Follow if you like

May 24, 2013

ARMY SWEET LOVELY CAKE


Ombre Orange
Saiz : 9 inc
Berat : 2.5 kg +

Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Dah malam barulah dapat nak mengadap komputer ni..
Apakahabar semua teman-teman ita diluar sana..? Lama rasanya tidak bertanya khabar.. Besar harapan ita agar semuanya sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah.. Jaga kesihatan.. jaga pemakanan.. amalkan gaya hidup yang sihat.

Esok dah bermula cuti persekolahan. Bagi anak-anak yang tinggal di asrama semuanya dah pulang ke rumah. Masa inilah ibu-ibu semakin sibuk. Tapi ita pasti sesibuk mana pun si ibu.. demi anak-anak dan suami tercinta.. mereka tidak pernah akan mengeluh.

Pasti ramai juga antara kita yang dah mula merancang pelbagai program untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Nak makan angin keluar negara bagi yang berkemampuan maupun berkelah di tepi pantai.. Rancanglah semuanya dengan baik.. semoga setiap perancangan berjalan dengan lancar dan dapat merapatkan lagi kasih sayang seisi keluarga.


Bercerita pasal kasih sayang.. hari ini ita nak kongsikan kepada anda semua sesuatu yang mungkin boleh anda jadikan inspirasi atau idea untuk anda  yang mungkin ada yang nak menyambut ulang tahun.. ulang tahun untuk anak-anak atau suami tercinta. Atau juga bagi mereka yang mungkin sedang merancang untuk menyediakan gubahan kek sendiri untuk majlis pertunangan atau majlis perkhawinan. Manalah tau kalau apa yang ita kongsikan kali ini sedikit sebanyak dapat menyuntik idea untuk dekorasi kek idaman anda pula.


Pernahkah anda terfikir untuk menyediakan kek untuk parajurit Negara. Pada ita pengorbanan yang mereka lakukan dan amanah yang terpikul di bahu mereka untuk sentiasa memastikan negara kita sentiasa aman dan makmur adalah satu pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Apakah sumbangan kita untuk mereka pula.. Ita pasti mereka yang memakai uniform ini tidak pernah meminta jasa mereka di balas.. semuanya adalah rasa tulus ikhlas mereka dan tanggung jawab mereka memastikan keselamatan negara dan rakyat di bawah naungannya..

Kek yang ita sediakan ini adalah ilham dari adik Dora. Pada mulanya beliau amat sukar untuk memilih kek yang istimewa sempena ulang tahun suami tersayang. Sebagai isteri ita juga amat memahaminya.. pasti ita juga inginkan sesuatu yang istimewa untuk dihadiahkan buat suami tercinta. Dora meminta ita menyediakan kek bersempena ulang tahun suaminya dengan tema lovely and romantik. Tapi beliau inginkan kek yang ada sentuhan ke pahlawanan memandangkan suami yang beliau cintai seorang anggota tentera. Dari idea Dora ini maka terhasillah kek Army Sweet Lovely Cake ini. Sweet kan idea adik Dora kita ni.. mungkin kita juga tidak pernah menyangka akan hasil gambungan kek celoreng dengan kuntuman mawar putih di jambangan.. sungguh romantik sekali..
Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke akhirnya.. sentiasa berkasih sayang didalam melayari bahtera perkhawinan .


Kek ini adalah kek Ombre. Cuma kali ni Dora inginkan kek perisa oren. Dora juga inginkan dalam kek berwarna oren. Krimnya pula ita gunakan krim cheese frosting berperisa oren juga. Untuk krim luarnya pula ita gunakan basic buttercream resepi dari Wilton.

Pada ita kek ini juga amat sesuai sebagai kek pertunangan dan kek perkhawinan. Kepada yang nak mencuba silalah ya...

ARMY SWEET LOVELY CAKE
Olahan dar resepi Ranbow Cake
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

Rujukan : Zuraini Alias
Rujukan : Checkered Cake

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik

1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes oren
1 biji lemon zest
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren

Sediakan loyang 8 inc

Loyang segi empat tepat dan selinder
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila, pes oren dan oren zest
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan
mengikut warna dan saiz loyang yang digunakan
Letakkan pewarna dalam setiap bekas secara ton dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
kalau loyang muat 2 atau tiga boleh masukkan sekali, tapi bagi loyang selinder yang sedikit tinggi kena bakar berasingan sebab dia lambat sikit masak, loyangnya tinggi.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap


Orange Cream Cheese Frosting


225 gm cream cheese
225 gm butter
2 sudu kecil orange Sunquick
1 biji orange zest
2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula icing ( masuk sikit2 dan rasa takut termanis)
150 gm krim putar bukan tenusu


Pukul cream cheese, butter hingga lembut
Masukkan oren Sunquick, oren zest dan vanilla
Masukkan gula icing ( yg telah diayak ) sedikit-sedikit
Guna medium speed dan rasa gula ( takut termanis)
Dalam bekas pemutar lain putar krim putar hingga kental
Kaup balik krim putar dalam adunan cheese
Tambah pewarna jika inginkan warna.


Wilton Basic Buttercream

1 cawan butter
1 cawan cream well / shortening
1 sudu besar sirap glucos
1 sudu teh pes vanilla yang tak berwarna
4 cawan gula icing di ayak ( tapi tak letak semua.. letak sikit-sikit)

Pukul butter dan cream well hingga lembut
Tambahkan sirap glucos dan pes vanilla
Tambahkan gula icing yang telah diayak sedikit-sedikit dan pukul hingga berkrim. Gula ni letak sikit-sikit tau sampai dia berkrim aje.. dan kepekatan sesuai untuk piping, kemudian bolehlah letak pewarna untuk paipkan atas kek dan hiaskan kek ikut kreativiti.


Ini pula adalah kek yang di minta oleh cikgu Nazreen untuk anak kesayangannya Edreen. Devills's Food Choc Cake adalah pilihan beliau.

Kek ni ita potong empat segi panjang ukuran kotak bekas kecil. Ita hiaskan dengan tulisan nama Edreen sebagaimana permintaan cikgu dan ita juga lukiskan atasnya sebagai hiasan. Semoga adik Edreen dipanjangkan umur di murahkan rezeki dan membesar menjadi anak yang solleh serta membanggakan keluarga.


Kepada semua yang menyambut ulang tahun ita mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun.. semoga semuanya di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Memperolehi kesejahteraan di dunia dan juga di akhirat.




11 comments:

ummiaisyah said...

impressing as always Kak Ita!

Aza/Rin/Na said...

...cantik seperti biasa Ita :-)

Nor Hayati said...

Erm...cntiknyer...
Kalau la le wat cam ni.bersyukur nyer la.
Tqvm for evrythng.syg akk
.

Mat Gebu said...

Cantik menawan...kak, utk rose tu guna resipi buttercream yang sama eks?...

mimie said...

wawwww....cantekkkknyaa...
semoga tambah jaya baking2 kak ita..
muuach....muachhhh.... ^_^

雷切儿 said...

wa~cantiknya 。

雷切儿 said...

wa~cantiknya.

Yatie said...

mmng cantik kek yg Ita hasilkan...suka betul melihatnya...

Amie said...

wow! hasil yang sungguh kreatif... kenalah perah idea nak deko sesuai dengan tema ye ita!

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

kek tu memang nampak sweet sangat..cantik dan kemas..

fromADDAdesk said...

Kak.ita.....nice and gorgeus...saya selalu jadikan akak as my ilham...xpe kan...kreativiti kak.ita really make me ternganga bila tgk....hikhikhik...tq kak for sharing..love u

Powered by Blogger.