tu dipotong, kan?? tapi yang ni akak masak terus ke dalam bekas tu?? berapa minit kalau nak bakar??
tq kak...

Aku Dan Kalam said...

Assalamualaikum wbt Kak Ita,

(saya harap saya tidak tersilap memanggil kakak, kerana bimbang juga entah-entah saya yang lebih tua dari akak)

Saya suka membaca blog-blog di masa lapang. Dan blog akak merupakan terbaik pernah saya baca. Gambar yang sangat menarik. Saya berharap akak jangan malu ataupun serba salah untuk berkongsi apa yang akak ada. Ada beza sebenarnya orang yang menunjuk untuk rasa riak ataupun menunjuk untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Bagi saya, perkongsian akak menggembirakan saya. Kerana saya tidak mampu memiliki kamera seperti akak, tetapi hati saya tetap gembira kerana menatap gambar-gambar akak membahagiakan saya. Teruskan apa yang akak buat. Kerana bukan sahaja saya, ramai lagi yang menanti-nanti entri terbaru akak.

Salam sayang

siti aisyah mohd nasir said...

kretif nye akak..
akak nie kalo nk jual guna internet mcm mn???
agak-agak tahan lama tak???
bekas nak isi boley dapat dekat mn yer??? kbnyakn yg sy g tngok dekat kedai kek tak ad..

Powered by Blogger.