Follow if you like

Apr 9, 2013

Kau ilham ku...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Apa khabar semua hari ni.. ?
Semoga kalian beroleh kesihatan dan kesejahteraan yang abadi..

Teruja dan sangat teruja..
Sebenarnya dah lama ita menyimpan keinginan untuk membuat kek bunga-bunga.. Tapi akur dengan kekurangan diri yang tidak berapa mahir untuk menghasilkan bunga.. yang indah dan cantik seperti rakan-rakan yang lain..

Setiap kali ada rakan-rakan yang mempamerkan kek mereka yang dipenuhi bunga-buanga mawar yang indah.. hati ita seakan meronta-ronta untuk mencuba..
Pernah adik ipar ita bertanya.. Bila kak Ita nak buat kek yang ada bunga-bunga? Tak pernah nampak kak ita buat kek yang berbunga..
Terasa terhenti sekejap degupan nadi..
Balik ita mula termenung.. bilalah nak ada keberanian untuk mencuba..


Cuba aje... tak jadi tak apa.. kata suami ita yang tak pernah putus memberikan ita galakan dan dorongan..
Berapa kali ita membelek-belek di internet.. kejap ita google.. cari juga di Youtube kaedah cara membuat bunga yang betul.. Ita capai magazine dan buku-buku yang ita beli.. rasa dah berapa kali ita khatam baca buku tersebut hingga ita dah hafal muka suratnya.. namun hati masih takut-takut.. kenapalah takut sangat.. intan.. oiiii... bisik hati kecil ita..

Ramai rakan-rakan yang telah menghadirkan diri ke kelas decoration cake.. tapi ita.. bila lah ita punya kesempatan untuk berbuat begitu.. Hanya internet dan buku-buku sumber rujukan ita..

Tapi bila ita  menghadirkan diri dalam beberapa kelas Chef Amer, ita rasa semangat dan keyakinan ita cukup kuat.. Chef memang hebat dan berbakat.. ilmunya seluas lautan.. Banyak lagi yang ita perlu ceduk.. Setiap kata-katanya menyuntik semangat untuk ita mencuba-dan terus mencuba! apa yang paling ita seronok.. ita dah boleh buat kek yang dulu ita rasa cukup mustahil untuk ita lakukan..



Baru-baru ini, sewaktu ita mencuci mata di Jusco, ita lalu lah di hadapan Secret Recipe, Kedai yang cukup kerap ita kunjungi dahulu untuk menikmati pelbagai kek yang Secret..
Kini lama ita tak menjengah ke sini.. Tapi entah kenapa ita seakan ingin mencuba bila ita nampak kek yang mengiurkan di pamerkan..

Ita memesan beberapa kek yang ita rasakan teruja untuk ita merasa..
Tapi kali ini cara ita merasa tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu.. Ita membelek-belek bahan yang digunakan.. ita merasa dengan dalam setiap cebisan yang singah ke mulut untuk ita tahu apakah rahsia di sebaliknya..

Hingga tanpa ita sedari perbuatan ita di perhatikan oleh suami... Waa.. bukan main belek lagi.. Sergahan dari suami buatkan ita perasan perubahan dalam diri ita kali ini.. Teringat kat emak.. begitulah gelagat emak ita jika ia ingin tahu tentang sesuatu resepi.. Dulu-dulu memang payah orang nak bagi resepi.. semuanya secret.. Emak akan merasa dengan dalam setiap makanan yang dimakan.. dia akan simpan semuanya dalam kotak ingatannya.. Bila pulang ke rumah emak akan mengolah resepi tersebut supaya kejadiannya.. hampir serupa.. 'anak emak.. ' manalah tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. usik suami.. bila ita menghidangkan sepotong Choc Cheese Berries yang ita hasilkan sendiri..

Sedapnya.... meremang bulu roma.. kata suami bila suapan pertama singgah di mulutnya.. sedap ke??? betul ke sedap!! berulang-ulang kali ita bertanya.. memang superrr.. balas suami sambil memejam mata setiap kali garfu di tarik dari mulutnya..

Waa.. berbunga ceria hati ita.. terima kasih Chef.. inilah ilmu yang chef turunkan untuk ita..
Dalili mula membelek-belek catalog Secret Recipe.. mak cuba yang ni pulak! kata Dalili.. atau yang ni.. atau yang ni.. ita dan suami memandang sesama sendiri.. dan akhirnya kami sama-sama tergelak..
Mak dah hebat kata Dalili.. lepas ni mak dah boleh ambil tempahan.. ^__^


Hari ini ita dengan berani menerima tempahan..
Ayah kata nak kek coklat.. untuk birthday adik ayah... acik boleh tolong buatkan..
Bila Nadia nak?
Petang ni boleh?
Acik cuba..

Ita melihat jarum jam pukul 12 tengahari.. aduh.. sempat ke?
Ita terus keluarkan bahan untuk membuat kek, mujur semua bahan ada..
Selepas adunan ita masukkan dalam oven, ita berkejar pula untuk mengambil Dalili dari sekolah.. Sebelum pulang ita singgah ke Jusco dan capai 2 kotak Strawberries.. mujur Jusco dekat dengan rumah..
Melangkah kaki ke dalam rumah jam masa pun berbunyi.. ngam.. ngam.. Dalili.. kek mak dah masak..

Ita mula potong buah strawberry untuk di buat filling.. kemudian saipkan pula fresh cream dan garnache coklat. Resepi ilham dari Secret Receipe Chocolate Strawberry Cake akhirnya siap ita hasilkan pada pukul 4 petang.. alhamdulillah..

Termenung ita melihat kek tersebut.. hingga Ita hampir menangis.. Chef ilmu yang Chef curahkan insyaallah ita tak akan sia-siakan.. Ita akan ingat pesan Chef.. Terima kasih diatas segala-galanya dan halalkan ianya dunia dan akhirat..




34 comments:

CT Delima said...

Assalamualaikum Azlita, hebat tiada kata yang harus dikatakan. punyai tangan yang berseni. cuma tinggal ct aje yang masih tak berani untuk mencuba hehehe

^___^

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya kagum dengan Kak Ita!!!

siti sabri said...

Xde apa yg belh ct kata kn lg...semuanya perfect.

Hani Razhani said...

cantik dan menyelerakan la kak ita! tahniah...resepi kebahagiaan sekeluarga (^_^)

Gee® said...

Bravo..bravo..!! cantek Ita....

Yatie said...

perghhhhh...mmng hebatlah Ita, kalau dekat maunya Yatie tempah je dngn Ita kalau nak makan...mesti dpt harga kawan...kan..he3....Ita terkenal dngn baik hatinya...haiiiii bilalah nak merasa kek yg Ita buat ni.....

fromADDAdesk said...

Tahniah kak semoga akak terus succes...tak letih akak try n adjust...

Btw saya nak say tq million tq for u kak ita....bcoz of ur entry la i berkenalan dgn chef amer..dan saya juga salah sorg murid chef amer....dan in sha Allah saya takkan sesiakan ilmu yg saya ceduk dari beliau...

Terima kasih kak....im really admire u...dan saya pasti akan usahakan bertemu kak ita suatu masa nanti...jika Allah izinkan

mimie said...

kalau kak ita terima tempahan,,,
sure laku punya..laris manis (kata orang indonesia)..
apapun mimie doakan yg terbaik buat kak ita... ^_^

Bbwana adienia said...

salam kak ita,

kek tu cantik sangat..

Ummi said...

Assalamualaikum Ita cayang...waaah sangat cantik...dah mmg arif dan pakar dah tuuuu....menawan benar kek biru Ombre mu ituuu...akak pun x reti lgk munger2 ni....adeeei. Apapun Chef Amer mmg hebat, dia dah berikan yg sepatutnya...tinggal lg semangat dan konfiden yg perlu kita pupuk...insyaAllah. Akak pun cuma dpt mencuba di hari2 cuti bekerja aje la nampaknya...itu pun jika x kemana2...

Noor Hashima Ismail said...

kagum dengan Azlita kerana yakin & berani mencuba..!!! syabas kerana anda kini menjadi inspirasi & idola sy dlm bidang masakan...

Hilmirda Daud said...

Salam kak ita,
cantik2nya kek tu.. mengoda sungguh.

Norhaizan hakim said...

Tiga patah perkataan untuk azlita..You Are Awesome!

chefamer said...

Ha..ha...Kak Ita saya dah mula ambil tempahan...! Tahniah kak, teruskan. Buatlah dgn penuh rasa kasih sayang, berbicaralah dgn semua bahan & peralatan. Jangan lupa 4 Mei nanti di Chef Amer Academy ya..byk yg istimewa saya nak kongsikan bersama.

Mawar Othman said...

Chef amar tkde class kat kl ke?

Umiazah Mz said...

Assalam
Cantiknya kek tu..ita mmg berbakat, jgn dipendam..inshaAllah , Allah akan bantu utk lebih dapat ilham yg lebih baik

Azueriena Norash said...

cantikknyer...azue memang suker sgt nengok kek kak ita..memang sgt berseni..lawo sgt...

rapheydhillo said...

Sis,
Salute!!! sgt hebat!! btw kat mana beli cake board gold utk choc strawberry cake tu ye?

tq

Sri Love said...

Wahhhhh cantik dan gojes betul kedua2 kek akak tu! The roses...fuh! First class la kak...memang berseni tangan kak Ita ni. No words to say.

Btw..baru kejap tadi I belek2 buku masakan dari halaman belakang. Bila nampak sebuah gambar dlm buku tu, I told myself "This looks like Kak Ita's style of photography!".

So I belek beberapa halaman ke hadapan and confirmmmmm!!! Memang gambar2 milik kak Ita! Heheh, hearty congratulations for featuring in RASA, May 2013 edition kak :) Your crepes are all marvellous dear.

asmah yusof said...

Salam kak ita....
mmg x terucap dgn kata2 kalau dpt pujian mcm tue dr hsbnd...cantik+sedap kek2 akak !!

zuliey_zaa said...

K.ITA, u r my INSPIRATION...!!! ♡♥♡

zuliey_zaa said...

K.ita ku cayam..u r my INSPIRATION...♡♥♡

Rozita said...

bagusnya kak... saya pun sama mcm akak..belajar dr internet je.. nak gi kelas tanggungjawab dgn anak kecik yg memerlukan perhatian lebih lagi penting

fazianbatrisyia said...

Kak Ita...kalau kak ita rasa nak menangis...sy yg baca coretan kak ita pun rasa nak menangis sebab kak ita ni mengenang jasa chef yg ajar kak ita tu...Semoga kak ita terus maju. Cantik dah tu kek tu yg kak ita buat...jgn risau...

CheRusilawati said...

The cake was so gorgeous. ...and very detail...good work....talented...

Sajian Saajidah said...

Kak Ita, saya rasa nak pengsan tengok kecomelan kek itu... terasa di tekak

Sajian Saajidah said...

Kak Ita, rasa mau pengsan tengok kecomelan kek itu. Terasa di tekak

FamousAnynomous said...

Indahnya ciptaan ini ;)

umi batrisyia said...

kak bagila resepi cara nak buat choc cheese berries ni.. :)

Marini Mohamad said...

Salam kak ita ,kak ita byk bagi resepi yg best Dan Sy Dah try ,Terima kasih byk byk kak .sepatutnya akak Dah bleh Ambik tempahan Dah .kek akak lagi sedap dr secret resepi kak

Mira Wan said...

Kak ita, kongsikan resepi kek coklat strawberi...

Mira Wan said...

Kak ita, kongsikan resepi kek coklat strawberi...

Mira Wan said...

Kak ita, kongsikan resepi kek coklat strawberi...

AdamAdelina said...

Salam...bole kongsi resepi utk coklat cheese berries...

Powered by Blogger.