iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, February 8, 2013

Cetusan RASA bloger masakan..


Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan ita yang masih sudi menjenguk dan mengintai-intai Masam Manis. Semoga kalian di limpahi rahmat, beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki insyaallah..

Pasti ramai antara rakan-rakan diluar yang telah tahu akan kemunculan majalah RASA edisi bulan Mac 2013. Apa yang ingin ita ceritakan tentang menariknya  majalah RASA bulan ini adalah apabila blogger masakan diberikan penghormatan untuk muncul dalam majalah masakan yang telah lama bertapak di Malaysia ni dan cukup gah serta di minati ramai.

Siapa lah yang tidak kenal dengan blogger otai Adnan Ibrahim atau cukup mesra di sapa Mat dikalangan rakan terdekat dan nama Mat Gebu cukup melekat di sanubari pencinta masakan. Siapakah gerangan jejaka yang sering bersembunyi di sebalik tepin birunya itu..? Inginkan jawapan..? Jangan lupa dapatkan majalah RASA bulan ini.. pasti anda juga ingin ketahui apakah pesona Mat Gebu...??


Anda peminat bloger kecil molek cik Siti Delima yang sering mengukir senyuman manis... Pasti ramai peminat Siti diluar sana yang ingin berkenalan lebih rapat lagi dengan Siti dan keluarga. Buat julung-julung kalinya ita rasa kemunculan Siti kali ini di temani keuarga tersayang dan yang pasti suami  yang merupakan tulang belakang dan pengalak utama turut berada disisi menemani Siti kali ni. Bagi mereka yang ingin mendekati kak  Siti Delima kita ni.. dan mengenali lebih rapat lagi keluarga bahagia ini.. jangan teragak-agak untuk dapatkan senaskah majalah RASA selagi stock masih ada..

Beliau adalah wanita yang cukup ita kagumi bakat dan keikhlasan beliau berblog. Blog beliau Citarasawan merupakan blog yang sering ita terjah terutamanya bila ita ingin dapatkan resepi istimewa untuk hari-hari yang cukup istimewa. Dahulu ita hanya mengenali kak Wan Rogayah atau lebih mesra di sapa kak Wan melalui karaktor kartun comel bertudung. Ita sering terbayang-bayangkan wajah kak Wan disebalik kartun comel itu.. Bakat beliau memang tidak dapat disangkal lagi. Rajin sungguh wanita cekal ini menerima tempahan yang tak putus-putus dan tidak lokek pula berkongsi resepi jualannya. Ular menyusup akar tak akan hilang bisanya.. betul kan kak Wan??

Beginilah caranya untuk mendapatkan gambar yang terbaik.. Bukan mudah kan.. berpeluh-peluh dibuatnya..

Ita mengenali blog 1001 Cerita 1001 Rasa, di awal-awal ita berblog. Pada waktu itu ita ingin benar-benar mengenali cik adik manis yang sering di sapa Noorsha di kalangan rakan-rakan seperjuangan.  Noorsha pada pengamatan ita seorang yang suka mencuba dan tak pernah berputus asa. Bakatnya dalam bidang masakan cukup besar ditambah kebolehan beliau merakamkan gambar. Ita cukup kagum dengan wanita ini.. walaupun dengan anak kecil namun beliau masih mempunyai ruang berkongsi resepi dan cerita.. Walaupun kini blognya kian sepi.. namun beliau masih aktif menerima tempahan dari rakan-rakan yang mengagumi hasil air tangan beliau.. Ita berharap agar Noorsha dapat kembali aktif seperti dahulu.. pasti ramai peminat-peminat blog 1001 Cerita 1001 Rasa yang ternanti-nanti sentuhan gadis manis ini. Bagi anda diluar sana yang dah lama menanti hasil sentuhan Noorsha, jangan lupa dapatkan RASA..

Terima kasih Nani dan Bad semoga tidak serik datang ke rumah akak.
dannnn... Selamat Pengantin Baru buat bakal pengantin kita Nani.. cayang dia... ^___^

Apa yang menariknya RASA dan kemunculan bloger-bloger dalam majalah kali ini.. selain berkongsi resepi, ita dapat pula berkenalan dengan kak Aminah. Ita tidak pernah tahu akan blog beliau Cookery Pot dan Sweet Spicy from The Baking Studio, sehinggalah ita dapatkan majalah RASA keluaran Mei ini. Inilah untungnya bila muncul di media masa, selain bertukar-tukar resepi kita juga dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.. Sebenarnya dah lama juga kak Aminah ini bertapak di dunia maya.. seawal tahun 1999 lagi.. macam manalah ita boleh tak terjumpa blog kak Aminah ni.. Macam mana dengan anda di luar sana? sudahkah anda mengenali wanita hebat ini?? jangan lupa dapat RASA untuk mengetahui rasa hati kak Aminah kita di dunia maya..


Dikesempatan ini ita ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelaras RASA adik Nani Saudiar Zakir dan jurufoto beliau Baidiuzzaman Ab. Malik yang bertandang ke teratak ita. Mohon ampun dan maaf atas layanan yang tak seberapa dan halalkan apa yang terkurang.. Terima kasih sekali lagi kepada team RASA dan pihak Karangkraf khasnya yang sudi mengundang kami blogger-blogger masakan untuk memeriahkan lagi dunia masakan. Semoga ianya memberikan kebaikan kepada semua. Kepada majalah RASA semoga terus suksess dan semakin berani mencuba sesuatu yang baru dan terkini.

Tidak lupa juga sekalung ucapan tahniah buat Siti Delima kerana gambar beliau menjadi penghias majalah RASA bulan Mei ini. Tahniah Siti ^__^

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan ucapan. Terutamanya kepada sahabat baik Mat saudara Ben Ashaari

Kepada mereka yang belum lagi berkesempatan mendapatkan majalah RASA jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sekarang.. Cook With Love




40 comments:

Umiazah Mz said...

Assalam
Tahniah diucapkan. Belum berkesempatan membaca lagi RASA..
Moga bertambah rezeki dan bertambah lagi koleksi resepi unutk dikongsi bersama..
Tahniah sekali lagi

nOOrsha said...

tahniah kak ita.. u desserved it... :-)

Asyifa Mustaffa said...

tahniah k.ita....juga semua blogger masakan yg terlibat....

MamaFaMi said...

Tahniah buat semua yang mantops meletops... :)

Ida Firdausi said...

Tahniah kak Ita. Semalam dah beli majalah RASA, sebab teruja nak tengok sifu-sifu blogger masakan kita ni. resepi-resepi semua menarik. tak sabar nak cuba. terima kasih dah sudi sharing :)

Diana @ Melley Mey said...

Tahniah buat akak ita n kpd semua... X sabar nk dptknnya... :)

CT Delima said...

As'salam Azlita

Alhamdulillah ..Tahniah sekali lagi dari CT buat Ita dan juga teman2 yang lain nya.

Itu dia cara yang betul untuk mendapakan gambar yang terbaik..semoga usaha murni kita selama ini dihargai..In Sya Allah.

with love CT {^__^}

Ummi said...

Tahniah beribu lemon buat Azlita dan geng blogger yang terpilih...you all deserved it! Penghormatan ini telah mengangkat blogger2 masakan ke satu tanda aras yang cukup membanggakan dan patut dicontohi. Teruskan..! Akak cukup bangga...pasni nak ajak Ben & Mat serta geng2 Johor tu terjah rumah Ita lak...jeless tgk Ita jamu team RASA tuh...hehhe

cikgusiti fazai said...

Tahniah...insyallah akan dpt kan majalah rasa...semoga terus menyumbang kan byk resepi....

cikgusiti fazai said...

Tahniah,! Insyallah akan beli majalah rasa..semoga terus giat menyumbang kan resepi....

cikgusiti fazai said...

Tahniah,! Insyallah akan beli majalah rasa..semoga terus giat menyumbang kan resepi....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

setuju ngan komen Kak Ummi Zaihadi. Masa terjah tu SK nak ikut sekali yek!!

Kak Nik Ja said...

tahniah ita dan masam manis...kalau akak peknen dan mengidam dah lama akak terjah nak rasa air tangan ita...nasib baik x peknen..hihi...keep up d good work..tahniah jugak buat mat gebu. CT delima, kak wan and kak aminah!!

noor ellina Jaafar said...

Tahniah kak..am happy for you...lepas ni nk pi cari majalah nie..sebab akak and cik mat jek..hahaha..slalu elly cari resepi dalam blog akak jek...halal yer kak ilmu and resipi yang elly amik dari blog akak...

Jujue Ahmad said...

Tahniah ~ tahniah ~ tahniah kepada kak Ita, kak CT Delima, Mat Gebu dan semua lah..

Uda said...

tahniah......semuga semangat kalian semua 'meresap'dalam jiwa bloger2 baru seperti saya....untuk terus berkongsi ilmu dalam dunia masakan....

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Assalamulaikum & Tahniah buat Ita Cayangg.. Kak Wan bangga dapat muncul bersama Ita,CMG,CT Delima serta PenyuLawa Kak Anim..Luv U all:)

Nur-nba said...

Tahniah diucapkan kepada Kak Ita dan blogger2 masakan lain yg terpilih. Dah beli Majalah Rasa keluaran bulan Mac ni tadi.. Moga kalian terus berkongsi ilmu dan resepi dengan semua peminat dan pembaca..

Nur-nba said...

Kak Ita... "Cetusan Rasa" tu nama blog Nur... Senyum je bila akak guna untuk buat tajuk entri akak ni..

fazian.batrisyia said...

Tahniah Kak Ita...& kepada semua. Sy suka blogger masakan...sering kongsi resepi dgn ikhlas. Sy akan dptkan majalah Rasa secepat yg mungkin.

Rasa teringin nak berkenalan dgn kak ita...

Tahniah

A.B.M said...

Tahniahh... :)

aDisH.sHidA said...

Tahniah kak Ita dan rakan2 blogger masakan yang lain...

zuwaidah said...

Nak beli satu lah.

Yatie said...

Tahniah buat Ita juga buat rakan2 yg terlibat...mmng gandingan yg mantappppp...smlm dah cari majalah ni tapi takde lagi...pasti dapatkan hingga berjaya...gembira dan berbangga dngn kejayaan Ita, Che Mat, Che CT,Kak Wan, Noorsha dan Penyulawa..tahniah sekali lagi....moga terus sukses...

Salami Simon said...

Tahniah! Tak sabar menunggu Majalah RASA sampai ke tempat kami!

Mat Gebu said...

Sama2 kasih dari saya dan juga Ben (wakil)...sesungguhnya banyak idea2 bernas yang akak dah kongsi dengan kami....terima kasih juga....

mochalicious said...

Tahniah kak ita, kak ct delima, mat gebu n blogger2 yg lain ...akhir dpt gak kenal siapa dia disebalik CM ;-)..... TA H N I A H!!!!

mochalicious said...

Tahniah kak ita, kak ct delima, mat gebu n blogger2 yg lain ...akhir dpt gak kenal siapa dia disebalik CM ;-)..... TA H N I A H!!!!

Shiela said...

Tahniah buat Ita, CT Delima, Mat Gebu dan Semuanya.. Moga terus success..

inahar ali said...

tahniah ita juga blogger2 lain yg hebat semuanya..!!

mimie said...

taniah kak ita, juga che mat dan kak ct tersayang....

^_^

Scarlett O'Hara said...

Selalu baca blog En Mat Gebu.Selain masakan yang sedap, gambar pulak cantik2.

HONEY LEMON said...

tahniah ita....semoga bertambah bersemangat dan berjaya dalam kehidupan....

Mas said...

tahniah kak ita...
moga terus berjaya ^_^

asyraafkadir.com said...

kagum dgn effort akak n the gang amik gbr mknn cantik2. saya mampu guna kamera cikai n setting biasa2 ja. 2 thumbs up akak, akak mmg terer lah bab ni, officially sifu saya dah. :)

fieyza said...

Dah tengok majalah rasa....tahniah....

siti hazza said...

Salam kak Ita..tahniah... suke sgt cerita kak Ita keluar dalam majalah Rasa kali ni..dalam masa 5tahun ni..majalah keluaran Mac 2013 yg paling beharga buat saya.. terima kasih sgt berkongsi resipi...Hanya Allah yg dapat membalas jasa perkongsian yg ikhlas dari kak Ita dan kawan2 blogger yg lain...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak pun dah dapatkan RASA... semua kerana blogger2 terhebat.. tahniah Ita & blogger2 yg tersebut..

dari dapur kecilku said...

Tahniah Kak Ita... saya memang suka sangat tgk blog akak..dan yang lain2...dah terima kasih juga sudi berkongsi resepi....

Badariah Zakaria said...

tahniah..........