iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, March 29, 2013

LAMB CHOP

Kesedapan Lamb Chop Chef Amer, membuatkan ita harus membuatnya berulang kali..
Sedapnyaaa..

Balik dari kelas Chef Amer, ita terus menceritakan tentang keseronokkan kelas itu..
Seperti biasa pelbagai persoalan yang harus ita jawab bila suami mula menanyakan soalan..
Ita dah boleh masak masakan barat.. kata ita penuh semangat
Ya ke?? tambah suami yang tak pasti..


Malam itu kami makan malam bersama bekalan yang chef bekalkan..
Wah!! sedap sungguh.. melihatkan suami meratah Lamb Chop buatkan anak-anak menelan air liur..
Kami berkongsi makan dan merasa..
Melihatkan Azrul dah mula menjilat garfu bila lamb chop sudah tak bersisa di pinggan.. aduh!! kesiannya anak emak..
Mak nak lagi.. kata-kata Dalili buatkan ita tersenyum..
Mana ada lagi.. dah habis..
Mak.. minta lah lagi dengan Chef Amer.. tambah Dalili sambil mengunggis tulang kambing yang dah tak bersisa..
Nanti mak buat ya..
Bila??? serentak semua yang di meja bersuara..
emm... bila mak free
alaaaa... lemah suara kedengaran
Ok esok mak buat
yeaaa... Dalili bersorak


Pagi-pagi lagi suami dah bangun
Kata nak buat Lam Chop?
Jom kita cari barang..
Uik.. baru pukul berapa..?? kedai pun belum bukak lagi

Mula kami singah di pasar, cari bahan basah.
Seperti biasa bila nak cari rempah masakan barat ita akan singgah di Cold Storage. Di situ semua ada..
Sebelum pulang kami singah di kedai Daging yang Chef maksudkan..
Senang aje cari kedainya.. bila Chef dan tunjukkan arahnya.. ita pun rasa-rasa pernah datang ke sini dulu.. tapi tak perasan pula kedai daging yang dah beroperasi lebih dari 20 tahun ni..
Suami mula meminta Lamb Shoulder seperti yang chef arahkan.
Nak masak apa ni..?
Nak buat lamb Chop..
Boleh potongkan..
Boleh.. sangat.. kata penjualnya ramah
Student Chef Amer ke?
ya.. cepat aje ita jawab.. manalah tau kalau guna nama Chef dapat murah sikit.. hihi


Balik suami terus keluarkan daging dan cuci..
Suami ita memang suka bantu ita memasak didapur.. dan kami kerap masak bersama..
Alhamdulillah bila ita mendapat suami yang cukup ringan tulang
Bertuah badan.. kata mak bila melihat suami membantu ita memasak didapur

Ita pula mula buat bahan perapan
Mudah aje bahan-bahannya..

Dulu bila makan di hotel atau restoran, ita bayangkan pasti sukar nak membuatnya.. memandangkan harganya yang mahal sepinggan
Bila chef tunjukkan caranya.. senang aje rupanya.. tapi kenapa mahal sangat dipasaran
Kali ni ita beli 2 kg daging.. biar puas anak-anak meratah
Kalau makan di Hotel berapalah harga yang perlu di bayar..

Makan kat Hotel??
tak nak lah..
Bila dengar cerita dari chef.. buatkan anak tekak ita mula mual..
Biarlah ita penat di dapur.. asalkan ita dapat sediakan yang halal dan bersih untuk mereka-mereka yang ita sayang..


LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah

10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan

8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman


Kata Chef, daging yang dah dilumurkan dengan bahan perapan di biarkan dahulu satu jam diluar hingga semua bahan perapan tu menyerap dalam daging.
Kemudian barulah di paketkan dan di simpan dalam peti ais
Untuk lebih mudah kita peketkan dalam jumlah yang kecil
Katalah satu keluarga ada 4 orang, jadi kita peketkan 4 keping untuk satu bungkusan supaya mudah bila kita nak nyah bekukan sebelum di bakar

Daging yang dah di lumurkan haruslah di perap semalaman supaya segala bahan perapan serap di dalam daging..

alaaa... bila boleh makan ni..? kata Dalili tak sabar
Esok barulah boleh kita makan..
Sekarang, Dalili kena tolong mak siapakn pula sosnya

Resepi Black Pepper Sauce ini untuk 5 hidangan
Kerana lamb ita banyak, ita gandakan sukatannya
Sos ni kita boleh buat awal dan simpan dalam peti ais. Ianya tahan lama jika di simpan dengan baik
Kerana serbuk secukup rasa ita kehabisan, ita tambahkan kiub ayam


BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu



Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata


Lepas sarapan pagi, ita terus keluarkan daging yang telah ita perap
Biar ia nyah beku.. tengahari nanti dah boleh di bakar

Ita keluarkan magik pan.
Kalau tak kerana lamb chop ni.. pasti ianya tak terusik lagi..
Ita dapat magik pan ni dari kenalan FB
Sejak berblog, macam-macam barang yang ita terima.. syukur sangat punya ramai teman yang baik hati..
Kadang terfikir macam mana nanti harus ita balas budi baik mereka..

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga


Bila memasak dalam magik pan ni, rupanya terasa lebih mudah dan ringkas
Dapur pun bersih tak merecik-recik dengan minyak
Dapat pula menjimatkan karen atau gas selain dari menjimatkan masa memasak
Guna api kecil aje tau kak ita.. teringat lagi kata-kata Intan Shafinaz mengigatkan ita tentang kaedah pengunaannya..

Bau daging mula semerbak
Dalili lah yang pertama berlari ke dapur..
Yesss!! dah masak..
nak.. nak.. nak...
sedapnya bauuu...

Daging yang di masak dengan magik pan ni benar-benar enak.. dagingnya sangat moist..
Jusnya tak kering.. daging dimasak dengan rata dan sempurna sekali
Sangat lembut dan tak tergambar kesedapannya..
Terima kasih Intan..
Pasti akak akan gunakannya lagi untuk resepi yang lain pula..
Kepada yang nak dapatkan magik pan ni boleh lah hubungi intan di talian : 012 ~ 5900648 


Suami ita pulang awal hari ini
Dah tak tahan.. terbau-bau aje Lam Chop ni..
Sampai nak buat kerja pun tak senang..
Tuu.. dia penangan Lam Chop Chef Amer
Dah boleh buka restoran ni.. gurau suami dan anak-anak di meja makan
Kami mula berangan-angan..

Tak sia-sia menuntut ilmu dengan yang pakar.
Suami kerap memuji tentang kesedapan rempah yang menyaluti daging
Pulak bila digandingkan dengan Black Pepper Sauce yang mengancam
Aromanya, lemak manisnya.. dengan kuahnya yang pekat wallaa.. memang tak akan cari yang lain..
Tak makan luar lagi lah lepas ni..
Kepada yang teringin belajar cara masakan barat, jangan segan-segan untuk mengikuti kelas Chef Amer di seluruh Malaysia



Kedai Daging Mim
No 8210, Jln Mata Kucing
Kampung Pasir 
81200 Johor Bahru
Tel En Zul : 07~ 2378140

Lokasi kedai di Kompleks Mohamad Rahmat
Berdekatan Masjid Kampung Pasir dan Balai Polis Tampoi
Berhadapan Plaza Angsana




52 comments:

Lymz said...

Sedapnya kak ita....nnt bole cuba buat

Lymz said...
This comment has been removed by the author.
farahfatihah said...

salam kak ita...boleh x akk share resepi chicken chop dari chef amer?

Amal Hayati said...

Kmal dah lama tertunggu2 kelas chef di utara. sg. petani atau asetar... nak menambahkan ilmu.. tkasih..nnt nak cuba resepi chef yg ita bagi ni.. moga bertambah2 rezeki ita sekeluarga.

Gee® said...

Wallah...

izan leman said...

Kak Ita sgt menyelerakan!! tak sabar nk cuba ni!!!

izan leman said...

Kak Ita..sangat menyelerakan!!! tak sabar nak cuba..kena masuk list..wehuuu..Tq Kak Ita

Fiza Nordin said...

aduhhhhh bikin x sabar nak belajar dgn chef amer ahad ini d bzee bakery seremban 2!!! tq k ita, n3 ni betul2 menyuntik semangat!

Hafizah Mohamad said...

Salam kak ita...sedapnyer tgk resepi ni...fiza kagum ngan kak ita sbb x lokek kongsi ilmu ni...fiza nak minta izin nak copy resepi ni...nanti nak try gak buat...boleh yer kak...terima kasih...

ameris said...

fuhh kak ita, gambar mengancam sungguh. baru lps bfast rasa lapar balik.

Rozita said...

terima kasih kak sudi berkongsi resepi dengan kami yang selalu tak dapat hadir ke kelas macam ni.. sangat berguna.. selalu saya buat pakai rempah yang dah siap je kat pasaran.. terima kasih sekali lagi.. tak sabar nak cuba...

Zura Lee said...

tima kasey byk kak ita !!!...

Anne Yusnizah said...

Kat mana kedai yg jual lamb tu.

Hanim said...

Perghhh sedapnyer....rajin somi k.ita membantu....br sronok nak masak. Terima kasih share recp, boleh la cube nanti :-)

strawberi said...

wah...terima kasih sbb kongsi resepi..sy slalu buat lamb chop..tp guna sos heinz je..kali ni..bolehla buat sos sndiri...tq kak

Marsita yahya said...

salam tuan rumah...nak tanya, sos perang dan stok perang tu amende.

Nanee Hamid said...

Salam akak..
kat area JB, kat mana kedai jual daging tu..tq

Ummi said...

Assalam Ita cayang...alahaaiii bestnyaaa mkn western sesekali kan..kena pulak resepi Chef yg tersohor....mesti sedap....nnt akak datang rumah jgn masak nasi eh..makan camgini jerk...hehe

SemuanyaOK ^^ said...

sedapnya...tapi kalu nak buat masakan barat, yang cerewetnya ada bajan-bahan yang susah nak cari, huhu

Cik Yaya said...

menariknyerrr

adda syuhada said...

sedapnya...

zaity zaliza said...

nak tau lah kedai cold storage tu kat mana?

Pelangi Cerah said...

Sedapnya..kjp lg nk try laa..tq kak ita

Sri Love said...

Fulamak! Harus dicuba ni...suka lamb chop!

Pelangi Cerah said...

Sedapnya..blik kna cba ni..tq kak ita!

CT Delima said...

Assalamualaikum Azlita!

wahhhhhh!! bolehlah CT cuba nanti untuk My laling CM hehehe. sebab hanya CM aje yang makan daging kambing, CT dok tengok ajelah telan2 air liur ... hehehehe

Tq Ita ^__^

diana qamarudin said...

akak.. sedapnya!!!
saya nak share ilmu ni jugak ehh...
saya selalu berdoa agar akak sentiasa diberi kesihatan yg baik..
yerla.. kite nengok akak sgt genuine utk share ilmu ni ngan kite semua.. mcm kami yg masih lagi tak mampu utk mengikuti kelas chef amir.. hanya blog akk tempat kami bergantung. harap dihalalkan semuanya ya.. sayang akak!! :)

Jasmeen Mirza said...

Salam resepi nampak sedap...tapi muskil apa tu stock perang knorr....

nis n4d (*_~) said...

terbaek lah kak!

http://nisloveheart.blogspot.com/2013/03/sebenarnya-saya-isteri-dia.html

nis n4d (*_~) said...

terbaek lah kak!

http://nisloveheart.blogspot.com/2013/03/sebenarnya-saya-isteri-dia.html

Sutera742 said...

assalamualikum...kak ita...mmg best ar..resepi ni...mabelesss!!! :D

Sutera742 said...

mabeless lah kak ita...osem!!...hehehhe

Jehanne said...

memang sedap..especially the black pepper sauce. tapi kan, kalau letak serai dah jadik fusion malay-western, betul tak? kak ita, stock perang tu apa ya in English?

HONEY LEMON said...

Thanks a lot Ita utk resepi ni...nak cuba buat,sy pun dah register kelas Chef Amer di Utara...nasib baik Ita war-warkan dlm blog ni..selalu tgk sj pic u all memasak ngan chef Amer..Teringin sgt nak join tp apakan daya sy jauh nun d utara..
So, utk yg berminat nak join Chef Amer di Utara..refer kat FB Chef..
13 Apr 2013 ada kelas nasi beriyani ngan Chef Amer di Bertam,Prai,Penang with Haslinda Delights

fazianbatrisyia said...

sedapnya...sy suka sgt cam ni...

intandayani said...

time kasih kak ita utk resepi ni...aduh lame betul saya mencari resepi lamb chop..akhir2 ni tekak ngidam nak mkn western je

saiful said...

Saya minat tentang compo dan linghting pada semua gambar. Boleh share tak linghting yg digunakan dan adakan puan mengedit gambar tersebut. Makannan pon best dan nak try la nanti.

saiful said...

Boleh share setup lighting tak. makanan pon menarik.

huda ♡ Azhar said...

salamn kak ita nampak mcm sedap nanti saya nak try buat jugak lah utk suami tersayang, anyway thanks sebab sudi berkongsi resepi.. kak ada permintaan sikit akak tahu tak resepi macaroni cheese yg nampak mcm sedap tuh dah beberapa kali buat tp mcm tak sedap sgt

HONEY LEMON said...

Salam Ita..
Saya dah buat Lamb Chop ni..the truth is memang sedap sangat..Thanks a lot atas perkongsian ini dan semoga Ita sentiasa didalam kesihatan yang baik untuk terus berkarya dan berkongsi...

Rodzila said...

Assalam..saya baru jumpa blog sis ini..bila baca post pasal kelas Chef Amer saya dapat bayangkan fun mood yang kita dapat dengar celoteh dan peel chef..saya baru ber kelas kek dengan beliau 2 minggu lepas di Kuantan..memang seronok.. nanti kalau ada rezeki Chef Amer nak buat kelas western food di kuantan ni dan lamb chop adalah salah satu resepinya..tapi nak cuba dulu apa yang sis post kan di blog comel ni..anyway terima kasih banyak-banyak ya..:) dan salam perkenalan.

amer aniz said...

assalammuailaikum kak ita..sy nk tnya sos HP yang kak ita gunakan ni halal ke tak? sbb tahun 2011 ada penyataan yg mengeluarkan sos HP dan TOBACCO ni mengandungi DNA babi..sy xtahu sama ada ini betul ke x..harap kak ita dapat dapat berkongsi pengetahuan kak ita..sy sgt ragu2 nk gunakan sos ni..

HajarYusoff said...

Tepung apa yang digunakan utk membuat blackpepper sauce tu ye??

Azizah Abd Aziz said...

Salam kak ....selain brown powder..akk ada sebut tepung..tepung apa ye..

Azizah Abd Aziz said...

Selaen brown powder by knor... tepung apa yg di guna tu kak...tq

midori 3 chome said...

kak mohon try ye buat resepi nih

Firdauzee Fareez Shah said...

Kepada yang tanya tentang tepung, selalunya dalam pembuatan sos, kita gunakan cornstarch atau tepung jagung untuk melikatkan sos. Pastikan sentiasa whisk agar tepung tidak bergumpal dan masukkan sedikit demi sedikit.

yusfa yusof said...

Asalamualaikum. .tumpang tnya sos hp dan yellow mustard tu kat mana nk dptkan

rainzz said...

https://www.facebook.com/pages/Lamb-Chop-Sodap-Online/216451441855538

jum cuba lamb chop marinated

Rose@QasehNurlisa said...

Salam Kak Ita.Rose mohon share respi lamb chop spesel dari Chef Amir ni ye.Dah cuba dan anak-anak suka sangat.Time kasih

Khairun Amalina Idris said...

salam....saya dah cuba resepi ni...special for our anniversary dinner yang ke 4...fuhhh...memang mengancam habis...suami pon tak henti2 puji...

Khairun Amalina Idris said...

Kat cold storage byak pilihan....aeon pon ada....