Friday, January 25, 2013

Sarapan pagi dan minum petang




Assaamualaikum,

Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana? Semoga sentiasa ceria, diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia di samping keluarga tersayang.
Rasa-rasanya belum terlewat untuk ita mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam tidak kiralah di mana sahaja anda berada.

Bila kita soroti kisah Nabi Muhammad  SAW, banyak sangat pengajaran dan panduan untuk seluruh umat Islam. Nabi Muhammad SAW adalah putera tunggal dari Abdullah bin Abdul Muthalib, bin Hasyim, bin Abdimanaf, bin Qushai bin Hakim, bin Murrah, bin Ka'ab, bin Lu'ai bin Ghalib, bin Fir, bin Malik bin Annadhar, bin Kinanah, bin Khuzaimah, bin Mudrikah, bin Ilyas, bin Mudhar, bin Nizar, bin Ma'ad, bin Adnan keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim as.

Baginda dilahirkan di rumah Abi Thalib, bapa saudaranya pada hari Isnin 12 Rabiul-awal bertepatan 20 April tahun 571 Masihi, tahun yang dikenali dalam sejarah dengan Tahun Gajah. Ia ditinggalkan oleh ayahnya yang wafat sewaktu ia masih dalam kandungan, dan oleh ibunya sewaktu ia berusia empat tahun.

Rasulullah wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul-Awal tahun 11 Hijrah bersamaan 7 Jun tahun 632 Masihi setelah menderita sakit selama 13 hari. Beliau wafat dirumah  isterinya Aisyah, puteri Abu Bakar Shiddiq dalam usia 63 tahun.

Sama-samalah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
 
Nabi Muhammad SAW bersabda;   
“Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”



Dah bersarapan?
Apa hidangan sarapan anda untuk keluarga pagi ni.
Walauapapun hidangan dan sajian yang anda sediakan, mulakan dengan kalimah Bismillah agar ianya mendapat kerberkatan dan keredaan Allah SWT.

Biasanya ita suka sediakan nasi goreng untuk sarapan anak-anak, terutamnya bila hari cuti atau hujung minggu. Bila dah makan agak berat pada sebelah pagi, makan tengah hari kami agak lewat lah sikit dan biasanya agak sedikit ringkas.

Nasi goreng kegemaran anak-anak adalah yang simple yang selalu disediakan oleh emak ita di kampung. Tapi kadang kala ita cuba-cuba juga tukar selera anak-anak supaya mereka selesa untuk merasa menu-menu yang lain, bukan apa ini supaya memudahkan anak-anak juga supaya tidak terlalu terikat dengan air tangan emak. Biasanya anak-anak ita tak bermasalah tentang makan kerana mereka tinggal di asrama dan dah merasa pelbagai air tangan insan-insan yang sudi memasakkan untuk mereka.. syukur..


Menu petang ita pua kebanyakkan yang ringkas, dan bersesuaian dengan cuaca. Kalau musim cuaca panas ita sediakan yang dingin untuk membasahkan tekak. Tapi bila musim hujan pastilah yang hangat dan rangup yang menjadi pilihan ita dan keluarga.

Jom kita intai menu sarapan pagi dan minum petang yang telah ita sediakan buat keluarga.
Apa pula pilihan anda?


NASI GORENG LADA HITAM
Resepi : Chef Asmawati
Rujukan : Buku Aneka Nasi Goreng
Dikongsikan oleh : Roha ~ Damai Qalbu

300 gm nasi putih
2 tangkai cili kering ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
2 biji bawang merah ~ dikisar
1/2 batang lobak merah ~ didadu ita ganti kobis
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk
1 biji telur ~ digoreng
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum
Masukkan nasi, lobak merah, serbuk pati ayam. lada hitam dan garam secukup rasa
Gaul sebati dan rata
taburkan telur sebelum dihidangkan



SARDIN ROLL

Puff pastri secukupnya

1 tin sardin ~ buang tulang tengah dan dilenyek bersama sosnya
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dicincang
1 batang lada merah ~ buang biji dan cincang halus
1 batang cili hijau ~ buang biji dan cincang halus
1 biji kentang ~ didadu kecil
1/2 sudu teh lada hitam ~ ditumbuk
1 biji perahan limau nipis
garam secukup rasa

Tumiskan bahan hiris dan halia hingga harum
Masukkan kentang dan masak hingga kentang lembut
Masukkan sardin  dan lada hitam masak hingga terbit minyak
Perasakan dengan garam
Taburkan lada hijau dan merah dan perahkan jus limau
Gaul rata
Biarkan sejuk

Ambil sekeping puff pastri
Kelar-kelarkan sebelah bahagian dengan pisau
bahagian yang tidak di kelar letakkan inti sardin dan gulung
Susun dalam loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan awal pada suhu 200 ~ 220 C bergantung pada oven selama 20 minit atau sehingga puff kuning keemasan
Angkat dan hidangkan segera





16 comments:

ilahjy said...

salam dek ita.. alaaa comel nye meow nak dalili tuuu...macam biasa 5 bintang kak ilah kasi kerja tangan dek ita ni ahaksss...

CT Delima said...

As'salamualaikum Azlita

menu kita serupa, tapi bukan hari ini. CT buat untuk santapan keluarga semalam..buat minum petang.

Salam rindu dari CT :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

akak pun suka sediakan nasi goreng utk sarapan.. anak2 semua suka sarapan savoury berbanding yg manis2..
heee... comelnya yg bermata kelabu tuu... dia pun nak tumpang mkn nasi goreng juga ker...hehe..

Gee® said...

Hensemnya kucing Ita... nak sardin roll sepiring...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

meow breakfast apa???

Salam MaulidurRasul utk Kak Ita juga, semoga sentiasa di dalam rahmat Allah SWT, Aminnn.

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Selamat pagi Kak Ita! Love makan biskut ngan soya je. Karang perut dah krank kronk tengok breakfast Kak Ita ni!!! Lapar semula...heee heee!

Rajinnya akak...love kalau nak masak tuk brekpas..malessss! :)

Irfa said...

sgt menyelerakan ;)

Riiri Shin said...

salam,,saya memang suka mkn puff sardin ,,trima kasih for the rasepi,,

rahel said...

Nasi goreng buat sarapan memang sedap la...+ teh panas...mantep banget..

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Aduuuuuuh, cantik sekali kucingnya...warnanya bagus! Hmmmm ngiler juga sama pastry sardennya...belum pernah bikin.

Kniedaz said...

sardin rolls tu sangat mengancam..aduh..terus rasa lapar

Dwana said...

salam kak ita...saya amat meminati blog kak ita ni...selalunya hanya memerhati dan cuci mata sahaja...saya kagum cara kak ita menghias makanan dan pengambilan gambar...dari kenyang terus rasa lapar..heheeh

Juwita Jamaludin said...

Assalamualaikum kak ita, comelnya Nampak sardine roll tu.. ita bru nak berjinak2 baking balik itu pun barang dari jepun belum sampai lagi..terima kasih atas kunjungan akak ke blog ita.. ingat juga akak pada ita..

fazian.batrisyia said...

Kadang2 kalau suami tak ada kat rumah...tinggal sy & anak2 sy masak nasi goreng & keropok aje...laku jugak. Comelnya kucing tu...

nor laila saleh said...

Simata biru tu....comelnya....dalili punya ke...

Kiki Amelia Kartono said...

terima kasih buat resep sarapan paginya :) nanti di coba ahh. Ak jg ada resep sarapan pagi yg bisa bantu untuk meningkatkan metabolisme tubuh bisa cek di blog ak www.healthyslim.weebly.com