Tuesday, January 29, 2013

Mad about chocolate...

Assalamualaikum


Coklat.. coklat.. coklat..
Pasti ramai diluar sana yang mad about chocolate.. hihi macam ita juga.
Coklat dan ita mungkin tak dapat dipisahkan.. tak kiralah coklat apapun..
Minggu ini ita mulakan operasi coklat setelah beberapa hari ita kongsikan menu santapan seharian.
Ada yang menjerit diluar sana.. kak itaaaa.... mana kek???? dah lama tak membaking..

Aduh!! sebenarnya ita sedang merancang untuk mengurangkan berat badan.. almaklumlah asyik makan kek aje.. berat badan pun dah bertambah dari sehari ke sehari.. bagi ita ianya tidak boleh dibiarkan kerana bila dah naik nanti payah pula nak turun..

Beberapa hari ni ita sibuk menghantar anak-anak pulang ke asrama. Lepas sorang.. sorang sebab mereka naik berlainan hari pula kali ni.. Yang adik minta hantarkan awal kerana banyak tugas yang menanti.. ada beberapa tugasan katanya yang peru di siapkan segera..
Yang abangnya pula balik keesokkan harinya..

Sebelum pulang ke asrama seperti biasa pasti ada oleh-oleh yang di minta buatkan.  " mak.. kawan-kawan kita minta mak buatkan cookies dan kek coklat.. lama tak makan kek cokat mak.. "

Kebetulan ita terpandang Along Roz , kongsikan resepi cookies ni bolehlah ita buatkan untuk anak-anak sebagai bekalan jajan mereka di asrama nanti. Terima kasih Along...


CHOCOLATE CHIP FUDGE COOKIES
By : Along Roz

1/2 cwn tepung gandun ~ 75 gm
1 st Baking Powder
1/4 st garam halus
1/2 st serbuk kopi segera
470 gm coklat masakan ~ di cincang
1/4 cwn mentega tanpa garam ~ 58 gm
1 3/4 cwn gua kastor ~ 370 gm
4 biji telur ~ A saiz
1 st esen vanilla
3 cawan cip coklat

Cairkan coklat masakan bersama mentega hingga cair berkilat
Boleh gunakan kaedah double boiling, cairkan dalam microwave atau cairkan terus atas dapur, tapi hati-hati supaya cokat tidak hangus yang akan mengakibatkan pahit. Gunakan api yang perlahan.
Satukan tepung, baking powder, garam halus dan kopi segera, kemudian di ayak
Dalam bekas pemukul, putar telur dan gula sehingga putih dan pekat ~ anggaran 5 minit
Masukkan esen vanilla, campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan putar rata.
Tambahkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
masukkan cip coklat dan gaul sempurna
Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam. Sebaiknya di simpan semalaman.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Sudukan adunan di atas tray yang di alas dengan kertas pembakar
Susun jarak-jarak kerana cookies ini mengembang bila di bakar
Bakar dalam oven selama 15 minit, sehingga permukaannya retak- retak atau merekah
Pastikan cookies tidak terlebih bakar
Keluarkan dari oven dan segera tanggalkan dari kertas pembakar
Susun atas redai hingga sejuk sebelum di letakkan dalam balang kedap udara.



Pada ita cookies ini sangat sedap, rasa coklatnya sangat mewah dan gigitannya yang chewy gooey yummy.. buatkan seronok dinikmati bersama secawan Hot Chocolate.

Tapi... ada sedikit masalah sewaktu menyediakan cookies ni kerana ianya melekat di atas dulang pembakar. Ita pun tak pasti dimana silapnya..
Pada muanya ita sangkakan cara membakarnya sama seperti coklat cookies yang lain, tapi bila dah sejuk memang ia tak dapat ditanggakan dari dulang pembakar..
Ita letak pula atas kertas minyak namun hasilnya tetap sama..
Sehinggalah ita alaskan dengan baking paper barulah ia boleh di tanggalkan..

Mungkin jika Along ada terbaca coretan ita ni, dapat Along jelaskan kesilapan yang ita lakukan.. atau memang cookies ni jenis melekat.. ialah ita bimbang pula jika ada adik-adik yang ingin mencuba.. Sebab cookies ni memang sedap!! rugi kalau tak cuba..

Selain cookies, ita juga buatkan kek coklat untuk di bawa pulang anak-anak. Resepi dari Chef Zubaidah dan seperti biasa ita ambil dari buku masakan beliau Jamuan Kek.


KEK COKLAT LEMBAB
By : Chef Zubaidah
Rujukan : Jamuan Kek

100 gm serbuk koko
400 gm susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis
200 gm gula kastor
4 biji telur
150 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar coklat emuco
1/4 sudu teh garam ~ ita tambah
1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah

Mula-mula satukan tepung, serbuk penaik, soda dan garam kemudian di ayak
Dalam periuk, campurkan serbuk koko, susu cair, minyak masak, susu pekat manis dan gula
Masak adunan atas api yang perlahan hingga gula hancur dan adunan menjadi licin berkilat.
Ketepikan dari api
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau sebati
Masukkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
Tambahkan coklat emulco dan esen vanilla

Tuangkan adunan dalam loyang berukuran 9 inc yang telah di oleskan dengan sedikit mentega dan di lapik dasarnya dengan kertas kek.
Bakar daam oven yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
Sejukkan kek setelah masak sebelum ianya di potong






30 comments:

mimie said...

sedapnya cookies tu kak.... :)

Nur Hafiza Rahsid said...

terliurnya sy T________T

Asyifa Mustaffa said...

ermmmm....smua nmpk best....:-)

MyStory,CouldBeYours said...

macam hitam jer cookies tu, tapi terliur juga..... Kak nanti nak try la.... Hitam itu memikat :-)

fazianbatrisyia said...

ye lah...cookies tu mmg nampak sedap dengan corak retak2 semula jadi tu...nanti senang nak cuba jugak lah..anak2 sy & sy jugak sebenarnya mmg sgt sukakan coklat.

Untung juga jadi kawan anak2 kak ita...boleh tumpang request nak makan kek & cookies yg sedap2...Belajar rajin2 tau adik2...mak dah bagi yg terbaik tu...

Gee® said...

Tengok gambar pun air lio dh meleleh...itu belum dpt makan lagi... sedapnyaaaa kek coklat!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

segalanya coklat!

mama ila said...

sedapppp nyer cookies ngan kek cekelat tu...nakkkkkkk =)

asmah yusof said...

Salam kak ita....
sedap+jelita+best cookies n kek tue :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

dari rupa luaran pun dah boleh agak cookies tu mesti sedap kan ita... agak2 pada kertas tu kalau disapukan mentega masih melekat tak ye...

Mira Adzlia said...

coklat yg mengiurkan...hihi

Mira Adzlia said...

coklat yg mengiurkan...hihi

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Cookies tu masuk list! Must dooooo...

Kek Chef Zubaidah ni memang kesukaan family...selalu buat.

Nur-nba said...

Sungguh menyelerakan...Anak2 pasti suka...;)

Shiela said...

i'm always mad about choc too.. :)

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://wisataoutboundmalang.com/

http://www.nolimitadventure.com/

faa.rosli said...

wow!everything was chocolate!

Sukma Haron said...

sedapnya cookies tuh..but kena kurangkan coklat dalam pemakanan still diet..

musa nora said...

mad about ur cakes

nor laila saleh said...

kita dah beberapa kali cuba chef zubaidah punya resepi kek coklat ini... memang tak menghampakan...best gak rasa kek ini.cuma cookies aje yang belum dicuba...insyaalllah tunggu hari raya lah baru buat he..he.....

AyyaDDaD ArieyannA said...

Salam Kak Ita... Sangat mabeles nampaknye cookies nih. Teringin sangat nak buat. Cuma nak tanye, 'serbuk kopi segera' macam mane yg akak maksudkan tuh ye? Mcm nescafe or betul² serbuk kopi (mcm kopi kapal api tu) or 3 in 1 punye coffee tuh? Huhuhu! Maaf laa kalo soalan saye tak masuk akal tp saye budak baru blaja. Terima kasih.

aida fazil said...

salam kak ita... sangat menyelerakan setiap menu yg akak coretkan...
akak banyak memberi inspirasi pada saya utk memasak n ber blog.... masih baru dgn blog.... n kalau boleh nak mintak akak tolong ajarkan... kalau sudi dtglah jenguk blog saya...

http://beironlady.blogspot.com/
soalan saya : macam mana nak jadi mcm akak? :)

SH said...

Nampak sedap sgt...

Hesti HH. said...

Salam kak Ita,

Kukis cokelatnya sangat menggoda, sungguh cantik kejadiannya. Saya suka lihat crustnya tu....ah tak tahan pingin buat juga.

iza ak said...

salam kak... saya baru cuba semalam biskut tu... mmg ada masalah melekat, saya guna kertas minyak yg dah sedia ada kat rumah... baki saya tinggalkan dulu dlm peti sejuk, tunggu nak beli baking paper pulak... tp biskut tu mmg la sedap, penuh dgn rasa coklat yg pekat.

thanks for sharing...

iza ak said...

salam kak...

semalam saya cuba resepi biskut coklat nie, mmg betul ada masalah melekat, last2 keruk dgn sudu jek. tapi saya pakai kertas minyak yg dah sedia ada kat rumah. nak kena beli baking paper nie, balance banyak lagi saya simpan kat dlm peti sejuk..

tapi yg pasti, biskut ni mmg sedap, penuh dgn rasa coklat yang pekat...

tak sabar nak beli baking paper, nak rasa betul2 nikmat biskut nie...

Rabiatul said...

Salam kak ita..serbuk kopi 2 yg cofee mix 2 ke?or kopi hitam?tq...

Azlita Aziz said...

wasalam

Serbuk kopi tu boleh guna apa2 serbuk kopi atau Nescafe segera

Serbuk kopi yang perlu tambah air panas sahaja kalau nak minum

eppoe said...

salam kak ita,
kenapa bila saya buat biskut ni, baru masuk oven 5 minit dia dah terus jadi cair..

azmawaty said...

Nak try kek. Telur tu dimasukkan lepas Coklat yg dicairkan tu sejuk ker?