Tuesday, February 26, 2013

TART BUAH-BUAHAN


Assalamualaikum

Selamat petang, dan selamat beristirehat.. buat semua suri rumah-suri rumah..
Biasa kalau suri rumah masa ni lah baru dapat nak melelapkan mata.. nak santai-santai sambil menonton TV ya tak?

Tapi masih banyak lagi urusan yang belum siap.. mana nak angkat kain di ampaian.. nak melipat baju.. atau mungkin ada yang sedang memikirkan apalah juadah untuk makan malam atau minum petang ni..


Hari ni ita nak  kongsikan satu lagi resepi hebat dari bloger yang ita cukup kagumi bakatnya.. Seorang wanita yang cukup berseni dan sangat kreatif.. yang paling utama beliau sangat rajin.. setiap resepinya pasti membuatkan sesiapa yang melihat meronta-ronta nak mencuba.. bagi yang tak punya cukup masa dek kesibukan urusan pejabat.. pasti tak akan melepaskan peluang untuk menempah dari wanita yang satu ini..

Resepi ni dah lama ita skodeng di dapur beliau.. hati ni dok mencongak-congak.. nak buat ke tidak? Bila melihatkan kecomelannya tu.. macam tak sangup nak tunggu lebih lama lagi.. Tapi ita bimbang pula sejarah membuat biskut tembikai berulang semula.. huhu


Hari ni memberanikan diri mencuba.. Aduyaii.. tak lah susah sangat.. nampak macam susah tapi bila dah buat ok lah.. menyeronokkan.. lebih-lebih lagi bila melihatkan hasilnya..
Sebenarnya ita dah lama tak bermain dengan warna.. Ita ni sebenarnya suka sangat melukis.. Warna-warni adalah dunia ita.. seronok bila dapat melayangkan berus di kanvas.. dengan warna-warna yang sentiasa memberikan satu semangat dan kepuasan..

Tapi sekarang dah tak punya masa untuk berkarya.. Akhirnya tak dapat melukis di kanvas melukis di tepung pun jadilah.. kata orang nak lepas gian.. haha

Jom lah.. kita masuk dapur kita intai-intai resepi unik dan menarik ni.. dan amat sesuai untuk dijadikan hantaran atau buah tangan..


TART BUAH-BUAHAN
Resepi Oleh : Kak Wan 

250 gm mentega
60 gm gua icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung

Bahan Hiasan 
Jam nenas sebagai inti
Pewarna mengikut warna buah-buahan
1 biji telur asingkan putih dan kuningnya
Cengkih sebagai tangkai
Bijan hitam sebagai hiasan
Royal Icing sebagai daun atau kudup

Satukan mentega dan gula dan gaul rata dengan senduk kayu sahaja
Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata
Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah di ayak terlebih dahulu sedikit-sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut

Ambil sedikit doh, letakkan jam nenas atau jam strawberry atau blueberry atau apa-apa jam yang anda rasakan sesuai.
Jam tu kita bulat-bulatkan dahulu supaya lebih memudahkan dan melancarkan lagi urusan kita nanti.
Bentukkan seakan-akan buah-buahan yang anda sukai, seperti buah strawberry, apple, pear, jambu, labu, kiwi, mangga, nenas, pisang, manggis, orange atau apa-apa buah-buahan yang terlintas di benak fikiran.
Buat kemas-kemas.
Untuk buah yang berlekuk seperti pear atau abu, gunakan belakang pisau untuk bentukkan setiap lekukan.
Untuk nenas atau buah durian  anda boleh guntingkan sedikit doh untuk membentuk durinya
Setelah siap susun dalam dulang pembakar yang dilapik kertas pembakar.
Jom intai cara ita..


Bentukkan doh menjadi buah-buahan pilihan anda.. lagi banyak buah-buahan yang anda pilih lagi cantik dan menarik lah hasilnya nanti.. jangan sekat fikiran anda untuk berkreatif.. anda boleh mencuba pelbagai-bagai jenis buah-buahan yang anda suka dan anda rasakan ianya comel.. ^___^



Bila dah siap semuanya di bentuk, sekarang bolehlah di warnakan. Gunakan warna -warna yang menarik dan hampir-hampir serupa dengan buah yang asli. Warna yang digunakan adalah warna cecair atau gel.. mana-mana pun sesuai..

Gunakan berus yang sesuai, berus khas untuk makanan pastikan yang halal ya!!
Boleh ratakan dengan air sekiranya warnanya pekat.. Buat sama macam kita buat lukisan masa di bangku sekolah dahulu.. ingat lagi tak? @___^





Bila dah siap warna, keringkan sekejap sebelum kita sapukan pula dengan putih telur supaya ia nampak sedikit berkilat.
 
Selepas tu boleh lah kita letakkan tangkai. Untuk tangkai ita gunakan bunga cengkih.
Bagi buah yang ada biji-biji di luar tu.. macam strawberry, bolehlah kita letakkan bijan sebagai hiasan buah.
Bagi buah yang berdaun, jangan letak daun dahulu, sebaliknya kita bakar dahulu
Bakar dalam ketuhar pada suhu 140C selama 25 minit.
* kalau masa bakar nampak macam dia nak merekah, cepat-cepat turunkan suhu ketuhar..

Bagi kak Wan beliau akan salutkan semula doh yang dah 1/2 masak dengan kuning telur pula. Tapi ita tak buat la.. ita ni buat untuk makan sendiri aje... bagi yang nak buat boleh buat.. ia sebenarnya untuk mengukuhkan lagi kelekatan warna tu pada doh kalau tak.. dia akan mudah tanggal..

Bila dah siap bakar sejukkan sekejap kemudian letakkan daun atau kudup buah dari gula icing.

Kemudian kita bakar semula untuk keringkan Royal Icing tu.. tak lama ya masa membakarnya dalam 10 minit dengan suhu oven yang rendah iaitu 120C


Royal Icing
1 biji putih telur
90 gm gula icing
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh jus lemon

Satukan semua bahan dan putar hingga ia putih dan likat
Letakkan pewarna, letakkan dalam piping bag dan bolehlah di paipkan pada tart buah tadi
Bakar semula doh selama 10 minit pada suhu 120C


Terima kasih Kak Wan, kepada rakan-rakan semua.... Selamat Mencuba!!





16 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

buat hantaran?? ada orang meminang Dalili ke, Kak Ita??? hehehehe

雷切儿 said...

wah~cantiknya

ilahjy said...

salam dek ita lawa..
kata ita tk susah,. kak ilah tgok mcm susah jer hehee..ayatan org rajen nie hehe..kak wan mmg sorg yg kretip..berbaloi2 dia berhenti kerja dan tumpu pada kerjaya memasaak ni..seni dlm dirinya tak ternilai.. begitu jua dng dek ita ..apa kurangnya kretpnya..setanding kak wan kita.. tahniah kerana berjaya melukis pada kuih muih..bila la kak ilah pula nak tiru gaya kalian berdua ..adoi aiii..minta sikit laaa nak rasa tu jer jwbannya hehe..apapun tahniah..

mimie said...

wuohhhh....cantik sangat kak...
macam buah betullah kak... :)

ninazsyafinaz said...

cantek hasil nyer kak ..Syabas..ader satu resepi tuh naz baca dr majalah saji..dia buat tart bentuk lada hijau dan merah begini tapi dicelup dgn agar2 pada pengakhiran nyer..cantek juga.

mas said...

Chomeynya....sayang nak makan .

mas said...

Chomeynyer.. sayang nak makan..

Gee® said...

sayang nak makan....cumiL..!!

NenetPenne (NP) said...

trend ni
as for my sista's fren yang buat tart ni, dia pecahkan adunan kepada 7 bahagian dan setiap bahagian diwarnakan terus sebelum dibuat jadi bentuk apple, strawberry, manggis dan lemon.. kerana warna tu akan masak bersama buahan2 tu...untuk mengekalkan agar tart tu tak cepat berlapuk...

just to share the info.. :)

analisa ummu abel said...

masyaAllah kak... cantiikkkkkk....

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Salam Ita, sama la kite ye suke melukis atas tepung pun jadilah..tq dear rajin mencuba :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ita cantik....

Delima Zamrud said...

COmey nyer tart nie sayang rasa nk makan nyer :)

Marsita yahya said...

Salam Ita,
akak rasa search function Ita macam tak berfungsi..sebab cari apa-apa pun dia akan kata No result...

Hani Campbell said...

Salam,

I want to know when u said "Jam" strawberry/blueberry, do u mean the one in a bottle form that we spread on our bread? Can you show me what type of "Jam" u used?

Thanks in advance, I've been wanting to make this for my lil doter's birthday 2 weeks time but not sure what the filling they use & what is a weight for each dough...

Hope to hear from you....

siti sabri said...

Xterbuat lah kalu ct benda yg nampak rumit gini...hehehe
Tangan plak xkreatif mcm kak ita