Follow if you like

May 27, 2013

Lavender Hydrangea

Assalamualaikum..


Apa khabar semua para ibu-ibu..?
Macam mana sitausi hari ini.. Pasti penat melayan kerenah anak-anak yang bercuti. Tak apalah.. dah menjadi tanggungjawab dan amanah yang terpikul.. laksanakan dengan seikhlasnya insya Allah pasti akan ada ganjarannya di akhirat nanti.


Ita masih lagi dalam mood tempahan dan masih lagi dengan kek Devil's Food Choc Cake. Tapi kali ini ita beri sentuhan bunga Lavender Hydrangea yang ita belajar dari kelas bersama Lia Oven. Masih banyak kena praktis untuk dapatkan bunga yang nampak lebih lembut dan hidup.

Ni kalau Lia nampak mesti dia kata.." bukak balik.." aduyaiii... hihi

Sebenarnya untuk dapatkan sentuhan bunga yang cantik kita kena banyak praktis dan selalu bermain dengan icing. Tapi tau ajelah kan icing tu berminyak-minyak.. satu dapur melekit di buatnya.. tu yang kadang kala bila mengenangkan nak mencuci peralatan yang berminyak selalu aje angan-angan nak mengubah bunga ni terbantut..

Tapi kalau tak di praktikkan ada terlupa pula segala ajaran yang sifu sampaikan.. rugi pula rasanya..
'practice makes perfect' lakukan dengan iklas dan penuh kesungguhan insya Allah pasti berhasil.. Ita pun perlu lebih banyak latihan.. banyak kelemahan diri yang perlu di perbaiki.. 




20 comments:

Jun Emran said...

comelnya kak... geram tgk..

Eda Michio said...

yummmy...

Nur-nba said...

Dah cukup cantik ni kak.. Rasanya lepas ni tentu akak dapat lebih banyak tempahan.. ;)

Akma Khaieri said...

comel & cantik sangat....bolehla mintak tempahan luar kawasan..boleh?hehe

Pelangi Cerah said...

Cantiknya bunga kak ita

Fazlinil Irma said...

sy selalu berangan.. kan best kalau paip air rumah sy ada air panas terus.. senang nak basuh peralatan.. :)

Chah said...

Kalau akak kena 'bukak balik', saya plak agaknya...'buang semua!'..huhu...comey la kak ita. Saya sokong kak ita dah mula ambik order walaupun dah lamaaaaa dulu sepatutnya akak terima tempahan... Sbb lg byk masyuk lagi boleh pektis kan kak.... Always one one touch creative dr akak....:)

Siti Aisyah said...

Assalamualaikum k.ita..nk tany...ap perbezaan rase antara devils food cake n black n white russian?dua2 x prnah rase..nk wat kek tuk besday ayah..k.ita rase kek ape y yg sesuai?
*harap k.ita dapt balas*:)

Ummi said...

Fengggsaaaannn..... ^____@

analisa said...

masyaAllah.... selalu cantik karya kak ita nih....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul Kak Ita, mengenangkan kesulitan membasuh peralatan tulah yg selalu membantutkannya sy utk mmbuat & menjual kek icing ni.. tapi bak kata orang tua, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (sayalah tuuuuu.. huhuhu)

adda syuhada said...

sedap ni!!!

RynaHakimi said...

Cantik sangat2..teringin nak belaja jugak.huhu

雷切儿 said...

wa~cantik

Siti Rohani A Bakar said...

Kak ita,klu kek besar ni brp k.ita amik

D.a.a.l.i.a. said...

"bukak balik!" hehe ... tak la Nita ... practice makes perfect :0

Roses_Leo09 aka Hanim said...

nak satu kak ita. Pos pi penang ok

fara said...

i nak tempah untuk kenduri cukur jambul anak i..

tapi i kat shah alam.
i memang minat hasil kerja kak ita.
possible tak untuk i dapatkan tempahan?

Masz Health Boutique said...

Cantiknya k ita,

kemas dan rapi gitu...

jom berkunjung ke blog saya untuk tips kesihatan dan kecantikan..:)

Asiah said...

Nak belajar jugak. Kat mane Ita belajar. Ingat 2014 ni nak mula belajar

Powered by Blogger.