Sep 27, 2012

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE

Assalamualaikum


Selamat tengahari.. aik.. dah petang dah.. 
Sekejap aje masa berlalu. Rasa baru aje celik mata dah nak masuk dinihari..
Apakah dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya..

Sekarang ni dah mula lah nak masuk musim tengkujuh.
Di Johor Bahru,  ni dah berapa hari hujan lebat, hari ni baru nampak matahari.. tu pun macam bersembunyi di balik awan yang kelabu aje..
Bila musim tengkujuh, hujan yang turun lebat setiap hari dengan cuaca yang dingin.. alangkah seronoknya kalau dapat menarik selimut sambil diulit mimpi indah di siang hari..
Dapatlah mengendurkan urat-urat yang tegang.. dapat lah juga merehatkan badan..
Tapi kerja rumah ini tak pernah habis.. lagi hari hujan lagi bertambah-tambah kain baju di jemuran.. aduyaiii...


Bila hari asyik hujan, perut kerap mengalunkan irama keroncong, segalak Sang Katak yang memanggil hujan.
Apalah yang nak di buat di kala hujan-hujan ni.. 
Nak keluar cari bahan-bahan aduyaii.. malas betul nak meredah hujan.
Bongkar sana, bongkar sini.. ada pulak setin nenas. Apalah yang nak di buat dengan nenas dalam tin ni..
Nak buat puding.. asyik makan puding aje.. Sejuk pulak tu.. dah lah hari hujan..
Cubalah buat kek, sedap tak ye buat kek dengan nenas ni.. ?
Kata orang tak cuba tak tau.. 


Hasil menderhakakan resepi orang.. inilah hasilnya..
Blended Pineapple Cup Cake.. jangan mare ye..
Boleh tahan.. boleh tahan.. sedap jugak hasilnya bila sesekali menderhaka.. hihi
Alamak!! terangkat bakul sendiri pulak.. ^_^

Ala tak pe lah.. dah tekak kita kata sedap.. kita katalah sedap! tapi ini tekak kita, mungkin tak sama selera kita.. 
Tapi kalau tak cuba manalah nak tau ianya sedap atau tidak! kan..

 

BLENDED PINEAPPLE CUP CAKE

Dari resepi BLENDED ORANGE CAKE

6 keping nenas gelang dalam tin
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 sb baking powder ~ diayak
1 sudu teh pes nenas

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali tepun dan baking powder
Kisar hingga halus
Tuangkan bahan yang di kisar tadi ke dalam bekas tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Campurkan sedikit-sedikit sambil dikacau sebati
Tuangkan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun dalam loyang muffin
bakar pada suhu 170 C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek masak
Kemudian boleh lah deco mengikut creativiti



Untuk cream ita menggunakan

Cream Cheese Frosting

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Yang bunga carnation atas tu ita gunakan fondand






Sep 26, 2012

GERAI JEMPUT-JEMPUT DAN LEMPENG

Assalamualaikum


Lempeng atau jemput-jemput adalah juadah tradisi turun temurun yang sentiasa segar dalam ingatan. Walaupun kini makanan segera telah mengambil alih, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, namun bagi anak-anak jenerasi 60an, 70an, 80an dan awal 90an pasti nostalgia menikmati juadah istimewa ni di setiap pagi hening disamping menghirup secawan kopi panas pasti tidak dapat dilupakan..

Lebih istimewa jika juadah ini di sediakan oleh ibu tersayang, air tangan ibu pastinya tetap segar dan sebati dalam diri ini.

Nostalgia ita bersama makanan tradisi ini sememangnya mengamit satu nostalgia yang tak mungkin ita lupakan. Setiap pagi bila melangkah ke sekolah pasti inilah sarapan yang di hidangkan oleh emak. Lebih enak jika di hidangkan dengan sambal tumis ikan bilis, aduh!! meleleh-leleh air liur ini menahan kecur..


Lempeng kosong dan jemput-jemput bilis, di makan bersama sambal tumis udang atau ikan bilis. Kadang kala lawannya juga sambal sardin.. enaknya.. kenyang sampai ke petang.
Jemput-jemput pisang atau lempeng pisang,  pula di hidangkan bersama kopi panas, di cicah pula dengan gula.. fulamakkk.. macam tak ada lagi juadah yang seistimewa ini..

Lempeng kelapa pula, emak ita lebih suka lawankan dengan ikan masin.. berselera betul bila melihat emak menikmati lempeng kelapa bersama  ikan sepat masin.

Kini juadah istimewa ini turut di gemari anak-anak ita. Setiap kali pulang bercuti, pasti juadah ini akan menjadi salah satu hidangan wajib sepanjang cuti mereka. Biasa ita lawankan dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal tumis udang. Tak cukup sekilo tepung ita bancuh, tak kira pagi petang atau malam hari. Seronok melihat anak-anak menikmati juadah istimewa ini sambil melayan cerita di kaca TV.


Siapa sangka juadah yang dahulunya di hidangkan untuk golongan sederhana dan pertengahan ini kini telah di hidangkan pula kepada para pelanggan. Yang pastinya ia kini bukan sahaja di nikmati oleh golongan pertengahan malahan telah mendapat tempat di hati semua tidak mengira bangsa.


Hari ini ita perkenalkan sebuah lagi gerai yang pada ita cukup istimewa kerana menghidangkan makanan tradisi sebagai antara juadah istimewa di gerainya.
Pertemua pertama ita sewaktu singgah di sini dan mencuba, membawa ita kepada ketagihan dan ingin sering singgah di gerai ini bagi merasai sepiring jemput-jemput kosong yang di hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis.


Pada ita hidangannya benar-benar memenuhi selera ita dan ianya memang benar-benar mengimbau kenangan ita bersama keluarga suatu masa dahulu. Jemput-jemputnya memang sedap! rangup diluar dan lembut di dalam. Lebih terasa nikmat bila di cicah bersama sambal tumis ikan bilis.. memang terangkat!!


Pada sesiapa yang nak merasa sambal tumis Johor yang asli, inilah tempatnya. Sambal tumis ikan bilisnya memang kaw! saling tak tumpah sambal tumis air tangan emak ita dan nenek ita. Inilah sambal tumis Johor yang benar-benar asli. Memang berbaloii!!

Lempeng pisangnya juga sangat lembut dan enak!.
Lempeng kosong tak payah ceritalah kan.. memang dah sedap sangat!!, bertambah sedap bila dihidangkan dengan setnya yang lengkap, sambal tumis ikan bilis atau sardin kentang.. aduyaiii..


Sebenarnya ada pelbagai lagi menu yang di sajikan di gerai ni dengan harga yang sangat berpatutan. Kedai ni beroperasi setiap hari dari pukul 6 pagi hingga pukul 12 tengahari.. Kira hidangannya adalah untuk menu sarapan pagi.

Gerainya tidak pernah sunyi dari kunjungan pelangan yang sentiasa silih berganti. Layanan juga sangat baik dengan harga makanan yang sangat berpatutan.

Kepada warga Johor yang masih belum berkesempatan untuk menikmati juadah istimewa ini, jangan segan silu untuk mencubanya di Gerai Nabila yang terletak di Medan Selera Larkin Bomba.

Kepada rakan-rakan yang manalah tau kot tersesat ke bandaraya Johor Bahru ni, jangan melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang sangat istimewa dan penuh nostalgia ini. Yang penting ianya sedap dan membuka selera!

NABILA CORNER
No1, Medan Selera Larkin Bomba
Susur 5 Jalan Tun Abdul Razak
80000 Johor Bahru
Johor darul Takzim





Sep 25, 2012

KEK LAPIS KEJU COKLAT

Assalamualaikum..


Alahaiii.. lambat pulak ita masukkan N3 hari ni.. Tadi kawan ita  pun dah call, tanya.. "mak cik.. mana ni resepi tak masuk lagi.. " hihi sebenarnya masa kawan ita call tu ita tengah berpeluh-peluh ambil gambar.. pas tu bila dah siap.. uk.. alah.. karen pulak tak de.. aduyaiii.. sabar aje lah kan..

Jadi tak dapatlah ita nak masukkan N3 ita pagi tadi.. ni dah petang baru terkial-kial nak masukkan.. Nak buat macam mana.. tu lah kata orang.. langit tak selalu cerah..


Hari ni, ita nak cerita pasal botol Magnolia dalam gambar ita tu.. Aduh.. dah berkurun juga rasanya usia botol tu.. Kalau nak tau, dulu masa ita kecik-kecil air Magnolia tu lah yang ita cukup suka dan hari-hari ita minum, kalau tak coklat yang perisa strawberry. Sampai naik memboyot jugak lah pipi ita ni sebab hari2 dok minum air tu.. hingga ita di panggil tembam di kalangan jiran-jiran dan keluarga.. hihi


Mesti ada yang terdetik berkata" waa... loadednya kak ita dok minum air tu.." bukan nya loaded, tapi dulu bapa ita dok jual air tu. Bapa ita pada masa itu adalah salah seorang anak melayu di Johor Bahru ni, yang di berikan permit untuk menjadi pengedar air, Magnolia, Pepsi Cola, Marinda, Yeos, Kikapo dan lain-lain lagi air yang zaman dulu-dulu..

Kerana itulah bila ita terjumpa botol air ni.. terus ita beli, memang kenangan mengusik jiwa betul.. sebab air nilah menjadi darah daging dan ita di besarkan..

Air magnolia ni ada dua botol sebenarnya, satu yang warna biru macam dalam gambar ni.. dan satu lagi berlogo merah. Yang biru berperisa coklat dan yang merah tu berperisa strawberry.. dah tak de dah kan air ni.. alahii.. rindunya dengan zaman dulu-dulu..


Ita cukup suka masa bapa ita jadi pengedar air ni dahulu, sebab apa tau?? sebab banyak dapat hadiah.. bila bapa ita ambil air ni dari egen bertong-tong dan berkotak-kotak, akan dapatlah hadiah, kadang dapat T-shirt, mainan, gelas, pinggan-mangkuk dan macam-macam lagi lah.. seronok sangat masa tu..

Yang paling tak seronok bila kita adik beradik kena susun botol-botol kosong tu.. Kena letak dalam kotaknya yang betul setelah semua botol-botol tu di pungut dari kedai-kedai yang menjual air ni.. penat tu.. dah lah berat.. Memang seronok bila kenang kembali zaman-zaman kanak-kanak..


Dah penat bercerita zaman anak-anak ita, sekarang kita kembali ke alam nyata.. hehe
Hari ni, ita kongsikan satu lagi resepi kek lapis. Resepi dari Dayang, dan ita olah sikit cara membuatnya mengikut cara ita, biarlah ianya ada sedikit kelainan dan dapat membezakan setiap kek lapis yang telah ita cuba.

Kaedah kali ni ita gunakan copstick, tapi maaf lah ye ita tak dapat nak tunjukkan sebab ita buat kek ni malam, payah nak dapatkan cahaya untuk merakamkan gambar ita tu.. Ita terangkan macam mana cara ita buat dan ita harap dapatlah bayangkkan bagaimana caranya tu..


Mudah aje sebenarnya. Mula-mula kita cari copstick yang kayu. Potong ianya sama lebar dengan loyang. Untuk resepi ni ita gunakan loyang 8 inc. Mula-mula kita bakar dahulu lapisan putih hingga 3 lapisan. Kemudian kita tuangkan pula lapisan coklat, lepastu susunkan copstick yang kita dah potong tadi. Tekan-tekan sikit bagi dia tengelam sikit.  Pas tu kita bakar. Bila dah masak kita keluarkan cop stik tadi tekan-tekankan sikit dengan alat penekan kemudian baru tuang lapisan putih. Buat lah sebegini hingga habis.

Sebelum tu ita nak bagi tau tentang kek yang ita buat ni, Kek ni pada ita rasanya ok! cuma kek ni terasa sangat kering dan sedikit kesat. Bila kita makan tu ia akan tersekat sikit kat tekak ni, dan kena segera minum air.. Ita rasa kalau kek ni lembab, mungkin rasanya akan lebih enak dan sedap! Teksturnya tak sama macam kek lapis yang biasa ita buat. Ita cadangkan bila sesiapa nak buat nanti, bila melapis tu, selepas setiap lapisan sapulah dengan sedikit susu pekat manis atau jam supaya kek sedikit lembab.


KEK LAPIS KEJU COKLAT
By : Dayang

Menggunakan loyang 7x7x3. Boleh juga menggunakan loyang 8x8x3

Bahan A
7 biji telur gred A
250g tepung hongkong ~ boleh juga menggunakan tepung gandum sebanyak 220g
180g gula halus
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
75 ml air ais

Bahan B
250g mentega berkualiti ~ suhu bilik
140g cream cheese ~ suhu bilik
7 sudu besar susu pekat manis

Bahan C 
50g serbuk koko ~ diayak ~ kurang sukatan jika menggunakan pure cocoa
2-3 sudu besar susu pekat manis
sedikit pewarna coklat atau coklat emulco 
 

Pukul bahan A hingga kembang dan pekat.
Dalam bekas/mangkuk pengadun berasingan, pukul bahan B hingga berkrim.
Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong (lebihkan sedikit bahagian ni jika suka) dan satu lagi disatukan dengan bahan C (putar sebati).
Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan coklat, ratakan dengan 6 atau 7 sudu makan adunan dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan coklatnya.
Teruskan melapis dengan lapisan putihnya pula sehingga habis. (Untuk memastikan lapisannya sama rata, adunan boleh disukat menggunakan bekas-bekas kecil atau cawan-cawan kecil yang sama saiznya jika tak yakin menggunakan sudu makan).
Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah) atau ikut keselesaan masing-masing.
Sejukkan kek setelah dikeluarkan dari oven. Setelah itu, potong kek dan hidangkan.
 
**Jika lapisan kek agak kering, bolehlah disapukan dengan sedikit mentega terutama yang menggunakan tepung gandum. 
**Kek ini boleh bertahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. 
**Semakin lama kek disimpan semakin sedap dan moist.


Sep 24, 2012

MENARA CONDONG TELUK INTAN, PERAK

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak. Kedudukannya terletak di 4' Utara dan 101.5' di Timur.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia, Perak menduduki tempat ketiga terbesar dan Teluk Intan merupakan bandar ke 3 terbesar di negeri Perak.
Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datoh, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.


Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-18. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. 

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Pada 15 Mac 1882, Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.


Bila kita sampai ke bandar Teluk Intan, pasti tumpuan tertumpu pada Menara Condong yang merupakan mercu tanda bandar Teluk Intan ini.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Ia juga pernah berperanan sebagai penunjuk arah laluan kapal ke Teluk Anson suatu masa dahulu.  Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.


Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.

Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter dengan jumlah  anak tangga sebanyak 110,  berbanding menara Pisa yang berketinggian 55 meter.

Nak tau apa yang menarik di dalam bangunan menara yang telah melebihi usia 100 tahun ni..
Jom kita intai-intai dekorasi menara yang unik ni bersama Dalili..

yok! kita masuk...

Sebelum melangkah masuk, jangan lupa dapatkan sedikit maklumat yang terdapat di pintu masuk bangunan menara.
Opppsss!! jangan lupa pula tinggalkan jejak!
Masa melawat pula tercatat di pintu masuk..
apalagi.. ambil lah kunci tu Dalili bagi kawan mak ni masuk nak tengok..!! hihi

Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Di setiap tingkat, dilengkapi dengan lorong kakilima jalan 6  kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2  kaki yang dihiasi dengan batu seramik berwarna hijau. Di setiap tingkat di selenggarakan dengan pagar gerigi untuk tujuan keselamatan para pengunjung.
Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya.
 Dinding bangunan pula di hiasi gambar-gambar lama, kesan sejarah dan peristiwa yang berlaku.

Tangga untuk naik ke tingkat atas

 Sekarang kita dah berada di tingkat 2 bangunan.. hihi gayat tak???

Dari tingkat 2 pula, kita boleh lihat lantainya yang menggunakan kayu, dan siling juga dari kayu.
Disini juga kita akan dapat lihat takal jam yang mengerakkan jam pada menara condong ini.


oppsss... ada satu lagi tingkat yang kita belum lawat.. jom ikut saya..

Ini lah tingkat atas sekali. Silingnya tu daripada besi atau aloy tak pasti.. Ada lubang di tengah dan terdapat tangga kecil yang boleh di tarik untuk naik ke atas. Tapi kita tak boleh naik sebab tak sampai.. hihi

haa.. yang ni nampak jelas sikit kan lubang tangganya tu..

Inilah rupa bumbungnya yang bercirikan bumbung rumah tradisi masyarakat Cina. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 

Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885.

Macam mana menarik tak menara condong ni.. Bila nak datang ke Menara Condong Teluk Intan ni..?? Jangan tak tau, bahawa Menara condong ni termasuk antara 7 keajiban yang terdapat di negara kita Malaysia.

makkkkk... ayah.. jangan tingalkan saya terpenjara di sini.. saya nak pulang...


Kepada yang teringin melawat salah satu dari tempat keajiban di Malaysia ni.. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar, betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan. Bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.

Leaning Tower of Teluk Intan
One of the town attractions is a Leaning Tower erected in 1885 by a Chinese builder, Mr. Leong Choon Cheong. It started to tilt four years after its construction finished due to an underground stream. The tower had a clock at the top, and still rings every 15 minutes now. The clock tower was originally used as a water tower, supplying water to the town area, while also reporting the time to all townfolks. It had also served as a beacon to guide ships into Teluk Intan Port. Currently it is a local tourist attraction, and no longer stores water. The area around the tower was paved with bricks and became a plaza. The main street at the centre of Teluk Intan is also named after Mr. Leong Choon Cheong to commemorate his contribution. The name of the street is “Jalan Ah Cheong” (refer below for links to more information and pictures of the Leaning Tower). more



Sep 22, 2012

PUDING NENAS


Santai-santai petang hari sambil menikmati secawan kopi dan semangkuk pudding nenas berkuah
eemmm..... sejuk segar dan nyaman... ^_^


PUDING NENAS
by: Chef Hanieliza
Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas  ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
sedikit pewarna merah jika suka

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
bancuhkan tepung kastard dan susu cair.
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil-kecil
Biarkan sejuk.


KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
fruit coktailn - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam.
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.