Follow if you like

Mar 13, 2013

Tak tau nak cairkan gelatin.. ?

Masih ada yang tak pasti cara mencairkan gelatin?
Kepada yang masih samar-samar dan masih kabur-kabur cara dan kaedah mencairkan gelatin, jom kita belajar sama-sama..

Mula-mula kita kena pastikan gelatin yang kita gunakan halal.
Macam mana nak tau gelatin tu halal?
Kalau kita pergi beli gelatin, tolong dapatkan kepastian dari tuan empunya kedai tentang sijil halal yang telah diberikan oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Bila dah pasti, barulah beli..

Kalau sukar juga, apa yang pasti gelatin halal hanya didatangkan dalam bentuk serbuk seperti gula pasir atau gula perang tapi, lagi jernih sedikit warnanya dari gula perang dan lebih kuning sedikit dari gula pasir. Ia juga sedikit halus dari gula pasir tapi lebih kasar dari gula kastor.
Boleh bayangkan?

Jika gelatin tu didatangkan dalam kepingan.. oppsss! minta maaf ya kerana ianya tidak halal digunakan.

Ok dah dapatkan gelatin masing-masing, apa tunggu lagi kita mulakan proses mencairkan gelatin..


Letakkan air dalam sebuah mangkuk yang kecil
Air biasa aje ya.. air paip pun boleh


Taburkan gelatin perlahan-lahan di atas air tadi
Biarkan gelatin kembang anggaran masa dalam 10 minit
Pastikan kembang semuanya 


Beginilah rupanya gelatin yang telah kembang. Sedikit berbiji-biji dan teksturnya sedikit macam jelly. Yang ni tak boleh digunakan terus ya.. Kita kena cairkannya lagi dengan kaedah kukusan pula. Macam mana?
Jom kita belajar


Inilah kaedah kukusan yang ita maksudkan. 
Letakkan gelatin yang telah kembang dalam bekas
Ambil pula periuk yang sedikit besar daripada bekas gelatin dan letakkan air sedikit aje.
Kemudian panaskan hingga air mendidih.
Letakkan bekas gelatin atas periuk air mendidih tadi dan kacau hingga gelatin mencair.


Beginilah rupanya gelatin yang telah dicairkan secara kukusan. 
Biarkan ia suam dan bolehlah kita campurkan dalam krim putar untuk dijadikan mousse atau dijadikan Panacotta
Gelatin ni fungsinya untuk mengukuhkan ikatan supaya adunan tidak lembik.
Tapi ianya tidak boleh digantikan dengan agar-agar ya kerana tekstur dan fungsinya tidak sama.

Oleh kerana itu ita sangat-sangat mengalakkan kita membuat sendiri kek. Walaupun tidak cantik dimata tapi ianya halal untuk kita dan keluarga.




35 comments:

Azie said...

As salam. Terima kasih atas perkongsian maklumat

Huda Azman said...

Salam Kak Ita..maksudnya yg brand Nur, Nona, Kijang tu tak halal ek? Sebab bukan dlm bentuk serbuk. Kat kedai tengok macam dah likat2 sikit & kuning.

Azlita Aziz said...

Wa salam Azie
Sama-sama

Azlita Aziz said...

Wasalam Huda

Apa yang akak pasti dari sumber yang sememangnya boleh dipercayai, gelatin halal hanya dalam bentuk serbuk gula sahaja, selain daripada itu ianya tidah halal

Gee® said...

Terima kasih Ita...

Nooriah Abdullah said...

thanks Ita berkongsi ilmu mudah je kan tapi kalau tak baca ni mmg tak reti jugak..

zarifahmr said...

ya Allah baru tau sekarang. selama ni bancuh dengan air panas je tapi berketul ketul. terima kasih kak ita ! :))

mrs kayrul said...

terima kasih kak ita...klu ada resepi yg guna gelatin mesti kita confius nak buat..last2 simpan jer resepi tue...

lepas nie takde lagi masalah

Delima Zamrud said...

Hehheheh KAk. Ita bukan setakat xtau nk cairkan gelatin je buat agar2 pun xpenah manjadik lg nie tesen tul hehhehe :)

Musliza Mohamad said...

Guna le gelatin keluaran syarikat HalaGel.

Musliza Mohamad said...

Guna gelatin keluaran syarikat HALAGEL.

Azlita Aziz said...

Kebiasannya kedai yang menjual bahan kek akan menjual gelatin dari syarikat Halalgel
kalau dahulu nak dapatkan produk ni kena beli on line tapi sekarang tak perlu kerana ada di jual di kedai jual bahan kek, cuma nak kena pastikan betul-betul yang ianya adalah produk Halalgel

NinaAz said...

Tq sharing kak ita

cheq da said...

terima kasih atas perkongsian kak ita..saya memang tak tahu nak gunakan gelatin ni dan takut untuk mencubanya

siti sabri said...

Terima kasih kak ita..selama ni ragu je nk guna kan..kt pasaran ada jgk jenama nona kalu xsilap..kak ita rasa halal ke....mintak sgt kak ita reply ...

Azlita Aziz said...

Jenama Nona ada tanda halal dari Jakim jadi ianya hahal digunakan

Apa yang pasti kalau yang dalam bentuk kepingan memang tak halal

Aeyla Asrar said...

Tq k.ita kongsi ilmu nih.mmg cari.patut la huat chill cheese cake xpenah menjadi hila ganti dgn agar2 hhehehe.skrg dh tau.tq

Aeyla Asrar said...

Tq k.ita kongsi ilmu nih.mmg cari.patut la huat chill cheese cake xpenah menjadi hila ganti dgn agar2 hhehehe.skrg dh tau.tq

Dayang Christina said...

Assalam k ita,
TQ atas info yg sgt berguna. cuma nak tanya kenapa saya penah guna gelatin tu tp berbau hanyir (mcm bau bangkai pn ada).akak slalu guna brand apa

sue nish said...

Sy penah wt tp gelatin 2 xmau kembang la sis..mcm mane bole jd mcm 2?gelatin 2 x expired pun..

Ira Abdullah said...

Terima kasih byak2 sudi share...

Ira Abdullah said...

Terima kasih byak2 sbb sudi share...

asnorida mahmud said...

Gelatin tu leh bancuh ngn air panas ke?

asnorida mahmud said...

Gelatin leh bancuh ngan air panas ke?

Ummu Haseena said...

salam, k.ita.. nk ty ni.. sy ada beli gelatine hari tu.. tp dalam bentuk powder.. mmg xpernah tgk r yg jenis camni.. sbb nk cari yg mcm selalu tu xjumpa.. then bila larutkan dlm air..cm jadi pape pon? camne nak bt tu kak? lagi 1 ..seingt sy.. bau gelatine ni kurang enak sikit.. yg sy beli ni apsal bau cam haruman buah je?

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita.nk tnya,kalau nk buat kek dan dihias dgn fresh cream,kna guna gelatin jg ke?sbb sblm ni x tau,just whipping cream dan cepat lembit/cair

Azlita Aziz said...

ya bau gelatin ni kurang sedap sikit, busuk sikit baunya

Azlita Aziz said...

Wasala, ya kalau nak deco guna fresh cream, cari resepi yg ada letak gelatin, baru ia kukuh sikit dan lambat cair

Elmi Zairini said...

tq your information.. aritu beli, bile nk buat kek, struktur nye lembik tk jadi.. 1adunan dlm 2 sudu besar ckup tk?

norafidah kasumen said...

Terima kasih..sangat2 berguna info ni...saya suka..syukur Alhamdulillah...ilmu yg bermanfaat..

Suhaili Jurid said...

cara nak masak kek ches pn sama jgk ka kaedah utk msk gelatin tu ek kak ita?

Nur Amalina Mohd Nor said...

Assalamualaikum. Terima kasih sudi share. Nak tanya, kalau buat cheesecake chiller letak gelatin, kek tak cair ke nanti bila letak kt luar?

Ayu Adenan said...

Terima Kasih d ats pengkongsiannya

Mar aillugna said...

Tq for the info ! Really appreciatešŸ˜

Nor Hamiza Idham said...

Assalam.

Puan, kenapa setiap kali saya menggunakan gelatine, texture cream tak smooth? Ada ketulan2 adunan coklat dalam nya.

Tksh.

Powered by Blogger.