Follow if you like

Apr 7, 2013

CENDOL HOUSE



Jika selalu kita meronda cari menu makanan yang berat, kali ni kita beralih pula pada menu yang sedikit ringan dan santai, atau kata lain menu hidangan untuk lepak-lepak sambil berborak kosong dengan teman-teman atau keluarga.

Jelajah ita kali ni tentulah ke Kampung Melayu Johor Bahru.
Jika dah namanya Cendol House, pastilah menu utamanya cendol. Sebenarnya kerap juga ita kemari. Anak-anak yang memang peminat cendol pasti akan mengajak kami sekeluarga untuk merasai cendol ni setiap kali hujung minggu atau bila tiba cuti persekolahan.


Kami sukakan cendolnya yang tidak terlalu berat atau terlalu berlemak. Rasa cendol yang sedikit ringan buatkan tak jemu menikmati semangkuk cendol yang dingin.
Apa yang istimewanya, cendol ini di buat sendiri oleh pemilik restoran ini, oleh kerana itu cendol ini kelihatan sedikit berkilat, warna hijaunya juga cantik, kelembutan dan harum baunya benar-benar membuka selera.


Selain cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung dan cendol special, ada juga terdapat menu-menu lain yang juga istimewa.
Yang paling ita suka tentulah sotonya yang cukup enak pada selera ita. Bertambah lazat bila di letakkan cili kicap sebagai pelengkap aduhh.. ! sedapnya tak terkata..


Apa yang menariknya di  restoran ini, kebanyakkan makanannya telah sedia ada. Jadi taklah lama kita menunggu hidangan untuk sampai ke meja.  Contonya macam, nasi ambang, mee hoon, kuetiau, nasi lemak, semuanya di bungkus dalam kertas dan tersedia untuk di nikmati.

Selain itu jangan lupa juga untuk merasa sepiring rojak petis, jemput-jemput dan goreng pisang, pasti akan sentiasa rasa nak singgah lagi dan lagi..
Tidak sopan jika di makan sendirian, kerana juadah sebegini seeloknya di kongsi bersama rakan-rakan. Sambil menghirup lemak kuah cendol bersama pulut dan taburan kacang merah beserta jagung, sambil bersembang bersama rakan-rakan  pasti lebih terasa nikmatnya.


Restoran ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin. Masa perniagaannya pula dari pukul 11. 00 pagi hingga pukul 7. 00 petang.
Kombinasi makanan yang sangat simple dan ringkas dengan harga hidangan yang sangat berpatutan. Hanya dengan semangkuk cendol special berharga RM 2.00 dan sebungkus nasi lemak dengan harga RM 2.00 untuk seorang, pasti berbaloi-baloi.
Boleh dikatakan kesemua menu hidangannya memuaskan hati. Layanan dari pemilik kedai dan pekerja juga sangat baik.


Walaupun kedai makan ini di bina di tepi rumah, namun ruang makannya yang luas, kemas dan bersih, dapat memberikan keselesaan kepada setiap pengunjung. Dekorasi hiasan gerainya yang minima dan di hiasi dengan sarang burung tempua yang bergayutan cukup simple. Binaan gerai dari kayu dan beratapkan daun nipah, memberikan satu rasa santai tika menikmati hidangan.

Walaupun kedai makan ini menarik untuk dikunjungi, namun ruang tempat letak kereta yang terhad, lokasinya yang betul-betul di simpang empat dan jalannya yang sempit amat menyukarkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan.
Setiap kali berselisih dengan kereta lain, keadaan ini amat menyesakkan. Kami juga terpaksa memasuki laman rumah orang untuk memusingkan kenderan bagi memudahkan kenderaan untuk dikeluarkan. Situasi ini benar-benar menyulitkan lebih-lebih lagi bila gerai penuh dengan pelanggan terutamanya pada waktu kemuncak.

Kepada anda yang manalah tau kalau-kalau tersesat di bandar Johor Bahru ini jangan lupa singah sebentar untuk menjamu selera.


Cendol House
Waktu Perniagaan : 11.00 am - 7.00 pm
Di buka setiap hari kecuali hari Isnin 
Address: 44, Jalan Utama, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.
Phone: 016-767 2477 


N3 berbayar ini pernah di siarkan di Sini





17 comments:

Fieda Zan said...

terbaik la kak ita... memang hasil penulisan kak ita ni mmg best.. saya suka membaca.. saya dah ada hobi terbaru.. membaca Blog kak ita... wajib singgah 2 kali sehari.. hehe...

fromADDAdesk said...

In sha Allah sekiranya ke sana akan singgah ke cendol house ini...tq kak for the information

Efrianti Robani said...

tq kak share tempat ni...insyaallah bila balik kg nnti saya singgah...maklum duk jauh, dah tak tau tempat makan menarik kt JB

Jehanne said...

Salam Kak Ita, dapat tak my email kelmarin? Appreciate your reply.

Ummu Madihah said...

Salam Ita,

Mak Aji pun biasa ke sini sewaktu bertugas di JB dulu. Memang terinagtt2 bila dah pindah balik KL ni.

Ann Ishak said...

saya ada saudara tinggal dekat sana, bolehlah singgah kalau bertandang ke sana nanti

Mrs.Marley said...

assalam kak ita!saya pun suka beli cendol kat sini.banyak pilihan.tapi biasanya saya tapau je sbb susah nak parking.

yunos said...

salam ita...blog ita ni satu kewajipan saya singgah setiap hari..menarik utk di baca,men ari idea utk masakan family dan yg lebih lg ialah ada resepi ita yg saya cuba malah menjana pendapatan...harap ita halalkan ya..semoga usaha ita ini mendpt pahala dari Allah swt..amin..

Budak Kampung said...

kak ita..kang dtg selangir try tau cendol bakar kuala selangor.siap ada drive thru.jgn lupa mai tau

Nazrah said...

Insyallah.. kalau kita lalu JB kita singgah tempat yang di promosikan ini..

cik chinta said...

pnh g sni, mmg best mknnnye

Uda said...

tak jauh dari rumah saya.....tapi ada lagi beberapa tempat yang menjual cendol di area JB yang tak kurang gak 'meletop'.....

Uda said...

tak jauh dari rumah saya.....tapi ada lagi beberapa tempat yang menjual cendol di area JB yang tak kurang gak 'meletop'.....

CT Delima said...

As'salam Azlita

wahhh...macam pucuk dicita ulam mendatang. Bolehlah ct bersantai bersama Che Mat bila balik JB 26hb nanti. lama tak pekena cendol pulut dan yang pasti rojak petis JB yang mengancam dan terbaik!

senyum selalu ^__^

geraugebang said...

itulah kelebihan di Johor....dan saya sangat suka...warung-warung begini...yang susah untuk diperoleh diKL ni...tetapiii.orang Johor ni selalu cakap mee kasar kan? refer tu mee kuning...padahal...panggil mee ajer pun boleh...dan mihun, tulislah bihun...saya kena balik Johor ni...bagi tau manager warung ni...he he he...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy masih ingat masa mula2 Cendol House ini dibuka. Lokasinya yang agak sempit, kesukaran meletakkan kenderaan menyebabkan hasrat untuk singgah & menikmati semangkuk cendol asyik tertangguh hari ke hari sehinggalah kini.. :-(

oh! Duluuuuuuuu hari Ahad tak buka... bolehlah mampir hari minggu akan datang, jom Kak Ita!!

smell delicious! a.k.a inachomel said...

salam kak ita,

kita terserempak ngan akak ari sabtu lepas kat warung cendol ni ... tapi kita tersangatlah malunye nak tegur akak ... jangan marah eeaa ... kita ni memang pemalu! :p. kecil molek jer akak ni orangnye .... perasan tak kat kita? masa tu akak baru sampai dan kita dah nak balik, kita terserempak kat tangga! tapi kita hepi sangat dapat tengok akak n dalili secara live!

Powered by Blogger.