Oct 30, 2012

COKLAT LOLIPOP OREO

Assalamualaikum


Apa khabar semua rakan-rakan ita di luar sana? Semoga semuanya sihat dan ceria-ceria selalu.
Minggu ni ita sedikit sibuk, bila masuk hujung tahun ni biasanya memang sibuk sikit. Macam-macam urusan nak di laksanakan. Masa-masa nilah semua expired, lesen memandu lah, rod tax lah, cukai pintu lah, cukai tanah lah dan macam-macam lagi lah.. aduyaii..

Ita pula kerap terlupa tarikh expired, pas tu bila sedar dah mula lah mengelabah..


Minggu ni juga ita terpaksa menyiapkan beberapa tempahan daripada anak dara ita tu..  siapa lagi.. mak cik Dalili lah! ^_^
Minggu ni sekolah Dalili mengadakan Hari Kanak-kanak. Ita rasa ini adalah aktiviti akhir tahun, memandangkan murid-murid pun dah habis periksa, jadi pelbagai program yang di atur oleh cikgu dan pihak sekolah untuk mengisi masa sengang anak-anak murid mereka. Kalau tak pasti murid-murid ni buat bising dalam kelas kan.. jadi kalau ada aktiviti sebegini, ianya amat baik untuk pelajar dan guru agar lebih rapat dan lebih memahami antara satu sama lain.


Untuk Hari Kanak-kanak kali ni, Dalili minta ita buatkan Coklat Lolipop. Katanya ramai- rakan-rakannya yang mengidam nak makan coklat oreo yang ita buat tempoh hari. Untuk nampakkan kelainan dan bagi menarik minat anak-anak, ita buatkan Coklat Lolipop ni.


Cara membuatnya sama sahaja seperti membuat coklat oreo yang pernah ita kongsikan di blog ita sebelum ini. Kalau ada yang belum berkesempatan melihatnya boleh lah ke SINI
Cuma bezanya kali ni ia menggunakan lolipop stick.






COKLAT LOLIPOP OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.
lolipop stick secukupnya
acuan untuk lolipop

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler ~ boleh rujuk SINI
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag



Sediakan bahan-bahan yang di perlukan
Cairkan coklat secara double boiler ~ boleh rujuk di SINI untuk kaedah mencairkan coklat yang betul
Buka kepingan coklat oreo
Letakkan lolipop stick di tengahnya
Kemudian tutup semula
Tuangkan sedikit coklat yang telah di cairkan ke dalam acuan lolipop
Hentak-hentakkan acuan supaya coklat rata dan menyingkirkan gelembung udara
Kemudian letakkan oreo stick tadi
Tekan-takan sedikit
Kemudian tuangkan  coklat di atasnya
Hentak-hentakkan supaya rata dan menyingkirkan gelembung udara
Simpan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras
Selepas keras, keluarkan dari acuan
Potong tepi coklat yang terlebih ~ maaf ita tak ambil gambar masa ni.. boleh rujuk caranya di SINI
Ambil sekeping Edible Imej dan letakkan coklat di atasnya ~ sebagai gam
Lekatkan atas coklat lolipop tadi
Dah siap!! mudah kan.. ^_^





Oct 29, 2012

KEMUSYKILAN


Diharap, petikan soal jawab ini dapat membantu menjawab kemusykilan kawan-kawan yang menghadapi masalah yg sama seperti yang diutarakan.

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH?
Soalan:
Apabila saya membuat kek suatu ketika dulu kek tu masak tapi dia lembap di tengah ada kesan minyak semacam tidak cukup masak, tolong beritau apakah sebabnya?

Jawapan:
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek. Kek yg lembab di tengah menunjukkan sukatan mentega terlampau banyak atau anda telah membiarkan mentega terlalu lama di luar (ia menjadi cair sedikit).
Tambah 3-4 camca bsr tepung naik sendiri, insyaAllah kek akan kembang elok. Jika permukaan kek menjadi keperangan terlalu cepat, tutup longgar dengan kertas timah (aluminium foil) sehingga kek masak. Pastikan guna api atas dan bawah hanya jika anda memasang “kipas” pada dinding belakang oven. Jika tiada kipas, memadai menggunakan api bawah saja, suhu 190 C.

KELAJUAN MEMUKUL TELUR
Soalan:
Sebenarnya kurang pasti apakah kelajuan yang sebenarnya untuk memukul telur, mentega, gula dan sebagainya untuk membuat biskut dan kek. Yang saya tahu tepung tidak boleh dipukul laju. Walaupun kek saya menjadi tetapi ia tidak naik sepenuhnya. Harap puan boleh membantu saya.

Jawapan:
Untuk membuat biskut, memadai dengan memukul perlahan hingga sebati. Tidak perlu menggunakan mesin kecuali ingin menyediakan dalam kuantiti yg banyak.
Manakala untuk kek pula, pasti ia dipukul perlahan hingga sebati kemudian dipukul tahap sederhana selama 3-4 min sebelum diputar maksima selama 6-7 min atau hingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak mengambil masa terlalu lama. Jika jenis hand mixer, anda perlu memastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji
baru dimasukkan sebiji demi sebiji telur. Pastikan adunan dipukul rata setelah memasukkan telur setiap kali. Bila masukkan tepung, memadai perlahan saja, bubuh berselang-seli dengan cecair (susu, jus dll).

KENAPA KEK SAYA TENGGELAM?
Soalan:
Saya ada membuat kek mengikut resepi yang diberikan dan langkah-langkahnya tetapi kek saya biasanya naik dan kemudian tenggelam di tengah, mengapa?

Jawapan:
Mungkin disebabkan:
(1) suhu ketuhar terlalu tinggi
(2) gula dan mentega tidak cukup gebu
(3) kek belum cukup masak/masa membakar terlalu pendek
(4) kedudukan rak iaitu sebaik-baiknya, tin kek di bahagian tengah ketuhar
(5) terlebih penggunaan serbuk penaik

KEK MEREKAH
Soalan:
Kenapa kek cokelat yang saya buat selalu merekah dah keras dan kadang² hangus di bahagian atas? Suhu yang saya letak 180 C selama lebih kurang sejam.

Jawapan:
Mungkin oven anda ada elemen pemanas di sebelah atas, itulah sebabnya ia mudah hangus. Sudah berapa lama anda gunakan oven itu? Mungkin suhunya tidak begitu tepat lagi. Cuba kurangkan ke 170 C dan lihat hasilnya. Untuk mengelak bahagian atas hangus, tutup longgar dengan foil setelah 20 min kek dimasukkan ke dalam oven. (Letak
foil atas tin, tak perlu mengemaskan bahagian tepinya).

KEK SERING HANGUS
Soalan:
Apabila saya membakar kek menggunakan microwave convection oven (Panasonic), seringkali kek saya hangus di bahagian tepi manakala bahagian tengahnya belum masak lagi. Sementara menunggu bahagian tengahnya masak, kek tersebut telah merekah di bahagian tengahnya dan mengambil masa yang lama untuk masak. Adakah kerana acuan yang tidak cukup besar (kek melimpah) ataupun suhu yang terlalu tinggi?

Jawapan:
Adakah anda menggunakan bekas empat segi atau bulat? Jika dalam bekas empat segi, anda perlu membungkus keempat-empat penjuru bekas dengan kepingan kecil aluminium foil (bungkus kemas, bahagian berkilat di sebelah dalam). Ini akan menghalang penjuru kek dari hangus. Seelok-eloknya, gunakan acuan yg besar supaya kek cepat masak dan
kek itu seharusnya setebal kira-kira 5-6 cm sahaja. Cuba dengan suhu 170 C, okey?

Soalan:
Saya telah mencuba untuk membuat kek kukus buah-buahan, tapi tiap kali selesai kek nya akan termasuk menjadi seperti lobang dibahagian tengah. Bolehkah beritahu di mana silapnya dan kalau boleh berikan saya resepi yang betul.

Jawapan:
Kek kukus puan berlubang di tengahnya mungkin kerana tepungnya tidak mencukupi. Pastikan juga puan menambah air kukusan dengan air panas. Jika air sejuk, perubahan suhu akan menyebabkan kek itu tidak naik dengan elok. Kek jenis ini selalunya lebih keras sedikit adunannya daripada kek biasa yg dibakar di dalam ketuhar.

Soalan:
Saya ada membelikan resepi Kek Kukus Buah baru-baru ini. Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan
kelihatan hodoh. kenapa?

Jawapan:
Banyak faktor yang menyebabkan kek ‘jatuh’. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi. Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk. Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata. Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu (ratakan permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di
bahagian bawahnya yang lebih rata.

Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek?
Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair). Antara jenama lain yang biasa bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain).

Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?
Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span). Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya. Anda boleh cuba cara ini: asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa). Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam @ setengah sudu jus limau nipis(menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.

Berapa lama masa yang sesuai untuk memukul butter+gula, telur  seterusnya tepung?
Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis.
Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada satu masa.)

Apakah perbezaan telur gred A dan gred B?
Telur Gred A lebih besar dari Gred B. Sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit saja atau ketika menggunakan kuningnya saja. Apakah perbezaan kesan penggunaan telur ayam kampung dalam adunan kek? Telur kuning di dalam telur ayam kampung lebih terang warnanya. Telur ayam kampung selalunya agak kecil dibandingkan dengan telur Gred A, jadi, mungkin anda mesti menambah bilangan telur bila membuat kek dll. Secara amnya, sebiji telur Gred B, selepas dipukul, anggaran 60 ml (1/4 cawan = 63 ml) atau 4 camca besar (1 camb = 15 ml).

Saya tidak faham bagaimana cara untuk membalik kaup kek.
Cara ‘kaup-balik’ kek lazimnya menggunakan senduk kayu. Pegang senduk dengan kemas dan pada satu arah saja kerana ia tidak boleh dipusing-pusingkan ketika melakukan proses ini. Jika hendak ‘kaup-balik’ putih telur ke dalam adunan kek, masukkan 1/4 bahagian terlebih dulu. Buatkan bentuk angka ’8′ yang ‘agak leper’ sambil menyatukan putih telur (atau tepung) ke dalam adunan. Jangan gangkat senduk terlalu tinggi atau memutar adunan (bentuk bulat). Sebaik-baiknya, perhatikan cara seorang chef melakukannya kerana ia amat mudah jika dilihat sendiri (secara praktikal dan/atau di TV).

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘jadikan meringue’/kaup balik ?
Untuk membuat ‘meringue’, pastikan pemutar letrik & mangkuk bebas dari minyak (bilas dengan air panas & lap dengan kain bersih). Pukul putih telur (pastikan tiada langsung sedikit kuningnya yg masuk sekali) pada kelajuan sederhana sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula (1 camb sekali masuk). Bila semua gula habis dimasukkan, barulah diputar pada kelajuan maksimum hingga adunan putih telur kental. (Bila terbalikkan mangkuk, tidak tumpah). Kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek keju supaya kek nanti ringan.
Kalau guna teknik masuk telur satu persatu ke dlm adunan, cuma pukul sampai agak rata dan kelajuan perlahan sahaja.

Terover beat telur, maka akan terjadilah kejadian adunan akan nampak mcm berair. Tp, kdg2 bergantung juga kpd saiz telur. Telur gred A mmg byk kandungan putih telur. Telur gred B mmg biasanya org gunakan sb seimbang. Kalau ada masa, bole cuba resipi yg sama tp menggunakan saiz telur yg berlainan. Hasil n tekstur kek ada skit berbeza..Begitu juga jika guna telur yg segar n yg tidak segar. Kalau guna teknik asingkan telur kuning n telur putih pula. Kuning telur kena masuk satu persatu ke dlm adunan dgn kelajuan slow (1). Sementara putih telur pula, dipukul sampai kembang hingga ditebalikkan tak jatuh dlm bekas yg bersih. Pastu barulah masukkan ke dlm adunan kek.

2- Teknik asas nih mmg diguna pakai jika kek menggunakan telur.  Terpulang kita nak mengolahnya mcmana.

Bagaimana hendak membuat kek chiffon supaya tidak turun?
‘Kek Chiffon’  “turun” kerana putih telur tidak dipukul hingga cukup kerasnya. Semasa kaupbalik ke dalam adunan, pastikan ketulan putih telur masih kelihatan dan tidak mencampurkan hingga sebati semuanya. Bila telah masak, terbalikkan dan biar kek keluar dengan sendiri.

Kek Chiffon sangat sensitif kerana anda perlu memastikan putih telur naik kental supaya kek tidak turun. Ini bermakna, mangkuk dan pemutar letrik mesti bebas dari sebarang minyak dll. Bilas dengan air panas dan lap dengan tuala bersih. Masukkan kek ke dalam oven sebaik saja selesai dibuat. Jika dibiarkan di luar ‘menunggu’ selama 5 min pun, putih telur akan “mendap” dan kek akan berat. Sebaik saja masak, ia mesti diterbalikkan supaya bahagian tengahnya tidak turun. Bila sejuk baru dikeluarkan dari tinnya. Jika inginkan perasa oren, tambah 1 camca teh parutan kulit oren dan jus oren yg sama banyak dengan jus pandan.

Apa akan terjadi pada kek sekiranya kita mengantikan mentega dengan marjerin?
Bezanya, kek yang menggunakan mentega (terutama yang kandungan krim susunya tinggi – lebih mahal), lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingati, jika mentega dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak. Kek yang menggunakan marjerin tidak begitu wangi seperti kek mentega. Ia juga tidak ‘selemak’ kek mentega. Jika anda memilih marjerin (timbang kilo) atau ‘kurang berjenama’, rasa kek juga tidak enak. Kebanyakan marjerin begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya, adunan tidak kembang elok.

Berapakah sukatan tepung gandum dan baking powder yang tepat untuk menggantikan tepung naik sendiri.?
Untuk menggantikan tepung naik sendiri, tambah 1 sudu teh (gunakan sudu khas) dengan 250 g tepung gandum.

Rujukan:
Koleksi Soal Jawab Alaf 21
Sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=150976058284430&comments&ref=mf





Oct 28, 2012

NASI KOMOK / KHAO MOK GAI


Kalau dahulu mak-mak kita selalu bawakan bekal untuk bapa kita ke tempat kerja.. tapi zaman sekarang ni ada lagi ke suami yang nak bawa bekal ke office ??
Kebanyakkan lelaki sekarang dah tak mau lagi isteri bawakan bekalan.. mereka lebih suka makan di mamak. Adakah sebab malu.., nak ringkas atau mengikut trend semasa..

Di kawasan perumahan ita ni banyak sangat orang Nepal, yang ita seronok tengok orang Nepal ni, mereka selalau bawa bekal ke tempat kerja. Setiap pagi bila ita hantar Dalili kesekolah, nampaklah mereka berbaris ke tempat kerja dan setiap orang pasti akan menjinjing tepen di tangan.. Mungkin untuk jimat memandangkan gaji mereka yang kecil atau mereka lebih suka makan makanan yang di masak sendiri.


Mungkin ada sesetengah daripada kita menyatakan pendapatan mereka yang kecil dan taraf hidup yang tinggi memungkinkan mereka terpaksa menjinjing bekalan ke tempat kerja.
Itu pendapat masing-masing..

Ita ada satu cerita yang ita nak kongsikan pada kawan-kawan. Rasa-rasa ramai yang sudah mengenali penyanyi Hetty Kos Endang, beliau yang cukup popular dengan lagu Kasih, adalah biduanita yang cukup terkenal bukan sahaja di kepulauan Indonesia, malahan hingga ke Malaysia dan Singapura. Ita juga adalah salah seorang peminat beliau dan amat meminati suara beliau yang pada ita cukup lunak di dengar di cuping telinga.


Dahulu suami ita bekerja di bawah Pak Yusuf Fisal iaitu suami kepada Hetty Kos Endang. Suatu hari sewaktu mereka sedang mengadakan discussion tibalah waktu lunch, tiba-tiba datanglah Hetty Kos Endang bawakan bekalan makanan tengahari untuk Pak Yusuf Fisal. Suami ita kata dia sangat terkejut, tak sangka Hetty kos Endang yang begitu sibuk, mampu menyediakan bekalan buat suami tersayang.. Bila suami ita ceritakan pada ita, aduh.. rasa macam sebak pun ada.. ialah seorang biduanita popular begitu menjaga kebajikan suaminya.. Mulai hari itu ita pun berangan-angan untuk melaksanakan tangung jawab ita sebagai isteri sebaik mungkin.. dan berharap agar mendapat reda Allah..


Hari ni, ita bukanlah nak bercerita pasal bekalan, sebaliknya nak menghidangkan juadah yang baru ita cuba. Ita beberapa kali terpandang Ayu menyediakan juadah ni. Dalam hati tertanya-tanya sedap ke?? oleh kerana nak tau sangat tentang keenakkan resepi yang telah di kongsikan oleh Kak Azian ni maka hari ni ita merajinkan diri mencuba. Kebetulan anak-anak bujang pun ada.. jadi semakin rajinlah maknya di dapur.

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam, begitulah sebagaimana yang di nyatakan berkenaan nasi ini. Mungkin inilah rupanya nasi Beriani Siam. Tapi pada ita, nasi ini lebih terarah kepada nasi ayam atau nasi ayam penyet, memandangkan cara penyediaannya yang hampir serupa. Apa yang membezakan nasi ini daripada nasi ayam yang lain adalah pengunaan rempah Komok di dalam penyediannya. Mungkin rempah ini agak asing dan sukar bagi kita untuk menemuinya di pasaran. Tapi jangan bimbang kerana kak Azian telah bebesar hati untuk kongsikan cara penyediaan rempah Komok bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah tersebut.

Bagaimana? ada yang teringin mencuba? tak salah jika sesekali kita bertukar selera, mana tau ianya menepati selera kita dan keluarga dan mungkin juga menjadi hidangan yang disukai ramai..


NASI KOMOK / KHAO MOK GAI
Di kongsikan oleh : Kak Azian
Rujukan : Ayu

Sebelum kita memasak Nasi Komok ni kita perlulah menyediakan rempah Komok terlebih dahulu. Sebenarnya rempah Komok ni ada di jual mungkin di utara, atau di sempadan Thailand. Tapi bagi mereka yang sukar mendapatkan rempah komok bolehlah mengikut resepi yang dikongsikan oleh Kak Azian.

REMPAH KOMOK
2 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula

Semua bahan di atas di satukan, campurkan sedikit air gaul rata untuk di jadikan pes.


NASI KOMOK

1 ekor ayam ~ dipotong 4 dan cuci bersih
5 cawan beras basmathi ~ rendam sebentar, cuci dan toskan
4 sudu besar minyak ghee / minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 batang serai ~ dititik ita tambah
5 ulas bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
3 batang akar ketumbar ~ hiris sikit untuk buang tanahnya dan cuci bersih
3 sudu besar Rempah Komok / guna resepi di atas
200 ml susu cair
8 cawan air
garam secukup rasa
1 kiub ayam ~ ita tambah

Pijarkan minyak sapi dalam periuk
Tumiskan bahan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih , buah pelaga dan serai hingga harum.
Masukkan bahan yang di hiris dan masak hingga ia layur
Kemudian masukkan pes rempah komok dan masak hingga garing.
Sentiasa kacau supaya ianya tidak hangus
Setelah garing, masukkan air dan akar daun ketumbar
Biarkan air rebusan mendidih
Kemudian masukkan ayam, kiub ayam dan garam secukup rasa
Rebus hingga ayam separuh empuk
Angkat ayam dan toskan

*Ambil 1 cawan air rebusan ayam dan asingkan untuk di buat sos cili

Masukkan beras ke dalam periuk nasi
Masukkan air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi
Kemudian masukkan susu cair
Perasakan garamnya jika kurang.
Tanaklah nasi seperti biasa.


AYAM GORENG

Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa

Ayam yang telah kita toskan tadi, kita gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Kemudian goreng terendam di dalam minyak panas
Setelah kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya

Ita perapkan ayam bersama rempah ayam goreng


SOS CILI

1 cawan air rebusan ayam
6 biji cili merah
4 biji cili padi ~ jika inginkan pedas
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar cuka ~ boleh juga perahkan jus lemon
garam dan gula secukup rasa
Sedikit cili sos ~ ita tambah
Sedikit kicap manis ~ ita tambah

Kisarkan cili merah, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar bersama air rebusan ayam tadi
Masukkan dalam periuk dan masak hingga kuah agak pekat
Ita tambahkan sedikit cili sos dan sedikit kicap manis
Bila kuah telah pekat perasakan dengan garam dan gula
Boleh tambahkan cuka atau perahan jus lemon


SUP KOMOK

Lebihan air rebusan ayam tadi, ita jadikan sup untuk di makan bersama Nasi Komok sebagai kuahnya. Ita cuma perasakan dengan garam dan taburkan hirisan daun ketumbar.


Jutaan terima kasih ita pada kak Azian dan Ayu atas perkongsian resepi ini. Kepada rakan-rakan yang lain selamat mencuba! ^_^



Oct 26, 2012

NASI BERIANI GAM ASLI MUAR di AIDIL ADHA

Assalamualaikum


Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia. 
Sebagaimana yang kita sedia makhlum, bila sebut Aidil Adha, pasti ingatan tertumpu pada ibadah Korban selain daripada ibadah haji. Ita pasti ramai antara kita yang melaksanakan ibadah korban tahun ini. 

Banyak hadis yang membicarakan mengenai ibadah korban, antaranya hadis daripada A’isyah, Rasulullah bersabda;

Maksudnya;

“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan. ” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?”

Rasulullah Saw menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.”

Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?”

Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

(Lihat nas al-Quran Surah al-Haj : 36-37)




Sambutan Aidil Adha tidaklah semeriah sambutan Aidil Fitri. Di Johor ita rasa, sambutannya biasa sahaja dan bersederhana. Lebih-lebih lagi sambutan Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Jumaat, jadi semua umat Islam melaksanakan 2 sembahyang berjemaah pada hari ini, iaitu solat sunat Aidil Adha dan Solat Jumaat.
Selepas solat hari raya , barulah proses ibadah korban di mulakan.

Kalau di Kelantan, biasanya ibadah korban di lakukan di rumah secara bergotong royong, sebaliknya di Johor ibadah ini dilaksanakan di surau-surau atau di masjid.

Hari Raya Aidil Adha ita biasanya di rumah sahaja. Menyediakan hidangan untuk anak-anak yang pulang bercuti. Hari ni ita sediakan Nasi Beriani Gam.
Resepi ni ita rujuk dari i Resepi. Cara penyediaan resepi Nasi berian gam asli Muar Johor.
Cara memasak nasi beriani gam ni, ada sedikit kelainan dari nasi minyak. Cara menghidangkannya juga ada sedikit kelainan.

Nasi beriani gam ni, memang cukup terkenal di Johor, setiap kali kenduri kendara atau majlis perkhawinan pasti akan di hidangkan nasi beriani gam selain daripada nasi minyak. Biasanya orang Johor lebih suka nasi Beriani Gam jika di bandingkan dengan nasi minyak, mungkin disebab kan nasi beriani gam lebih enak dengan aroma yang menyelerakan buatakan mereka lebih mengemarinya.

Resepi yang dikongsikan oleh i Resepi ini pada ita cukup menyelerakan. Lauk berianinya cukup sedap hingga buatkan anak-anak menjilat jari.
Bau aroma nasi  beriani juga cukup memikat hingga tak sabar-sabar anak-anak nak menikmati hidangan ini , hingga buatkan ita tak sempat-sempat nak posingkan menu ni..
Terima kasih i Resepi di atas perkongsian resepi yang cukup menyelerakan ini.


Untuk penyediaan Nasi Beriani Gam, sebaiknya kita sediakan lauk Beriani dahulu. Kerana kita akan masak nasi kita bersama lauknya ini nanti.

Macam mana dah bersedia nak belajar cara-cara penyediaan Nasi Beriani Gam yang asli ??
Jom ikut ita masuk dapur ..


NASI BERIANI GAM ASLI MUAR
Rujukan : i Resepi


LAUK BERIANI GAM
 
Bahan-bahan untuk lauk Beriani

1 kilo daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm
5 biji kentang ~ belah dua
8 biji telur rebus keras
Setengah cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
2 biji bawang besar Holland ~  hiris
5 ulas bawang putih ~  kisar
10 ulas bawang merah ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
6 sudu makan pes rempah beriyani
Segenggam gajus
Segenggam raisins
Air secukupnya
1 cawan Tairu / Yoghurt  ~ jika tiada perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit
Garam dan gula secukup rasa
1 atau 2 sudu makan tomato puri
1 keping gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah

Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Masukkan daging ,  kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang.
Biarkan ia merenih
Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt
Biarkan ia merenih sebentar
Kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa
Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
Masak hingga daging mesra.


NASI BRIYANI GAM

Bahan-bahan untuk Nasi

5 cawan beras basmathi
1 cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
setengah sudu teh koma koma / saffron
4 ulas bawang putih ~ hiris halus
10 ulas bawang merah ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus
3 sudu makan pes rempah beriyani
segenggam gajus
segenggam raisins
5 cawan air
garam secukup rasa

Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan
Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
Kecilkan api.
Masak beras sehingga separa masak


Sekarang bagaimana perkataan Gum itu terhasil ?
Untuk mengetahui caranya mari kita sama-sama belajar cara untuk menghasilkan beriani Gum ini
Sebelum tu ita nak bagi tau dulu, kuah beriani yang kita masak tadi kalau boleh biar dia cair sikit atau kuahnya banyak sedikit sebab kita akan tanak nasi bersama lauk beriani kita ni nanti.
Gunakan api yang perlahan sahaja.


Peralatan yang kita perlukan
Alat kukusan
Kain muslin ~ untuk mengalas kukusan
Kain kapas yang agak panjang untuk ukurlilit periuk kukus
Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air

Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air
Alaskan periuk mengukus ( tingkat 2) dengan kain muslin , buat 3 layers
Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus dan raisins dan koma-koma / safron
Tutupkan pengukus
Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
Celupkan kain kapas dengan kanji
Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi.
Pastikan iktannya agak kejap.
Supaya wapnya tidak keluar.
Letak atas api yang perlahan
Masak sehingga lebih kurang 1 jam
Buka lilitan dan buka tutup pengukus
Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.
* Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat
* Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus

Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula. 
aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak.
Jom kita belajar..


Untuk pinggan perseorangan
Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan
Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi
kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi
taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya
Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil
Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar

Untuk hidangan
Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan


PENCUK NENAS

1 biji timun ~  potong kecil
1/2 biji nenas masak  ~  dikupas dan dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ di hiris halus
1 batang cili merah ~ dihiris
1 batang cili hijau ~ dihiris
1 sudu besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Satukan semua bahan ke dalam bekas
gaul rata dan sesuaikan rasanya
Sedia dihidangkan


Ita juga sediakan satu lagi lauk tambahan untk hidangan ini.


AYAM MASAK MERAH LADA HITAM

1 ekor ayam ~ dipotong dan cuci bersih
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
1 batang serai ~ dititik

1 cawan lada kering ~ dipotong dan rendam hingga lembut kemudian di kisar
10 ulas bawang merah ~ dikisar
4 ulas bawang putih ~ di kisar
2 sudu teh lada hitam ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
1 batang serai ~ dikisar

1 sudu besar tomato puri
2 biji tomato ~ di potong baji
1 keping gula Melaka
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun ketumbar ~ dihiris
Air secukupnya

Ayam di lumurkan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng ayam separuh garing
Toskan ayam setelah di angkat

Keluarkan minyak dan tinggalkan 1 senduk
Tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, jintan manis dan serai titik hingga naik bau
Kemudian masukan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Masak lama sikit supaya cili kering benar-benar garing
Tambahkan air jika terlalu kering
Kemudian masukkan, kiub ayam, tomato puri dan tomato buah
Renihkan
Masukkan gula Melaka dan ayam
Biar ayam mesra bersama kuah
Masukan garam dan gula secukup rasa
Perlahankan api dan biarkan kuah sedikit pekat
Taburkan daun ketumbar
Gaul mesra
Sedia dihidangkan


SALAM AIDIL ADHA




Oct 24, 2012

SWANS CREAM PUFF

Assalamualaikum

Pertama sekali ita nak ucapkan terima kasih kepada yang ucapkan tahniah pada Masam Manis untuk ulang tahun Masam Manis yang ke 2.  Ita sangat-sangat menghargainya.. dan sentiasa berharap agar setiap perkongsian membawa seribu erti bagi kalian dan semoga ianya dapat di manfaatkan sebaik-baiknya. Ilmu yang Allah kurniakan cukup bernilai dan harus di kongsikan bersama, agar menjadi saham untuk bekalan kita di akhirat kelak..


Seperti yang ita janjikan semalam, hari ni ita akan tunjukkan bagaimana caranya nak buat swan puff. Buatnya tak lah rumit sangat, cuma nak kena pandai mengayakannya aje.

Resepi kali ni ita tak menggunakan resepi crispy puff yang ita gunakan semalam. Ita gunakan resepi dari Barbara Bakers untuk menyediakan Swan Puff kali ni. 

Resepi Crispy Puff yang semalam tu ita suka, tapi ianya tak sesuai untuk buat swan sebab dia naik tinggi. Untuk swan ni ita tak nak dia naik tinggi sangat sebab kalau dia terlalu kembang nanti kita tak dapat pula corak berombak pada kepaknya tu. 


Sebelum ita terlupa, ada pertanyaan tentang Crispy puff yang ita sediakan semalam. Ada yang kata mereka dah pernah cuba resepi dari Little Japan Mama tu tapi tak menjadi, katanya puff tu lembik dan tak naik. Rasanya pula manis. 

Macam ni lah kan.. tentang perasa tu.. terpulang lah pada kita, jika kita suka manis kita letaklah gula, jika kita tak suka manis sebaliknya kita suka yang lemak masin kita letaklah garam..  sebab citarasa ni bergantung pada kita yang membuatnya sebab kita yang nak menikmatinya.. kan.. 

Pada ita resepi Crispy Puff tu sedap! suami ita pun kata sedap.. sebab suami ita ni memang fav dia Cream Puff, jadi jika orang yang suka kata sedap.. sedaplah tu kan.. Tentang adunannya dikatakan lembik atau tak naik.. cuba lihat yang ita buat tu.. naik sangat sampai pecah semua corak yang ita buat di atasnya.. dan pada ita dia naik sangat cantik! dan perfect! jadi jika nak kata resepi tu tak jadi.. kita tengok balik.. kenapa orang lain buat jadi.. kita buat pula tak jadi.. mesti ada kesilapan kita di mana-mana..


Bila kita memasak terutamanya bila kita nak buat sesuatu resepi yang bersukat, baca resepi betul-betul terlebih dahulu. Fahami bahan apa yang akan kita gunakan dalam resepi tersebut. Contohnya jika terdapat penggunaan baking powder apa tindak balas yang akan berlaku pada adunan kita nanti, begitu juga penggunaan soda dan telur. Jangan main buat aje.. bila tak jadi mula salahkan resepi.. 

Bahan-bahan yang kita gunakan terutamanya telur mestilah yang baru.. Tepung pula mestilah di ayak terlebih dahulu. Penggunaan tepung juga berbeza fungsinya mengikut kandungan tepung tersebut.. jangan pula pandai-pandai ubah resepi.. nanti bila tak jadi.. resepi juga yang di salahkan.. Kesian pada orang yang bersusah payah kongsikan resepi tersebut.. bukan kita nak menghargai perkongsian mereka, sebaliknya kita hentam lagi.. aduyaiii.. sebaliknya kesalahan itu sebenarnya adalah berpunca dari sikap kita yang sambil lewa bila memasak..


Tentang cream puff ni, yang paling utama kita hendaklah jaga kepanasan ovennya. Oven mestilah di panaskan pada suhu 200C ~ 220C, dan oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum kita mula membakar. Masa membakar pertama dalam 20 ~ 25 minit. Ianya bergantung kepada jenis oven dan jangka hayat oven tersebut. Oleh itu pastikan kita fahami fungsi oven kita.

Jangan sesekali buka pintu oven semasa proses pembakaran berlaku.
Selepas 20 ~ 25 minit, terus turunkan suhu oven pada 100C dan teruskan membakar selama 20 ~ 25 minit lagi. Api atas dan bawah di gunakan pada proses pembakaran puff ni. Jika oven ada kipas bolehlah on kan kipas ianya akan membantu lagi proses puff kita mengembang dengan cantik. Selepas 20 minit pertama jika puff dah terlalu perang segera tutup api atas dan bakar dengan api bawah sahaja dalam 20 minit terakhir.


Untuk filingnya ita gunakan resepi Japanese Crispy Puff yang ita sediakan semalam. Kan ita dah kata resepi tu dapat banyak dan sesuai untuk 2 aduan puff, jadi hari ni ita masih lagi gunakan resepi yang sama. Ita tunjukkan cara bagaimana nak buat Swan aje lah ye.. untuk cara-cara penyediaan adunan boleh rujuk cara penyediaannya dari resepi ita yang lepas-lepas.. sama sahaja kaedahnya.

Kepada yang belum sediakan filling, buat filling atau cream kastardnya dahulu, sebaiknya sehari sebelum kita sediakan puff, simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin
Macam mana? dah boleh kita mula kan sekarang..
Kita semak dahulu resepi di bawah.

Krim Kastard
By : Little Japan Mama

1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung ~ ita tambah
1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. 
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin

Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak.
Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard
Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya:

Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
 

SWANS CREAM PUFF
By:   Barbara Bakers

Puff Pastry
1/2 cawan butter tanpa garam ~ 115 gm
1 cawan air
1/4 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula ~ ita letak secubit gula jika tak suka puff manis jangan letak gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur ~ A saiz satu biji telur anggaran 60 gm



Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air.
Panaskan atas dapur hingga ia mendidih
Bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.
Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi
Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut
Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga  dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.
Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata
Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati

Masukkan adunan ini ke dalam piping bag
Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya.

Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar
Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing
Guna api atas dan bawah dan jika  oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa.

Sediakan dulang pembakar
Lapik dulang dengan baking paper


Mula-mula kita buat kepala swan kita dahulu.
Ambil sekeping kertas baking paper atau kertas minyak
Lukiskan huruf S atau no 2 di atas kertas sebagai leher swan kita nanti
Terbalikkan kertas dan letakkan atas loyang
Masukkan sedikit adunan ke dalam piping bag dan letakkan nozel bulat kecil
Kalau tak ada potong sahaja bucu piping bag kecil
Paipkan atas loyang membentuk huruf yang telah kita lukiskan tadi
Kemudian paipkan sedikit di hujungnya sebagai kepala swan kita nanti
Setelah siap masukkan dalam oven pada suhu 170 C dan bakar selama lebih kurang 10 minit atau sehingga kepala swan kita kekuningan
Bila dah masak, sejukkan sekejap
Cairkan sedikit coklat masakan dengan kaedah double boiler ~ sikit sahaja
Masukkan dalam piping bag dan potongkan hujungnya kecil sahaja
Paipkan bentuk mata dan paruh swan kita tu tadi
Biarkan coklat  mengeras
 
Untuk membuat badan swan gunakan nozel bentuk bintang yang besar
Masukkan dalam piping bag dan masukkan adunan kita tadi
Paipkan atas loyang yang di alas dengan baking paper bentuk air mata atau berudu
Panjangnya lebih kurang 3 cm
Masukkan dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 210 C
Bakar selama 20 ~ 25  minit guna api atas bawah dan jika ada kipas on kan kipas
Selepas 20 minit turunkan suhu kepada 100 C dan bakar lagi selama 20 minit ~ 25 minit dengan menggunakan api bawah.
Setelah masak sejukkan atas redai

Untuk membuat swan, potong puff kita tadi kepada 2
Bahagian yang atas pula kita potong kepada 2 untuk di jadikan kepaknya
Paipkan kastard atau cream kastard di atasnya
Boleh letakkan buah-buahan segar jika suka
Kemudian letakkan kepaknya di kiri dan kanan
Akhir sekali letakkan leher atau kepalanya

Sekarang swan kita sudah siap untuk di hidangkan


CREAM PUFF SWANS
By:   Barbara Bakers

Choux Pastry

1/2 cup (1 stick) unsalted butter
1 cup water
1/4 teaspoon salt
1 1/2 teaspoons sugar
1 cup all-purpose flour
4 large eggs

Pastry Cream
3/4 cup granulated sugar
1/3 cup flour
1/4 teaspoon salt
2 cups milk
3 egg yolks, beaten
2 tablespoons butter
1 1/2 teaspoons vanilla bean paste or vanilla extract
1/2 cup whipping cream


Pastry:
Preheat the oven to 425º. Line a sheet pan with parchment paper.
In a large saucepan, bring butter, water, salt and sugar to a boil over medium-high heat. Remove pan from the heat and add the flour all at once. Stir quickly until all the flour is incorporated, about a minute. Return to the heat and cook, stirring constantly, for another minute or two.
Transfer the dough to the bowl of an electric mixer. Beat at medium speed for 1 minute to cool the dough down a little.

Add the eggs one at a time, beating well after each addition; beat until the dough loses its “slimy” look, and each egg is incorporated. (You may only need 3 eggs, depending on your climate.) The dough should be thick, but should fall slowly and steadily from the beaters when you lift them out of the bowl.

Using a pastry bag fitted with a 1/2″ tip, pipe out 12 swan heads. (You’re aiming for something between a numeral 2 and a question mark, with a little beak if you’re skilled and/or lucky.)
Remove the tip from the bag and pipe out 12 swan bodies. These will be about 3” long, and about 2” wide. One end should be a bit narrower than the other.
Use your fingers to smooth out any bumps of points of dough that remain on the surface. Bake 15 minutes, then reduce the heat to 375º and bake until puffed up and light golden brown, about 25 minutes more. Try not to open the oven door too often during the baking.
Let cool on the baking sheet.

Pastry Cream:
In a medium saucepan combine the sugar, flour and salt. Gradually whisk in milk. Cook over medium heat, stirring constantly, until mixture starts to boil. Cook for 2 minutes until thickened.
Remove from stove. Slowly whisk 1/4 cup of the hot mixture into the beaten egg yolks, and immediately add egg yolk mixture to the hot mixture in the saucepan. Cook for 2 more minutes, stirring constantly. Remove from heat and add butter and vanilla. Transfer pudding mixture to a medium bowl. Cover with plastic; refrigerate until well chilled, about 1 hour or overnight.
When pudding is chilled, whip cream to form soft peaks and gently fold in to pudding. Keep covered and chilled until ready to use.

Assemble Swans:
Take a swan body and use a very sharp knife to cut off the top 1/3rd to 1/2. Cut the removed top down the center to make two wings.
Dollop or pipe pastry cream into the body, insert head, and then add wings. Sprinkle with powdered sugar if desired.

Amat sesuai untuk dihidangkan di meja raja sehari..

Sekejap aje....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya kini blog ita telah melewati usia 2 tahun.
Pejam celik.. pejam celik, tak sangka dah 2 tahun ita keudara. Permulaannya hanya suka-suka , kini ita rasa semakin serius untuk berblog dan semakin meminati dunia blog yang kini menjadi sebahagian daripada rutin hidup ita.



Perjalanan hidup sebagai bloger kadang kala suka dan adakala di usik rasa juga. Namun semuanya adat permainan.. seperti juadah yang punya pelbagai citarasa, masam, manis, masin, pedas semuanya menjadi gulai yang enak untuk dinikmati bersama. Sebenarnya ianya adalah satu pengalaman hidup yang sangat berharga..

Kalau setahun yang lalu ita baru mengenal dunia.. setahun kini ita sudah mula belajar bertatih, mencari ruang yang selesa untuk ita terus berjalan dan berlari.. Besar harapan ita agar tahun mendatang ita dapat berlari dengan riang..

Melangkah ke tahun ke dua, pelbagai rasa ita harus telan, pahit, manis suka dan duka.. namun ita rasa tahun ini adalah satu cabaran yang hebat bagi ita dan juga tahun yang amat meletihkan. Bermula episod duka yang menyentap sanubari.. namun ita pasti 'hanya jauhari mengenal manikam' dan doa ita di Baitullah tidak putus agar kebenaran terungkai..

Disamping episod duka, ada riang ria bersama. Yang pastinya tahun ini menemukan ita dengan insan-insan yang sangat ita kagumi. Bermula pertemua ita dengan insan yang ita kagumi bakatnya, yang amat ita minati dan sanjungi.. akhirnya ita di undang untuk mengikuti bengkel kelolaan beliau. Chef Amer nama yang tidak asing lagi bagi pencinta coklat. Akhirnya pertemuan empat mata membuatkan ita semakin bersemangat untuk memasak dan mempertingkatkan lagi kemahiran memasak.. Melihat ketangkasan beliau di dapur, sering terdetik di hati.. bilalah ita juga akan hebat dan tangkas di dapur seperti beliau. Kata-kata semangat dan galakan daripada beliau sentiasa menyemat semangat buat ita untuk terus mencuba dan mencuba !


Berita gembira bila ita telah di undang untuk kongsikan resepi yang pernah ita cuba dalam beberapa media tempatan. Pada mulanya ita agak bimbang, maklumlah ita bukanlah seorang Chef masakan, Ita hanyalah seorang bloger yang baru bertatih di dapur masakan, dan semua resepi yang ita kongsikan di blog ada bertuan.. bimbang pula jika tuan empunya resepi tidak dapat menerimanya. Setelah berbincang dengan pihak media ita bersetuju jika setiap resepi yang ita kongsikan disertakan bersama blog ita sebagai rujukan, oleh itu dapatlah di rujuk siapa tuan empunya resepi asal agar tidak timbul permasalahan di kemudian hari kelak. Percayalah tidak sekelumit pun dalam diri ita ini untuk mengakui resepi itu milik ita jika ianya bukan ita yang empunya.. Ita sedar siapa diri ita dan di mana ita berpijak..

Kepada semua rakan-rakan yang mana ita telah cuba resepi dan ita kongsikan tak kiralah di blog ini atau di sisipan majalah, ita dengan penuh rasa rendah diri memohon agar semuanya dihalalkan. Ita percaya setiap ilmu yang dikongsikan itu bakal dijanjikan Allah dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.. dan semoga kehidupan kalian di berkati dan sentiasa  di murahkan rezeki..



Siapalah ita tanpa Masam Manis, dan apalah Masam Manis tanpa sokongan daripada anda semua. Adanya Masam Manis kerana adanya anda semua yang sentiasa berdiri teguh di belakang dan sentiasa tidak putus-putus memberikan sokongan. Jutaan terima kasih yang tak terhingga daripada ita diatas penghargaan ini dan kepercayaan ini.


Kepada semua rakan-rakan di facebook, twiter dan juga teman-teman di blog terima kasih kerana anda sentiasa menyuntik semangat buat ita. Kata-kata semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi sentiasa ita sematkan didalam hati ini dan akan sentiasa ita kenang dan jadikan ianya panduan dan pedoman untuk meneruskan perjuangan ini.

Andai ada perlakuan ita yang menyinggung perasaan, ita dengan rasa rendah diri menyusun sepuluh jari memohon keampunan, sesungguhnya ita juga hambanya yang lemah dan tidak pernah alpa dari melakukan kesalahan. Ita sedia menerima teguran dan sentiasa cuba untuk memperbaiki lagi kelemahan Masam Manis.

Terima kasih juga kepada teman-teman yang tidak pernah jemu melayangkan email pada ita, kadang kala bila ita membaca bait-bait ayat yang tercatat, hati ini meruntum sayu dan hiba hingga butiran kaca ini mengalir membasahi pipi. Ita tak sangka, perkongsian ini amat bermakna buat anda semua.. doakan yang terbaik buat ita sekeluarga dan doakan juga semoga ita sentiasa sihat agar dapat terus berkongsi rasa..

Terima kasih ita juga kepada tulang belakang ita selama ini yang sentiasa meniupkan semangat buat ita ketika ita hampir-hampir ingin mengundurkan diri dari berblog. Mereka yang sentiasa buatkan ita tersenyum ceria setiap hari. Sentiasa susah senang bersama dan sentiasa memberikan ita galakan yang tak putus-putus. Mereka jugalah yang mula-mula mengenal bakat ita. Mereka adalah keluarga ita yang sentiasa bersama ita kala  suka dan duka. Kepada suami tercinta, kepada anak-anak tersayang dan kepada kedua ibu dan bapa yang amat ita hormati,  terima kasih atas segala-galanya.


Untuk pengetahuan semua merekalah peminta nombor satu ita hihi ^_^
Suami ita, setiap kali celik mata pasti dia akan buka blog ita dahulu.. dan sebelum tidur pasti blog ita juga akan di tatap dahulu.. memang ita rasa sangat-sangat terharu.. 
Anak-anak pula sentiasa telefon dan tanyakan tentang masakan ita.. dari situ ita tau bahawa mereka juga sentiasa mengikuti perkembangan blog Masam Manis..
Yang paling buat ita sangat gembira, bila emak dan bapa ita sentiasa berikan ita semangat untuk teruskan minat ita ini.. sentiasa galakan ita untuk terus mencuba dan buat yang terbaik..

Terima kasih juga kepada rakan-rakan daripada luar negara yang turut sama menyelak helaian Masam Manis. Walaupun ada antara mereka yang sebenarnya tidak faham apa yang ita tulis tapi tetap juga sentiasa berikan ita sokongan. Ada antara mereka yang minta ita tuliskan dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka sama-sama dapat memahami dan berkongsi apa yang ada. Ita ni sebenarnya tak berapa pandai sangat nak tulis dalam bahasa Inggeris.. maklumlah.. sekolah atap.. hehe tulis Bahasa Melayu pun tunggang terbalik.. dan selalu kena tegur dengan adik-adik di luar sana sebab selalu sangat salah ejaan.. haha

Ok lah pasti ramai yang nak tau apakah menu yang ita rasakan terbaik sepanjang yang telah ita cuba untuk tahun yang kedua ini. Terus terang ita sangat sukakan resepi ini, dan ita rasakan inilah the best recipes forever..


 


Devil's Food Chocolate Cake
By : Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Di kongsikan oleh : The Kitchen Guardian

Chewy Gooey yummy Brownies
Di kongsikan oleh : Sesedap Rasa

Hokkaido Chiffon Cupcake
By : Seadragon
Dikongsikan oleh : Shyieda

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard
Resepi Crepe by : Elaine's
Resepi Vanilla Cream Custard by : Cookpad
Dikongsikan oleh : Dailyclickclick

JAPANESE CRISPY CREAM PUFF
By : Little Japan Mama

Garlic Roll
By : Suhaina
 
Mangkuk Coklat Tiramisu
Resepi Mangkuk Coklat by : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer
Resepi Tiramisu by: Rabiatun

Talam Roti Paun
By: Chef Asma
Dikongsikan oleh : Yatie


Ini pula adalah antara resepi yang menambat selera anda di luar sana. Ada yang tak berganjak dari tahun ke tahun 

Terima kasih daun keladi ita, kepada insan-insan yang telah mereka cipta resepi yang sungguh istimewa ini, dan terima kasih yang tak terhingga juga kepada sahabat-sahabat yang telah kongsikan resepi terbaik ini untuk di cuba pula oleh insan-insan lain. Semoga keikhlasan kita berkongsi ini di berkati dan sentiasa dalam rahmatNya


Jika tahun pertama cabaran ita bila ita terpaksa menyediakan beberapa resepi yang agak sukar dan meletihkan tahun ini cabaran ita sedikit berbeza malahan lebih hebat lagi dari tahun sebelumnya. Cabaran yang buat kan ita tak senang duduk, mandi tak basah dan tidur tak lena.. Pasti semua dah taukan Cabaran Cupcake Challenge.
Hingga tika dan saat ini ita masih lagi terasa-rasa debarannya yang sungguh kencang..  Hingga demam-demam ita dibuatnya dan berapa hari tak boleh bangun.. aduyaiii.. apalah ita ni..
Ita ni ada penyakit darah gemuruh sebenarnya.... hihi gegel lutut.. ^_^

Selain itu ita juga berhadapan dengan beberapa cabaran lain bilamana ita di undang untuk menitipkan beberapa resepi untuk majalah masakan tempatan. Date line dan jumlah resepi yang banyak, kadang kala buatkan ita rasa tak puas hati dengan hasil masakan yang ita sajikan. Faktor cuaca yang tak menentu kadang hujan kadang mendung benar-benar satu cabaran terutamanya bila date line semakin hapir.  Ita pernah diminta buatkan 10 resepi terbaru dalam masa 2 hari.. aduh.. memang cabaran sungguh...

Kini ita terpaksa lebih pentingkan kualiti dari kuantiti, biarlah ita bersiaran di alam maya kerana ita lebih puas hati kerana ita lebih releks dan dapat mezahirkan apa yang ita inginkan..


Ita rasa setiap daripada kita pastinya ada terselit perasaan ingin dihargai atas setiap hasil penat lelah yang kita lakukan. Begitulah juga dengan ita, tidak terkecuali dari perasaan itu. Bila ita dapat tau kek Checkered Rainbow Cake ita telah tersebar luas, ita rasa benar-benar teharu..
Setiap hari pasti ada yang akan pin gambar itu dan akan di repin semula aduyaiiii... bebesar hati sungguh bila ita terima komen dari minah-minah salih yang teruja dengan kejadian kek itu..
Terima kasih ita juga buat adik-adik yang telah memperkenalkan kek ita itu.. yang telah pin. Terima kasih banyak-banyak.. sayang semuanya :-)

Sebenarnya ita buat kek itu adalah atas cabaran dari suami ita. Suami ita memang suka cabar ita buat sesuatu yang kadang kala ita pun tak pasti ita boleh lakukan atau tidak.. Bukan sahaja dari resepi , cara penyediaan dan olahan malahan hingga ke teknik photography pun ia selalu mencabar ita untuk lakukan sesuatu yang lain dari yang lain...


Tapi ita bersyukur kerana dari cabaran itu ita mula belajar sesuatu yang baru dan mula menilai kemampuan diri..

Terima kasih ita juga kepada penerbit rancangan Semanis Kurma TV9 kerana telah memberikan peluang untuk Masam Manis ke udara di kaca TV buat julung-julung kalinya. Ia merupakan satu penghargaan yang cukup besar bagi ita dan Masam Manis dan merupakan satu kenangan yang cukup indah sepanjang tahun ke 2 ini.

Apa pula perancangan ita untuk tahun-tahun yang mendatang?
Banyak perancangan yang telah ita atur. Banyak juga resepi menarik yang telah ita kumpulkan untuk dicuba! yang pastinya ita berjanji pada diri ita sendiri untuk lakukan yang lebih baik lagi dan cuba memperbaiki setiap kelemahan. Ita benar-benar berharap setiap resepi yang ita paparkan memenuhi citarasa anda semua diluar sana dan ianya menjadi sebahagian juadah yang terhidang, semestinya buat santapan keluarga tersayang.

Terima kasih semua atas segala-galanya dan ita sudahi hari yang indah ini dengan alunan puisi hasil nukilan Irma Yusnita

Terima kasih …
telah membuatku kagum
telah membuatku tertegun
mengingatkanku akan kelemahanku
menjadi cermin atas ilmuku yang lusuh

Terima kasih …
telah membuatku sadar
telah membuatku tak gentar
mempertahankan apa yang kuyakini benar
menghilangkan ragu, khuatir akan pesona yang pudar
Mulia di sisi-Nya,
mengikuti sunnah Rasul-Nya

Terima kasih …
telah membuatku bangkit
telah membuat hatiku tak lagi sakit
yakin akan yang terbaik dari-Nya
senantiasa ikhtiar, tak berputus asa
lupakan kecewa,
menjemput berakah …

Terima kasih …
telah membuatku tak sendiri
telah membuatku kuat dalam hidup ini
dalam dakapan silaturahim
dalam naungan ta’awun menuju redoh-Nya
saling menghormati,
saling memotivasi

Terima kasih …
telah membuatku terus berkarya
telah membuatku berharga
meski dengan cara yang sederhana
jujur ….
rasa itu begitu indah
Menambah syukurku,
menopang letihku

Terima kasih …
telah membuatku tersenyum dan tertawa
telah membuatku ceria dan bahagia
mengobarkan kembali semangatku
memberikan energi kuantum atas kreatifitasku

Sahabat …
Engkau inspirasi bagiku
Mengingatkanku di tengah alpaku
Menjagaku di tengah lalaiku
Mendo’akanku meski aku tak pernah tahu




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.