iklan

iklan floral cake

iklan ada

Thursday, April 4, 2013

Kek Asas 2 Kek Pandan



KEK SPAN PANDAN

150 gm tepung kek / tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu teh baking powder
150 gm gula kastor
5 biji telur
80 ml air
4 helai daun pandan
80 ml mentega cair
1 sudu besar ovellete
Pewarna hijau
Pandan emulco


Sebelum kita mulakan proses membuat kek, panaskan ketuhar terlebih dahulu.
Ketuhar perlu dipanaskan 15 minit lebih awal sebelum memasukkan adunan
Suhu yang dicadangkan adalah 170C, ini bergantung pada jangka hayat ketuhar masing-masing
Kebiasannya kek di bakar pada rak tengah dan menggunakan api atas dan bawah
Ita menggunakan api bawah kerana api atas ketuhar ita terlalu panas dan mudah menyebabkan kek cepat hangus dipermukaan dan merekah.
Oleh kerana itu adalah perlu untuk memahami fungsi ketuhar anda sebelum mulakan proses membuat kek, supaya anda tidak menghadapi masalah :
  • Kek keras diluar tetapi masih tidak masak didalam
  • Kek merekah
  • Kek mendap setelah keluar dari ketuhar
  • Kek berlubang atau berkawah
  • Kek bantat
Sediakan loyang bulat atau empat persegi
Untuk resepi ini akan menghasilkan 2 biji kek loyang ukuran 8 inc
Jika anda ingin membuat 1 kek gunakan loyang yang lebih besar
Faktor loyang yang tidak sesuai juga akan mempengaruhi kejadian kek anda
Loyang perlu di sediakan awal sebelum membuat kek supaya adunan yang telah dibancuh tidak menunggu lama untuk dibakar
Faktor adunan yang di lengah-lengahkan pembakarannya juga akan mempengaruhi kejadian kek terutamanya untuk kek bertekstur span.


1. Daun pandan di gunting halus dan dikisar bersama 80 ml air
2. Tepung di campur bersama baking powder, kemudian diayak
3. Mentegar di cairkan


Satukan, gula kastor, telur, ovellete dan tepung yang telah di ayak bersama baking powder.
Dengan kelajuan maksima pukul bahan hingga menjadi putih, ringan dan gebu
Anggaran masa memukul 10 minit


Tuangkan air pandan, 1 sudu teh pewarna hijau dan 1 sudu teh pandan emulco.
Terus putar dengan kelajuan tinggi
Tuangkan mentega cair dan kaup balik adunan hingga rata

Jika guna stand mixer, semasa putar laju, gunakan pemutar bentul belon dalam gambar kiri
Apabila memutar adunan telur, perlu kelajuan tinggi supaya telur sebati dengan sempurna
Semasa proses kaup balik adunan dan mentega cair tukar pada pemutar kanan dan letakkan pada speed perlahan sekali
Putar atau kaup balik sekejap sahaja, hanya sampai adunan sebati, jika terlebih putar atau kaup balik kek akan mampat dan tidak gebu.
Udara juga terperangkap di dalam kek dan menyebabkan kek berlubang-lubang bila dipotong nanti


Tuang adunan yang telah siap ke dalam loyang
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit
Kek ini akan mengecut sedikit dan turun sedikit masa minit terakhir proses membakar
Setelah kek masak segera keluarkan kek dan terus terbalikkan kek atas redai
Ini bagi mengelakkan kek turun oleh tarikan graviti
Selepas 10 minit, keluarkan dari loyang


Kek asas span pandan telah tersedia untuk digunakan


Untuk resepi kastard kek lapis pandan boleh dapatkan di SINI

11 comments:

NJihe.am said...

Salam singgah. Boleh terliur tengok. Nak cubalah bila rajin. Bookmark sini ;-)

Bbwana adienia said...

Salam kak Ita,

Nak juga try buat kek lapis pandan ni..nampak sedap..

aDisH.sHidA said...

tengok gamba pun dah terliur mesti sedap kan..boleh cuba nie...thanks kak ita..

mesin jahit berjenama said...

Aslmkm. nak try juga. boleh saya tau jenama oven yg pn azlita guna. Senang sikit nak ikut suhunya. sebab lain oven lain suhunya. especially oven murahan mcm saya punya. Dan oven bakar atas gas tu, butterfly. harap boleh bgtau.

rahel said...

Salam...
Cantek dan kemas..itulah air tangan Kak Ita...
Dah lama plan nak buat kek pandan layer custard ni tp tahan dengan godaan kek2 yang lain...adoiii

siti sabri said...

Kak ita guna loyang segiempat dgn bulat ek.
Lepas tu potong sama rata ke..sbb sy xde loyang sama saiz

geraugebang said...

Assalam,
Akak tak berapa rajin...tapi sangat suka makan...tengok ita buat kek, sangat syioknya...Susah untuk mendapatkan kek yang halal...akak cadangkan ita buka kedai kek...buka di KL...Akak akan selalu datang...datang beli...bukan datang gebang...he he he

yasmin nana said...

sedapnya.....saya suka this cake!

Tina Anthony said...

Your cakes look amazing!!!! Is there any way you could possible post the recipe in English???? Wish I could read Turkish. Love your stuff, hope you can read English :)

Aznida Yusuf said...

Salam Azlita.

Resepi kek span pandan ni..kalau pakai tepung gandum dan tepung kek berapa sukatan baking powdernya...sama ke dengan sukatan baking powder jika guna tepung naik sendiri? Tengok kat gambar tu Azlita pakai tepung naik sendiri dengan 1 st baking powder...

Rose@QasehNurlisa said...

Assalam Kak Ita.Salam kenal.Mohon share resipi ni di blog saya ya