Follow if you like

Apr 12, 2013

Restoran Sup Tulang ZZ


Kalau ke Johor Bahru, tidak lengkap rasanya jika tidak merasai menu makanan istimewanya iaitu Mee Rebus.
Mee rebus sudah cukup sinonim dengan negeri Johor. Boleh di katakan cukup terkenal dengan kuahnya yang pekat dan mengamit hati ramai tak kiralah warga tempatan atau pengunjung dari seberang tambak.


Kali ini, kita berkesempatan untuk singah di di Restoran ZZ yang terkenal dengan Mee Rebus Tulang. Restoran yang terletak di Jalan Petri ini, di usahakan oleh En Zainal Abdul Aziz dan telah beroperasi pada mulanya secara kecil-kecilan seawal tahun 1975.

Gerai kecil yang di buka di tengah bandaraya Johor Bahru ini, pada asalnya hanyalah menjual roti tampal, mee rebus dan sup tulang sahaja. Sesuatu yang diluar jangkauan beliau, menu seringkas ini boleh menarik ramai pengunjung dan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan terutamanya daripada pegawai kerajaan sekitar kawasan.

Menurut beliau " Resepi ini pada mulanya saya belajar sewaktu saya bekerja di Singapura. Asalnya ia hanyalah sup tulang kambing dan lembu citarasa mamak India. Timbul pula idea, jika ianya di campurkan dengan mee rebus pasti menjadi lebih sedap lagi. Dengan sedikit pengubahsuaian, mengikut citarasa saya akhirnya jadilah mee rebus tulang Melayu," ujar En. Zainal ringkas.

Kini, restoran ini telah di ambil alih oleh anak beliau bagi meneruskan lagi legasi mee rebus tulang milik keluarganya.


Inilah antara menu yang mengamit selera ramai pengunjung untuk singgah di restoran ZZ . Antaranya, mee rebus tulang special, mee rebus daging, nasi ayam dan nasi ayam penyet.


Makanan dan minuman yang dipesan dah pun tiba.. Jom kita menjamu selera..

Bagi yang tidak pernah mencuba, pasti akan terasa sesuatu yang berbeza dengan mee rebus tulang ni. Kuah mee rebus yang pekat dengan tulang yang penuh pasti akan melompat-lompat bila di nikmati. Memang memukau bila dapat menyedut lemak dengan straw.. Aduh! hingga tak perasan mak mertua melintas lah..


Apa yang lebih menarik lagi, bila dapat menikmati hidangan di bawah pohon-pohon yang rendang, sambil bersila di bawah pondok beratapkan daun nipah. Tempat makan yang selesa memang amat sesuai jika datang bersama keluarga pada hujung minggu.

Sangat sesuai sebagai hidangan makanan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Makan mee rebus tulang ni tak boleh kelang kabut.. kena relaks-relaks barulah dapat feel masa menyedut lemak dalam tulang dengan straw tu.. kalau makan nak cepat atau gopoh-gopoh mengejar masa.. tak dapat lah merasa kenikmatannya nanti..


Suasana santai di sini memang menarik minat pengunjung. Harga makanan berpatutan dengan layanan yang baik dan kebersihan juga amat memuaskan.

Tempat letak kereta di hadapan kedai juga sangat luas dan dapat menampung banyak kenderaan dalam satu-satu masa.
Restoran ini beroperasi dari pukul 7. 00 pagi dan tutup pada selewat-lewatnya pukul 2.00 pagi.

Selain kedainya yang cukup popular di JKR Daerah, Jalan Petri Johor Bahru, terdapat juga cawangan lain di Taman Setia Tropika Johor Bahru dan di No 7 Damansara Alif Johor Bahru.


Nama Gerai : Restoran Sup Tulang ZZ
Lokasi : JKR Daerah, Jalan Petri, Johor Bahru
Tel : 012 7227209 / 013 7492671
Waktu Perniagaan : Di buka setiap hari dari pukul  7.00 am - 2.00 am


N3 berbayar ini pernah di siarkan di SINI

10 comments:

Kuazue Mohd said...

wah kak ita wat entry promosi berbayar eekk...dah mcm jln2 cari mkn ni...beh la kak..tq

Cho Zila said...

alamak dulu gi JB tak pergiler .. sayangnyer... nampak sedap bebenoni...

Delima Zamrud said...

Teringin nyer nk cuba, tgk gambar2 pun dah terliur kan huhuhuhu kalau lah dekat mau gak D5 pi carik kedai nie :)..

Norhaizan Wan Abdul Rahman said...

best nye ..bila la nak sampai kat johor.....

Norhaizan Wan Abdul Rahman said...

best nye....bila la nak sampai johor ni....

Mas Zull said...

assalamualaikum...mmg bestkan..;)

geraugebang said...

Rumah mak cik saya di street view...tetapi selalu tidak berkesempatan makan di sini sebab bila datang umah mak ci, makan kat rumah dia, tak larat pulak makan mee rebus ni...adohaiii...bilalah nak rasa.

Zai Zy said...

alhamdulillah saya pun pernah mkn disini bersama kawan2..mmg sedap & tempatnya pun santai.. klau ade rezeki ke JB lg mmg perlu singgah ke sini..

Zai Zy said...

mmg sedap.. masa pi JB dgn kawan2 dulu ade singgah makan kat sini.. tempat pun sangat santai.. InsyaAllah ade rezeki pi JB lg blhla mkn kat sini;-)

Mrs.Marley said...

Mi rebus ZZ memang terbaik.Sangat sedap.Nasi ayam dia pun sedap.Kalau dapat mkn bersila kat bawah atap nipah tu,laaagi sedap.Paling kurang,sebulan sekali saya akan makan kat sini.Kalau siapa yang dah pernah makan kat sini,mesti nak datang lagi dan lagi.....

Powered by Blogger.