Follow if you like

Mar 11, 2013

Chocolate Blossom Mini Cup Cake


Assalamualaikum


Baru-baru ini ita ditimpa perkara yang amat mendukacitakan apabila FB ita dah tak boleh berfungsi dengan baik dan sempurna. Mula-mula ita sangkakan ini adalah perkara biasa kerana keadaan ini selalu berlaku bila FB di selengara . Tapi setiap hari ita menunggu keadaan tetap sama hingga kini.

Banyak gambar masakan dan gambar personal dalam FB ita hilang. Ita juga tidak dapat linkkan blog ita di FB lagi, keadaan ini memang membuatkan ita sangat sedih dan sedikit kecewa. Bukan FB personal sahaja tapi ita punya fan page juga mengalami nasib yang serupa. Semua gambar masakan yang ita kongsikan hilang.

Ita cuba dapatkan bantuan seorang rakan untuk mengetahui samaada FB ita telah di hack, beliau memang arif tentang komputer dan internet kerana berkerja sebagai Computer Analyst di Bukit Aman. Menurut beliau jika FB di hack, pemilik sudah tidak dapat terus membuka FB nya. Tapi sebaliknya jika gambar hilang atau ada tangan-tangan lain yang memasukkan apa-apa status yang bukan tuan empunya yang masukkan ini bermakna, fb telah di sabotaj oleh pihak lain


Ramai rakan-rakan FB yang memahami masalah ita hadapi, memberikan pandangan dan pendapat. Terima kasih ita ucapkan..
Ita diminta untuk menukar pasword FB dengan segera. Walaupun ita dah lakukan tapi masih lagi tiada sebarang perubahan.

Akhirnya ita menghubungi seorang lagi teman, beliau pula berkhidmat di IBM Mesiniaga. Beliau dengan baik hati telah sudi membantu ita untuk menyelesaikan masalah yang ita hadapi memandangkan ita kurang arif bab-bab iT ni.. Ita ni kalau bab iT ni nak kena tunggu anak-anak balik barulah anak-anak dapat membantu..

Setelah aduan di buat ita diminta menunggu progres selanjutnya dari FB. Ita terus menunggu dengan sabar namun masih tiada perubahan. Baru-baru ini anak ita pulang bercuti, ita merebut peluang untuk meminta Amirul membantu ita. Sekali lagi kami membuat aduan tapi hingga kini masih lagi sama.. tiada apa-apa perubahan.

Ita mula sangsi kerana terdapat beberapa status baru masuk dalam FB yang bukan ita masukkan. Ita tak pasti apa yang berlaku sekarang.. Ita bercadang untuk menutup sahaja FB ita jika keadaan masih terus berlarutan..



Kepada rakan-rakan ita yang lain, ita nasihatkan supaya selalulah tukar pasword supaya FB kita tidak di hack oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Ita meminta maaf sekiranya keadaan yang ita alami ini memberikan kesulitan juga buat rakan-rakan ita untuk mencari resepi. Ita juga minta maaf banyak-banyak kepada semua fren ita samaada di Azlita Aziz FB atau di Azlita Masam Manis Fanpage sekiranya ita terpaksa menutup FB ita nanti..

Sekiranya ada apa-apa perubahan kelak ita akan lapurkan dari semasa ke semasa.
Ita juga tidak pasti samaada blog ita turut terkena tempiasnya, kerana banyak link terutama untuk search resepi tidak boleh beroperasi seperti selalu. Ita masih lagi mencari punca dan masalahnya..


Chocolate Blossom Mini Cup Cake

Bahan A
150 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda
secubit garam

Bahan B
2 biji telur gred B
230 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
100 ml susu cair
125 ml minyak jagung
1 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
125 ml air panas

Satukan semua bahan A dan ayak 2 kali
Dalam bekas pemutar, putar bahan B hingga gebu dan putih
Satukan Susu cair dan susu pekat dalam bahan C
Kemudian tuang dalam adunan bahan B perlahan -lahan sambil adunan terus diputar
Tuangkan pula minyak jagung
Masukkan pula tepung sedikit-sedikit dan gaul rata dengan kaedah kaup balik
Akhir sekali tuangkan air panas dan gaul adunan sempurna
Kukusan dipanaskan terlebih dahulu
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas kek
Sediakan cawan kertas secukupnya
Letakkan cawan kertas di dalam acuan lompang atau acuan apam
Tuangkan adunan 3/4 cawan kertas
Kukus selama 20 minit






23 comments:

Rina Audie said...

turut sedih dan prihatin mengenai apa yang terjadi dengan fb kak ita. Semoga masalahnya cepat selesai, dan kak ita bisa share pic lagi di fb...

Kek ini mirip dengan Bolu Kukus di Indo kak. Cantik bisa merekah begitu...

ummiaisyah said...

sabar lah Kak Ita...sekali-sekali mmg kita akan diuji oleNya..tanda kasih sayangNya pd kita..smg hikmah yg datang adlah lebih baik
..cantik merkah kek kak Ita sayang! teruskan share resepi utk kami adik2 yg sayang kak ita sentiasa!

Asyifa Mustaffa said...

sabar k.ita...dugaan tu....myb lpas apa yg jdi ni...ada hikmahnya kan...harap k.ita bnyk sabar ye....
apa pun....mmg nmpk cntik rekahan kuih tu...:-)

Delima Zamrud said...

Alah comey nyer kek tu, Kak Ita D5 pun kena benda yg sama byk kali aduan dibuat mmg xde tindakkan apa2 dr FB.. Mmg kena redha je gambar2 sumer hilang pastu kena buat baru n kena add balik kawan2 lama, mmg seday tp nk buat camne konon nyer acc kena hack xtau lah zaman sekarang mcm2 org buat. Sabar lah ek Kak Ita lain kali mmg kena buat backup setiap gambar yg kita save kat FB kan..

Mas said...

banyakkan bersabar kak ita..
mudah2an masalah begini dapat diselesaikan dengan cepat...

hmmm...cantikknya apam blossom tu

NinaAz said...

Kecik comelnya kak itaaa ♥♥♥

Nur Islam said...

once again, u impress me... N u make me happy.. Eventho blum try resepi ni bcoz im not good in baking... Sure sedap as im a choc lover..
Pls pls continue sharing ur knowledge with me n ur fan...no matter what happen to ur blog or fb..

Mat Gebu said...

Salam kak. Saya faham apa akak rasa..saya pun rasa geram juga sebab ada manusia yang busuk hati buat mcm tu kat akak, ntah apa yang mereka tak berkenan sangat. Ilmu dan kepandaian yang Allah kurniakan pada mereka, telah mereka nodai dengan pekerjaan yang sia2 macam mereka buat sekarang ni... Insha Allah, pasti ada hikmah tersembunyi...Moga rezeki akak lebih murah lepas ni, byk2 bersabar yea...

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Azlita.. macam mana boleh jadi macam tu? Sabar yaa kak... Kak Azlita pada pendapat sha bila dah jadi macam ni... lebih baik Kak Azlita buh watermark sebesar tidak kat gambar2 akak tu.. takut ada pihak yang tidak bertanggungjawab akan ambil dan guna gambar2 akak yang cantik tu sewenang2nya...

All the best Kak..:)

adda syuhada said...

sedap & comel..

siti sabri said...

Suka tgk picture akak..cantik sgt

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kenapalah ada manusia yang busuk hati macam tu... sabar ya, kak Ita. Tapi baru ni sy ada baca sorang lagi teman fb mengadu mengalami masalh mcm Kak Ita. Gbr2 & resepi dalam albumnya hilang. Mungkinkah puncanya dari org yang sama.. urmmm, ada kepandaian digunakan pula pada jalan yg salah, isk!

hajar said...

bestnya kek ni dan sgt cantik kejadiannya...resepi ni bukan saja menjadikan cupcake ni sedap tapi lembut dan lembab..sabarlah k.ita...terima kasih...

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita...
Memang rasa tak seronok jer kalau dah kena macam tu....saya pun kadang risau gak kalau2 perkara sebegini terjadi pada blog. Masakan saya....ermmm sedih..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
semoga masalah di fb ita akan segera dpt diselesaikan... sayanglah kalau di tutup sbb byk gambar2 yg menarik di sana..

Rozita said...

harap masalah akak tak berpanjangan.. selalu org ada masalah dengan fb ni.. itu belum lagi gambar yang digodam dijadikan macam2..

mimie said...

assalammualaikum wwb kak ita...
ikut sedih baca postingan kak ita kali ini...
sabar ye kak...
semoga semua kembali seperti semula..amin...

eray said...

sabar ye kak ita, pasti ada hikmah. by the way, kek coklat nie comel sangat, rase geram je nak masuk mulut

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/03/ostematrix-tulang-sekuat-tembok-cina.html

priorityisyou said...

syg klu ditutup...sbb ina slalu tgk resepi yg ada kat cni :)
sabar ya kak...

fazianbatrisyia said...

Tak elok betul guna kesenangan dari kesusahan orang lain...

Harap kak ita bersabar & bertenang. Ada hikmah disebalik yg kita tak tahu. Ujian Allah juga kepada hambanya...

Ummi said...

Inilah pertaruhan dlm blogging agaknya Ita..begitu jg dunia alam maya, susah mengenali hati budi di sebaliknya... Ada manusia seronokmelihat org berjaya dan melangkah maju, ada manusia sakit jiwanya melihat keadaan itu.. Hanya sabar dan pasrah akan jd kekuatan utk kita bangkit semula... Dan akak tau, Ita tabah dan kuat semangat..jgn putus asa Ita cayang..terus bangkit...Ita boleh! Muuaahh!

Ummi said...

Buat Ita cayang...sabar & pasrah menerima dugaan berblogging ini, lantaran kita tidak dpt membaca isi hati kesemuanya di alam maya ini... Ada yg suka dan bangga dgn kejayaan dan perkongsian ini, ada yg jiwanya sakit dan sanggup berbuat kerja penganiyaan ini. Seandainya benar ini perbuatan makhluk sesama kita, doakan sj agr dia sedar dan insaf...tetapi andai kita tersilap menafsir tanpa niat dan sengaja, sama2 kita mohon keampunaNya.

Akak tau Ita kuat dan masih bersemangat, teruslah bangkit Ita cayang...jgn putus asa, ini bukan pengakhiran sebuah perkongsian dan amal jariah ikhlas... Teruskan dik! Sayang muuaahh..muuaahh!

Azie said...

Cantik

Powered by Blogger.