iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, March 22, 2013

CHOCOLATE CREAM PUFF WITH STRAWBERRY CREAM


Salam Jumaat kepada semua..
Apa khabar teman-teman ita di luar sana..
Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam..

Oh ya, semalam adalah hari yang bersejarah bagi pelajar-pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang mana anak-anak telah berjaya dengan cermerang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan semalam.Tahniah daripada ita untuk anak-anak yang berjaya. Tahniah juga kepada ibu bapa dan guru-guru, kerana galakan dan dorongan yang tak putus-putus beserta doa yang sentiasa mengiringi hari-hari mereka merupakan pemangkin kepada kejayaan anak-anak ini.

Kepada -anak-anak yang kurang bernasib baik, jangan putus asa atau kecewa. Kegagalan bukanlah penamat segala-galanya. Sebaliknya bangkit dan tebus segala kegagalan dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. Tidak semestinya mereka yang gagal dalam SPM tidak boleh berjaya dalam kehidupan. Anda pasti boleh berjaya asalkan rajin berusaha dan yakin pada diri sendiri.


Hari ini ita akan kongsikan satu lagi koleksi Cream Puff. Tapi kali ini cream puff yang ita buat adalah Chocolate Cream Puff with Strawberry Cream.

Cream puff adalah fav suami dan anak ita Dalili. Kebiasannya ita buat cream puff biasa bersama cream kastard. Selalu kalau buat memang tak cukup kerana anak-anak semua suka.
Bosan dengan resepi yang sama ita cuba tukar selera..
Sesekali tak salah jika kita mencuba untuk mencari kelainan..

Ramai yang selalu email ita dan menyatakan yang cream puff mereka tak menjadi, tak nak naik kembang atau kata nama lain ianya leper.
Tiada rahsia untuk membuat cream puff ni.. buatnya pun tak lah susah. Mudah dan ringkas dengan bahan-bahan yang simple kita boleh dapati di dapur.
Jika ikut kaedah dan cara yang ita nyatakan pasti menjadi dengan cantik!
Cream puff ni dalamnya berongga atau kosong ya, supaya kita boleh paipkan cream di dalamnya.
tapi cara membuatnya kena cepat-cepat, jangan biar lama-lama adunan tu di luar.. Maksud ita lepas paipkan atas loyang terus bakar, jangan biar di luar lama-lama..
Api ketuhar juga kena api yang besar biasanya 220C dipanaskan dahulu selama 15 minit sebelum di masukkan cream puff. Bila dah masukkan turunkan pada 210C. Bakar pula selama 20 minit. Bakar menggunakan api atas dan bawah, dan kalau ketuhar ada kipas, hidupkan sekali kipas supaya kepanasan dalam ketuhar sekata.


CHOCOLATE CREAM PUFF WITH STRAWBERRY CREAM

Puff Pastri

120 gm mentega
150 ml air
170 gm tepung
1 sudu besar serbuk koko
5 biji telur
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula kastor

Sediakan dulang pembakar dan lapik dasar dulang dengan baking paper
Panaskan ketuhar pada suhu 220C

Ayak tepung dan serbuk koko, ketepikan
Telur di pukul rata, ketepikan ( tak payah guna mesin, kocok-kocok guna pemukul telur sahaja)

Satukan mentega, garam, gula dan air
Panaskan atas dapur hingga mendidih dan mentega larut, kacau rata.
Tutup api dan masukkan tepung dan serbuk koko yang telah di ayak.
Dengan kadar segera kacau sehingga adunan sebati
Letakkan semula atas dapur dengan api sederhana dan kacau hingga keluar kepingan nipis di dasar periuk.
Tutup api dan alihkan dari dapur.
Masukkan pula telur yang kita pukul terlebih dahulu.
Dengan segera, kacau rata hingga adunan licin dan berkrim
Masukkan adunan dalam piping bag yang telah di letakkan nozel
Paipkan atas dulang
Jarak-jarakkan antara satu sama lain
Buat sehingga habis
Terus masukkan dalam ketuhar
Turunkan suhu ketuhar pada 210C dan bakar selama 20 minit

Sejukkan atas redai setelah masak.

Intinya

1 cawan krim putar bukan tenusu
2 sudu besar filing strawberry

Pukul krim putar hingga kental
Kaup krim putar dalam strawberry filling
Masukkan dalam piping bag

Cara penyediaan ada 2 kaedah
Potong cream puff dan letakkan filling
Kaedah ke 2 cucuk dalam puff dan pancitkan cream
Taburkan gula icing dan sedia dihidangkan




21 comments:

Cik Liza said...

Sedapnya kak. Dah terliur ni...

siti sabri said...

Sedapnya kak ita...suka tgk hasil tgn akak..apatah lg akak pandai ambik gambar supaya menjadi makin menarik
Sitiazahar.blogspot.com

ina ku said...

kak ita, cantik la view gambar, mcm tema inggeris.

saya ada jgk buat cream puff beberapa kali. pernah skali tak jd sbb saya kacau telur lambat. lepas tu saya guna hand mixer je, hehehe.

mutia said...

Sedapnye k.ita.. Cantik...

mutia said...

Sedapnye.... Cantik

Gee® said...

nyum2x... choc + strawberry = best sangat...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

nyamannya tekak jika yg dua ketul tu ada depan akak skrg ni.. hehe..

adda syuhada said...

kelassss..terliur menengoknya..terasa kat anak tekak ni..

Azie said...

Sungguh kreatif

shabbycottage67 said...

hi, can i know the nozzle tip that you use for the cream puff? Which tip? by the way, your puff looks tempting, yummilicious...Thanks

saydatul al aman said...

nyummehh!! sedapnye! thanks for sharing the reeipe sis ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

senang ni, takyah lagi buat kastard, sesuai bg yg malas bertenggek tepi dapur, hihi

Hasnurul Akhma said...

Nampak pun dah sedap..nyumm..nyumm..

Hasnurul Akhma said...

Nampak pun dah sedap..nyumm..nyumm..

ummiaisyah said...

tahmiah kak Ita..dh guna domain sendiri sekarang!

Delima Zamrud said...

Sedap nyer Kak Ita, gambar cantik sgt2 :)..

Bbwana adienia said...

cream puff yang sedap dan nampak sangat menarik untuk di makan..hehe..

fazianbatrisyia said...

sangat teringin nak makan cream puff mcm ni...

safina ramli said...

sangat tertarik dengan semua hasil air tangan kak ita.saya masih baru dalam dunia blogging ni.Tiap hari kalau stress kerja saya mesti tengok blog kak ita.Rasa tenang tgk semua hasil kerja kak ita.Terima kasih kak ita sebab blog kak ita adalah inspirasi saya time tengah stress bekerja..

Zuraida Zakaria said...

Mmm...nyummy sedapnya.x sabar nk cuba buat

Zuraida Zakaria said...

Mmm...nyummy sedapnya.x sabar nk cuba buat