Tuesday, May 14, 2013

FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND

Assalamualaikum



Bersua lagi kita hari ini.. semoga semuanya sihat-sihat dan sentiasa dalam rahmat Nya.
Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang ita rasakan dah meletup-letup dari tahun lepas lagi.. dan dijangkan pasti lebih bom lagi tahun ini.

Biskut yang sangat kruncy ni sangat mudah cara membuatnya tak sampai 15 minit dah siap! tapi harganya cukup mahal.. bertambah-tambah lagi harga barangan baking seperti badam dah melambung-lambung naiknya. Semasa ita beli ni aje harga badam dah RM 38 sekilo. Bayangkan berapalah harga biskut raya yang bakal di jual pada hari raya nanti..


Kaedah membuat biskut ini sangat mudah kerana ia di sediakan dengan tepung yang khas. Tepung florenta ni anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Masa ita beli harganya RM19 satu bag yang beratnya 500gm. Kalau anda nak buat berniaga boleh dapat dalam harga RM 16 satu bag tapi kenalah beli dalam kuantiti yang banyak iaitu satu kotak yang kalau tak silap ita ada 6 bag didalamnya.


Ini pula adalah bahan lain yang kita perlukan. Badam keping, kuaci hitam dan bijan. Anda boleh juga guna biji bunga matahari jika suka. 
Kerana bahan-bahan ini mahal tak hairanlah biskut ini dijual dengan harga yang sangat mahal. 1 kotak yang berukuran 12 x 24 di jual pada harga RM 45 sekotak pada hari raya tahun lepas, tahun ini tak taulah pula berapa harganya memandangkan harga barang yang dah melambung-lambung naiknya..
Ada juga yang diletakkan dalam jar. Jar yang biasa kita buat cake in jar tu.. harganya pula RM 25 satu jar.. aduh..!! tak tertelan rasanya. Bayangkan jika kita mempunyai keluarga yang ramai pasti terkebil-kebil biji mata nak membelinya kan..


Oleh itu ita cadangkan bagi mereka yang keluarga ramai, lebih elok buat sahajalah sendiri untuk makan sekeluarga. Satu bag tu boleh buat 2 kali sebenarnya tapi ia tak dapat banyak.. bak kata orang Johor tak muai.. Tapi kalau nak makan ita cadangkan buat sahajalah kerana cara buatnya yang cukup mudah dan ringkas.

Biskut ini hendaklah di bakar dalam loyang 14x14 inc. Loyang pula hendaklah di alas dengan kertas kek bukan kertas minyak ya sebab nanti ia melekat. Kertas kek tu ada jual di kedai kek 1 gulung harganya RM 12 ringgit kalau di JB di tempat lain ita tak pasti. Kertas ni kita boleh guna semula, ianya boleh dicuci dan diguna semula.


Selepas biskut dimasak ia hendaklah terus dipotong ketika ia masih panas-panas, kalau lewat dan ia dah sejuk.. alamatnya memang tak boleh potong lagilah.. patah-patahkan ajelah.. jawabnya.
Ita potong dengan pisau aje.. tapi ada rakan-rakan yang cadang guna pemotong pizza.. ikut lah kesesuaian.. Ukuran memotong tu terpulanglah pada kita nak potong besar atau kecil.

Jom kita intai-intai cara membuatnya


FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


Mereka yang tinggal di Johor dan Singapura boleh dapatkan dari Kak Patmah Aspar.


Boleh juga di bakar dalam magic pan HiG




115 comments:

ibh_sue said...

Asslmkm Kak Ita.
Tq Kak share resepi..Memang nampak sedap sgt..:)

hana fozi said...

Apa yg mlekatkn kekacang ni semua..mcm sgt menarik

Nurul Ismail said...

Satukan semua bahan sahaja ke? Tak perlu bahan lain? Semua bahan kering kan?

Nurul Ismail said...

Satu kan semua bahan sekali jer ke? Semua bahan kering?

Azlita Aziz said...

ya satukan semuanya dan ratakan dalam loyang.. nampak agak pelik tapi jangan bimbang bila di bakar ia akan melekat antara satu sama lain kerana kandungan tepung yg dah tersedia dengan karamelnya..

Mas Sani said...

Salam kak.. nmpk sdp sgt... bhnnya pun mudah xperlu guna gula or butter.. In Shaa Allah sy nk cuba..

Kedai Jahit Kami said...

Syukran kak ita. Dh lama cari resepi ni...semoga Allah membalas jasa baik akak....

Kuda Biru said...

Panjang intronyer kak..tp tetap nak baca jugak..mintak halal resepinyer ye kak...

anis anis said...

Mmg favorite biskut ni.... sedapnyer... mesti buat raye ni.!

June said...

Tks ita ats perkongsian ilmu ini..semoga ita dan keluarga terus diberkati dunia akhirat

Cheq Sue said...

amboi...tengok aje dah terliur...saya memang penggemar kekacang kak ita...boleh jugak kalau nak cuba buat, kena pejam la sebelah mata tang harga bahan2nya tuy. tapi setakat ni tak pernah pulak jumpa tepung florentine tu.. ^^

Reen said...

Salam ita. Can i know bakery mana u beli tis tepung. Tq.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang mudah membuatnya kak its... tapi MasyaAllah harga bahannya tersangat Mahal...

Terima kasih share resepi ;-)

Azlita Aziz said...

salam Reen kalau kat JB ita beli di Bake Zone di larkin bomba

Nooriah Abdullah said...

nampak sngt sedap Ita akak mmg fav yg berkacang gini, nak try cari tepung tu dulu kalau ada kat sini mesti nak try utk kudapan mmg laris ni sambil tengok tv hee

marzs hafiz said...

kak ita..mmg nmpk sdp,,

rahel said...

Salam Kak Ita...
Mula2 tengok tadi da berangan nak buat..skali tengok rupanya guna tepung khas er....melepas la....dah terasa2 kesedapan cookies tu...

Ummiakid @ lily said...

thanks sis ita...share resepi ni...nanti boleh cuba buat setelah jumpa tepung florenta ni....harap ada jual kat KK

aima said...

kak ita, nak potong tu macam mana?

aSHra haNI said...

kak ita..sy pena cuba buat dlm acuan muffin..npk comel mcm tempeyek mini..
senang pon nk mkn n keluarkan tak payah nk potong2..cuma kena ade byk acuan le hehe..

Tina Othman said...

Terima kasih kak ita atas perkongsian resepi ni, penah makan dan sedap tp tak tau pulak ada resepi

babylola2u said...

wah kak ita, pasti akan saya buat nanti. memang meletops. saya memang nak try bila tgk barefoot contessa buat kudapan mcm ni cuma bila tgk resepi kak ita, lagi senang rupanya. kak ita, kalau kita bakar dalam magic pan boleh tak agaknya ek?

Efrianti Robani said...

Wah senangnya kak...nnti bolehla saya guna resepi ni utk diajar d kolej komuniti ye

Gee® said...

Ita, gee angkut dulu resipinya... boleh buat untuk raya nanti... mekacih

CT Delima said...

As'salam Ita

Alhamdulillah..bolehlah ct mencuba juga untuk kudapan hari raya nanti. balik JB nanti nak cari tepung ni kat larin bomba tu area mana tu Ita...

terima kasih Ita :)

Jehanne said...

saya nak komen sikit boleh? actually the original italian florentine tak pakai florenta, but a mix of of melted butter, sugar, cream. and a mix a bit of plain flour with dried fruits. saya tak pernah pakai florenta flour, dan saya rasa tak berbaloi especially sebab resepi asal senang, maybe cream je yang mahal sikit.
sorry for the different opinon..sekadar sharing a lil that i know.

lina said...

salam kak ita....Tq mmg tgh cari recipe ni....love you kak ita...

fromADDAdesk said...

Love this so much...tq kak....syg kak ita rapat2...xoxo

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu ita... dah terliur tgk ita tayang.. terbayang rasa lemak2 kekacang tu...
bila ita dah promote ni tentu lebih meletop2 lagi biskut ni utk raya tahun ni.. hehe.. tp betul la bahan2 yg digunakan semua mahal2 ni... mcm tak berapa nak mampu je nak hidang utk raya... kalau buat silap2 habis utk anak2 sendiri jer.. hehe.. apa2pun t.kasih berkongsi resepi yg mudah tp menarik ni ye.. nnt nak usha2 tpong florenta tu dulu kat kedai bakeri...

Cahaya Pecinta said...

Akhirnya.... THANX ZILLION pd akak. Lame dh ngidam nk makan biskut ni lagi. mmg sedap coz crunchy! Senang rupenyer... boleh la try wat.. sedappnyer................

lina said...

kak ita...recipe yg akak hidang kan mmg mantop dan gambar pun aduhai cantik sangat...terus usaha akak...semoga sentiasa dlm lindunganNYA dan penjagaanNYA yg ESA.

Mas Zull said...

assalamualaikum azlita...mekacih atas perkongsian resepinya itu boleh la cuba nanti utk hari raya...:)

eithusa said...

salam kak ita,
waah, mengoda betullah resepi kak ita ni, tak sabar2 sy nk cuba :)

fazianbatrisyia said...

Iye la...brg2 kuih mmg dah mahal skrg. Untung buat sendiri..tak bayar kos upah penat...Bila dekat raya byk bahan dah takde di rak...tinggal tagging aje..rak kosong...tauke kedai kira untung...

Nampak sedap & mudah disediakan. Boleh cuba nanti.

suffian said...

Salam...kak Ita nak tanya tepung florentine tu akak beli kat kedai mana?Selangor ke KL? Kalo x keberatan bg lah nama kedai tu kut2 boleh kirim kat Penang....

Reen said...

Ok thanks ita. Will go there to beli.

ziela baharuddin said...

Alhamdulillah...saya pun salin resepi dr kak pathma masa kelas chef ameer ari2 tapi hari baru berkesempatan nak buat...lagi2 ada akk sebagai rujukkan...terima kasih ..nak tau berapa ukuran akak potong cookies nie ..?

Hanisah haidrus said...

Brp hrga setelap? Ada brp keping 1telap?

sall said...

Assalamualaikum. saya minta izin salin resepi ini ye. Terima kasih.

Akma said...

Salam k.Ita..time kasih share resepi yg mmg ramai tercari2...mmg sedap biskut nih...saya mesti try...Insyaallah bole buat utk raya nanti

norraberryz said...

saya nak mohon salin resepi yerr.. nak try buatlah.. cam sedap jerr.. trimakasih ita kongsi resepi..

Jane Hashim said...

owh nk try wat lah.

Jane Hashim said...

mana nak dapatkan kuaci .. yang dah siap kupas kulit kan ..?

Jane Hashim said...

mana nak dapatkan kuaci hitam .. yg dah siap kupas kulit kan ?

Azlita Aziz said...

kat kedai jual bahan kek ada jual

MsEatHapPy said...

Oh mcm ni recipe dia...senang gile..anyway thanks kak share resepi ni..must try....

zue said...

Salam Ita.Akak dh try buat..mmmg sedap x boleh brenti mkn.Di Penang ni tepung Florenta tu mahal 1 bag RM 31.Nk minta tlg Ita tunjuk kertas kek tu boleh?

risa shops said...

Salam ita..kene timbang dulukan bhn2x dia...huhu sbb try gak ari tu...x bape nk jd huhu...

risa shops said...

Salam ita camana nk contact or pesonally emaip ita erk...huhu ada byk nk tnya

Aniez Zack said...

Mmg sedap.. n mmg cdg nk buat sdiri.. thanx k.ita bg resepi

Nur said...

Thanks 4 the resepi..sy tgh buat biskut ni..

Nur said...

Thanks kak resepi tu..sy tgh buat ni..hrp2 jd..

nurainieys isa said...

hahaha HIG... glamournyer pakcik mail langkawi... hahaha macam senang kak tapi kat langkawi ader tepung tue lah..

farhanamamarifs said...

Kak ita, dh lama baca blog akak, duk mengidam biskut nih. Semalam pg kedai peralatan bakery, tetiba nampak tepung Florentines dijual dgn harga rm18 satu.

Tahun ni boleh la buat biskut raya sejenis ni aje.. Lalala

farhanamamarifs said...

Kak ita, dh lama baca blog akak, duk mengidam biskut nih. Semalam pg kedai peralatan bakery, tetiba nampak tepung Florentines dijual dgn harga rm18 satu.

Tahun ni boleh la buat biskut raya sejenis ni aje.. Lalala

danisyah said...

Salam kak ita... hari tu saya buat jadi...sbb saya pakai tepung forenta... n now.. tepung tu susah nak cari...kata kakak di yummy tu kata...lepas raya baru ada.. saya pulak dah ambik oder...aduhhh... ni saya nak tanya ngan kak ita... kalau pakai tepung crispy cookie mix ni mcm mana

danisyah said...

Salam kak ita... mcm mana pulak kalau guna crispy cookie mix ye...

laman halawiyat said...

Memang dah lama mencari resepi ni. Syukran jazilan..terima kasih Ita.

Cik Sakura said...

boleh try tuk raya ni..tq k.ita..

yen (azie) said...

Kertas kek tu mcm mana rupa?? Sbb sy beli kertas minyak...

NuR HiDaYaH said...

salam sis,nak tye,berapa tebal sis buat biskut ni?sy buat jdi nipisla..

NuR HiDaYaH said...

salam sis,nk tye berape tebal sis buat biskut ni?sy buat jadi nipisla..

deci bakery said...

salam kak ita saya wati bebaru ni saya guna tepung crispy kat bake with yem dia kata leh guna utk resepi akak saya x guna lah tepung florent nie...bila saya buat x cair2 tapi melekat
tapi buruk lah...

DURRAH HANANI MOHD HASHIDAN said...

salam akak,,klau nk mntk tlg bli tpung ni boleh x? kt kb sy cri smua xdak:(

aina nabila said...

Salam xyah buh air ker sbb buh tpung ngan koci jer pastu bakar trus jdi melekat2 tu yer?

aina nabila said...

Salam akak xyah buh air ker hnya cmpur tpung dgn koci jer pastu bakar dan hasil dia melekat2 tu yer?

cornlover said...

sshnya nak cari tepung florenta ni...

cornlover said...

sshnya nak cari tepung florenta ni

Intan Juerainy said...

tq akak.... dok ngidam nih...

Nicole W said...

Saya memang suka buat cookies ni. Saya sudah beli 3 carton tepung florentines ini, tiba tiba customer cancel pulak. Kalau ada siapa siapa yang perlukan, bolehlah hantar message kat I ya, 0164027128. ^^ Terima kasih banyak banyak kepada azlita, tanpa kak, saya pasti tak tahu ada cookies yang begitu senang dibuatnya. ^^

Fadzilah Wahab said...

mohon copy resepi ya..t ksh :)

FD Kids said...

Salam kak ita..sy penah makan biskut nii..mmg sedap...mkn 2org 10minit dh abis..arini sy nk try buat..hope menjadi la yerr..resepi akk mmg simple..thanks kak...

shery said...

Salam kak ita..sebelum ramadan baru ni ada la person yg bagi tester biskut ni..mmg sedap sgt.. beli la sebalang kecil..rm27, terdetik dihati..mahalnya. Akhirnya find kat internet resipi ni..last2 terjumpa resipi kat ita.. Raye ni memang nak buat la..tapi tak tahu la tepung tu ada jual ke tak kat Ganu nie...thanks kak ita..sudi share resipi.

fatin nadila said...

Salam. Nak tanya..kertas kek tu same ke macam parchment paper? Plss answer..

CiK Nik @ keNek :) said...

Dah 4thn buat biskut nie..ni kira bnda wajib buat...anak2 sedara mmg paksa wat bnda nie time raya..n mmg xpenah sempat serve kat tetamu..mmg licin dibalun oleh mereka n adik beradik jek.. ;)

rinduan citarasa said...

Kak ita...
Tolong syer gambar kertas kek....
Tq

Azizan Ali said...

Salam, k ita, saya minat betul dgn blog k ita, saya try resepi florentine ni sbb k ita gak, tapi saya sedih, apasal bila saya buat biskut ni, bila potong, tak dpt cantik mcm k ita...sedehhh...

Azizan Ali said...

Salam saya habaq, tepung florenta tuh ada di jualkat kedai bakeri belakang kedai tesco ampang, tak ingat nama kedai, tapi dia pembekal tepung florenta, satu peket dia jual rm 15 je, saya baru beli 2 peket semalam....

Azizan Ali said...

Salam saya habaq, tepung florenta tuh ada di jualkat kedai bakeri belakang kedai tesco ampang, tak ingat nama kedai, tapi dia pembekal tepung florenta, satu peket dia jual rm 15 je, saya baru beli 2 peket semalam....

hani zaha said...

tiba-tiba je terasa nak buat hihihi...thanx for d resepi n cara buat.. >_<

Lavendar said...

Kenapa saya bakar 20 minit pun tak tukar2 kaler.. saya bakar api 180... saya guna tepung bienetta.. sebab florenta susah nak carik.... normal ke

Lavendar said...

Kenapa saya bakar 20 minit pun tak tukar2 kaler.. saya bakar api 180... saya guna tepung bienetta.. sebab florenta susah nak carik.... normal ke

Riena Winkwink said...

TQ atas perkongsian ini . Dah cuba, Alhamdulilah mudah dan sedap...

Pemilik blog, kalau perkongsian ini bermunafaat, boleh share dengan semua.. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Link untuk dikongsi..

https://www.facebook.com/TualaWanitaBiasaPuncaBarahTukarKeLexeww

DESA PERMAI said...

Haritu makan di kampung, mmg sedap dan crunchy...habis sebalang saya makan..

'Aisy Al Amin said...

as salam kak ita..saya dah lama mengikuti blog akak.. sedap sgt2.. nak try buat tp kat c nie xda jual tepung florinta.. huhuhu

'Aisy Al Amin said...

nak akak tlg beli kan boleh.. hehehhe :)

Azie Yus said...

Ermmm..kene try jge nih...

Azie Yus said...

Ermnn...kne try jge nih

Simple Art 8414 said...

ni kuih peberet sgt..tQ sis utk resepi..

aneka4shoppe said...

Tengs Kak Ita, sy percaya dengan perkongsian akk ni, ramai rasanya yang dah buat duit.. Maksud sy buat duit dengan resipi yg akk kongsikan.. Mudah2an murah rezeki akk sekeluarga... Amin..

aneka4shoppe said...

Salam Kak Ita. Terima kasih dengan perkongsian resepi... Saya percaya ramai yg dah buat duit dgn perkongsian akk ni... mudah2an dimurahkan rezeki Kak Ita sekeluarga.. Amin

Rabiatul Adawiyah Sharaieokonkwo said...

salam kak. kalo kat srwk susah nk crk..

Rayyan Garofalo said...

Alhamdulillah..da lama da cari resepinya..akhirnya berjumpa jua..terima kasih puan kerana berkongsi resepinya..

n.e said...


salam.
thank u for d recipe.:) ada soalan nak tanya, ade perbezaan tak nanti pada rasa bagi jenis jenis tepung yg berlainan seperti yg terdapat dalam sesetengah blog bila digunakan? contoh: florenta, siebin(bee-sting-mix), bienetta?

thank u:)

BungaApril said...

Salam Kak Ita,

Pertama nak ucap jutaan terima kasih sebab sudi post n benarkan kami yang amatur ni mencuba resipi dari kak ita. Saya dah cuba utk raya lepas dan memang sedap. Tak sempat nak sejuk dah habis..tapi saya mintak ampun sbb derhaka resipi akak sbb saya ubah bahan, saya masukkan lebihan cranberry kering,blueberry kering dan kepingan kulit limau kering.. sayang dengan lebihan yang ada, jadi saya campurkan sekali, dapatlah rasa yang pelbagai, tapi base masih guna sukatan yang kak ita bagi cuma saya gandakan.. terima kasih ya kak..

adif_rs said...

assalammualaikum....mntak halal dunia akhirat yer resepi....tq kak ita...

adif_rs said...

assalammualaikum....mntak halal dunia akhirat yer resepi....tq kak ita...

Zalina md jalil said...

salam k.ita...susah nk dapatkan tepung florenta t diterengganu...bole k.ita tlng belikan

amy dayana said...

Tqiu for sharing kak ita.. :)

Hasnieda Mohamad said...

Oh myyy.... thanks for the recipe... kalau nak beli memang mahal sangat so boleh jimat banyak kalau buat sendiri macam ni... yeayyy... suka... sukaaa...

elen azua said...

Salam kak...nak tanye..klu di JB, akk biase prg kedai kek yang mane yer??

elen azua said...

Salam Kak...nak tanye..biase di JB, akk prg kedai kek dkt mane yer??

Ismail Golok said...

sdapnye sis

Devenayagi Muroogas said...

kak.. tq for the recipe. I buat jadi mmg sedap. yummy. Siap ade org suruh I buatkan lagi... TQ again

Norliza Saidi said...

assalam...tq utk resepi. Sy baru cuba buat dan suami suka sgt2 sampai dipeluk yer balang tu...hehehee

Bazlia Amoza said...

assalam sis..dah cuba memang best!! thx for the resepi..

Durrah AlHusna said...

السلام عليكم
Jazakillah..terima kasih ita atas resepi..doakan menjadi akak buat florentine cookies ni

kimmykiup said...

salam kakak,
kalo pakai microwave boleh x..

-reply ke direct mail.. kimmykiup@gmail.com

thanks.

Vitamin Umie Beauty & Healthy said...

sedap nyer...dah lame teringin nak buat.now...blh try...

jemput jenguk blog http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.sg/

Adi Didi Hans said...

Assalamualaikum kak Ita, saya nak tanya, florenta tu sama dgn bienetta tak? Murahla sangat florenta.Sini (Shah Alam), saya tak jumpa lg dgn florenta. So saya guna bienetta tp mahal la sangat bienetta nie. RM26.80 utk 600g. Ade sape2 di Shah Alam yg tau mane bole dptkn florenta? Tima kasih.

nurrizah nur said...

Share y

zaciko84 said...

Àssalamualaikum. Sy ada jual tepung florenta ni siap dgn bhn2 kekacang dia lg. Tapi agak mahal la dr harga yg ada dlm reply2 sblm ni sbb dh ready.
Kalau nk detail lg pm sy kat
FB page sy ZN's Magic Premix Flour.

Hilda Raffali said...

Assalamualaikum Kak Ita,
Alhamdulillah, tercapai juga nak buat biskut ni, my 3 year old suka.
Just nak tanya kertas kek yg dimaksudkan rupanya camane? Sbb kak iita kata boleh basuh and guna semula.

ANIS HALIL said...

Assalam..klu mls nk buat order je kt saye...hehehe...sebalang sy jual rm23 jer..alhamdulillah tahun ni tahun ke 4 bisnes saye jual almond crunch.. watsap 012-9195767 fb: anis sheikh's tq tuan rumah tompang iklan..

Ninazaimi said...

Terima kasih kak ita share resepi ni...