Wednesday, January 30, 2013

Tutty fruitty theme for today...

Assalamualaikum



Cuaca di Johor Bahru, 2, 3 hari ni sangat panas. Panas yang terik buatkan kepala mudah berdenyut-denyut.Bila kepala dah mula pusing mood nak mengadap komputer ni pun terbantut.. aduyaiii.. lambat lah pula nak masukkan n3 ni..

Ok lah ita terus sahaja pada resepi yang bakal dikongsikan hari ini.
Ita rasa resepi ini cukup popular satu masa dahulu dan ianya telah menjadi sumber pendapatan bagi sebilangan besar rakan-rakan yang mengusahan jualan kuih muih secara kecil-kecilan maupun secara besar-besaran.

Apam yang pada mulanya hanya apam pandan bolsom yang yang hijau mulus berintikan kelapa atau kaya, tetapi telah di dot-dotkan untuk menambahkan serinya. Bertambah enak pula bila intinya di pebagaikan dengan pilihan citarasa pengemarnya. Kemudian muncul pula karaktor ladybird dan bee yang comel dan menarik! dan pasti ianya memberi tarikan pada kanak-kanak terutamanya.

Selari dengan peredaran watak animasi, muncul pula karaktor kartun anggry bird, doremon dan bear yang comel. Kini muncul pula karaktor buah-buahan menambahkan lagi koleksi apam comel yang semakin diminati ramai ini.


APAM FRUITTY
Olahan daripada resepi: Apam Strawberry
By: Aini Rusli
Sumber : Majalah RASA
Dikongsikan oleh : Gallery Mama Mimi

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
110 gm gula halus atau gula kastor
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur saiz A
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh esen vanilla

Pewarna makanan mengikut karaktor buah-buahan pilihan
Inti atau filing buah-buahan ~ jam nenas, bluberry, strawberry, kiwi
30 keping cawan kertas


Panaskan kukusan terlebih dahulu dengan api yang sederhana
Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas apam
Sediakan acuan lompang secukupnya
Susunkan cawan kertas dalam acuan lompang dan ketepikan

Satukan tepung gandum dan baking powder kemudian di ayak
Dalam bekas pemutar, satukan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.
Masukkan adunan tepung yang telah diayak berseang seli dengan susu
Tambahkan esen vanila dan ovallete, dan terus putar  hingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.

Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan.
Warna dasar hendaklah dalam jumlah yang besar
Ambil anggaran 2 sudu untuk warna daun, dot-dot atau line.
Kacau setiap adunan warna rata-rata.
Kemudian masukkan dalam piping bag.
Untuk warna dasar potong lubang hujung piping bag besar sedikit.
Tapi bagi dot-dot dan line , potong hujung piping bag kecil sahaja lubangnya.
Untuk memudahkan proses, filling juga diletakkan dalam piping bag

Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja
Letakkan intinya dan tutup kembali dengan warna dasar hingga penuh.
buat sehingga habis
Kemudian bolehlah mulakan proses melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.
Setelah siap, susun dalam kukus dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit


Tips penting penyediaan apam 
  • Gunakan api yang sederhana untuk mengukus apam
  • Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu
  • Balut tutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis sewaktu proses apam dikukus
  • Ovallete hendaklah dimasukkan pada akhir proses memukul, iaitu selepas semua adunan dipukul, ini untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut
  • Apam yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah di udara kerana ia mudah kering.
  • Adunan apam ini dapat menghasikan anggaran 30 biji apam bersaiz sederhana
  •  
     

APPLE LIME JUS

2 biji apple hijau
1/2 biji jus limau nipis
gula secukup rasa
air secukupnya
ais ketul

Potong apple kecil, masukkan dalam mesen pengisar bersama gula dan air secukupnya
Kisar hingga halus
Tapiskan airnya
Perahkan jus limau nipis dan letakkan ketulan ais


40 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tak tahu kenapa mata saya tertarik betul dengan yang corak limau mandarin tu, sesuai jadi buah tangan untuk Chinese New Year, kan Kak Ita ku cayang....

mama ila said...

wah...sedappppp.... =)

eray said...

cantiknya..sayang nak makan :)

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-penyusuan-shaklee-paling-bajet-gila.html

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tak tahu kenapa mata saya tertarik dengan corak limau mandarin tu. Sesuai ole-ole untuk Chinese New Year nanti, kan Kak Ita ku cayang...

atie said...

Salam...

Ya Allah Rajinnya buat apam poka dot tu macam2 styel.....memang blogger kat sini rajin dan kreativ ....

A.B.M said...

adoi,. cantinyaaa!
:D

sabar dubai said...

cantik sgt222 kak itaa mcm syg nk makan

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

samalah dgan saya... mata tertarik dgn corak oren tu.. mungkin sbb jarang2 nampak ia dicorak pada apam... heee.. menarik...

Marfizah Mohamad said...

saya jatuh cinta dengan blog kak ita...cantik..kreatif..aduh :-)

NenetPenne (NP) said...

ooh gigihnya u...

Marfizah Mohamad said...

Saya jatuh cinta dengan blog akak setiap kali tengok tergoda cantik...kreatif... :-)

Gee® said...

cutenyaaa.....

Azrey Rozie Eiman said...

Kak ita..... apasal comellllll sgt apam tu!

ummiaisyah said...

alahai jejari emas kak Ita..ada saja kretivitinya!

Nieyxzha Hassan said...

Akak..bak sini skett...lapar ni XD

strawberi said...

ya allah kak ita...sangat cantik..rajin sgt akak..

faa.rosli said...

ouchh!sooooo cute!sayang nk mkn ni

Ann@Anncoo Journal said...

WOW! These look so pretty! Hope I can try to make these little cakes someday :)

NinaAz said...

cantik dan kreatiffffff!!!

Nur Faiezah said...

macam mana nak dapatkan pewarna hitam ya?

ctnoradilah said...

apa fungsi ovalette ye??klu x letak xpe?

Nooriah Abdullah said...

cantiknya apam ni Ita mmg sesuai sngt utk hadiah cny ni...

Nur-nba said...

Unik coraknya .. Kak Ita memang kreatif!

Salmi Khairil said...

macam2 ada...comel, rajinnya akak

Yatie said...

cantiknya corak2 yg Ita buat ni, mmng kreatif betullah...sayang nak makan ni kalau depan mata...

Sally said...

Salam Kak Azlita..kagum sungguh tgk betapa rajinnya mendeko apam ni..

fazian.batrisyia said...

sy juga setuju dgn yg lain...corak oren bg sy sgt menarik...tembikai juga. Mmg sedap mata memandang.

Lily said...

salam kak...wahhhhh best nyer.. comel2...boleh bg gift kat budak2..mesti suka kan..... proud of u la kak....

Aikido@MushroomCute@Mariea said...

Nampak gebu jer....tak prnah cuba lagi ni..Harus cuba resepi Kak Ita ni. Aritu member ada buat, tp agak keras @bantat...

Roses_Leo09 aka Hanim said...

hanim selalu tunggu idea2 kak ita yg mervellous .....

Dinie Moelyadi said...

Makasih ya untuk resepnya....bisa jadi ide untuk bekal sekolah anak.

Norihan Din said...

Emmmmhh...sayang nk makan...

ChocoStrawberi said...

akk,saya suka sgt bukk blog akk. mcm2 resepi ade.thanks kak :)

Nadia said...

Cantik betul gambar2 yang akak amik..

Anne Yusnizah said...

Salam Ita, lama dah nak cuba buat apam ni tapi tak kesampaian. Rajin Ita decorate apam ni. Cantik sangat....akan cuba buat one day

izza ivanka.. said...

sedap tgok semua resipi akak buat..nk mintak blog akak jd bloglist sya yer..

Huda Ahsin 2 said...

Wow! cantiknya apam buah-buahan...

ina nina said...

kak..cntik2 kek n sdp2 masak kn akak..sy suke..kak kalau blh tmbah2 la resepi kt blog akak..nk mintak izin copy resepi akak..sy bru kawen n xbrape pndai masak..sy nk blajr masak dri blog akak..thank yer kak..:)

tiesta said...

Terbaik!

tiesta said...

Terbaik!