Follow if you like

Feb 10, 2013

Selamat Tahun Baru Cina


Selamat menyambut tahun baru Cina kepada semua rakan-rakan ita yang berbangsa Cina. Bagi kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum, inilah keistimewaannya negara kita kerana dapat menyasikan kemeriahan sambutan perayaan setiap bangsa.

Seperti biasa kalau Tahun Baru Cina, kawasan rumah ita ni dah jadi macam pesta. Malam sambutan memang tak dapat lelapkan mata, bunyi mercun berdentam-berdentum seakan kita berada di medan peperangan pulak! Tapi memang seronok, pesta bunga api yang hanya dapat disaksikan setahun sekali. Itulah simbolik perayaan mereka..

Apa yang menghairankan.. tak ada pulak yang cedera putus jari ke.. putus tangan ke.. walaupun mercun yang di main ala-ala peluru dan ledakan meriam..


Selain Hari Raya, Tahun Baru Cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia, dan cuti Raya Cina juga agak panjang. Ita rasa pasti ramai yang telah pun selamat pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang meninggakan rumah tu, pastikan keselamatan rumah di jaga. Disamping itu kenderaan juga hendaklah dipastikan selamat untuk perjalanan yang jauh.

Ok lah sempena Tahun Baru Cina, ita sediakan kuih tart gulung, entahlah tekak ni teringin pula nak makan kuih tart, bila terpandang beberapa rakan blogger berbangsa Cina yang menyambut perayaan ini menayangkan kuih tart masing-masing..

Daili lah yang paling suka, kerana inilah biskut raya kegemarannya. Ita buat 2 adunan, satu ita letakkan inti jam nenas dan satu lagi ita letakkan jam bluberry.  Intinya pula ita beli yang ready made aje jual kat kedai bahan kek. Jom lah kita cuci mata..

TART NENAS GULUNG
by: Kak Anim

4 oz butter - 115 gram
4 oz minyak sapi - 115 gram
1 biji telur gred B
1 lb tepung gandum -450 gram
sedikit garam
air sejuk


Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
Masukkan butter dan minyak sapi
Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.
Guna acuan seperti gambar di bawah.
Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min

JAM NENAS
 by: Kak Anim

10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan
Ini adalah cara bagaimana ita buat tart bunga ni 
Untuk tampok bunga yg warna hijau tu ambil sedikit doh dan letakkan sedikit pewarna hijau. 



Untuk tart Bluberry Roll ni, ita letakkan paste bluberry dalam adunan doh. Ita juga gantikan dengan bluberry jam sebagai intinya. Fillingnya ni ita beli yang dah ready made di kedai bakery.



17 comments:

Mazatul Suzana said...

Amboi, k.ita.. Pepagi lg dh tayang tart.. Mmg yummy lah!

Fazlinil Irma said...

rajin kak ita mengeTart.. kat sini pun berdentum dentam bunyi mercun..

ok la jgak.. buat peneman sy yg berjaga siapkan tempahan kek. :)

Amie said...

Kita pun suka tart nenas... sib baik ada dijual, bila teringin, beli he he heh.

ezzanie ghazali said...

wahhh..sedappnyee tart...my favourite jugak ^^

amer akat said...
This comment has been removed by the author.
Seri Kandi Tanah Jauhar said...

blueberry jem tu memang ada jual yg khas utk tart ke, Kak Ita... tolong saya, hehe

Azlita Aziz said...

ada Seri, beli kat kedai jual bahan kek dan katakan nak buberry jam untuk buat tart bukan yg filling utntuk cheese tart punya.. sebab cheese tart punya cair yang jam ni dia pekat macam jam nenas.

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

mama_aqil said...

my fav blog dari dulu sampai sekarang. klu tak jengah sini alamat tak berasap la dapurku...hehehe...
meh la kak ita jengah blog saya pulak...hehehe ...br nak berjinak2 ni... mama aqil

aida said...

assalam..bes tgk blog k.ita ni..boring2 gilar je jengah blog saya yek..tq.. http://hanyasekadarhobi.blogspot.jp/

aida said...

assalam...akak...kuih tart febret saya...kalu boring2 jom jengah blog saya...tq...http://hanyasekadarhobi.blogspot.jp/

CT Delima said...

Assalamualaikum Azlita

Wahhh..fav CT dan CM ni kuih tart ita. tapi CM lebih suka tart jenis dulu2 yang dikelim tepinya hihihi

pink ker merah tu..apapun I LIKE :D

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Badariah Zakaria said...

sedapnya kiuh tart.....
menarik pula tu....

Nur Islam said...

Lamanya akak cuti dr blog... Akak xsihat ker???

anymz said...

Alhamdulillah ita pun masih lagi stick dgn resepi ni ya..
Akak pun insyaAllah akan memulakan semula projek tat utk raya thn ni..Susah betul nak dpt nenas skang ni.
Biasa abg akan ke Johor utk borong nenas di Pontian atau Muar nun.
Thn ni tak tau lah lagi macam mana.

TerimaKaseh ita di atas ucap2 selamat dan doa2 yang ita panjatkan buat akak,suami dan sepupu2 akak sewaktu menunaikan haji tempoh hari..
panggilanmu ku sahut ya Allah dan akak juga berdoa semoga ita sekeluarga dan rakan2 kita yang lain juga di panggil untuk menyahut panggilannya sekali lagi..
Tidak akan jemu kita di sana....
INsyaAllah......

berrycute Lolly said...

salam akak.. kalau kuih tart nenas gulung ni,, boleh tak guna tepung red rose?

Powered by Blogger.