Terdapat pelbagai resepi kek span asas yang boleh kita gunakan untuk menyediakan sebiji kek hiasan. Sebenarnya untuk menyediakan kek hiasan kita boleh gunakan mana-mana kek span yang kita suka, tak kiralah kek vanilla, coklat, pandan atau berperisa seperti kek oren atau kek strawberry. Semuanya bergantung atas citarasa kita atau permintaan para pelanggan.
Apa yang pasti, setiap kek yang kita sediakan mestilah serasi antara satu sama lain, iaitu antara kek dan mousse atau krim yang akan kita gandingkan bersama nanti. Contoh jika kek yang kita hendak sediakan kita nak hiaskan dengan buah-buahan, kita gunakan kek span asas vanilla, fresh cream, coklat urai dan buah-buahan. Jika kita nak berperisa coklat pula kita boleh gandingkan kek span coklat bersama mousse coklat yang kita boleh letakkan perasa moca atau nescafe dan di salut pula dengan ganache coklat yang kita tambahkan sedikit pes moca atau pes kekacang sebagai contoh pes Hazelnut dan Nutella
Pada ita pula kek coklat juga enak dan lazat jika di gandingkan bersama bubbery dan fresh cream manakala filling strawberry di gandingkan pula dengan kek span vanilla dan buttercream. Semuanya terletak atas kita yang bijak menganding dan mengayakan setiap kek yang ingin kita sediakan. Alangkah indah dan seronoknya jika kita dapat menyediakan sendiri kek hiasan untuk hari ulangtahun anak-anak atau suami tercinta.
Hari ini ita akan kongsikan resepi Kek Coklat Lembab atau Chocolate Moist Cake.
Kek yang lembab dan sedikit padat dan berat. Kek yang sesuai di jadikan asas kek hiasan yang mewah dengan lapisan krim keju dan di salutkan pula coklat ganache.. waa.. pasti berpinar-pinar biji mata melihatnya dan sudap pasti anak tekak mula menari-nari riang.. wallaaa.. sedapnya..
Sebenarnya kek ni kalau tak letak krim pun dah sedap dan mewah dah..
Apa yang perlu kita salutkan sahaja dengan curahan garnache ya Allah enaknya kejadian dan ciptaan mu.. hingga tak terungkap dengan kata-kata.. Alhamdulillah..
KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake
Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Kemudian ayak
Ketepikan
Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung
Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.
Bahan D
250 ml air panas
Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas. Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong.
Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula
Tambahkan air panas dan gaul rata
Adunan yang telah di gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak
Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Kejadian kek banyak bergantung pada suhu oven kita, pastikan kita faham kelebihan dan kekurangan oven kita.
Kebiasannya untuk membakar kek kita hendaklah letakkan kek di rak tengah dengan api atas dan bawah di gunakan. Suhu oven pula dari 160C ~ 180C bergantung pada jangka hayat sesuatu oven itu.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran kek, kerana ia akan membantutkan pengembangan kek kita nanti.
Selepas 1 jam buka oven dan cucuk dulu dengan lidi, jika belum masak bakar lagi 15 minit. Jika selepas 15 minit berlalu tak masak lagi tambah 15 minit lagi.
Untuk oven ita pula ita hanya gunakan api bawah setiap kali membakar kek dan kek pula ita akan letakkan di rak bawah sekali. Ini adalah kerana suhu api atas pada oven ita adalah lebih panas dari api bawah. Jika ita menggunakan api atas dan api bawah, kek akan keras pada sebelah atas dan mudah merekah serta hangus .
Kek ini boleh di bakar dan boleh dikukus, masa mengukus juga antara 1 jam hingga 1 jam 1/2
Sama juga seperti cara membakar, kukusan tidak boleh dibuka semasa kek sedang dikukus
Kek yang dikukus lebih moist, tapi tidak tahan lama
Kek yang dibakar lebih tahan lama dan lebih sesuai sebagai kek hiasan.
Boleh juga menggunakan kaedah Steam Bath
Kepada yang tak nak di lapiskan dengan krim bolehlah terus curahkan garnache coklat atasnya setelah kek di sejukkan.
Bagi yang nak di jadikan kek hiasan boleh lah potongkan kek kepada beberapa kepingan berdasarkan ketinggian kek yang kita inginkan..
Nanti kita sambung pula bagaimana cara nak menyediakan lapisan krim dan garnache coklat.









22 comments:
hanim suka sangat ngan kak ita
tak lokek nak beri tunjuk ajar ilmu yang kak ita ada ......
tq ............
saya lebih suka yang kukus kak..lebih lembab lebih sedap...
assalammualaikum kak ita...
mimie bisa bayangkan betapa kak ita sibuknya ambik foto step by step tu..
terima kasih kak ita...
jazakillah khoiron katshiron..
semoga allah membalas dengan seribu kebaikan...amin...
tunggu ita tunjuk cara nak hiasa pula.tak sabar ni...
terima kasih, atas perkongsian ni kaak ita :)
You should open a cooking/baking class soon dear!
suka tengok gambar gambar yang Ita paparkan
sedapnyerr..nyummy2!!
betul kata love tu kak ita ^_^
ita, terima kasih kongsikan ilmu... sangat2 hargainya.
dah boleh mula buat ni.. terima kasih..;)
salam k.ita, kalau blh nnti buat toturial mcm mn nk angkat kek dr redai ke atas papan kek lepas curah ganache tu ye..tq:)
Salam k.Ita, x sabar rasanya nak tgk tutorial seterusnya utk hias kek choc tu. terima kasih kerana share ilmu bg org mcm sy yg x smpt nk ikut kelas tp ada hati nak buat kek hiasan sendiri utk family tercinta. Anak2 dh lama suruh ibu depa buat sendiri.....tqvm.
Part kaup & balik kan Dgn spatula tu ikut Arah jam @ lawan jam ita? Akak selalu fail masa ni..
salam Ita...macam mana dgn masalah blog ita yg ita cakapkan dulu?? dah ok ka?? harap2 dah settle yek!
akak suka kek choklat kukus , lepas tu letak choc ganache...arrgh heaven!! tapi yg bakar pun sedap jugak...!! yang tak shedap ialah time nak basuh segala mak nenek perkakas baking tuh!!:P
Seronok baca blog ni dan kagum dgn cara kak ita ambil gambar dan kongsi ilmu.teruskan berblog ye kak:)
Seronok baca dan tengok gambar yang kak ita ambil. Sangat cantik dan menarik . Terus terliur nak makan kek skrg jugak .
Thanks kak ita kongsi tips berguna ni..
Ct nk join class kak ita nanti kalu open lh
Akak ada Cuba resepi moist choc cake beberapa bulan lepas tapi Keknya BANTAT! Di mana salahku ita?
Bestnya jd famili kak ita...blh mkn kek sedap2...tgk gambar je dah terliur...teruja nk buat...mcmana kak ita plan keje ye....kak ita kn bz? Cer share sket....
terima kasih kak ita,
tapi bole tao x, sambungan utk lapisan cheese n choc ganache da ada tak entry dalam blog akak?
Post a Comment