May 30, 2012

BINGKA CREACKERS

Assalamualaikum.. dan salam ceria buat semua yang masih lagi sudi singgah di dapur Masam Manis. Semoga hari-hari anda seceria dan seindah Sang Mentari dan Sang Rembulan.

Kebiasannya suri rumah memang sibuk.. Tak menang tangan di buatnya, lebih-lebih lagi bila tiba musim cuti persekolahan. Kesibukan itu tak berpenghujung sebenarnya.. dan tugas isteri dan ibu ni, memang tak ada noktah penamat. Selagi tulang empat kerat masih elok berfungsi, selagi itulah ianya setia berkhidmat untuk keluarga tersayang..


Cuti sekolah kali ni, ita sibuk sekali. Masa terlalu padat dengan segala macam aktiviti yang sudah di atur dan dirancang. Harap-harap ita masih lagi mempunyai kesempatan untuk meluangkan sedikit masa mengadap blog dan masukkan N3 yang belum dikongsikan.

Sebenarnya ita nak kongsikan resepi ni awal pagi, sedang menaip, suami ajak pergi beli barang-barang dapur yang banyak telah kehabisan. Bila pulang ita terus menyambung semula menaip. Tiba-tiba, suami ita terjerit memanggil ita, ada kebakaran katanya di kondominium bersebelahan perumahan yg ita tinggal.


Asap hitam berkepul- kepul, berterbangan ke udara. Api pula menjulang-julang. Jalan di hadapan simpang yang masuk ke rumah pula telah sesak dengan kenderaan. Kereta bomba dan Unit Kecemasan dah berlegar-legar dengan bunyi seren yang berkumandang.


Serta-merta bekalan elektrik terputus, tak dapatlah ita menyambung tugasan ita hari ini. Semua kerja jadi tergendala.
Bekalan elektirik sangat penting di rumah ita, segala-gala peralatan dalam rumah ita bergantung sepenuhnya dengan tenaga elektrik. Bila elektrik terputus, talian telefon dan internet juga tidak dapat berfungsi. Dapur juga tidak dapat berasap, kerana ita memasak menggunakan dapur elektrik. Pertama yang ita kena buat bila elektrik terputus ialah menyalurkan air ke kolam ikan, kalau tidak pasti ikan akan timbul bergelimpangan. Air pula jadi perlahan, kerana motornya tidak dapat berfungsi. Memang besar sangat jasa bekalan elektrik dalam kehidupan ita sehari-hari.. terima kasih TNB kerana memberikan perkhidmatan yang terbaik!


Sebelum ita kongsikan resepi, ita nak mengambil peluang untuk mengucapkan Tahniah kepada Mas Duniaku yang baru sahaja menimang cahaya mata yang ke 3. Tahniah ye Mas daripada akak sekeluarga. Semoga kehadiran bayi comel bakal menambah kecerian dan kebahagian dalam kehidupan Mas dan keluarga. Jaga kesihatan, jaga permakanan, doa dari akak semoga cepat sembuh, semoga mas dan baby sihat waalfiat!



Berbalik kepada resepi yang bakal ita kongsikan. Resepi ini telah tersiar dalam majalah Aroma bulan Jun ini. Rasa-rasa dah ramai rakan-rakan yang mencuba kuih bingka yang di buat menggunakan biskut Cream Creaker ni.
Kemunculan talam ini telah menjadi satu fenomena juga ketika itu. Ita pun turut mengambil peluang untuk mencuba!
Kebetulan pihak editor majalah Aroma menghubungi ita dan meminta ita kongsikan resepi untuk majalah Aroma keluaran Jun. Ita membuat keputusan untuk kongsikan resepi ini dalam majalah yang telah mendapat tempat di hati peminat dunia masakan ini.


Terlebih dahulu ita ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang resepi kh267tm, yang sudi kongsikan resepi ini di My Resepi, untuk di cuba dan di rasa oleh pengemar-pengemar kuih tradisiaonal.  Terima kasih sekali lagi.

Resepi bingka tradisional yang telah diberikan nafas baru versi moden dengan mengantikan cream creakers sebagai bahan utama. Satu kelainan yang harus di cuba!


Ita buat 1/2 adunan daripada resepi asal. Ita ada buat beberapa perubahan pada resepi asal, harap tuan resepi tak marah ye.. tapi jangan bimbang kerana ianya tidak sedikit pun menjejaskan rasa kuih bingka yang tersedia lemak berkrim ni. Kepada yang berhajat untuk membuat 1 adunan boleh lah intai resepi asal di My Resepi.  Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah mencuba dan mewar-warkan tentang kesedapan kuih ini.


BINGKA CRACKERS
By : Kh267tm
Rujukan : AROMA Jun 2012

20 keping biskut Cream Creakers ~ biskut lemak
85 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir
3 biji telur
710 ml santan atau susu segar
secubit garam
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pandan emulco dan pewarna hijau
1 sudu kecil coklat emulco
1 sudu kecil pes vanilla
Sedikit bijan untuk tabur atas

Panaskan oven pada suhu 180C
Oleskan loyang bulat ukuran 7 inc dengan butter

Kisarkan semua bahan kecuali, bijan, pewarna, pes vanila dan emulco, sehingga semua hancur
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Satu bahagian di letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
Satu bahagian lagi, asingkan satu senduk dan letakkan  coklat emulco dalam adunan yang telah diasingkan 1 senduk tadi.
Baki adunan di letakkan pes vanilla

Tuangkan adunan vanilla ke dalam loyang
Tompok-tompokkan adunan warna coklat di atasnya
Dengan menggunakan belakang sudu buatkan carikkan marble
bakar dalam oven selama 20 ~ 30 minit atau hingga permukaan atasnya keras sedikit
Keluarkan dari oven dan tuangkan  adunan bewarna hijau
Taburkan bijan di atasnya
Bakar semula dalam oven selama 45 minit atau sehingga permukaan atasnya keperangan.
Setelah masak biarkan bingka sejuk sepenuhnya sebelum di potong.





May 29, 2012

Ke Tangkak meminang Tuan Puteri...

Assalamualaikum

Rasa-rasanya ramai ibu bapa yang sibuk menghantar anak-anak mereka ke Matrikulasi semalam. Kepada semua bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi sekalung tahniah dari ita buat semua yang berjaya tak kiralah ke Matrikulasi, IPTA atau IPTS. Tahniah!


Rasa-rasanya macam baru semalam ita menghantar Amirul ke MRSM, rupa-rupanya telah 6 tahun ianya berlalu. Kini anak emak dah meningkat dewasa. Kini dah melangkah pula ke farsa baru. Kehidupan di kampus yang mungkin satu pengalaman berharga yang amat di impi-impikan.

Besar harapan emak, ayah dan adik-adik untuk melihat abang berjaya. Berlajarlah bersunguh-sungguh anakku.. semoga setiap apa yang diimpi-impikan akan tercapai. Emak dan ayah hanya mampu mendoakan dari kejauhan.

Tekun dan usaha , tangga kejayaan. Jadikan ianya satu semangat untuk menerpa kejayaan yang lebih baik. Jangan di persia-siakan peluang yang ada.. Berusaha , berdoa dan bertawakal.. insyaallah kejayan akan sentiasa bersama mu..

Sebelum pulang kami sempat singgah di Kolam Air Panas Gunung Ledang atau Air Terjun  Air Panas Gunung Ledang yang terletak di Sagil, Tangkak. Nama sahaja air panas tapi airnya tidak lah panas. Ia merupakan kawasan tumpuan pengunjung tidak kiralah dari dalam atau dari seberang tambak untuk berkelah dan mandi manda.

Walaupun ita ni tinggal di JB, tapi ita tak pernah lagi berkesempatan ke Gunung Ledang. Selalu dengar suami ita cerita aje.. Suami ita ni dah 3 kali mendaki Gunung Ledang semasa beliau belajar di MRSM Muar. Ia adalah aktiviti kokorikulum di MRSM  yang pernah di ikuti dan amat di minati oleh suami ita. Kalau dengar cerita dan pengalaman beliau semasa mendaki Gunung Ledang, terasa seram pun ada juga. Katanya pelbagai peristiwa aneh yang beliau dan rakan-rakannya alamai sewaktu berada di Gunung Ledang.

Salah satu peristiwa yang masih segar dalam kotak ingatan beliau dan sering di ceritakan pada anak-anak ialah..
Penemuan belalang mekah yang berwarna-warni, bukan seekor malah beratus2 dan beribu2 ekor.
Sewaktu berkemah pada waktu malam yang gelap, beliau melihat banyak sangat kerdipan lampu seolah lampu pelita yang di nyalakan pada malam 7 lekor. Sedangkan kawasan itu adalah kawasan hutan yang tak berpenghuni.
Kawasan di atas gunung yang dikatakan sangat sejuk, seperti berada di Cameron Highland. Sehingga semua peserta terpaksa menyarungkan baju sejuk.
Beliau dan rakan-rakannya juga menemui satu kawasan yang lapang dan bersih seakan tempat bersembahyang kerana terdapat batu yang seakan mimbar masjid. Dan banyak terdapat pokok senduduk putih yang tumbuh di celah-celah batu di situ.
Beliau juga menyatakan seorang rakan beliau terkena demam panas kerana mematahkan pokok senduduk di situ.
Sewaktu berkhemah pada malam hari, seorang rakan beliau juga demam panas yang teruk kerana beliau ternampak kelibat Sang Belang.. uiii... meremang bulu tengkuk!!
Ada berani??

Gunung Ledang seringkali di kaitkan dengan unsur mistik lagenda Tuan Puteri Gunung Ledang yang menolak peminangan Sultan Melaka. Penolakan secara baik Tuan Puteri Gunung Ledang yang meletakkan beberapa syarat yang tidak masuk akal, masih lagi menjadi satu cerita dongeng yang hingga kini masih lagi diceritakan pada anak-anak kecil.

Kedatangan tuan hamba ke Gunung Ledang bukanlah untuk meminang Tuan Puteri Gunung Ledang untuk anak teruna hamba.. Aii.. Tuan Puteri anak hamba baru sahaja nak melangkah ke alam Matrik.. macam mana lah nak meminang tuan puteri yang cantik rupawan..

Kenapalah tuan puteri letakkan hantaran yang mahal.. kan.. sekarang semua gadis-gadis di Malaysia ni turut meletakkan hantaran yang mahal tuan puteri Oiiii...

Batu kikir jomatan bosi
Gulai udang sebelangor
Cubooo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo ayiiih....
Tapi kedatangan ita ke Gunung Ledang bukanlah untuk mendaki, sebaliknya untuk meninjau-ninjau lokasi yang menjadi tarikan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka mandi manda dan berkelah terutamanya pada musim cuti sekolah ini.
Masa ita pergi ni, memang ramai sangat orang, maklumlah musim cuti sekolah.

Jom lah kita tinjau-tinjau kawasan sekitar kolam air di kaki Gunung Ledang ni.. manalah tau kot-kot ada perancangan untuk membawa anak-anak berkelah semasa musim cuti sekolah ni..
 
Gunung Ledang silamnya dipanggil “Mount Ophir” oleh orang-orang Portugis.( sumber sejarah Melaka di Perpustakaan Lisbon, Portugal) yang menguasai negeri Melaka pada tahun 1511. Merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, 4,187 kaki (dari aras laut) Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
  
Di kawasan gunung ini juga pernah diceritakan wujudnya emas dan pernah ditemui di suatu kawasan gunung yang dinamakan Gunung Gemih. Cerita orang dahulu,, ketika Gunung Ledang masih baru didaki orang dan belum mendapat jalan mendaki seperti sekarang. Sesiapa yang sedang mendakinya akan merasakan sesuatu yang luarbiasa seolah-olah sedang berada di suatu tempat yang sangat indah. Maknanya semangat Puteri Gunung Ledang masih wujud di Gunung Ledang. 
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Kepada yang berhajat untuk mendaki Gunung Ledang, ada 3 runut untuk mendaki :

1. Dari Asahan,Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.

2. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.

3. Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio, stesen telefon RTM, Telekom Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

ANTARA MAKLUMAT PENTING BERKAITAN SEJARAH GUNUNG LEDANG YANG BELUM DI KETAHUI UMUM IALAH 

  1. Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.

  2. Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.

  3. Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.

  4. Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.

  5. Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.

  6. Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai “GUMMAY” yang bermaksud sebuah pusat perusahan emas.

  7. Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

  8. Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Ada sesuatu yang istimewa di Gunung Ledang yang penuh dengan legenda ini, iaitu terdapat 3 puncak yang salah satunya dinamakan sebagai Puncak Mahligai, dipercayai puncak tempat Puteri Gunung Ledang bersemayam dan bermain-main dengan dayangnya. 

Kesan sejarah gunung ini masih utuh disini. Terdapat satu batu bersurat dalam tulisan jawi tidak berapa jauh dari puncak G. Ledang di Asahan Trail. Disini juga menjadi tempat berteduh dan berlindung dari mentari bagi pendaki sekiranya cuaca begitu panas di puncak.
 
Penemuan taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi oleh Alfred Wakauce, seorang sejarahwan British pada tahun 1854, tidak boleh dianggap sebagai biasa. Mungkinkah di tempat itu tempatnya Hang Tuah bertemu Puteri Gunung Ledang untuk menyampaikan hajat hati Sultan Melaka hendak meminang puteri yang cantik dan jelita itu? Ataukah di situ tempat Puteri Gunung Ledang menyamar sebagai perempuan tua yang menguji kesabaran utusan Sultan Melaka ini, hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui..

Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gunung_Ledang
http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoLedang.htm
http://lusuh.multiply.com/journal/item/230/Maklumat_penting_sejarah_gunung_Ledang_yang_terpendam...





May 27, 2012

Opppppsss...

Assalamiualaikum..

Cuti persekolahan telah pun bermula.
Pasti rumah telah riuh rendah dengan gelagat anak-anak yang dah mula bercuti. Bagi anak-anak yang tinggal di asrama, ramai yang telah kembali ke rumah masing-masing. Mungkin ada juga yang pulang lewat kerana ada aktiviti yang harus mereka ikuti di sekolah.

Ibulah yang paling sibuk bila cuti sekolah menjelma. Pasti banyak juadah istimewa yang telah dirancang untuk di hidangkan kepada anak-anak dan keluarga sepanjang cuti sekolah ini. Banyak juga perancangan yang telah di atur, untuk memenuhi aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah berlansung. Walau apapun yang kita lakukan, pastikan keselamatan anak-anak terjamin. Almaklumlah sekarang ni.. pelbagai berita yang kurang enak kita baca setiap kali menatap dada akhbar. Dengan kes penculikan yang tidak pernah berpenghujung, faktor kecuaian dan kelalaian yang mengundang kematian, dan macam-macam lagi yang kadang kala ianya menghantui dan menyentap tangkai hati.. nauzubillah..

Bagi mereka yang bercadang untuk pulang ke kampung. Berhati-hatilah di jalan raya. Bertambah-tambah musim cuti sekolah sekarang ni, terlalu banyak kenderaan berada di jalan raya. Masing-masing berebut-rebut menuju ke destinasi masing-masing. Jangan kegembiraan kita mengundang kesedihan pula di penghujungnya.. berhati-hatilah ye.. ingatlah pada insan-insan yang kita sayangi...


Amboiiiii.... merahnya mak ngahhhhh...
Beginikah gelagat seorang bapa bila ke dapurrrr...???
Pasti kemunculan majalah Aroma kali ini, mencuit hati peminat setianya yang sentiasa menanti kemunculan majalah ini setiap keluaran.

Kali ini majalah Aroma tampil dengan kelainan apabila mengundang aktor dari Singapura, yang sedang melonjak namanya di persada seni Malaysia.
Bertepatan dengan konsep yang diketengahkan, bersempena dengan kedatangan Hari Bapa yang di raikan pada tanggal 16 Jun tahun ini, kemunculan Aron Aziz dengan gaya ala-ala Chef Celebriti pastinya memberikan satu kejutan bukan sahaja pada peminat-peminat aktor yang macho dan gagah perkasa ini, malah turut meruntum jiwa bapa-bapa di luar sana..
Jika Aron Aziz sudah boleh ke dapur, bagaimana dengan yang lainnya kan??

Jika Hari Ibu sering di raikan, sambutan Hari Bapa pula ibarat suam-suam kuku aje..
Janganlah begitu.. Pada ita ibu dan bapa adalah 2 insan yang cukup istimewa di hati ini. Bapa peneraju rumahtangga, tanpa bapa ibarat kapal yang tak bernakhoda.
Buat pertama kalinya ita di beri peluang oleh majalah Aroma untuk berkongsi resepi, sempena Hari Bapa. Peluang yang di berikan cuba ita penuhi dengan sebaiknya. Untuk resepi kali ini ita kongsikan 14 resepi untuk tatapan semua peminat majalah Aroma. 7 resepi baru yang belum ita kongsikan dalam Masam Manis dan selebihnya adalah resepi yang ita pernah kongsikan dengan pembaca setia Masam Manis. Kepada yang ingin tahu apakah menu istimewa yang ita kongsikan untuk hari bapa, jangan lupa dapatkan majalah Aroma di pasaran..

Di kesempatan ini juga ita, merebut peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi berkongsi resepi, memberikan ita dan semua peminat-peminat dapur masakan untuk memcuba dan merasa. Semoga perkongsian dari kalian mendapat keberkatan di akhirat kelak.. AMIN

Kemunculan ita kali ini tidak kesorangan, sebaliknya ita di temani si cantik manis Nieza yang berada nun jauh di Helsinki Finland. Jika sesiapa yang masih belum pernah berkunjung ke dapur beliau silalah kunjungi Our Journey Begins pasti teruja dengan juadah yang beliau sajikan. Bukan itu sahaja panorama penuh indah sepanjang pemgembaraan beliau di bumi Finland, bersama suami tersayang turut di kongsikan bersama.

Orang berbudi kita berbahasa, 
Orang memberi kita merasa.

Jutaan terima kasih ita hulurkan, kepada semua team Aroma, terutama sekali kepada Editor majalah Aroma Siti Dimiati, yang memberi kepercayaan kepada ita untuk menyumbangkan resepi buat tatapan pembaca setia majalah Aroma.
Kepada semua team majalah Aroma, tahniah dan syabas! semoga majalah Aroma akan terus bersinar dan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille




May 25, 2012

CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE

Assalamualaikum


Selamat pagi semua....
Dah sarapan?
Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di hari Jumaat.
Jumaat pertama di dalam bulan Rejab.

Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang pada ita sangat unik! Apa yang uniknya ?? Resepi kek kali ini tidak menggunakan telur dan butter. Aik??? pelikkan kan..
Mula ita pun rasa ragu-ragu juga dengan resepi ni, masa mula-mula ita terpandang di dapur Yatie. Tapi bila ita fikirkan kembali kandungan Mayonnaise, rasanya tak menghairankan kerana dalam kandungan mayonnaise itu sendiri dah tersedia ada telur dan butter.


Melihatkan kejadian kek yang yatie hasilkan terasa macam tu jam aje ita nak mengodek di dapur. Nampak sangat lembab walaupun kek ni sebenarnya di bakar. Tak tertahan dengan godaan, akhirnya ita tewas juga. Hari ini berpencak bersilatlah ita di dapur..

Tapi ita buat dalam cawan kertas. Ita hanya buat 1/2 adunan sahaja. Mula tu ita bimbang takut ianya tak menjadi. Satu lagi ita bimbang ianya tak habis di makan. Anak-anak ita ni nampaknya dah mula muak makan kek.. hehe ialah maknya  asyik buat kek aje.. sampai masing-masing dah mula teras jemu..

Kek ni pula menggunakan kopi atau nescafe segera. Ita ni mmg tak boleh minum kopi atau nescafe.. nanti kepala ni senoneng dan berdeyut-denyut pulak.. pas tu mula lah badan terasa seram sejuk macam nak demam.. macam-macam aje ita ni kan.. haha

Tapi bila kek dah siap di masak.. adoiii.. tak sabar pula ita nak merasa.
Kek ni boleh tahan juga sedapnya.. Keknya lembab sangat.. bila makan tu terasa macam melekat-lekat kat lelangit ni.. Suami ita suka akan rasa kek ni, katanya macam kek mat salleh... ye lah tu.. dia dah lama dok sana... tau lah tu kan.. lain lah ita ni yang dok kampung..


Kek ni pada ita sedap di makan bersama topping coklat. Tak kisah lah nak makan bersama coklat buttercream atau ganache. Kedua-duanya pada ita sedap!

Kali ini ita hiaskan kek cawan ita dengan coklat rama-rama.  Entahlah... dah berapa hari ni kemaruk pulak nak membuat coklat.. haha layan aje le kan..
Tapi seronok pula bila bermain dengan coklat ni.. mulalah macam-macam idea berlegar-legar dalam kotak ingatan ita ni..

Idea  coklat rama-rama ni ita rujuk dari majalah SEDAP. Nanti ita tunjukkan bagaimana caranya nak buat rama-rama ni.  Sebelum tu kita buat kek dulu ye!


CHOCOLATE MAYONNAISE CAKE
By : Amber
Source : Yatie 

 Ingredients:
2 cups flour*
1 cup sugar
6 Tbsp cocoa powder*
1/4 tsp salt*
2 tsp baking soda*(*stifed)
1 cup mayonnaise
1 cup cold coffee-Yatie guna nescaffe 3in1 bancuh dngn air
1 teaspoon vanilla

Method:
Preheat the oven to 350 degrees (175 degrees C) and grease two 6″ rounds, two 8″ rounds, or a 9×13″ baking dish.
In a large bowl, whisk together the flour, sugar, cocoa powder, salt, and baking soda.
In another large bowl, stir together the mayonnaise, coffee, and vanilla.
Beat in the dry ingredients gradually, scraping down the sides of the bowl often.
Pour the batter into the cake pans and bake 25-35 minutes. Keep an eye on the cake and don’t let it over-bake, otherwise it’ll be dry.

Chocolate buttercream frosting (for a 6″ cake):
1 cup solid vegetable shortening
1 cup butter, softened
3/4 cup cocoa powder
6-7 cups powdered sugar

To make the frosting:
Cream together the butter and shortening. Gradually beat in the cocoa powder, powdered sugar, and rum. If the consistency is too stiff, add a dash of milk to thin the icing.
To decorate the cake, first apply a thin layer of frosting to the cake. It should be a little thicker than a normal crumb coat so that you don’t see the colour of the cake underneath. Then, using a 1M decorating tip, work from the inside out to create the roses, piping in circles around the centre point and spanning the side of the cake. Create the roses on top with the same method, making them about the same size as the ones along the sides. Fill in the holes with simple stars or swoops.

Resepi yang di bawah ni, ita buat 1/2 adunan sahaja.


CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE

1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh Baking Powder
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan nescaffe segera yang telah di bancuh bersama air
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven pada suhu 175C
Sediakan cawan kertas secukupnya.
Letakkan cawan kertas dalam muffin tray
Ketepikan

Ayakkan tepung, serbuk koko, garam, dan baking powder.
Dalam bekas lain, satukan mayonnaise, nescaffe dan esen vanilla.
Tuangkan dalam adunan tepung tadi
Pukul adunan hingga bergaul sempurna.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 cawan.
Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 ~ 35 ninit.
Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.

* Masa membakar jangan terlebih bakar kerana kek akan kering nanti jika over cook.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk memastikan kek telah di bakar sempurna. Jika lidi keluar licin bermakna kek telah di bakar dengan sempurna.

Untuk toping atasnya ita gunakan ganache chocolate cream. Resepi di bawah ni untuk satu adunan. Kalau buat 1/2 adunan cup cake, ganache coklat ni buat 1/2 adunan pun ok!


GANACHE CHOCOLATE CREAM

250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~  Dairy Whipping Cream
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila

Panaskan krim tenusu bersama  sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
Tambahkan butter dan gaul rata
Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
Kemudian putar adunan hingga adunan kental
Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk membuat butterfly, boleh rujuk cara-cara membuatnya seperti di bawah

CHOLOLATE BUTTERFLY

150 gm coklat susu kompaun ~ cairkan secara double boiler
150 gm coklat putih kompaun ~ cairkan secara double boiler

Kertas minyak
Plastik keras

Cairkan kedua-dua coklat di atas dalam bekas yang berasingan
Letakkan dalam piping bag.




Lukiskan corak rama-rama di atas kertas minyak.

Kemudian terbalikkan kertas.

Dengan menggunakan coklat masakan yang telah di cairkan dan diletakkan didalam piping bag, mulakan mencanting atas kertas.

Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.





Keluarkan dari peti ais dan cantingkan pula coklat masakan putih.

Buatlah corak atas kepak rama-rama jika suka.

Simpan semula dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah mengeras putuskan kedua kelopak tadi.




Sediakan plastik keras.
Lipat 2 plastik keras tersebut
Letakkan atas bekas telur.

Letakkan kedua-dua kepak rama-rama tadi atas plastik keras.

Dengan menggunakan coklat masakan letakkan badan rama-rama untuk melekatkan antara 2 kepak tersebut bagi membentuk rama.

Setelah siap simpan dalam peti ais hingga keras.



Bolehlah di jadikan hiasan atas kek atau atas kek cawan. Selamat mencuba!

Oleh kerana ada yang bertanya apa beza antara coklat COMPOUND dan coklat COUNVERTURE di sini ita terangkan secara ringkas apa yang ita faham dan apa yang telah ita pelajari. Sebenarnya ita masih lagi cuba memahami dan banyak lagi yang ita tak berapa faham. Ita harap nota ini nanti sedikit sebanyak dapat membantu mereka di luar sana yang masih keliru.

Coklat terbahagi kepada beberapa jenis, mengikut kualiti koko dan bahan yang di gunakan.

COKLAT TULEN

Coklat tulin juga di kenali sebagai COUNVERTURE  dan ia di bahagikan kepada 3 jenis iaitu :
  • Coklat Gelap
  • Coklat Susu
  • Coklat Putih
Coklat ini di hasilkan daripada penggunaan bahan utama , asanya di buat daripada :
1.   4 bahan utama
  • masa koko
  • lemak koko
  • gula
  • susu tepung
2.   2 bahan penambahan
  • soya lesitin 
  • vanillin / vanila (perasa) 
Rupanya yang berkilat, rangup dan kualiti mencair pada coklat tulin adalah disebabkan oleh penggunaan LEMAK KOKO, tanpa penambahan lemak dari sumber lain.
Disebabkan lemak koko tidak mudah teroksida, rasa coklat akan terbentuk semasa proses ' Conching'
Biasanya coklat jenis ini digunakan oleh golongan profesional kerana kaedah pengendaliannya agak rumit.


COKLAT TIRUAN

Coklat tiruan juga di kenali sebagai COMPOUND atau biasa di panggil coklat masakan dikalangan suri rumah.
  1. Coklat tiruan pula mengantikan masa koko dengan serbuk koko.
  2. Lemak koko pula di gantikan dengan lemak sayuran ( lemak kelapa sawit)
  3. Coklat tiruan tidak memerlukan proses pengkristalan (tempering), menyebabkan ia mudah untuk digunakan.
  4. Coklat tiruan mudah di temui kerana ada banyak dalam pasaran.
  5. Kegunaannya pula adalah untuk menyalut biskut, ais krim dan amat sesuai di negara beriklim tropika.
  6. Sebahagian coklat compound yang tinggi mutunya, boleh menandingi rasa dan tekstur coklat konverture
Coklat ini di hasilkan daripada penggunaan bahan utama, asasnya di buat daripada :
1.   4 bahan utama
  • serbuk koko
  • lemak sayuran
  • gula
  • susu tepung

2.   2 bahan penambahan
  •  soya lesitin
  • vanillin / vanila (perasa)
Terdapat 2 lagi coklat iaitu Coklat Tanpa Gula dan Coklat Berperisa
Nak tau lebih lanjut tentang rahsia coklat boleh lah dapatkan buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer atau mengikuti kelas coklat yang Chef kendalikan.

Rujukan :
http://blog.chefamer.com/wp/
Buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer






May 23, 2012

COKLAT OREO

Assalamualaikum

Masih ramai lagi ke yang masih kurang jelas kaedah sebenar bagaimana nak mencairkan coklat masakan?
Kadang-kala rasa sedih bila coklat yang di cairkan tak menjadi. Ada yang mengambil keputusan mencampakkan ke dalam mulut Cik Tong.. adoiiiii... jangan.. jangan.... jangan dibuang coklat tu.. sayang kan mahal harganya.. Coklat yang mengerutu atau berketul-ketul tu jangan dibuang.. boleh dikitar semula untuk buat ganache atau di buat kek.


Kerana ramai yang bertanya macam mana nak mencairkan coklat, hari ini ita terangkan bagaimana kaedah mencairkan coklat yang betul hehe itupun setelah ita berguru dengan Chef Coklat kesayangan ramai ni..

Ok lah secara mudahnya. Pastikan bekas meletakkan coklat berada dalam keadaan kering ye! pastikan jangan ada air atau ia lembab mesti kering betul!


Cuba lihat rajah di atas. Rajah satu adalah kaedah yang salah sebenarnya. Coklat tidak boleh di caikan secara terendam sebegitu. Pasti wap air akan masuk ke dalam coklat dan membuatkan coklat berketul atau terpisah, tidak licin.

Bagaimana pula dengan kaedah ke dua ?
Ia masih lagi kurang tepat.
Coklat di cairkan pada suhu 40 ~ 45C. Jika dicairkan melebihi suhu ini, coklat akan mula kering, pekat dan berketul atau mengerutu.
Takat didih air pula pada 100C
Kedudukan dasar bekas yang menyentuh permukaan air juga adalah salah. Dasar bekas berisi coklat tidak boleh bersentuhan dengan air.
Dinding bekas yang diperbuat daripada keluli juga menjadi pengalir haba yang baik dan menyumbang pada kepanasan bekas.

Ya, kaedah ke tiga adalah yang paling tepat jika menggunakan kaedah pengukusan atau double boiler.
  1. Pastikan bekas mengisi coklat kering
  2. Dasar bekas tidak bersentuhan dengan air
  3. Setelah air mendidih, api dimatikan terlebih dahulu sebelum meletakkan bekas coklat di atas periuk air mendidih.
  4. Pastikan wap air sedikit pun tidak masuk ke dalam bekas coklat.
Ita harap penerangan secara ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik di luar sana yang masih keliru. Jika nak tau lebih lagi tentang kaedah pembuatan coklat jangan segan untuk mengikuti kelas Chef Amer atau boleh dapatkan koleksi buku Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer di pasaran. Bukan sahaja diterangkan secara terperinci tentang rahsia coklat, malah pelbagai himpunan resepi coklat yang hebat untuk diterokai.. Apa tunggu lagi!


Sejak ita balik mengikuti bengkel Chef Amer, ramai yang bertanya coklat apakah yang chef Amer gunakan untuk membuat coklat?. Ok lah, ita bagi tau ye.. Chef gunakan coklat berjenama  Le Bourne seperti dalam gambar di atas. Sekarang ita pun gunakan jenama yang sama. Sejak ita menggunakan coklat ini, ita dah tak mau tukar pada jenama yang lain. Pertama keranan rasanya yang sedap! penuh dengan rasa coklat yang asli. Kedua, mudah untuk dicairkan dan kurang bermasaalah. Ketiga, jika ita gunakan untuk buat ganache, ita dah tak perlu tambah butter kerana coklat ini dah tersedia berkilat cantik dan licin.

Harganya sekitar Rm 15 ~ Rm 16. 50 sekilogram di pasaran. Kalau nak buat berniaga carilah kedai yang menjual dengan harga yang murah, barulah ada untung kan???


Biasanya coklat ini hanya terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Di pasaraya nampaknya masih tidak kelihatan. Ia datang dalam tiga perisa iaitu, Dark Chocolate, White Chocolate dan Milk Chocolate. Semuanya yummy!

Bila kita dah nampak coklat ni pastilah dah tau apalah menu yang bakal ita kongsikan hari ini kan. Yup! hari ni kita buat Oreo Coklat.
Oreo coklat ni adalah favourite anak ita Dalili. Inilah satu-satunya coklat yang dia suka makan. Kalau coklat yang lain tu macam kurang sikit.. Ita tak pasti kenapa dia suka coklat ini. Mungkin gambar-gambar kartun pada coklat itu yang mencuit hatinya..


Pertama kali ita beli coklat ini pada hari raya lima tahun yang lalu. Mula-mula Dalili bawa balik dari sekolah, dia dapat door gift pada hari jadi kawannya yang di adakan di sekolah. Ita nampak dia macam sayang sangat nak makan coklat tu.. Di belek2 dan di simpan dengan teliti. Sampai bawa tidur.. aiii takut sangat maknya makan.. hehe


Hari-hari dia minta ita buatkan. Tapi pada masa tu, ita tak tau lagi macam manalah cara nak membuatnya. Bila hari raya, ita nampaklah ramai orang jual coklat ni di pasaran. Makkkk.. datukkk.. masa tu terdetik dalam hati mahalnya.. bila melihatkan harganya RM 2.50 sekeping. Pada masa tu, ia tidak menggunakan biskut Oreo, sebaliknya hanya menggunakan biskut Maire. Selepas itu ita mula berkira-kira untuk membuatnya sendiri.

Ok lah banyak sangat celoteh nanti tak siap pula coklat ita ni.. Apa tunggu lagi jom kita cuba cara yang mudah membuat coklat buatan sendiri dirumah.


COKLAT OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag



Mula-mula sediakan acuan seperti di sebelah.
Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja











Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

Selepas itu, susunkan biskut oreo.











Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar  sedikit.

Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.










Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.

Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah keras keluarkan dari acuan.

Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya


Sediakan Edible Imej yang kita suka.
Sapukan sedikit coklat di belakangnya.

Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi
Kemaskan.









Pasti anak- anak teruja dengan hasilnya kan. Boleh jadikan door gift untuk birthday party.
Banyak lagi resepi yang menarik dalam buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer. Pada yang berminat dengan coklat jangan lupa untuk dapatkan senaskah buku ini di pasaran. Kata orang alah membeli, memang memakai.



AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.