Follow if you like

May 18, 2013

Kek tunang atau kek nikah ?

Assalamualaikum..

Rusian Black and White Square
Saiz : 9x9 inc
Berat : 3.5 kg
Tinggi : 6 inc

Bertemu kita di penghujung minggu. Pasti ramai antara kita yang menerima undangan majlis pertunangan atau majlis pernikahan. Sekarang majlis perkhawinan dah tak tunggu cuti sekolah. Boleh dikatakan setiap hujung minggu ada sahaja jemputan untuk majlis tunang atau majlis khawin.


Berbalik pada kek yang bakal ita kongsikan petang ni. Sekali pandang pasti semua dah tahu, ini adalah kek Rusian Black and White Cake. Kek ini adalah tempahan dari adik Are Fi Qah, kenalan ita di alam maya.. hihi

Afiqah berkenan sangat kek Square Rusian Black And White Cake yang ita buatkan untuk birthday Azrul
Menurutnya lagi ia suka kek yang nampak simple dan hanya inginkan sedikit hiasan strawberry. Dan inilah hasil yang termampu ita hiaskan.


Semoga adik afiqah berpuas hati dengan kek yang akak buatkan ini. Ribuan ampun dan maaf diatas segala kekurangan. Terlebih atau terkurang akak minta halal dunia dan akhirat ya dik..


Kek ni sangat berat tau! anggaran 3.5 kg. Mungkin kerana ia menggunakan cream cheese dan chocolat yang padu yang membuatkan beratnya... nak angkat pun naik lenguh tangan. Tinggi pulak tu, sampai tak muat kotak. Ita puas cari kotak yang tinggi dalam 7 inc tapi tak ada lah pulak.. Yang ada semuanya 5 inc sahaja.. maaf ya Fiqah tak boleh tutup pulak kotak tu.. ^__^


Kepada yang nakkan resepi kek ni bolehlah berkunjung ke SINI akak dah letakkan resepi dan kaedah penyediaannya sekali. Bye!

Kepada yang berhajat nak tempah kek ita boleh hubungi adik ita Aluya di talian : 017 7279179






28 comments:

Rencah Kehidupan said...

K.ita, mohon amik resepi yer. Tq yer.

Rencah Kehidupan said...

K.ita, mohon amik resepi yer. Tq yer.

ummiaisyah said...

sukanya tgk hasil kerja kak Ita..sentiasa terbaik..u're always my inspiration! semoga Allah swt memberkati K ita !

Mat Gebu said...

Kak,kalau kek ni untuk hantaran kawen, terus terlupa bini...hahahaha....serius lawa sangatt!!...

Noorsha said...

salam.. k ita..waah da amik order ke.. cun cun cunn... tahniah ..moga berjaya..hehe.... k ita utk kek yg tinggi ni mmg x leh muat kotak kek biasa.. selalunya kt kdai barg baking ada jual jenis kotak yg mcm kotak hadiah tu...material dr kertas keras ..... ada mcm2 size dr 8x8 sampai yg lebar meja.. mmg khas utk kek yg tinggi2.. nnti cube akk tengok2 @ tanye tokey kedai tu... hehe

Kenit Cinonet said...

takyah tunggu hari nikah atau tunang, kalau macam ni la cantik dan manisnya kek yg kak ita buat minum petang pun sempoi hehehe (^_^)

Mas said...

salam kak....
moga makin maju jaya berbisness yerk kak...
hasil kerja akak pun sangat memikat hati sape yg melihatnya...sangat awesome
banyak memberi insprasi pd mas....


sahizatul sahimi said...

Perfecto! Memang best kalau dpt kek ni. Nanti nak tunang boleh tempah kat kak ita :)

A.B.M said...

sgt la awesome!!!! cantikk sgttttt.

Ummiakid @ lily said...

serius lawa kek ni sis....kalau org tgk mahu tengelam keayuan pengantin....:)

Nooriah Abdullah said...

cantiknya Ita sangat2 tergoda dengan hiasan nya tu

cindir-rela said...

salam kak!
nak tau harga!

email saye ye!
noraamira@gmail.com

Rina Audie said...

awww...cakenya cantik dan menggoda selera kak ita...

Ummi said...

Tahniah Ita....mmg patut pun kkomersilkan kek2 Ita...sentuhan penuh teliti dan cantik..! Nampaknya 'ibu duit' yg dilabur bakal berpulang ke poket dgn untung berlipat ganda... Tentu Chef dan guru2 yg pernah Ita hadiri kelasnya turut berbangga... ^____^

Ummi said...

Tahniah Ita....mmg patut pun kkomersilkan kek2 Ita...sentuhan penuh teliti dan cantik..! Nampaknya 'ibu duit' yg dilabur bakal berpulang ke poket dgn untung berlipat ganda... Tentu Chef dan guru2 yg pernah Ita hadiri kelasnya turut berbangga... ^____^

aZuMaya said...

Salam.. K.ita ..bila dtg kl .. nk order boleh tak.. cik rinn teringgin nk mkn kek air tangan k.ita..

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

cantik kek kak ita tu dan kemas..yang penting rasa kek ni memang sedap..

faa.rosli said...

Akak boleh bukak kedai...kalahkn secret recipe...huhu

Norpa Keezah said...

Wah, bagus2. Akak dah ambik tempahan. Mmg cantik dan tergoda tgok kek akak.

Norpa Keezah said...

Wah, bagus2. Kak Ita dah ambik tempahan. Mmg tergoda tgok kek akak.

Rozita said...

rajinnya akak ni... teruskan usaha kak.. cantik!!!..kalau dekat dah lama kuorder...

fazianbatrisyia said...

cantik sgt....yg kat kedai pun kalah ni..

Bibu Wilda said...

sgt2 kemas kak!2 thumbs up

Sherina Saniff said...

salam....kak ita,saya da cuba buat kek russian black and white cake umtuk hantaran tunang saya,alhamdulillah menjadi....

Zaira Asni said...

cantik sgt..pandai kak ita deco kek..congret

Zaira Asni said...

chumell..congret k.ita..

Zaira Asni said...

congret k.ita

Nakashima Miyako said...

AS SALAM.. SNGT CNTIK KEK NI, MCM BERKENAN JE TUK WAT HANTARAN TUNANG

Powered by Blogger.