Follow if you like

May 13, 2013

ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum


Tanggal 4 Mei yang lalu adalah hari ulang tahun Dalili yang ke 11 tahun. Kesian Dalili kerana pada tarikh itu ita ada kelas dengan Chef Amer. Pada mulanya Dalili tak kasi ita pergi.. Tapi bila ita pujuk barulah Dalili setuju dengan syarat ita buatkan kek birthdaynya lebih awal.

Pada mulanya ita nak buat kek yang special sikit untuk Dalili, tapi ita benar-benar tak punya waktu.. dan hanya sempat siapkan sebiji kek Absolute Chocolate. Berjanji jugalah pada Dalili nanti bila ita ada masa ita akan siapkan sebiji kek seperti yang diminta olehnya.


Absolute Chocolate adalah kek yang semakin popular dan mendapat tempat dihati pengemar kek coklat. Rasanya yang penuh dengan rasa coklat yang mewah membuatkan pengemar coklat pasti tidak akan menolak jika disorongkan dengan sepiring kek coklat mewah ini.

Kek yang sangat mudah juga cara membuatnya. Kali ini ita sediakan dalam bentuk homemade supaya semua orang boleh mencubanya. Tak payah nak berhias pelbagai yang menjadikan kek nampak sarat. Kek yang lebih simple dan seminima mungkin hiasannya nampak lebih menarik.

Kalau di SR, atas kek akan di taburi serbuk koko, tapi ita tak letak serbuk koko kerana tau anak-anak pastinya tidak mengemari rasa serbuk koko yang pahit. Itulah bagusnya jika kita dapat buatkan sendiri kek untuk suami dan anak-anak kerana kita boleh omit mana yang mereka tidak gemari.

Jom kita intai-intai resepi yang mudah ini.

Mula-mula kita kenalah sediakan kek coklat terlebih dahulu. Untuk resepi ini ita gunakan resepi kek coklat moist. Kaedah pembuatan kek ini bolehlah rujuk N3 sebelum ini di SINI



ABSOLUTE CHOCOLATE CAKE

Kek Coklat Mouse

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis. 

Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 atau 4 kepingan


Chocolate Mousse

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan gelap
8 gm gelatin
30 ml air
250 gm Krim bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla
50 gm coklat masakan gelap di cincang kasar

Cairkan gelatin, kaedah untuk cairkan gelatin rujuk di SINI
Cairkan 100 gm coklat masakan kaedah kukusan (double boiler)
Masak telur kuning dengan kaedah kukusan sambil sentiasa dikacau hingga berkrim
Tuangkan gelatin dalam kuning telur dan gaul rata
Tuangkan pula coklat cair dan kacau rata, ketepikan
Dalam bekas lain putar krim bukan tenusu hingga kental
Tuangkan 1/3 adunan dalam adunan coklat dan kaup balik rata
Tuangkan baki adunan dan esen vanilla dan kaup balik sempurna


Ganache Coklat Krim

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
200 gm coklat masakan gelap
15 gm mentega

Panaskan krim dan sirap glukos hingga berbuih kecil tepi periuk
Tuangkan dalam coklat yang di cincang terlebih dahulu
Kacau rata
Tambahkan mentega dan gaul sempurna
Sejukkan
Kemudian pukul hingga berkrim

Kaedah penyediaan

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Basahkan permukaan kek dengan sedikit air nescafe ( sedikit sahaja untuk melembabkan kek)
Kemudian ratakan Coklat Mousse atas lapisan kek
Taburkan pula dengan coklat masakan yang dah di cincang kasar
lapikkan pula dengan sekeping lagi kek coklat
Ulang proses yang sama hingga habis
Akhir salutkan keseluruhan kek dengan mousse coklat
Simpan sebentar dalam peti ais paling kurang 4 jam

Salutkan pula kek dengan Ganash Coklat Krim
Deko kek anda mengikut kreativiti
Simpan dalam peti ais hingga ganache mengeras
Ayak serbuk koko atas kek sebelum dihidangkan jika suka




Ini pula Berry Yogurt Cup Cake, yang ita pelajari sewaktu mengikuti kelas Chef Amer tempoh hari. Alhamdulillah bila chef kongsikan resepi ini timbul idea untuk dijadikan door gift pada Birthday Dalili. Dalili bawa pergi sekolah dan jamu pada kawan-kawannya.

Kepada rakan-rakan yang inginkan resepi ini jangan lupa untuk menanti kemunculannya dalam majalah SAJI. Chef akan kongsikan resepinya nanti.. Sedap tau!! senang pulak tu cara membuatnya..



28 comments:

imazaima said...

Assalamualaikum ..... telan air liur mlm2 tngk blog kak ita.... : )

Efrianti Robani said...

Askum kak...sedapnya kek coklat ni...berry yogurt cup cake ni x sbr nk tggu mjlh saji nnti. tq kak. smpikn salam pd dalili & ucap happy birthday ye.

Efrianti Robani said...

Askum kak...sangat teruja dgn resepi akak dan chef amer. Tq kak... smpikn salam pd dalili & ucap happy birthday..

Ummiakid @ lily said...

coklat....ohhhh my feveret tu sis...pantang tolak kalau ada depan mata....terliur tengok...:)

Gee® said...

Sedapnya kek birthday Dalili...

Aiza Hamdan said...

Aduhhhh...tergudaaa melihat nye..abis diet aiza cm nih... ;)

Cida de' Nuanza said...

alahai kak...suka betul menggoda...

Nurul Ain said...

salam...nak tanya..masak telur kuning cara kukusan tu mcm mane ye kak ita??

Nurul Ain said...

salam....kak ita mcm mana nak msk telur kuning cara kukusan tu??

fazianbatrisyia said...

sedap & menggoda. Kadang2 hiasan kek yg simple itu lebih baik.

faa.rosli said...

cairr faa tengok ni...

fromADDAdesk said...

Kak..tq..mwahhh

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

wah, nampak sedap dan menarik kek ni untuk dicuba..

Bbwana adienia said...

salam kak ita..

wah, nampak sedap dan menatik kek tu untuk dicuba..

Corporate to Kitchen said...

Love ur cake pics! I love all your food pics but unfortunately dont know to read malay. Please can have translate in ur site.. plz plzz

EriN HairudiN said...

happy belated bday dalili....sama la kita 4 mei ye...taurus girl

Mas said...

memang mengancam habiss kek tu kak..
terliurrrr dah ni tau...

noorliana zamri said...

sedapnya kak ita

Mas Zull said...

assalamualaikum azlita....sedapnya tengok jer dah tahu...;)

Niena Ninot said...

salam kak ita..nampak sedap la kekk kak ita..nyum2..kak ita @ anyone can share their tips, macamana nak jadikan kek kita tue tahan lebih lama bila letak kat luar@suhu bilik??

aDisH.sHidA said...

ya Allah cantik dan nampak sedap sangat..hepi belated besday dalili

Nor Hafidza Haron said...

Kak, nk tnya. Apa kegunaan air panas yg dicampur last tu?if guna room temperature water boleh ke? Mmg adunan watery mcm tu ke?

Aifa Ebiz said...

Salam, hasil tangan kak ita mmg awesome. apa kata akak brandingkan mcm secret recipe tue, then jadik la franchisor

Nora said...

Askum kak ita... nora ader soalan... aper beza krim tenusu & krim bukan tenusu? Bole tunjukkan x packaging krim tenusu & bukan tenusu?

FuzaMS said...

Akk sy share resepi n buat..... mmg best walaupun 1st time trial. ... tq kak for all the guidance. ...

FuzaMS said...

Hai kak ita. Sy minta share resepi n dh buat.... walaupun x secantik akk punye kek tp rasa nyer mmg best.... anyway thaks for all the guidance. ....

sofia_0313 said...

Assalammualaikum kak, saya nak ucap terima kasih sebab kongsi resepi. resepi akak banyak membantu saya membuat extra income. sorry tak minta kebenaran dulu dah start niaga. apa pun minta halal ye.

hafiyaisyrizqin Hairolanuwal said...

Assalammualaikum..Tgk kat resepi tu 400 gm gula.. Blh kurangkan lg tak? Atau rs 400 gm tu dah ok? Tq

Powered by Blogger.