Follow if you like

Jan 14, 2013

Sehari didapur memang memenatkan..




Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan ita diluar sana. Apa khabar semua pagi ni? semoga kalian semua sihat, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dilimpahi dengan rezeki dan kasih sayang yang melimpah ruah.

Alhamdulillah, pagi yang cerah dengan kicaun burung yang berterbangan mencari makanan. Walaupun pagi agak dingin kerana hujan petang semalam, harap-harap biarlah hari ni panas hingga ke petang..

Mungkin ada antara kita, suri rumah yang sedang memikirkan juadah yang akan disajikan pada keluarga hari ini. Al maklumlah hari ni hari Isnin dan pasar tak bukak pulak kan.. bagi mereka yang telah berbelanja awal mungkin masih ada lagi stock bahan basah dalam peti ais. Tapi kalau ada yang tertinggal, terpaksalah masak ala kadar sekadar mengalas perut.

Tak kisahlah masakan apa yang bakal kita sajikan, kita harus bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Inilah rezeki Allah untuk kita hari ini.

Bercerita bab masakan, inilah antara sajian yang sempat ita sediakan buat keluarga semalam. Ya, semalam ye.. hari ni beum masuk dapur lagi.. dan masih memikirkan apa pula yang akan ita sajikan untuk suami dan anak-anak.

Entah kenapa sejak dua menjak ni selera ita beralih pula kepada masakan kampung. Begitu juga dengan suami yang hari-hari mencadangkan ita masak masakan kampung. Mungkin dah rindu pada kampung halaman, maklumlah dah agak lama juga ita tak menjengah keluarga mertua di Utara Pantai Timur.

Semalam ita sempat sediakan beberapa menu istimewa dan sudah semestinya dari insan-insan yang istimewa dan untuk di sajikan juga buat mereka yang cukup istimewa di hati ini. Jom kita intai-intai apalah yang sempat ita sediakan..


GULAI PUCUK PAKU IKAN KERING
Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi

2 ikat daun pucuk paku
10 tangkai cili padi ~ ditumbuk
300 gm ikan kering
3 batang serai ~ dititik
2 inc kunyit hidup ~ di tumbuk
5 sudu besar tempoyak
500 ml santan
2 helai daun kunyit ~ dihiris
Garam secukup rasa

Panaskan periuk, masukkan tempoyak, cili padi, santan dan kunyit
Kacau perlahan di atas api yang sederhana
Masukkan pucuk paku dan kacau sebati
Apabila mendidih masukkan daun kunyit dan ikan kering
Kacau hingga pekat
Perasakan dengan garam


SALAD SIAM
Oleh : Chef Ismail
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu

400 gm daging lembu batang pinang
Minyak untuk menggoreng
1 batang terung panjang

Bahan Dihiris
2 batang serai
5 tangkai cili merah
5 tangkai cili hijau
6 ulas bawang merah
3 pokok daun ketumbar
3 tangkai daun selasih

Bahan Sos
3 sudu besar sos ikan
5 sudu besar perahan air limau nipis
2 sudu besar gula perang
6 sudu besar pati santan diperah daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa


Hiris daging nipis-nipis dan goreng dalam minyak yang panas hingga garing, kemudian toskan atas kertas tisu untuk mengtoskan minyaknya.
Terung di belah dua dan sangai  atas kuali tanpa minyak sehingga kelihatan kesan terbakar.
Campurkan bahan-bahan yang dihiris bersama terung dan daging dalam mangkuk besar hingga rata.
Tuangkan sos yang telah di bancuh dan gaul hingga sempurna
Letakkan salam di atas pingga dan hidangkan
Jika sukakan salad yang pedas, bolehah gantikan cili merah dengan cili padi.


IKAN BERLADA
oleh: Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisional Negeri Sembilan

1 kilo ikan sederhana besar
200 gm cili merah
100 gm cili padi
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai ~ dititik
2 keping asam keping
1 cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Ikan di cuci bersih, gaukan dengan garam dan kunyit kemudian digoreng garing
Kisarkan cili merah, cili padi, bawang merah dan bawang putih.
Panaskan minyak dan tumiskan bersama serai yang dititik, hingga garing
Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam
Masukkan ikan yang telah digoren dan kacau hingga bersalut rata





SIRAP SELASIH KU SAYANG
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan


Ibu sirap rose secukupnya
1 tin laici
Air masak atau air mineral secukupnya
1 1/2 camca besar biji selasih ~  rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya


Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug
Tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.
Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub
Jika rasanya dah ok boleh hidangkan.



PUDING JAGUNG BERKARAMEL

Bahan karamel
3 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Bahan Puding
150 gm tepung kastard
400 gm / 1 tin jagung manis daam tin
150 gm gula
700 ml air
400 m susu cair
1 sudu teh pes jagung
secubit garam

Masak gula dalam periuk kecil hingga ia keperangan
Tanbahkan air dan kacau hingga ia berkaramel ~ berhati-hati semasa proses ini
Kemudian tuangkan karamel dalam acuan

Dalam periuk berasingan, satukan semua bahan puding
Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga ia pekat dan likat.
Tuangkan dalam acuan yang telah di letakkan karamel tadi
Sejukkan dalam peti ais


Inilah proses disebalik tabir yang sering kali di ajukan pertanyaan oleh rakan-rakan. "macam mana ya caranya kak ita ambil gambar masakan, dari susun atur propnya"

Tapi ini adalah cara ita, setiap blogger ada cara mereka tersendiri. Kebiasannya proses ita mengambil gambar agak lama. Ita kena rancang dahulu gambar bagaimana yang ita inginkan bersesuaian dengan konsep masakan itu sendiri, dan kesesuaian warna.

Ada masa ita terpaksa berulang kali tukar prop kerana dirasakan tidak bersesuaian, tidak bertepatan dengan tema atau lari dari konsep. Untuk proses setting aje ita peruntuk kan lebih kurang 1 jam dengan proses pemilihan alas dasar, kain pingan mangkuk atau back dropnya.
Ini tidak termasuk proses plating makanan yang ita lakukan.

Cuaca adalah cabaran besar setiap kali ita merakamkan gambar. Keadaan rumah yang cukup terbatas pecahayaan membuatkan ita terpaksa berhati-hati dalam memilih masa yang sesuai untuk merakamkan setiap gambar.

Ita paling suka mengambil gambar di sebelah pagi dari jam 8 hingga 10, selepas dari itu, pasti berpeluh-peluh ita mencari ruang dan sudut yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Penat dan memang sangat memenatkan.. tapi atas dasar minat dan keseronokkan ita rasakan ianya seakan satu terapi yang sangat menghiburkan.






37 comments:

laskar pelangi said...

Salad siam tu macam menyelerakan je.Boleh try ni menu ni.Suka sangat tengok gambar kat sini.Kreatifff je snap picture ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

lauk-pauk kampung ni tiada siapa yg mampu menafikan keenakannya..

& blog Masam Manis ini juga tiada siapa yg mampu menafikan hebatnya semangat & kekreatifan pemiliknya.. Kak Azlita Aziz bukan calang2 blogger tau!

daridapurjaja said...

Hebattttnya Kak Ita...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Allah.. manalah pulak komen sy tadi, kak Ita..deh!

Nak komen lagi, Kak Ita memang hebak!!

Zura Lee said...

sedapnye lauk2 kampung !!

NOSAKA ENTERPRISE said...

aduhai .. kagumnya .. terkesima kejap .. hebat mmg terbaekk ..

NOSAKA ENTERPRISE said...

aduhai .. mmg duk follow kak ita, tapi tak bersuara .. kali ni mmg terkesima .. terbaekk kak ita :)

Ummi said...

Fuuuhhh....masakan dah mmg terbaiiikk...gaya mu mmg kelassss dik Ita cayang...muuaah muuuaahh dr akak...teruskan berkongsi dalam saja yg ditanya k...hehe...*Akak nak tanya apa eh, tanya kat diri sendiri laa...bila akak nak berblog balik?? hahahaha... ^__^

Gya DuniaKu said...

salam kak ita... semua yg akak hidangkan tu menyelerakan sy disamping cara snap gambar dan hasil yg sangat awesome...
terbaik lah kak ita..
pssttt.. sama lah mertua kita utara pantai timur.. kak ita kat belah mane yer???

..::Zue::.. said...

Terbaiklah kak ita ni...

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Cuma bisa melongo lihat behind the scene dan hasil masakannya. Luar biasa Kak Ita ni...

Fuzah Mahmud said...

lepas ni nak refer blog ni je , bila nak masak..
hehee..

akak.. nak tanya kamera apa yang akak guna untuk snap gmbar2 kat blog ni ye??

umi's cup cake said...

Salam Kak ita,
memang memenatkan tapi bila keluarga kita makan dengan selera..penat pun hilang kan? tahniah kak ita sebab berjaya menghadapi cabaran...semangat..

mimie said...

assalammualaikum wwb kak ita
aduhai....rajin sungguh kak ita...
buat juadah bermacam2...^_^

dan sep biasa, mimie naksir abis (adore) dgn pic kak ita...
terbaik.....^_^

inaku79 said...

gambar sangat amazing! salad siam tu buat kecur air liur... :)

rahel said...

Salam Kak Ita...
Semua sedap2...yg paling menarik salad siam tu...ttetiba terfikir nak buat pulak....hehehe

nOOrsha said...

salam k ita...lame x jengah cn..almaklumlah da jd blogger pencen ni ..hehe....rasa x terlewat nk ucapkn slamat thn baru 2013 utk akk n fmily..smg thn br ni mmberi seribu makne n kejayaan pd akk n kluarge serta masam manis...amin...

ampuuuunnnnn....canteknyaaa gmbar...rajinnn btul ler akk ni....rasa klo blh nk stay 2D/1N kt umh akk n tgk sdr care amik gambo tu dpn mata...stay berpakej la, ngan3x mkn ..haha...

Sukma Haron said...

ada lagi kole lama tu yea...
dekorasi yang menarik...susun aturnya sentiasa menjadi...

Don't Afraid to Try said...

kak ita...

nak bljr bt salad siam..sbb bkl suami sy pun org kelantan...

sabar dubai said...

Terliur tgk salad siam tuh....kak ita mmg kreatif betol laaa

Amie said...

Memang hasilnya sungguh berbalio kerana Ita sanggup berpenat lelah memperuntukkan masa menyediakan dan menyiapkan segala propset untuk penggambaran!

eray said...

trus dan makin lapar perut nie. tq k ita atas resepi2 nie, jd inspirasi nak masak di hujung minggu..

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-kehamilan-shaklee-cantik-sihat-dan.html

Kak Nita said...

Salam Kak ita,

Klasik dan amat menarik. dah lama tak nampak cawan & pinggan tin tu...lagi lauk pauk dan desert tu mmg menyelerakan..!

faa.rosli said...

masakan kampung the best!

akak memang pro bab2 amek gambar ni..

fazian.batrisyia said...

lauk pauk yg memikat...& gambar yg macam biasa memang cantik...I like...

honeyhanida said...

kak ita memang hebat...kak ita ni shida..kelas chf amer 2/12/12.

Mat Gebu said...

Ohhsemmmmmnyaa....kak, teko belakang tu punya lahhh lawaaaaaaaa!!!....

Nur-nba said...

Suka dengan pembaharuan akak.. Memang sangat kagum dengan ketelitian Kak Ita..

Kami kagum dengan gambar2 yang cantik.. Kak Ita orang yang sangat kreatif.. Lauk kampung memang sangat menyelerakan.. Penat akan hilang bila suami dan anak memuji masakan air tangan akak...

lady gamer said...

uish...sumenye nampak sedap...terutama salad siam...ble try nie

Shasha Mohamed said...

Ya, mengambil gambar memang memerlukan kesabaran. Kalau tak jadi, kena buat berkali2 sampai ok.
Tapi bila dah berjaya tentu gembira tak terhingga kan? ;)

Kak Nik Ja said...

salam ita...haaah noorsha dah tanya tuh...bila nak buat kursus fotography utk kitaorang...hihi
dari gambar un dah tahu kesungguhan ita...senantiasa chantik dan memang mmpunyai ceritanya tersendiri
keep up d good work gurl!

Mas said...

awesome......
suka tengok airtangan kak ita....
perfet..

Mama Ikah said...

sweet sgt2 segenap pic yg diambil..memang superb-photograper pro pun kalah nie...i loooiikkeee very much as well as the food served!

Rozita said...

no wonder hasilnya sangat mengagumkan.. kalau saya satu jam tu dah habis dah benda yang dimasak.. hahaha..

plain83 said...

wah marvelous kak :)

Eraz Fadli said...

First time datang sini..

Delimasari said...

kreatifnye ---- suka terjah d sini

Powered by Blogger.