Follow if you like

Jan 9, 2013

MASAK LADA API DAGING PANGKAL


Assalamualaikum, 
Semalam ita sediakan masakan dari Negeri Sembilan. Jika sebut negeri Sembilan pasti kita teringatkan chef yang comel dan sering mengukir senyuman manis, siapa lagi kalau bukan Chef Ismail. Resepi ni ita ambil dari buku masakan beliau Sajian Tradisi Negeri Sembilan. Ita beli buku ni sewaktu mengunjungi restoran milik beliau di Bangsar.

Makanan dari Negeri Sembilan memang cukup terkenal dengan santan dan cili apinya. Kalau tak pedas bukan Negeri Sembilan lah namanya. 

Berbalik kita pada resepi Masak Lada Api Daging Pangkal ni, ita kurang mengerti dengan apa yang dimaksudkan daging pangkal dalam resepi tersebut. Daging yang di cadangkan dalam resepi pula adalah daging cincang atau daging hancur. Ita pula menggunakan daging batang pinang yang ita potong kecil-kecil, kerana ita tak berapa gemar sangat daging cincang ni. Jadi kepada yang nak mencuba bolehlah mencuba dengan daging cincang atau daging yang dipotong kecil-kecil macam ita ni..  

Pada ita resepi ni sangat sedap dan anak-anak juga sangat mengemarinya. Cuma memang berasap telinga bila makan.. aduh! terasa pedasnya yang mengigit.. 
Masakan tak pedas, semua bahan-bahan pedas berada dalam lauk ni dengan cili apinya, lada hitam dan lada kering.. maunya tak berasap.. !! 



MASAK LADA API DAGING PANGKAL
Resepi : Chef Ismail
Rujukan : Sajian Tradisiona Negeri Sembilan

500 gm daging cincang ~ ita guna batang pinang dan potong kecil
25 gm lada api
5cm kunyit hidup
175 ml santan pekat
2 batang serai ~ dititik
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1/2 sudu teh lada hitam ~ sangai dan tumbuk *
1/2 sudu teh ketumbar ~ sangai dan tumbuk *
2 sudu besar cili kering ~ yang telah dikisar
Garam dan gula secukup rasa

Daging cincang dicuci dan direbus hingga empuk
Lada api dan cili padi ditumbuk atau dikisar hingga lumat
Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris nipis
Serai pula dititik
Lada hitam dan ketumbar pula disangai tanpa minyak dalam kuali
Masukkan daging yang telah direbus, hirisan bawang-bawang, halia, serai, bahan-bahan yang telah dikisar, rempah tumbuk*, cili kering kisar, dan sedikit air ke dalam periuk dan jerangkan untuk proses mengecut selama 15 minit.
Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
Masak hingga mendidih dan kuah sedikit pekat.



IKAN CENCARU BAKAR DAN SAMBAL KICAP

2 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih, lumurkan garam kemudian di bakar

15 biji cili padi
2 biji bawang besar hiris
2 tangkai cili merah ~ dihiris
3 biji limau nipis ambil jusnya
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
250 ml kicap manis
secubit garam

Tumbuk cili padi dan bawang putih hingga lumat
Tambahkan kicap, garam dan gula
Perahkan jus limau nipis
Taburkan dengan cili merah hiris dan bawang merah yang telah dihiris



KOBIS GORENG KUNYIT

1/4 biji kobis yang sedang ~ dihiris
1 batang lobak merah ~ dihiris
1 batang cili merah ~ dihiris
Sedikit soon ~ direndam hingga lembut
1 labu bawang merah ~ dihiris
1 inc halia ~ dihiris
garam dan gula

Bahan Kisar
1 sudu besar udang kering ~ rendam dan kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inc kunyit hidup

Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan lobak merah dan sayur kobis kacau rata
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan soon dan taburkan dengan hirisan bawang merah dan lada merah



Yang lain ini pula adalah laup pauk yang ita gandingkan bersama. Ita sediakan juga kobis goreng kunyit, ikan cencaru bakar dan dicicah bersama sambal kicap.

Sebagai pelengkap di meja hidangan dan juga sebagai pencuci mulut ita sediakan agar-agar santan pandan yang resepinya pernah dikongsikan oleh sahabat ita yatie.

Sedap tau agar-agar ni, terasa lemak manisnya yang memang sesuai sebagai penghilang kepedasan.. hihi


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Rujukan : Yatie

10gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
4 cawan air
200 ml santan kotak+ 50 ml air
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa pandan

Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.
Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk









19 comments:

Gee® said...

Mabeles...mabeles..!!!

CT Delima said...

Assalamualaikum Ita

Hidangan pembuka selera. ingin juga nak mencuba masakan Negeri 9 ni. terima kasih berongsi idea yang menarik ni Ita :)

semoga ceria dan sentiasa bahagia bersama keluaga tersayang *hugs*

Nor Mohammad said...

Aiyakk..pagi2 lagi dah kecur liur tgk lauk kampung macam ni.

cantik betul gambar kak ita ambil ni, masuk majalah mmg sesuai ni!

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...



salam kak ita,


saya suke dengan ape yang kite persembahkan kat blog skang.. masak lauk2 seharian yang tentunya lebih dekat dengan kekeluargaan..sangat teruja bila mana kat ita ketengahkan masakan lauk pauk..rasenya ramai yang lebih bole masak masakan seharian untuk famili berbanding desert :)) itu pandangan saya la...gambar2 pun sangat cantik dan kedesaan yang terserlah...keep up the good work kak ita...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

yang baca ni pun berasap telinga bila baca nak guna cili api, lada hitam semua, fuhhhhh!! minum air sejuk2 baru boleh hilang, kan...

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
menu yg sungguh menyelerakan...Yatie pun kalau masak daging mesti nak ada ikan goreng/bakar sbb Hamka tak suka kalau lauk daging..dia bising terselitlah dan macam2....tapi daging yg Ita masak ni mmng nmpk sedap sangat...lenkali leh cuba ni....agar2 santan pandan tu pun sungguh menggoda...terasa nyaman je lalu kat tekak kan..

Norhayati Mohd Ramli said...

Salam ita...

Sememangnyo N 9 terkona dongan masakan yang podeh2. Cili api adolah bahan utamo dalam setiap masakan kalau cili api kampong lailah berasap telingo di buaek nyo.

Kecur liur nengok lauk2 kampung cam ni.

Norhayati Mohd Ramli said...

Salam ita...

Negeri 9 memang terkenal dengan masakan yang pedas2. kalau menggunakan cili api kampung lagilah bersap teinga.

Kecur air liur melihat lauk2 kampung.

diana qamarudin said...

salam kak ita,

sedapnya lauk ni.. saya asal n9.. apa yg saya tau.. pangkal ni sellaunya time kenduri.. kalau kat Johor panggil rewang kan.. tapi kalau kat sana.. panggil org pankar / pangkal.. selalunya gulai ni dorang buat time kenduri kawen.. satu lagi.. special menu yg ada utk kenduri org n9 ni lagi2 kat rembau (tempat chef ismail juga) dia kaan buat tulang masak lemak cili api.. wallawehh kak ita.. best sgt tau! kak ita try carik kat buku chef mail tu kalau2 ada.. :)

akak takde buat kelas masakan atau baking ke? kalau ada.. saya teringin sgt nak joint.. really adore your superb cooking ever.. :)

Marsita yahya said...

Daging pangkal tu daging pada bahagian pangkal leher tpt sembilahan...atau macam yang Diana explain pun betul jugak

ezzanie ghazali said...

sedapnye... >_<

siti sabri said...

Salam akak..kebetulan plak ye..ct pun buat agar2 pandan tp guna agar yg btali tu..

Hafizah Mohamad said...

salam kak ita...wah ni dah terliuq dah ni tgk masak lada api daging pangkal...lauk lain dah x nampak dah....daging tu juga fiza nampak...he he he...hari minggu ni nak cuba lah...sedapnyer...=)

Fariza Darwish said...

Saya suka...saya suka. Daging tu nmpk sedap sgt..

sal-nurbeena said...

hebat kak, daging tu nampak paling enak!

rahel said...

Salam Kak Ita...semuanya sedap2...tak tau nak serang yg mana dulu...tapi yg daging masak lada api tu memang sangat meyelerakan...tak mau tengok lama2...gue cau dulu..

Jane Chew said...

Lovely post. You are really a super chef :)

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Shadila.Izani said...

Salam, kak ita... sy berminat sgt dgn cara gambar2 masakan kak ita ini diambil.... bole x ajar sy mcm mn nk setting kamera dslr & lighting utk mghasilkan gmbar spt kak ita? mslh sy slalunya bila cahaya gelap di dapur..tima kasih

Powered by Blogger.